Sesiapa sahaja yang berkesempatan ke negeri Sabah pasti terpikat, bukan sahaja kerana makanan lautnya yang segar tetapi murah, bahkan pelbagai tarikan budaya dan keindahan alam semula jadinya yang masih tidak tercemar dan kekal terpelihara.
Ini perkongsian itinerari trip ke Kota Kinabalu, Kundasang & Pulau Manukan oleh Nur Hasnini dalam laman sosialnya untuk orang ramai sebagai panduan bercuti bersama keluarga.
Hai semua. Okey sebab ramai yang pm and request itinerary trip Kota Kinabalu & Kundasang aritu,ni sedikit sebanyak yang Kakniey boleh share untuk semua. Hope it helps!
FLIGHT TICKET (KL-KOTA KINABALU)
Harga flight depends on bila korang beli. Macam Kakniey beli last 2 week before pergi dapat harga RM298 return. Untuk 3 pax RM894.
DAY 1 : KOTA KINABALU
Kitorang sampai KK estimate pukul 11.35 tengahari, terus pickup kereta sewa kt airport. Kereta sewa ni Kakniey dapat agak murah RM350 untuk 4 hari Perodua Bezza auto. Make sure kereta tu in a good condition sbb nanti nak jalan jauh ke Kundasang.
Lepas pickup kereta,kitaorang pergi lunch dekat D’Lengkuas Selera Kampung. Tak jauh pun dari airport lebih kurang 20 minit dah sampai. Banyak lauk, harga pun tak mahal.. Lebih kurang je dengan harga makanan dekat Teganu!
Lepas lunch, kitorang terus ke Asiana Hotel untuk check in. Sangat strategik sebab dekat je dengan pekan. RM97 je untuk 1 malam. Petang tu kitorang ke Jesselton Point. Lepak-lepak ambil angin.. Best!
Then, kitorang teruskan perjalanan menuju ke Pasar Filiphina. Dekat sini macam2 souvenir murah2 ada. Rambang mata weh! Kalau bawak duit seguni lagi best shopping. Haha
Ads
Malam tu kitorang just dinner dekat dengan Tugu Todak (lupa nama kedai). Banyak pilihan kedai makan. Seafood dia memang terbaik! kitorang amik ikan bakar,udang celup tepung, lobster 2 ekor sekali masak semua RM160. Termasuk nasi + air untuk 4 orang makan. Murah gila kan?!
DAY 2 : KE KUNDASANG
Seawal pukul 7 pagi kitorang dah bertolak keluar. Tempat 1st kitorang pergi hari kedua ni adalah Jambatan Tamparuli. Sebelum teruskan perjalanan ke Kundasang, kitorang singgah Rumah Terbalik dan 3D Museum. Tiket masuk RM30 untuk 1 pax.
Then, teruskan perjalanan ke Kundasang. Ambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Sebelum check in hotel, kitorang lunch dekat Restoran Hidayah. Makan masakan panas je, harga pun tak mahal sangat. RM30 untuk 4 orang makan. Di Kundasang, kitorang stay dekat Dream World Resort, RM232 satu malam. View dari resort ni sumpah lawa!!
Ads
DAY 3 : KUNDASANG
Seawal pukul 5.00 pagi kitorang dah bangun. Mmg kena keluar awal pagi selepas subuh, kalau tak terlepas lah view cantik tu ditutupi kabus awan. Pemandangan Gunung Kinabalu dari Dream World Resort ni mmg clear dan cantik!
Lepas check out, kitorang teruskan perjalanan ke Desa Cattle Dairy Farm, tiket masuk RM5 je untuk 1 pax. Kat sini korang wajib try die punya ice cream dan fresh milk. Terbaikkk!!
Then, kitorang gerak ke Poring Hot Spring. Paling tak boleh lupa naik Jambatan Gantung dekat tengah-tengah hutan tu. Memang mencabar sangat! Sebelum naik jambatan tu, kena hiking lebih kurang 400 meter. Fuhh, berpeluh! Tiket masuk RM3 je. Kat sini macam2 aktiviti boleh buat, berendam dalam kolam air panas,jalan2 kat taman rama2,mandi air terjun, dll. Kat Sabah ni mmg 100% kitorang guna Waze je.
Pukul 2 ptg kitorang gerak pergi ke Fish Spa Kampung Luanti. Kat sini korang boleh try fish massage, RM3 untuk 1 pax lebih kurang dalam 15 minit. Mula2 takut gak nak rendam kaki dalam sungai tu tapi tgk org lain relax je so, kitorang pun rendamkan kaki kitorang dgn berani nya..hahaha
Ads
Petang tu, giliran anak-anak pulak nak bersuka ria. Kitorang ke Rabbit Village, tiket masuk RM10 untuk 1 pax. Kanak-kanak free. Lepas settle semua, gerak ke KK dan bermalam di Tang Dynasty Park Hotel, RM97 satu malam.
DAY 4 : PULAU MANUKAN
Keluar seawal 7 pagi terus menuju ke Jesselton Point untuk beli tiket bot. Harga tiket return RM23 + yuran jeti RM7.65 untuk 1 pax. Kanak-kanak bawah 6 tahun free. Perjalanan dari jeti ke Pulau Manukan ambil masa lebih kurang 20-30 minit. Untuk snorkeling, kitorang sewa 1 life jacket RM10 + 1 goggle RM10. Pukul 5 petang kitorang dah gerak ke Kota Kinabalu Airport. Huwaaa sedih nak tinggalkan Sabah. InshaAllah lepas ni kita jumpa lagi!!
TOTAL EXPENSES UNTUK 1 FAMILY (3 ORANG)
Flight return : RM894 (lagi murah korang beli, lagi jimat!)
Hotel / Resort : RM426 (3 malam)
Makan : RM300 (depends korang punya nafsu makan..haha)
Souvenir : RM300 (depends jgk korang punya budget)
Transportation : RM175
Minyak Kereta : RM35
All related/entrance fees for activities : RM200
Bangun terus gelongsor masuk pool, suasana macam ini anda boleh dapat di Carpe Diem, Orchard Home, Serendah, Selangor.
Apa yang menarik, banyak lagi aktiviti lain yang anda boleh buat bersama keluarga tersayang, seronok!
Carpe Diem, Orchard Home Serendah
Memang best stay dekat sini, anak-anak semua teruja setiap masa boleh mandi. Harga bawah RM300 sahaja.
Suasana Bilik Pun Luas
Bilik ada banyak, kawasan halaman sangat luas, sesuai untuk reunion dengan keluarga atau sahabat handai.
Dekat sini juga ada mini zoo, ada arnab, kambing, angsa, dan lain-lain. Jadi yang minat bermain dengan binatang jinak, boleh bagi makan pada arnab di situ. Confirm, anak suka!
Kaki pancing pun akan suka datang sini sebab ada kolam pancing untuk mengisi masa dengan memancing.
Kesimpulannya farm resort ini ada swimming pool, dusun buah, mini farm, mini zoo dan boleh petik buah serta sayur-sayuran. Semua free! Paling seronok dapat sayur, buah dan telur ayam fresh.
Lokasi:
Carpe Diem Orchard Home, Serendah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah keluarga cemas selepas anak lelaki mereka diekori seekor beruang ketika mereka mendaki sebuah bukit di Itali.
Bapa tiri kanak-kanak terbabit Loris Calliari, sempat merakam kejadian anaknya Alessandro berusia 12 tahun diekori beruang berwarna coklat. Loris Calliari memutuskan untuk berkongsi video tersebut di laman sosial kerana menyedari pengalaman itu adalah luar biasa dan tidak menyangka video tersebut tular seluruh dunia.
Dalam video tersebut kedengaran suara bapa tirinya, memberitahu Alessandro agar bergerak perlahan-lahan dengan berkata, “Ayuh Ale, jangan berpaling kepadanya. Bertenang.”
Loris Calliari yang merakam aksi luar biasa itu memberitahu pada hujung minggu lalu (24 Mei 2020), dia bersama lima lagi ahli keluarganya mendaki bukit yang terletak berhampiran rumah mereka. Ketika kejadian, Alessandro cuba mengambil buah pokok pine di kawasan semak sebelum melihat seekor beruang yang sedang tidur di kawasan itu. Loris Calliari berkata, Alessandro sangat menyukai haiwan terutama beruang.
“Ketika melihat binatang itu, Alessandro meminta saya mengambil gambar dan video dengan beruang di belakangnya. Selepas itu, saya dapati beruang itu bergerak dan saya menyuruh Alessandro berjalan perlahan-lahan. Pada awalnya saya gugup tetapi selepas melihat beruang itu tidak agresif, jadi saya tenang sahaja,” katanya.
Kira-kira sebulan lalu, mereka sekeluarga pernah menonton video di YouTube tentang apa yang harus mereka lakukan jika bertembung dengan beruang dan ternyata Alessandro berjaya melakukannya.
Siapa yang pernah sampai ke Bukit Baginda di Kampung Majau? Kepada yang belum sampai, Bukit Baginda di Kampung Majau ni terletak di daerah Kuala Pilah, 13 kilometer dari pekan Batu Kikir dan lokasi ini antara tempat popular untuk orang ramai datang melakukan aktiviti rekreasi.
Apa yang menarik di Bukit Baginda ni selain daripada persekitarannya yang menghijau dengan tumbuh-tumbuhan adalah kewujudan Waze Rock atau Batu Berombak yang cukup unik dan menjadi ‘magnet’ penarik pelancong untuk berkunjung ke sana.
Keunikkan Waze Rock itu berjaya menarik ramai pelancong semenjak kawasan itu dibuka kepada orang awam kerana rupa bentuk batunya bulat dan tekstur permukaan batu tersebut beralun seperti ombak. Dek kerana itulah batu tersebut mendapat jolokan nama Wave Rock atau Batu Berombak.
Populariti Waze Rock Bukit Baginda itu bukan sahaja menarik minat pelancong tempatan malah ramai pelancong dari luar negara juga tiba bagi merasai sendiri pengalaman mendaki Bukit Baginda dan melihat sendiri Waze Rock tersebut. Rata-rata pelancong luar negara yang datang adalah dari Perancis, Jepun, United Kingdom, Vietnam dan Filipina.
Sekiranya anda ingin mendaki ke Wave Rock disarankan untuk mempunyai daya tahan mental dan fizikal yang baik kerana lokasi batu itu terletak di ketinggian lebih kurang 450 meter dari aras laut dengan jarak sepanjang 2 kilometer mendaki sahaja.
Masa untuk orang dewasa normal mendaki adalah lebih kurang 1.5 hingga ke 2 jam sahaja untuk sampai puncak Bukit Baginda. Anda yang ingin ke sana dikehendaki untuk membayar yuran masuk lebih kurang RM8 seorang iaitu RM5 untuk permit dan RM3 untuk yuran pengurusan kawasan berkenaan.
Selain daripada Wave Rock itu, kawasan Bukit Baginda juga mempunyai empat buah gua yang masih belum diterokai sepenuhnya dan di sekitar daerah Kuala Pilah itu juga terkenal dengan 70 tapak batu megalit atau lebih dikenali sebagai Batu Hidup daripada 300 tapak batu megalit yang ada di Negeri Sembilan.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...