Info Terkini: Tanah Runtuh Laluan Jalan Tapah, Halang Pengunjung Naik Cameron Highlands

Share

Cameron Highland yang terletak di Pahang mempunyai aura tersendiri. Destinasi tanah tinggi ini sering menjadi pilihan pengunjung untuk datang ketika cuti hujung minggu, cuti persekolahan atau cuti umum. Walaupun dikhabarkan lokasi ini semakin sesak jika tiba waktu cuti, orang ramai tetap tidak 'serik' untuk memeriahkan industri pelancongan bukit tinggi itu.


Semalam (1 Oktober 2020) Jalan Tapah-Cameron Highland terhalang akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, pada jam 6 petang. Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Batu 24 Jalan Pahang, diikuti pokok tumbang di Batu 12 dan Batu 18.

Akibatnya, kedua-dua arah jalan itu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Ketika kejadian ia tidak membabitkan kemalangan jiwa atau harta dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Belati Wangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit






Untuk anda yang hendak ke Cameron Highlands ketika ini diingatkan untuk menggunakan jalan alternatif lain. Laluan ke Cameron Highlands:

  • Dari Kuala Lumpur ikut Tapah
  • Dari Penang ikut Simpang Pulai.
  • Dari Terengganu ikut jalan Kuala Berang – Felda Aring – Gua Musang.
  • Dari Raub ikut Sungai Koyan
IKLAN