Siapa tidak kenal dengan Pulau Komodo yang dihuni ribuan biawak komodo. Walaupun dihuni oleh reptilia ‘menggerunkan’ ini, namun ramai pelancong tetap mengambil peluang untuk melawat pulau yang dikatakan antara kelompok tercantik di Indonesia.
Pernah viral seketika apabila Pulau Komodo mahu ditutup kepada pengunjung disebabkan mulai tahun 2020 setelah habitat biawak tersebut sering diancam oleh pengujung seperti masalah sampah dan menyeludup biawak. Pada September lalu, Indonesia memutuskan untuk membatalkan idea rancangan menutup pulau itu kerana populasi spesies haiwan mendiami pulau itu masih dalam kawalan dan terjaga. Menurut data kerajaan Indonesia, lebih 1,700 Komodo Dragon mendiami di pulau itu.
Oleh sebab tidak jadi ditutup, kerajaan Indonesia merancang membuka sebuah muzium khas untuk Komodo Dragon atau biawak gergasi, di Pulau Komodo sebagai tarikan terbaru. Jurucakap daerah Marius Jelamu berkata selain sebagai usaha memulihara keindahan pulau itu, ia juga bertujuan menarik ramai lagi pelancong dan sebagai pusat penyelidikan.
Ads
Ads
Muzium itu bakal dilengkapi kemudahan audio visual untuk membantu pelancong memahami proses pembiakan haiwan berkenaan. Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat mengenai ekosistem dan biodiversiti di pulau itu, dan dokumen saintifik mengenai sejarah serta tapak pelancongan antarabangsa yang dinobatkan sebagai antara tujuh keajaiban dunia.
Marius berkata penubuhan muzium itu juga perlu untuk mendidik orang ramai mengenai pembiakan haiwan itu, selain akan menjadi pusat penyelidikan untuk pakar.
Ads
Pulau Komodo terletak dalam Taman Negara Komodo adalah habitat kepada biawak komodo yang digelar sebagai naga. Biawak komodo (Varanus Komodoensis) atau kerap disebut komodo adalah biawak terbesar di dunia. Panjangnya mencapai tiga meter dengan berat antara 70 hingga 150 kilogram
Pulau Komodo merupakan kawasan yang memberi peluang kepada pelawat melihat biawak komodo di habitat asalnya. Kunjungan ke pulau tersebut cukup istimewa kerana pengunjung dapat melihat haiwan yang jarang ditemui dan terancam itu.
Nipoh Beach Cottage ini antara tarikan terbaru di Terengganu yang agak unik dengan konsep ala Bali seperti di Indonesia.
Tempat ini menawarkan 15 bilik penginapan secara keseluruhan untuk keluarga yang nak stay pada hari biasa atau hari minggu.
Untuk pemandangan dalam biliknya, anda boleh rujuk dalam gambar ini. Dihiasi dengan barangan perabot yang diperbuat daripada rotan, gaya klasik yang pasti akan membuatkan anda mengimbau kenangan hidup tahun 90-an.
Menariknya resort ini mempunyai 2 kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak. Jadi boleh lah anda mandi pool sambil menikmati alam semula jadi.
Terdapat sungai di sebelah resort untuk korang melakukan pelbagai aktiviti seperti kayak dan memancing ikan.
Sekiranya ada plan bercuti ke Pantai Timur, boleh lah singgah ke sini nanti.
Lokasi:
Nipoh Beach Cottage, 287-2 Kampung Che Wan, Kijal, 24000 Kemaman, Terengganu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau tengok rancangan televisyen luar negara, macam seronok tengok aksi ‘mat salleh’ terbang di udara di kawasan yang indah. Kan seronok kalau Malaysia pun ada. Ehem..negara kita pun ada ya aktiviti sebegitu!
Ada yang nak cuba menyertai aktiviti lasak sukan luncur udara atau ‘paragliding? Antara lokasi tumpuan peminat sukan paragliding di Semenanjung Malaysia ialah yang paling popular di Pulau Indah, Jugra dan Banting di Selangor.
Lokasi lain seperti di Gunung Ledang di Johor, Bukit Sendayan di Negeri Sembilan, Bukit Chendering dan Kota Putra Paragliding Park Bukit Bubus, berhampiran Bukit Keluang, Besut di Terengganu. Tidak ketinggalan juga di Bukit Maras, Kuala Terengganu dan Gunung Jerai, Kedah.
Bukit Jugra, Banting
Bagi penggemar sukan lasak terutamanya aktiviti paragliding, nama Bukit Jugra bukanlah asing buat mereka. Bukit Jugra yang terletak berdekatan Kampung Kanchong Darat, di Banting, Selangor sering dipenuhi pengunjung terutama pada hujung minggu kerana selain menjadi port paragliding, aktiviti riadah lain juga boleh dilakukan di sini.
Jika inginkan kelainan pada cuti hujung minggu, anda disarankan memanjat Bukit Jugra dan mencuba terbang di udara dengan paragliding sekali gus dapat memiliki keindahan alam semula jadi sesuai untuk bersantai sambil menghirup udara segar. Kos melakukan aktiviti ini juga amat berpatutan dan pastinya sangat serasi dengan jiwa kalian yang mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar.
Sebelum terbang, setiap peserta paragliding akan diberikan taklimat dan peraturan ketika berada di udara. Pihak pengurusan amat menitik beratkan aspek keselamatan kepada setiap peserta kerana tidak mahu perkara yang boleh membahayakan keselamatan mereka. Peserta akan meluncur di udara sekitar 10-15 minit dan boleh menikmati pemandangan indah ketika berada pada ruang angkasa.
Bukit Maras, Kuala Terengganu
Antara lokasi menarik untuk aktiviti ini juga adalah di Bukit Maras, Kuala Terengganu yang menjanjikan pengalaman menakjubkan pada ketinggian 329 meter dari paras laut itu. Lantas ia menjadi tarikan baharu pelancong yang bercuti di negeri pantai timur.
Peluncur udara dan pengunjung Bukit Maras berpeluang menyaksikan pemandangan sawah padi dan jajaran pantai sekitar Batu Rakit membabitkan dua daerah di Kuala Terengganu ke Kuala Nerus.
Sekiranya cuaca baik, pemandangan dari bukit itu lebih menarik kerana berpeluang melihat keunikan bentuk beberapa pulau popular iaitu Pulau Kapas, Pulau Bidung dan Pulau Redang di depan mata. Keunikan dan keindahan dilihat dari puncak memang sesuai dijadikan kawasan riadah dan ekstrim meluncur sekali gus ia dijadikan lokasi paragliding dan salah satu produk pelancongan negeri.
Sebelum menuju ke puncak bukit untuk melakukan aktiviti ekstrim ini , terlebih dulu, pengunjung perlu meredah laluan tanah merah yang berlubang-lubang dan berliku sejauh sejauh 2.3 kilometer (km).
Sebut sahaja Ho Chi Minh, Vietnam, ramai daripada golongan wanita yang sangat teruja untuk ke sini. Mana tidaknya, destinasi ini mendapat jolokan lokasi membeli-belah yang menyeronokkan kerana harga yang ditawarkan sangat murah serta menjimatkan.
Lupakan sebentar destinasi menarik lain yang ada di Vietnam seperti lokasi bersejarah atau tempat yang menyajikan permandangan yang indah. Fokus utama adalah lokasi membeli-belah yang boleh buat pengunjung naik gila dan rambang mata.
Jika merancang bercuti ke Ho Chi Minh bandar raya ini yang dulunya dikenali sebagai Saigon untuk membeli-belah, komunikasi tidak menjadi masalah kerana kebanyakan peniaga boleh berbahasa Melayu. Terutama di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia seperti Saigon Square, Night Square, Ben Tay, Dong Koi Street dan Pasar Ben Tahn. Jom terjah lokasi wajib untuk membeli-belah dI Ho Chi Minh.
Ben Thant Market
Pasar ini sangat popular menjadi destinasi yang wajib singgah untuk membeli-belah kerana ada pelbagai barangan yang boleh anda peroleh dengan harga yang sangat murah. Antaranya seperti kain ela, kasut, beg, dan cenderamata. Selalunya, kaum wanita memang rambang mata di sini dan boleh jadi sehari suntuk mereka menghabiskan masa mencari barang atau buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air.
Selain itu, bagi anda yang berminat untuk menempah baju atau kasut mengikut stail dan ‘design’ sendiri, tempahan diterima dan yang paling mengujakan, pakaian anda boleh disiapkan hanya dalam masa satu hari! Menarik bukan?
Di Cho Binh Tay Market turut menjual produk berupa kain ela, tudung dan telekung tetapi tidak sebanyak pilihan yang ada di Ben Thant Market. Namun dikatakan harganya lebih murah berbanding di Ben Thant Market.
Peniaga di sini juga mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan memudahkan pengunjung kita untuk tawar-menawar dengan jayanya.
Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street
Nguyen An Nonh Street atau dikenali sebagai Malaysian Street ini pula ala- ala seperti Jalan TAR dan terdapat pelbagai barangan Malaysia yang dijual di sini.
Telekung, baju, tudung dan jubah adalah barangan biasa dijual di sini. D sini turut menyediakan restoran makanan Malaysia yang halal. Oleh itu, anda tidak perlu risau kelaparan sepanjang berada di Vietnam.
Butik Hong Anh
Butik ini menjual pelbagai jenis baju kurung, kebaya, dan jubah yang khusus buat wanita. Harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan lokasi membeli-belah lain di Ho Chi Minh kerana kualiti kainnya lebih menarik dan eksklusif.
Mac Viet
Jika anda peminat kraftangan atau ingin mencari cenderamata buat keluarga dan sahabat handai di Malaysia, Mac Viet adalah tempat yang harus dituju. Di sini, terdapat pelbagai hasil kraftangan yang unik dan kreatif boleh didapati dengan harga yng murah. Buat anda yang bakal mendirikan rumahtangga, anda boleh menempah kad kahwin di sini kerana seni rekanya begitu unik dan kreatif.
Walaupun nilai yang dipamirkan masih di bawah harga yang rendah dan murah, anda anda masih lagi boleh tawar-menawar ketika membeli barang.Pastikan anda tawar-menawar 50 peratus daripada harga yang diletakkan.
Begitupun, jika tidak serius hendak membeli, usah cuba tawar-menawar kerana peniaga di pasar ini mungkin bertindak kasar atau memarahi anda.
Jangan sesekali beritahu anda baru pertama kali di negara itu. Jika tidak harga yang anda tawar-menawar susah untuk dimiliki. Katakan anda sudah biasa berbelanja di kawasan itu.
Sentiasa semak matawang yang anda gunakan di sana. Contoh seperti baki wang yang diterima atau jenis wang yang akan diberi kepada perniaga. Untuk newbiesanda mungkin keliru dengan jumlah wang kertas yang banyak dan tebal di dalam dompet setelah ditukar ke matawang negara Vietnam iaitu Dong (VND).
Menggunakan kalkulator sebagai alat komunikasi utamawalaupun peniaga di situ mahir berbahasa Malaysia. Caranya mudah, pilih barang yang anda minat kemudian nyatakan harga pada kalkulator. Sekiranya peniaga berkenaan enggan, tinggalkan gerai berkenaan dan dia pasti mengejar seterusnya bersetuju dengan harga yang ditawar.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...