Kelajuan internet paling pantas pernah dicatatkan di dunia adalah 32 TBps atau 32,000,000 Mbps. Ia dihasilkan oleh penyelidik di Eindhoven University Technology di Belanda, dan University Central Florida, menggunakan serat multi-modal. Ia bukan satu ujian, sambungan internet ini diukur pada fiber berukuran 1 kilometer.
Dengan kelajuan ini, anda hanya memerlukan 0.03 milisaat untuk memindahkan filem bersaiz 1GB, atau 1TB dalam masa 0.03 saat. Jika itu belum cukup hebat, cuba bayangkan, 32TBps adalah jumlah keseluruhan trafik yang melalui internet di seluruh dunia, pada waktu puncak. Dah ternganga tak?
Bagi Malaysia, purata kelajuan internet adalah sepantas 8.9 Mbps. Sebanyak 52% daripada keseluruhan kawasan di Malaysia mempunyai kelajuan internet melebihi 4 Mbps, 4% melebihi 10 Mbps dan 0.9% melebihi 15 Mbps
#Keputusan sehingga suku pertama 2017
10.USAWalaupun USA terkenal dengan negara teknologi; Iphone, IBM,Garmin, dan macam-macam lagi, tapi ini baru pertama kali USA tersenarai Top 10 internet laju di dunia bagi 2017.Sebelum ni 15.3Mbps, kini 18.7Mbps. Peningkatan yang signifikan, tapi bagi sebuah negara acah² Ketua Dunia…. slowlah.
Purata kelajuan puncak : 86.5 Mbps
9.DenmarkPurata kelajuan 20.1Mbps; meningkat 17%. Internet Denmark antara terbaik dunia, dengan purata 4Mbps pada 2015. Sekarang dah 2017, jadi mesti lagi laju.
Purata kelajuan puncak : 74.4 Mbps
8. JepunSaya jangka Jepun mungkin Top 5, tapi tidak. Jepun negara Asia paling maju kot. Purata laju 20.2Mbps, hanya 0.1Mbps lebih laju dari Denmark. Peningkatan sebanyak 11% menjadikan Jepun ke-4 internet pantas di Asia.
Ads
Purata kelajuan puncak : 94.5Mbps
7. Singapura Negara kecil namun antara terkaya dunia ni, miliki internet pantas 20.3Mbps. Sedikit laju dari Jepun, namun bila dibanding kapasiti bilangan penduduk, kelajuan ni memang laju lah. Malah, Singapura catat kenaikan paling drastik; 24% berbanding tahun sebelumnya.
Purata kelajuan puncak : 184.5Mbps
6. Finland Negara dengan sistem pendidikan terbaik dunia, milik internet pantas 20.5Mbps. Tahun lepas di tangga ke 8, naik 15% pada 2017.
Purata kelajuan puncak : 75.1Mbps
Ads
5. SwitzerlandSwitzerland antara negara tercantik dunia dan kedua paling gembira di dunia juga antara internet pantas; 21.7Mbps. Di tangga kelima, benchmark kelajuan internet sudah melepasi 21Mbps dengan kenaikan 16%.Cantik, laju…nak apa lagi?
Purata kelajuan puncak : 93.4Mbps
4.Hong Kong Sekali lagi negara Asia dalam senarai pantas. Hong Kong antara negara sibuk Asia dengan kelajuan 21.9Mbps serta kenaikan 10%, hampir sampai ke 22Mbps. Mungkin tahun depan naik lagi?
Purata kelajuan puncak : 129.5Mbps
Ads
3.Sweden Tempat ketiga barulah tembusi kelajuan 22.5Mbps. Sweden yang popular dengan muzik metal testimoni lama, rallycar, dan antara negara terbaik dunia, menyaksikan kenaikan 9.2% (paling kecil dalam semua top 10).
Purata kelajuan puncak : 95.3Mbps
2.NorwayNorway juga antara negara terbaik dunia yang terkenal dengan fjord dan muka bumi yang hebat. Dengan internet pantas 23.5Mbps, Norway negara Eropah terpantas internet dengan kenaikan 10% pada tahun 2017.
Purata kelajuan puncak : 85.9 Mbps
1. Korea Selatan Negara hampir cecah kelajuan 30Mbps. Sekarang purata laju ialah 28.6Mbps. Ini tahun ketiga Korea Selatan di tempat pertama. Kenapa laju sangat? Mungkin sebab nak stream video K-Pop atau Runningman. Satu -satunnya negara dengan penurunan kelajuan sebanyak -1.7% namun masih kekal di tangga teratas. Hebat mee-ramen.
Purata kelajuan puncak : 121Mbps
Kredit kays iluminasi.com Rujukan fastmetrics.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi mereka yang pernah “mandi” dan memberi ikan kelah makan di Taman Negeri Royal Belum di Perak pasti mengetahui betapa seronoknya aktiviti berkenaan. Saat memberi makan, ribuan ikan kelah ini dengan rakus menangkap makanan tersebut sekaligus menimbulkan suasana “gerun” bagi mereka yang kali pertama melakukan aktiviti berkenaan. Biasanya aktiviti berkenaan hanya membenrkan kita memberi makan selain mandi manda bahkan adalah dilarang sama sekali menangkapnya. Untuk pergi ke santuari ini juga perlu menaiki bot atau mengikut trail perjalanan merentas hutan disediakan sebelum sampai ke lokasi.
Dan nampaknya berita baik bagi pelancongan di Negeri Sembilan apabila santuari ikan pertama bakal beroperasi tahun depan di Sungai Kenaboi, Jelebu kerana kejernihan airnya yang belum tercemar sekaligus menjadi destinasi pelancongan terbaru di negeri tersebut.
Menurut laporan Harian Metro, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) komited untuk mewujudkan sebuah pusat konservasi atau santuari dan pusat penetasan ikan di Sungai Kenaboi, Jelebu yang dijadualkan beroperasi awal tahun hadapan.
Pengarah JPNS Saleh Awaludin berkata, projek membabitkan kos kira-kira RM120,000 itu bertujuan memelihara dan memulihara serta memperkaya pelbagai spesies ikan di perairan negeri daripada diancam kepupusan khususnya yang jarang dijumpai termasuk kelah.
Beliau berkata, projek itu kini dalam peringkat pembinaan infrastruktur dan perbincangan terperinci dengan pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Jabatan Kemajuan Orang Asli negeri serta beberapa agensi lain.
"Tujuan utama adalah untuk memperkaya semula sungai kita dengan spesies ikan tempatan dan pada peringkat awal ini, kita pilih Sungai Kenaboi kerana sumber airnya yang bersih serta tidak tercemar.
"Lokasi itu juga kaya dengan kepelbagaian biodiversiti dan berdasarkan rekod, Sungai Kenaboi dahulu terdapat banyak kelah, tetapi sekarang makin sukar ditemui susulan kegiatan manusia berburu secara haram," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, pemilihan baka ikan untuk dibiakkan di santuari itu dibekalkan oleh jabatan perikanan negeri dan Pusat Penyelidikan Perikanan Air Tawar (FRI Glami Lemi) di Jelebu.
Saleh berkata, santuari itu juga berperanan memastikan kawasan hutan terpelihara selain spesis ikan asal yang mendiami kawasan berkenaan kekal menghuni dan jika ia berjaya, projek sama akan dilakukan di sungai lain di negeri itu.
Beliau berkata, santuari ikan itu turut berpandukan konsep Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor dan Taman Negeri Royal Belum di Perak yang dilihat berjaya memastikan spesies ikan dipulihara dan kekal pada habitatnya.
Katanya, kewujudan santuari dan pusat penetasan ikan itu juga mampu menjadi tarikan baharu untuk menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan luar negeri sekali gus mempertingkatkan sektor ekopelancongan dan ekonomi setempat.
Sementara itu, Saleh berkata, usaha memulihara populasi ikan khususnya spesies terancam dan jarang ditemui juga memerlukan kerjasama masyarakat Orang Asli berikutan mereka adalah kelompok masyarakat yang paling hampir dengan sungai berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan alatan renjatan elektrik, menuba dan bom yang boleh menyebabkan kepupusan sumber ikan selain tidak menceroboh kawasan yang digazetkan sebagai hutan yang dilindungi. Sumber : Harian Metro
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Seperti mana kita semua sedia maklum kerajaan kini membenarkan untuk pelancong dari dalam negara pergi ke Langkawi sebagai salah satu projek rintis gelembung pelancongan. Mana-mana individu lengkap vaksinasi dibenarkan ke pulau legenda tersebut kecuali dari kawasan PKPD.
Namun mereka terlebih dahulu perlu melakukan ujian pengesanan Covid-19 sama ada ujian PCR atau RTK. Majlis Pemulihan Negara kini optimis lebih ramai pelancong akan ke Langkawi apabila projek rintis gelemnbung pelancongan mencapai kejayaan.
Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pada peringkat awal projek itu, banyak perkara yang perlu diperhalusi namun semuanya dijangka berjalan lancar setelah tahap keyakinan rakyat dan pengusaha industri pelancongan meningkat.
“Saya jangka apabila tahap keyakinan dalam kalangan pengusaha pelancongan meningkat dan kemudahan yang disediakan kembali boleh digunakan pelancong, apa lagi penerbangan dari luar negara dibolehkan masuk ke sini, maka peratusan atau kadar (pelancong ke Langkawi) yang dijangka awal itu boleh berubah.
“Saya harap lebih besar daripada itu kerana Langkawi mempunyai kapasiti 12,000 bilik, insya-Allah lebih banyak lagi hotel baharu akan dibina bila keadaan bertambah baik,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri sesi dialog bersama pengusaha hotel, inap desa, kereta sewa dan pemandu teksi Langkawi hari ini.
Foto: Astro Awani
Beliau diminta mengulas sasaran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang menjangkakan 200,000 pelancong berkunjung ke Langkawi hingga Disember ini susulan pembukaan semula industri di bawah projek rintis gelembung pelancongan bermula hari ini.
Muhyiddin juga menjangkakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) melonggarkan prosedur operasi standard terutama berkaitan rentas negeri apabila Malaysia mencapai tahap imuniti kelompok yang diperlukan dan lebih banyak negeri beralih ke Fasa Dua atau Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.
Beliau berkata apabila ini berlaku, rakyat akan dibenar menjalankan lebih banyak aktiviti bukan hanya dalam sektor pelancongan tetapi juga perniagaan, pengangkutan dan perkilangan.
“Apa yang penting supaya kita dapat lihat proses pemulihan kita cepat, kita tidak boleh bertangguh kerana kita telah menanggung kos yang terlalu mahal dalam tempoh setahun yang lepas disebabkan oleh pandemik,” jelasnya lagi.
Jadi buat anda yang memasang niat untuk ke Langkawi dalam tempoh terdekat, lakukan perancangan sebaiknya. Setiasa mematuhi SOP dan jaga diri dan keluarga.
Sumber: BERNAMA & Astro Awani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Masjid dan surau mungkin akan dibuka semula dalam waktu terdekat, bergantung kepada nasihat KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Keputusan itu mungkin diperoleh jika pihak berkuasa berpuas hati dengan garis panduan yang dikemukakan, selain trend kerjasama rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Segala keputusan yang dicapai dalam mesyuarat MKI itu akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja terlebih dahulu untuk mendapat perkenan. Keputusan itu akan dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Utama (Raja, Mufti, Jabatan Agama) di semua negeri di Malaysia.
Perlis Benarkan Solat Jumaat
Walau bagaimanapun negeri Perlis telah membenarkan pelaksanaan solat Jumaat di masjid seluruh negeri bermula 15 Mei 2020 ini dengan syarat tertentu tanpa kehadiran orang awam.
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam sebuah kenyataan berkata solat Jumaat berkenaan hanya terhad kepada ahli jawatankuasa masjid sahaja. Perintah berkenaan dikeluarkan selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail sebagai permulaan untuk membolehkan ‘Syiar Jumaat’ dihidupkan kembali.
Peraturan disediakan untuk masjid-masjid di Perlis agar didirikan solat Jumaat selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ekoran Covid-19 selepas mengambil kira dan mempertimbangkan pandangan-pandangan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Jawatankuasa Muazakarah Khas Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI), dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
benar.news
Solat Jumaat di Perlis hendaklah didirikan dengan mematuhi ketetapan tertentu seperti jumlah jemaah termasuk imam dan khatib adalah tidak melebihi 12 orang dan tidak kurang daripada tiga orang.
Masjid tidak dibuka kepada orang awam, sebaliknya hanya pegawai masjid dan Ahli Jawatankuasa masjid sahaja dibenarkan melakukan solat Jumaat.
Mereka berusia 60 tahun dan ke atas tidak dibenarkan hadir ke masjid.
Setiap yang diizinkan hadir hendaklah membuat pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan dan merekodkan kehadiran di dalam buku kehadiran.
Mereka yang mempunyai gejala seperti demam, sesak nafas, sakit tekak dan selesema serta mempunyai sejarah kesihatan lain seperti kencing manis, darah tinggi, lelah, penyakit barah dan sebagainya tidak dibenarkan hadir.
Jemaah mestilah melaksanakan penjarakan sosial semasa solat (sekurang-kurangnya dua meter) serta diwajibkan memakai pelitup muka ketika menunaikan solat Jumaat.
Jemaah dikehendaki berwuduk terlebih dahulu sebelum ke masjid dan pelaksanaan rukun solat Jumaat terhad selama 15 minit sahaja.
Tiada kontak fizikal dibenarkan di dalam masjid sama ada sebelum atau selepas solat dan jemaah hendaklah terus beredar meninggalkan kawasan masjid seusai selesai solat.
Pelaksanaan itu mesti dibuat di kawasan lebih terbuka seperti anjung masjid bagi memastikan Perlis diisytiharkan sebagai Zon Putih dalam waktu terdekat.
Pulau Pinang Kekal Tidak Bernarkan olat Jumaat
Pulau Pinang pula masih melanjutkan tempoh larangan semua kegiatan membabitkan masyarakat awam di masjid dan surau sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga keputusan muktamad dibuat.
Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, larangan itu merangkumi solat Jumaat, solat sunat tarawih dan solat berjemaah yang lain. Beliau turut menasihatkan orang ramai agar terus patuh pada larangan yang dibuat sebelum ini merangkumi solat Jumaat, solat sunat tarawih dan solat berjemaah yang lain di masjid serta surau di seluruh Pulau Pinang.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...