Ramai ingin bercuti tetapi kadang-kadang buntu memikirkan tempat mana menarik untuk dituju.
Perkongsian Detektif Kembara ini boleh dijadikan panduan untuk mereka yang mahu cuti-cuti Malaysia.
Malah jika berkesempatan boleh buat Roadtrip perjalanan dari Putrajaya-Kl-Selangor-Perak-Penang-Kedah-Perlis-Kelantan-Terengganu-Pahang-Johor-Melaka-Negeri Sembilan.
Walaupun kita sudah dibenarkan merentas negeri dan bercuti, jangan lupa untuk mematuhi SOP ditetapkan.
Kalau boleh jauhi kawasan yangramai orang, rancang percutian dan jangan jadikan momen kegembiraan nanti berakhir dengan suatu yang menyedihkan.
Ayuh, kita lihat detinasi menarik jika merancang bercuti di seluruh negeri yang ada di Malaysia.
Bercuti saat paling best dalam kehidupan semua orang. Lebih best, time cuti itu tiada apa-apa masalah menghalang dan semuanya smooth saja. Pendek kata, kenangan cuti itu buat kita teringin kembali lagi ke situ.
Dikongsi dari catatan fb Helmi Baharum, dirinya yang suka explorasi tempat-tempat menarik di seluruh negara berkongsi kenangan ketika bercuti ke Bario, Sarawak beberapa tahun lalu.
Baca catatan dibuatnya ketika mengembara ke Bario, Sarawak.
Marilah kita lari dari kebiasaan, balik-balik cuma kedengaran Kundasang orang Semenanjung suka kalau nak ke Borneo. Ya Kundasang memang best, then maybe next trip kita boleh ke Bario, Sarawak, Malaysia pula.
Cogan kata : ‘land of a hundred handshakes’ + Kelabit's Highland gateway (Bario= cantuman beberapa kampung dan farm).
Personaly dalam banyak-banyak tempat di Borneo, Bario merupakan tempat paling best teruk untuk saya.
1.Sangat-sangat terpencil:-
Mungkin kawasan di Malaysia yang ada airport paling terpencil selepas jirannya (Ba'Kelalan). Hanya jalan balak (offroad) boleh dilalui dengan kadar masa 12-13 jam dari bandaraya Miri, dengan kos sehingga RM350 per pax, per trip. Alhamdulilah kesempatan dapat grab flight ticket RM60 per trip tidak saya lepaskan. (guna Airasia, turun ke Miri).
Dengan kapasiti hanya maksimal 19 orang penumpang dan 2 pilot pasti memberi pengalaman yang cukup berbeza. Tiada toilet, tiada pramugara/i yang terkadang menjengkelkan, tiada makanan/ minuman, tiada undang-undang ketat. Semua penumpang dan pilot saling friendly sebab very small group. Dengan flight seringan dan sekecil ini, sekali langgar awan, bergegar seluruh iman. Pekikan enjin pesawat yang bingit, tapi semua terbayar dengan pemandangan yang cukup indah: Mulu Mountain, Taman Abu Range Mountain (Murud mountain: highest point of Sarawak), Marudi town dan lain-lain. Jarak tempoh sekitar 1 jam.
3.Local people super friendly + land of smile
Majoriti penduduk adalah Kelabit (lebih 90%) beragama kristian dan ada yang dah muallaf, serta minoriti groups (Penan, Melayu dan lain-lain) yang datang untuk bekerja. Semua orang tak terkecuali. Semua baik-baik, di jalan raya, pasti senyum, tegur dan angkat tangan walau kenal dan tak kenal.
4.Makanan kampung yang sangat sedap
Kami tinggal di homestay Pak Mus (highly recommended) cuma RM84 ada free shuttle airport, makan 3 kali sehari, bilik sorang 1 (double bedroom), pemandangan luar boleh tahan superb, dekat dengan Pekan Bario.
5.Attraction sites:-
-Bukit Korea + Bukit Doa (cuma separuh jalan sebab sesat kau) -Kampung Penan -Bengkel pembuatan nanas -Ladang nenas, paddy fields, -Tengok fasiliti: klinik, pusat internet, pekan kecil sederet, balai polis, sekolah menengah dan rendah, tangki air 1 malaysia, -Galeri bario/ kelabit: ada contoh rumah Kelabit -Bangkai kapal terbang (ala-ala film Dilwale had tayang di Iceland tu) #feeling2lebih -View kampung Bario
6.Sejuk
Memang kena pakai jaket jugaklah, suhu bawah 20 celcius kalau malam tapi kami pergi bukan musim kemarau, jadinya malam kurang sejuk. Tapi siang panas tak terik, sedang-sedang elok, aman tenang dan memang best.
Saya pasti akan datang lagi next time untuk tawan Lobang Garam dan Gunung Murut pulak.
Jadi kalau ada cadangan ke Borneo, boleh masukkan Bario dalam list percutian korang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Adakala kita mahu larikan diri dari suasana hiruk pikuk kota. Malah ramai memilih percutian santai di kampung untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Bagi warga Negeri Sembilan, korang boleh pilih bercuti di Jelatok Retreat Farm yang terletak bersebelahan Hutan Simpan Lenggeng.
Untuk ke sini sila hati-hati kerana agak mencabar kerana perlu melalui jalan kampung dan ladang kelapa sawit tapi bila sampai ke atas, suasananya sangat indah permai dan boleh jadi port lepak santai yang berbaloi pergi.
Dikongsi dari fb Visit Negeri Sembilan, selepas PKP berakhir, bolehlah lepak di sini.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Jelatok Retreat Farm terletak di Kampung Jelatok, Mendom, Lenggeng, Negeri Sembilan. Tempat kami sedikit terceruk dan betul-betul bersebelahan dengan Hutan Simpanan Lenggeng. Nak ke sini perlu lalu kawasan kampung dan seterusnya lalu ladang kelapa sawit pula.
Untuk makluman, farmstay untuk tetamu menginap belum lagi beroperasi. Fasiliti swimming pool, sahara loop (fire pit) dan lain2 juga adalah untuk tetamu yang menginap, tidak dibuka untuk public.
Terrace Cafe dan mini nursery kami sudah mula beroperasi. Anda boleh menikmati makanan dan minuman di kafe kami sambil mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi. Anda juga mungkin boleh mendapatkan idea untuk menambah baik laman anda.
Waktu operasi Terrace Cafe: Rabu-Jumaat: 2.00pm-9.00pm Sabtu-Ahad: 10.00am-9.00pm
Tutup pada Isnin-Selasa.
Biasanya pada Sabtu-Ahad agak sibuk, jadi kalau boleh hubungi kami terlebih dahulu kalau plan nak datang ramai-ramai ya.
Untuk makan malam, boleh booking juga ya. Kalau rancang nak datang malam, disyorkan datang sebelum gelap kerana kami terletak di kawasan off-grid (golap). Balik nanti, kalau takut golap, kami boleh lead jalan untuk keluar.
InsyaAllah boleh release sikit stres tengok2 keindahan alam semula jadi. Dapat tengok kehijauan bukit-bukau sambil hirup Gula Melaka Latte dan makan cendawan goreng, fuhhh… terbaik!
Sungai Bangang terletak di Hulu Dungun, Terengganu. Nama sebenar sungai ni ialah Sungai Bangan atau Sungai Balu. Mungkin kerana slanga orang Terengganu dibunyikan ‘G’ dibelakang, ia lebih popular dikenali Sungai Bangang.
Lokasinya tersorok atas ketinggian lebih kurang 800 meter dari paras laut menjadikan ia sukar diakses. Tak ramai orang ke sini menjadikan air di sini sangat jernih.
Sungai Bangang biasa dikunjungi pendaki. Untuk ke sini, trip popular dikalangan pendaki dengan trip gelaran CBL (Puncak Chemerong, Gunung Berembun, dan Air Terjun Langsir) ; tiga spot utama ini wajib dilalui. Permit diperlukan untuk pendakian.
Gunung Berembun setinggi 1038 meter, Air Terjun Chemerong antara yang tertinggi di Malaysia setinggi 370 meter dan Air Terjun Lansir pada ketinggian 801 meter dari paras laut.
Pendakian biasanya bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.Pendakian ke puncak Gunung Berembun mengambil masa enam jam atau lebih bergantung kepada cuaca, stamina, dan jumlah pendaki. Kebiasaannya trip mengambil masa 3 hari 2 malam atau 2 hari 1 malam yang juga bergantung kepada faktor-faktor tersebut.
Selepas di puncak, pendaki turun untuk berkhemah. Ada yang berkhemah di Jeram Lesung. Di sini ada kolam besar dan agak dalam, serta dua lubang air seolah-olah lesung. Ada juga bermalam di kawasan khemah Air Terjun Sungai Langsir yang lebih luas. Untuk ke Sungai Bangang perlu menyeberangi Air Terjun Sungai Langsir dan masuk ke dalam hutan melalui trek yg sedia ada. Perjalanan mengambil masa sekitar sejam atau lebih untuk ke kolam hijau jernih ini.
Sungai ini melalui antara tebing batu lalu membentuk kolam memanjang dan tidak lebar namun cukup dalam untuk anda terjun tiruk dari tebing setinggi lebih kurang 1 meter. Dalam kolam mungkin lebih kurang 2-2.5 meter bergantung pada paras air. Bahagian dalam mungkin akibat hakisan air deras. Air di sini memang sangat jernih. Kalau direkod foto atau video, memang jelas nampak anda dalam air. Jika anda berpeluang kesana, nikmati keindahan alam ciptaan Allah dan semoga alam kita terus terpelihara serta jangan buang sampah merata-rata.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...