Bukan susah dan tidak juga mudah untuk mengekalkan keharmonian rumah tangga. Sememangnya ia memerlukan persefahaman daripada kedua-dua belah pihak sebelum kebahagiaan itu dapat dilihat dengan jelas. Antara cara ‘biasa’ untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara pasangan suami isteri tidak kira yang sudah lama berumahtangga atau masih dalam mood berbulan madu adalah keluar melancong bersama. 

Melancong bersama tidak semestinya perlu mengeluarkan bajet yang besar. Cukup sekadar anda mempunyai ilmu dan pengetahuan yang diperlukan samada memilih untuk ‘travel’ di dalam negara atau luar negara sekalipun.

Nah! Ini ada perkongsian travel menarik daripada pasangan suami isteri ini yang berpeluang melancong bersama ke dua buah negara jiran terdekat kita sekaligus. Paling menarik, pasangan ini memilih untuk bercuti ala ‘backpack’ dan berpeluang menggunakan pelbagai jenis pengangkutan seperti perkhidmatan bas, keretapi, kapal terbang, dan motorsikal.


FULL ITINERARY TRIP BACKPACKERS COUPLE THAILAND & CAMBODIA (11 Days)

HAT YAI – HUA HIN – BANGKOK – SIEM REAP

DAY 1 {12/6/19; Wed}


• Naik bas dari paka ke TBS (11 pagi); sampai dalam pukul 4 petang
• Pergi Midvalley Mall by KTM – untuk tukar currency BAHT & USD(disarankan tukar di MY MONEY MASTER)
• Pergi ke KLIA2 by KLIA Transit – transit ke Putrajaya Sentral dulu utk murah drpd direct ke KLIA2

DAY 2 {13/6/19; Thu}


• Check in flight KUL-HDY pd 10.50am (MYR 242/2 org)
• Beli simkad di airport (THB 299/RM 40, unlimited data)
• Ambil bas airport untuk ke Hatyai Central (THB 60/RM 8)
• Check in di LaemThong Hotel (walk in; THB 1,240/RM 167 – 2 nights)
• Lunch di Kai Tod Decha Halal Restaurant (walking distance 550m)
• Pergi ke Hatyai Railway Station untuk beli tiket ke Hua Hin (THB 612/RM 82 – utk 2org – 3rd class seat; walking distance)
• Pergi jalan2 ke Lee Garden Plaza (walking distance)
• Jalan2 masuk 7 Eleven area situ

*untuk tiket train : better pilih 2nd class seat or above sbb 3rd class seat mmg murah dan jimat tapi sangat tak selesa ( sbb perjalanan dari Hatyai ke Hua Hin adalah selama 14jam)

DAY 3 {14/6/19; Fri}
• Breakfast kat Dimsum Chabura (naik grabCar THB 20/RM 3 – pakai promocode, jimat sgt)
• Ambik grabCar ke Hat Yai Central Mosque (THB 50/RM 7 – solat jumaat situ)
• Pergi jalan2 ke Kim Yong Market by grabCar (THB 45/RM 6)
• Pergi ke Khlong Hae Floating Market by grabCar (THB 220/RM 30)

*sebaiknya pergi ke Khlong Hae floating market pukul 5 ke atas sebab semua gerai dah buka

DAY 4 {15/6/19; Sat}
• Breakfast kat restoran halal berdekatan hotel (not recommended since makanan taksedap dan mahal)
• Pergi ke Hatyai Municipal Park by grabCar (THB 190/RM 26)
• Check out hotel
• Bergerak ke Hatyai Railway station untuk tunggu train pukul 6 petang

DAY 5 {16/6/19; Sun}


• Sampai Hua Hin station dalam pukul 8 pagi
• Check in di Hua Hin Euro City Hotel (walk in; THB 1,200/RM 162 -2 nights; walking distance from station)
• Beli breakfast kat gerai halal berdekatan station
• Sewa motor di seaside restaurant belakang hotel hilton Hua Hin. (THB 200/RM 27 – 1 day) ; pergi semua tempat di Hua Hin dengan motor
• Jalan2 sekejap tengok view di Hua Hin Beach
• Makan petang di Mooz Halal Restaurant (mahal sikit harga makanan kat sini tapi worth it)
• Pergi ke Cicada Market (makan pakai coupon tapi mostly xhalal n skdr utk jalan2 n beli kraftangan oklah)
• Pergi station untuk beli tiket train ke Bangkok (THB 234/RM 32 ; 2 org – 3rd class seat)

*tiket train better beli awal2 sebab cepat habis; perjalanan dari Hua Hin ke Bangkok ialah 5jam

DAY 6 {17/6/19; Mon}
• Pergi ke Santorini Park Cha-Am (fee entrance utk seorang THB 150/RM 20 ; 33km dari Bandar hua hin )
• Lunch di Kedai Makan A Bang Mana (bersebelahan dengan Swiss Sheap Farm)
• Pergi ke Swiss Sheap Farm (fee entrance utk seorang THB 150/RM 20 ; 2.8km dari Bandar hua hin )
• Pergi ke Plearnwan Vintage Village (masuk free; )
• Makan petang di Halal Muslim Food Restaurant (dekat area station)
• Hantar balik motor sewa
• Berjalan jalan di Hua Hin Night Market (walking distance)

DAY 7 {18/6/19; Tue}
• Check out hotel pada 5 pagi
• Tunggu kat station untuk train pukul 6 tapi delayed satu jam
• Bergambar di Hua Hin Railway Station (tempat tourist attraction – station Hua Hin adalah station tertua dan tercantik di Thailand)
• Sampai di Bangkok station pd awal petang
• Check in di Station Hotel (THB 480/RM 65 – 1 night; walking distance from station)
• lunch di kedai makan halal berdekatan hotel
• Waktu malam jalan2 di MBK Center utk shopping sikit by bus (THB 30/RM 4 ; souvenirs kat sini murah)

DAY 8 {19/6/19; Wed}
• Check out hotel pada awal pagi (beli makanan kat 7E utk bwk bekal ke Cambodia)
• Ambil grabTaxi ke Don Mueang Airport (THB 361/RM 49)
• Check in flight DMK-REP pd 10:10am (THB 2,330/RM 314 – 2 org ; tiket beli awal2 kt Malaysia)
• Sampai di Siem Reap pd pukul 12tghri (tempah tuk tuk selama 3hari setengah USD 45/RM 187 dr Malaysia dgn local siem reap Haty Ly – semua tempat pergi dengan tuk tuk)
(recommended dan kalau bpuas hati dgn servis dia pandai2lh bagi tips ye 😉)
• Terus lunch di restoran halal Siem Reap Backpackers Restaurant
• Check in hotel (USD 50/RM 208 – 3 nights)
• Pergi ke Cambodian Cultural Village (fee entrance utk seorang USD 13/RM 54)
• Pergi ke Artisan Angkor Workshop (free entrance)

DAY 9 {20/6/19; Thu}


• Pergi ke Angkor Wat (fee entrance utk seorang USD 37/RM 154) (menikmati pmandangan matahari terbit)
• lunch di restoran halal lain yg berdekatan area hotel
• pergi ke Lotus Farm pd petangnya (fee entrance utk seorang USD 0.5/RM 2)
• pergi ke Tasik Tonle Sap (fee entrance utk seorang USD 15/RM 62 – kena tipu perlu bayar USD 20 pula utk pusing2 area floating village, so overall kt sini habis dlm USD 50/RM 208)(dpt juga menikmati pmandangan matahari terbenam 😍)


• Makan malam di Muslim Famliy Kitchen

DAY 10 {21/6/19; Fri}
• Pergi ke Angkor Silk Farm (free entrance)
• Pergi ke Mini Killing Field Siem Reap (free entrance)
• Santai2 rehat di kolam hotel
• Makan malam di Siem Reap Backpackers Restaurant

DAY 11 {22/6/19; Sat}
• Check out hotel jam 6 setengah pagi
• Check in flight REP-KUL pd 8.35am (USD 126/RM 523 – 2 org)
• Sampai KLIA2 pd pukul 12 tghri

JUMLAH KOS TERLIBAT (TAK TERMASUK MAKAN & SOUVENIRS & MEDICINE)
 KOS UTK 2 ORG

1. HATYAI
JUMLAH KOS KASAR = TIKET FLIGHT + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION
= RM 529

2. HUA HIN 
JUMLAH KOS KASAR = TIKET TRAIN + FEE ENTRANCE + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION
= RM 351

3. BANGKOK (TRANSIT)
JUMLAH KOS KASAR = TIKET FLIGHT + TIKET TRAIN + TRANSPORTATION + ACCOMMODATION
= RM 464

4. SIEM REAP (CAMBODIA) 
JUMLAH KOS KASAR =TIKET FLIGHT+FEE ENTRANCE+TRANSPORTATION+ACCOMMODATION
= RM 1,546

JUMLAH KOS KESELURUHAN = HATYAI + HUA HIN + BANGKOK + SIEM REAP
= RM 2,890

Pesanan ikhlas:

  • Tipulah kalau xde mslh time travel. So juz pesan awal2 time travel pastikan duit di simpan elok2 kemas Sntiasa dgn kita dan letak kn duit emergency di mana2 sbb ada byk kes pnyeluk saku di mana2 tapi alhamdulillah kat kami xde mslh ini.sekadar mngingati.
  • Sewa motor di hua hin Sgt mjimatkan kos kami.. Sewa utk shari baru 200 baht(Rm27)dan isi minyak dlm 80 baht (Rm11)
  • Kos kami spatutnya boleh murah lagi kalau beli tiket awal means beli tiket awal 2 atau 3 bulan atau time promosi.. Tapi projek kami ni beli tiket on the spot minggu tu jugak lepas raya. Mahal sikitlh.
  • Kalau di Cambodia, smua bayar pakai usd.. Elakkan mbeli di kedai runcit biasa sbb nnti dia akan ketuk skit bila costumer itu pelancong.. Dh terkena 😅. Better beli di kedai Mart(mcm ala2 seven eleven gtu.
  • Kalau di tasik tonle sap, siem reap(Cambodia) better minta pmandu tuk tuk atau org local belikan tiket sbb dpt harga murah atau spatutnya dlm 15 dollar usd seorang. Kalau pergi sndri kena ketuk around 25 ke 30 dollar usd srg.Pastikan masuk dlm group yg besar masa nk bjalan coz kami dh terkena smpai di sana.. Kena bayar 40 dollar(20 usd seorang) lagi utk pusing2 kampung atas air… Spatutnya xperlu bayar dh.. Tapi sbb kami berdua so sy bkeras minta kurang smpai 20 dollar utk 2 org n lastly baru diorng accept(even kte dh tahu diorng nk tipu kita (pelancong) tapi kte kena layan kn coz kte kat tgh2 tasik time tu).Byk lagi trick diorng di sana suruh buat charity utk anak2 Yatim belikan beras utk anak2 Yatim apa smua tapi sbenrnya itu cara diorng perah pelancong.. So berhati2 OK.. Mujur org local driver tuk tuk n adiknya byk mbantu dan mberi nasihat.

Kos Makan Di Thailand
Bergantung pada selera dan modal Masing2, biasanya sy dgn wife mkn sedap2 pun paling mahal 600 bath(rm80).

Kos Makan Di Cambodia
Average harga smua dlm usd tapi paling murah kami mkan berdua dlm 6 dollar (rm25) lebih dan paling mahal pun dlm 12 dollar(rm50) utk 2 org.

LIST OF TOURIST ATTRACTION
Since dalam itinerary tu tak banyak tempat menarik pergi (kekangan waktu dan duit), saya senaraikan tempat2 yang tak rugi kalau nak pergi sana.

1. Hatyai
• Lee Garden Plaza
• Kim Yong Market
• Dimsum Chabura
• Samila Beach
• Masjid Taj Mahal
• Champ Puak Camp
• Khlong Hae Floating Market
• Asean Night Bazaar

2. Hua Hin
• Hin Lek Fai View Point (FREE)
• Santorini Park (150 baht)
• Swiss Sheep Farm (150 baht)
• Camel Republic (150 baht)
• 1000 Sook & Food Farm (50 baht)
• The Venezia (300 baht)
• Plearnwan Vintage Village (FREE)
• Hua Hin Railway Station
• Hua Hin Beach
• Cicada Night Market
• Chatsila Market
• Mrigadayavan Palace (30 baht)
• Oasis x Seenspace
• Rajabhakti Park (FREE)

3. Siem Reap
• War Museum (5 usd – RM 20)
• Cambodian Cultural Village (13 usd – RM52)
• Angkor Artisan Workshop (FREE)
• Silk Farm (FREE)
• Mini Killing Field (FREE)
• Royal Residence (FREE)
• Lotus Farm (0.5 usd – RM2)
• Tonle Sap Lake (15 usd – RM60)
• Angkor Wat (37 usd – RM100++)

Boleh share ye untuk rujukan bagi sesiapa yang ingin pergi.

Sumber:FB Saifuddin Abdullah