
Pasti umat Islam di Malaysia ramai yang mula rindu untuk melakukan solat berjemaah.
Namun buat masa ini, hanya ‘insan terpilih’ yang dibenarkan mengimarahkan masjid dan surau di kawasan masing-masing Selepas lebih dua bulan tiada solat Jumaat dan solat berjemaah akibat penularan wabak COVID-19, ‘ada’ umat Islam yang dapat kembali menunaikan kewajipan di masjid dan surau.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyebut masjid dan surau terpilih dalam Zon Hijau COVID-19 di Wilayah Persekutuan dibenarkan mengadakan solat Jumaat dan solat berjemaah secara berperingkat mulai 15 Mei 2020, dengan bilangan jemaah minimum tiga orang tidak termasuk imam dan tidak melebihi 30 orang.

- Perlis sebelum ini juga membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid seluruh negeri itu bermula hari ini yang hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid.
- Sementara Selangor dan Perak membenarkan bilangan jemaah tidak melebihi 12 orang termasuk imam dan khatib.
- Kerajaan negeri Melaka pula mengambil keputusan membenarkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 29 Mei dengan 40 jemaah dibenarkan.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!




