Mengaku saja jika anda merupakan salah seorang yang tertunggu-tunggu tiket penerbangan murah. Anda boleh berjimat banyak jika anda tahu cara untuk mendapatkan harga tiket penerbangan yang murah.
Entri ini memberi anda panduan mendapatkan tiket mampu beli.
1. Beli Ketika Promosi
Setiap tahun, syarikat penerbangan tempatan seperti MAS, Air Asia, Malindo dan Fire Fly pasti ada membuat promosi untuk pelanggannya. Promosi yang dibuat biasanya sangat berbaloi.
2. Beli Lebih Awal
Ads
Jika anda mahu melancong pada bulan akan datang, mulalah membeli dari sekarang kerana membeli tiket penerbangan lebih awal kebiasaannya lebih murah. Biasanya, harga lebih murah mengikut hari dan waktu.
3. Daftar Jadi Ahli
Ads
Jika anda seorang yang kerap melancong, anda mungkin perlu daftar menjadi ahli supaya mendapat beberapa kemudahan. BIG Loyalty Programme merupakan salah satu program ganjaran buat anda yang setia bersama Air Asia. Mungkin anda boleh dapat tiket percuma!
4. Rajin Membuat Perbandingan
Ads
Rajinkan diri membuat perbandingan syarikat mana yang ada membuat promosi terutamanya sempena hari-hari tertentu seperti hujung tahun atau perayaan.
Ketahui tempat percutian yang dituju sama ada destinasi tersebut ada membuat promosi penerbangan atau tidak. Sebagai contoh, jika anda mahu ke Korea, carilah promosi ke sana.
Tahniah jika anda berjaya mendapatkan tiket penerbangan yang murah. Tunggu apa lagi? Selamat bercuti dengan lebih penjimatan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kes Koronavirus menjadi perhatiaan semua orang ketika ini. Mahu keluar bercuti jauh-jauh pun rasa seperti tidak berapa selamat kan? Elok sebagai langkah berjaga-jaga untuk hindari seketika kawasan yang menjadi tumpuan ramai dan sesak.
Namun, jika anda berasa sangat bosan atau ingin keluar seketika boleh la ke destinasi berhampiran dan bukan kawasan yang terdedah dengan kemungkinan penyebaran virus tersebut.
Antara yang dicadangkan seperti perkongsian daripada saudari Fara Saila Radzun
Lupakan Bandung seketika, Noghori Sombilan pun tak kurang hebatnya!
ATV Kg Jkin Extreme Park, terletak di laluan lama Seremban – Kuala Pilah, atau di kenali sebagai Bukit Putus yang berdekatan Ulu Bendul.
Memang syiokkk, selain dapat ride sendiri ATV dan mencabar adrenalin dengan Flying Fox, Monkey Zipline, Buaian Extreme, uols yang gila bergambar bolehlah bergambar dengan view yang cantik ala-ala Bandung, fuhh save poket nak beli tiket flight kan.
Dah penat bersukan dan selfie, perut pun dah berkeroncong, tekak pun dah kering, jangan risau, terjah je Kafe Dapo Pompuan Chantek yang ada kat situ, mungkin tokeynya cantik, atau chefnya yang cantik.
Bila dah makan, mulala mata pun layu kan? Apakata uols sewa dan merasa bermalam di Tree House atau Rumah Hobbit, fuhh mana nak carik tempat yang best camni. Harga pakej uols boleh rujuk dalam gambar, wasap je admin, laju je admin reply, dah la cun, tak sombong pulak tu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Dapat berkumpul dan bercuti bersama keluarga besar memang seronok. Tambahan pula lokasi percutian mempunyai banyak kemudahan untuk digunakan.
Borak-borak, mandi-manda dan juga makan-makan antara aktiviti yang selalu dibuat bila berkumpul bersama. Justeru pemilihan lokasi yang menarik memang sangat membantu.
D’Bukit Homestay yang terletak di Pedas Negeri Sembilan antara tempat percutian yang boleh dijadikan port untuk anda dan keluarga berkumpul.
Terletak jauh dari kesibukan kota, untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu menyelusuri jalan kampung yang menghijau sepanjang 2km dari jalan utama. Sangat nyaman dan menyengarkan.
Seakan bercuti di kampung sendiri yang penuh dengan kehijauan, homestay ini mempunyai tiga buah rumah yang boleh menempatkan sehingga 20 ke 30 orang pada setiap masa.
Menggunakan nama seperti Rumah Abah, Rumah Mak dan Rumah Acu/Ngah dan Long untuk setiap penginapan yang ada, kemudahan di sini juga tidak kurang hebatnya. Harga untuk penginapan yang ada di sini bermula dari RM140, memang berpatutan dan sangat berbaloi.
Terdapat kolam renang lengkap dengan mini slide untuk si kecil enjoy mandi-manda. Paling best sumber air kolam renang adalah dari air bukit, memang sejuk macam mandi air terjun.
Untuk kaki pancing, kat sini juga terdapat kolam pancing. Bolehlah tambah aktiviti tersebut dalam itinerari anda bila bercuti di sini. lepas tangkap ikan, boleh terus masak di dapur yang turut disediakan di sini.
Antara kemudahan lain yang ada kat sini termasuklah:
Bilik beraircond
Flat-screen tv di setiap bilik (setiap rumah dibekalkan pendrive yang mengandungi cerita /movie)
Iron dan iron board
Jug dan cerek
Balkoni/teres
Surau
Tempat bbq dan peralatan (caj tambahan)
Dapur memasak penuh kelengkapan dan peti ais, serta ruang makan yang dikongsi.
Free wifi
Karoke (caj tambahan)
Permainan archery (caj tambahan)
Berbasikal
Lokasi yang tidak jauh dari kemudahan lain seperti mini market dan pasar raya memudahkan anda dan keluarga untuk mendapatkan barangan keperluan sepanjang percutian. Kalau nak makan kat luar pun mudah kerana terdapat juga restoran yang sedap untuk anda dan keluarga bersantap.
Alamat: D’Bukit Homestay
Lokasi: Lot 1997 Jalan Tok Nara Kampung Kundur Hulu, Pedas, Negeri Sembilan.
Siapa sangka hujung minggu lepas meyaksikan banjir besar melanda beberapa negeri terasuk Johor, Perak, Terengganu dan juga Pahang.
Salah satu kawasan paling terjejas terus di Pahang adalah Maran dan juga Kuala Lipis.
Seperti yang kita tahu Kuala Lipis adalah ibu negeri Pahang dari 1898 hingga 1953 sebelum Kuantan diiktiraf sebagai pusat pentadbiran negeri pada tanggal 27 Ogos 1955.
Daerah ini sememangnya terkenal dengan tempat kelahiran beberapa nama besar negara, antaranya Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; bekas menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Muhamad Ghazali Shafie; wartawan, penulis dan aktivis politik, Ishak Muhammad atau lebih dikenali sebagai Pak Sako, chef selebriti terkenal, Redzuwan Ismail atau Chef Wan dan penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin.
Bandar Kuala Lipis yang pernah menjadi ibu negeri Pahang pada abad ke-19 semasa pentadbiran era kolonial di bawah Residen British, Sir Hugh Clifford adalah bandar transit pengunjung dan kenderaan dari Lembah Klang ke Kelantan.
Selain itu, bandar Lipis yang juga bekas ibu negeri Pahang turut menempatkan 14 bangunan bersejarah yang didirikan ketika pentadbiran British.
Antaranya, pejabat pos (1910), Clifford School (1913), kediaman bekas SUK Pahang (1920), Rumah Residen (1922), Istana Hinggap (1926), Asrama Jururawat (1926), Stesen Keretapi (1926), Clifford Malay Hostel (1926) dan Rumah Pegawai Daerah (1929) memperlihatkan reka bentuk bangunan hasil cita rasa Pegawai Kolonial British ketika itu.
Seperti yang kita tahu, banjir yang berlaku beberapa hari ini telah menenggelamkan Clifford School yang dikatakan sudah berusia 100 tahun
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagramnya, Siti memberitahu bangunan kelas tempatnya belajar hanya sayup kelihatan bumbungnya saja. Jadi beliau meminta jasa baik semua follower, rakan-rakan dan alumni sekolah berkenaan agar dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban sekolah akibat bencana banjir.
Sebelum itu juga posting dari Pengurus Siti, Rozi turut memberitahu kedaaan di sekolah berkenaan dan sebagai Naik Yang Dipertua alumni Loca atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, Lipis, dia turut meminta bantuan kewangan dan juga sukarelawan untuk bergotong royong nanti di sana.
Menurut Rozi, sekolah ini mempunyai khazanah-khazah bertahun dan sejarah yang tidak mungkin ada galang gantinya hampir tenggelam sepenuhnya.
Bangunan kelas saya belajar hanya nampak sayup sahaja bumbungnya. Allah! Semoga usaha ini akan diberkati dan saya juga mengajak followers, rakan-rakan, alumni sekolah serta sesiapa saja yang mahu menyumbang bagi membantu meringankan beban sekolah akibat bencana banjir. Ada ni akaun di bawah.
Kala ini, dengan keadaan saya sekarang, mungkin saya tidak dapat turun padang seperti lazimnya untuk melihat sendiri keadaan banjir namun saya titipkan doa dan membantu apa yang termampu kerana memahami keadaan sukar buat semua mangsa banjir.
Repost @rozisangdewi
Melihat keadaan SMK Clifford, Lipis, pagi ini membuatkan saya sebak. Sekolah yang sudah berusia lebih 100 tahun, mempunyai khazanah-khazanah tahun bertahun, sejarah yang tak mungkin ada galang ganti, hampir tenggelam sepenuhnya.
Bangunan sekolah, asrama, surau, dewan, pejabat guru, galeri, padang dan kantin, sudah tidak kelihatan kecuali bumbung sahaja.
Hari ini, sebagai Naib Yang DiPertua, alumni LOCA atau Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford, Lipis, Pahang, saya mengalu-alukan jasa baik dan sumbangan kalian dalam bentuk kewangan (kecemasan) .
Akaun Maybank LOCA: 556114503768
Dan sumbangan lainnya pada hari gotong royong pembersihan nanti seperti tenaga sukarela, waterjet, makanan, minuman dan sebagainya. Saya akan maklumkan lebih formal selepas ini.
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...