Taman Negara Niah yang terletak kira-kira 105km dari Miri sememangnya mempunyai keunikan, dan salah satunya ialah Guah Niah itu sendiri.

Ini 10+ Panduan Untuk ‘Round’ Taman Negara Niah. Eksplorasi Tamadun Yang Diiktiraf Dunia
Terletak berhampiran pekan Batu Niah dan hanya dipisahkan oleh Sungai Niah, taman negara ini sentiasa menggamit pelancong asing dan penduduk tempatan. Tarikan utamanya sudah tentu gua-gua yang pernah menjadi penempatan terawal manusia zaman Praneolitik dan Neolitik kira-kira 40,000 tahun lalu. Menurut catatan pengkaji, pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai di dalam gua tersebut.

Ini 10+ Panduan Untuk ‘Round’ Taman Negara Niah. Eksplorasi Tamadun Yang Diiktiraf Dunia
Ini 10+ Panduan Untuk ‘Round’ Taman Negara Niah. Eksplorasi Tamadun Yang Diiktiraf Dunia

IKLAN
  • Untuk datang ke sini, pengunjung perlu menggunakan bot menyeberangi Sungai Niah ke Pangkalan Lobang menggunakan perkhidmatan bot penambang.
  • Pengunjung tidak dibenarkan sama sekali berenang atau menyeberangi sungai ini kerana dikhuatiri diancam sang buaya.
  • Kemudian pengunjung perlu berjalan mengikut trek yang disediakan kira-kira sejauh 5km untuk sampai ke pintu gua. Perjalanan jauh menjejaki tamadun manusia di Gua Niah pasti berbaloi walaupun baju basah lencun dek peluh dan juga hujan yang kadangkala turun dipertengahan jalan.
  • Oleh sebab itu, pengunjung disarankan membawa baju hujan ataupun ponco walaupun ketika itu cuaca terik. Namun jangan risau jika panas tarik, kerana bahang kepanasan itu tidak akan terasa kerana dilindungi pokok-pokok.
  • Bagi yang terlupa membawa bekalan minuman, tidak perlu risau kerana sebelum sampai ke pintu gua, anda akan menemui beberapa penduduk rumah panjang berdekatan menjual minuman dan juga cenderahati.
  • Keletihan meniti trek jambatan kayu pasti sedikit hilang tatkala terhidu bau najis kelawar dan burung walid, ini kerana ia menandakan pintu gua semakin hampir dengan kedudukan anda.
  • Ini 10+ Panduan Untuk ‘Round’ Taman Negara Niah. Eksplorasi Tamadun Yang Diiktiraf Dunia
  • Bagi yang pertama kali menjejaki gua ini, jangan keliru kerana gua pertama yang ditempuhi merupakan Gua Dagang manakala Gua Niah pula terletak hanya beberapa meter dari situ.
  • Pengunjung dinasihatkan supaya membawa lampu suluh sebelum masuk ke dalam Gua Niah kerana keadaan dalam gua sangat gelap.
  • Bahagian barat Gua Niah dikatakan kawasan yang paling kaya dengan kesan sejarah. Ia bukan sahaja penting kepada sejarah Borneo, tetapi juga terhadap tamadun manusia sejagat. Salah satu daripada tengkorak manusia tertua di dunia juga telah dijumpai di sini.
  • Setibanya di pintu gua pengunjung dapat melihat bekas tapak penggalian arkeologi yang menandakan kewujudan manusia.

Bukti kewujudan tengkorak manusia kuno berkenaan ditemui pada 7 Februari 1958 sekali gus disebut penemuan paling penting di Asia Tenggara pada ketika itu. Penemuan itu menarik kedatangan ahli arkeologi yang membawa kepada penemuan-penemuan lain termasuk subang jed, bekas tembikar, peralatan batu, cengkerang, dan tulang.

Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalah tempat pengkebumian manusia zaman Neolitik yang menempatkan beratus tapak perkuburan. Bagi pelawat yang ingin mengetahui secara lanjutan mengenai sejarah gua ini, sebahagian artifak berkenaan terdapat di Muzium Arkeologi Niah yang terletak di Pangkalan Lobang.

IKLAN

Ini 10+ Panduan Untuk ‘Round’ Taman Negara Niah. Eksplorasi Tamadun Yang Diiktiraf DuniaAksi Bahaya Si Pemungut Sarang Burung
Nama Gua Dagang diambil sempena aktiviti popular dilakukan di gua itu satu ketika dahulu iaitu lokasi pedagang tempatan untuk berjual-beli sarang burung walit. Pengunjung yang ke gua ini masih dapat melihat bekas tapak seperti tiang pondok pemungut dan penjual sarang burung walit yang ditinggalkan beberapa dekad lalu.

Malah jika bernasib baik, pengunjung berpeluang melihat kegiatan memungut sarang burung walit oleh pemungut tempatan yang masih diteruskan secara kecil-kecilan. Sedikit kagum pasti terdetik dalam hati menyaksikan si pemungut bertarung nyawa memanjat tiang kayu atau buluh dan digantung di siling gua yang tingginya menyamai bangunan tujuh, lapan tingkat demi mencari sarang burung walit. Ini dek kerana harga sarang burung walit yang belum diproses itu bernilai ribuan ringgit.

IKLAN

Ini 10+ Panduan Untuk ‘Round’ Taman Negara Niah. Eksplorasi Tamadun Yang Diiktiraf Dunia
AMARAN! Jika berpeluang melihat aktiviti ini, pengunjung dinasihatkan tidak menyuluh cahaya ke arah mereka agar tidak menyilaukan mata para pemungut lalu boleh mengakibatkan mereka jatuh.

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI