Walaupun Aceh kurang popular sebelum ini tetapi selepas tsunami, aktiviti pelancongannya berkembang pesat ke seluruh dunia. Semua orang teringin untuk menjejakkan kaki di Acheh melihat kesan selepas tsunami yang berlaku beberapa belas tahun lalu.
Banda Aceh menjadi tempat tarikan pelancong terutamanya untuk percutian berkaitan keagamaan. Dengan melawat Muzium Tsunami Aceh, Kapal PLTD Apung, Masjid Raya Baiturrahman dan Masjid Rahmatullah di pantai Lampuuk yang kukuh berdiri sewaktu bencana itu melanda pelancong boleh mengambil iktibar atas tanda kekuasaan Tuhan itu.
Tetapi lawatan dan percutian ke Acheh bukan setakat itu sahaja. Banyak lagi destinasi istimewa dan menarik yang ada antaranya Pulau Weh, Sabang. Pulau ini terkenal dengan kejernihan air lautnya, putih pasir pantainya dan keindahan kawasan sekitar. Untuk pergi ke Pulau Weh, pengunjung cuma perlu menaiki feri selama kira-kira 45 minit dari Pelabuhan Ulee Lhueue, Banda Aceh sebelum meneruskan perjalanan darat ke jeti di tepi pantai Iboih, daerah Sukakarya untuk sampai ke Pulau Rubiah.
Ikuti perkongsian ini.
Pada asalnya niat trip saya ini hanya untuk merasai pengalaman berpuasa dan berterawih di Banda Aceh pada bulan Ramadhan lalu.
Selepas baca perkongsian lain, cantik pula Pulau Weh Sabang ini. Terus rasa menyesal beli tiket 3 hari 2 malam saja. Banyak tempat terpaksa skip disebabkan kekangan masa.
Namun difikirkan semula, memadai juga 3 hari 2 malam kerana tidak dapat snorkelling di pulau. Dicadangkan 4 hari 3 malam atau 5 hari 4 malam untuk lebih santai.
Ads
Hari 1
KUL – BTJ
Airport ke Pelabuhan Ulee Lheue (110k Teksi Innova)
Beli simcard di pelabuhan (50k 3gb data)
Pelabuhan Ulee Lheue ke Pelabuhan Balohan (160k return tix)
Sewa skuter (100k sehari, minyak 30k. Boleh whatsapp no ni +6285261288072 / Kak Bunga. Kak ni orang Shah Alam, dah kahwin dengan orang sana)
Pelabuhan Balohan ke Freddies Beach Resort
Check in Freddies Beach Resort (RM 103 via booking)
Gua Sarang
Kilometer 0
Pantai Ibioh
Pekan Sabang
Pantai Sumur Tiga
Balik ke Freddies (buka puasa)
Terawih di Masjid Babussalam
Hari 2
Sahur & tengok sunrise
Check out
Tugu I Love Sabang
Pelabuhan Balohan ke Pelabuhan Ulee Lheue
Banda Aceh tour (naik becak, 150k)
Kapal PLTD
Muzium Tsunami Aceh
Muzium & Rumah Aceh
Masjid Baiturrahman
Kapal Di Atas Rumah
Check in Hotel Siwah (RM 71 via agoda)
Pasar Aceh Baru (grab bike 5k)
Mie Razali (buka puasa) (grab bike 5k)
Terawih di Masjid Baiturrahman (grab bike 5k)
Hari 3
Check out
Airport (Grab bike 60k tak sure, lupa)
Singgah sekejap di Kuburan Massal Tsunami Siron
BTJ – KUL
Ads
1. Dari airport ke pelabuhan perlu naik teksi Innova. Ramai pemandu teksi tunggu di pintu ketibaan. Grab memang tiada di sini disebabkan polisi yang menghalang Grab untuk tunggu di airport. Harga teksi dalam 150k tetapi saya dapat 110k setelah minta tawar.
2. Sekiranya solo, ada cara lain untuk ke bandar/pelabuhan dari airport. Boleh jalan kaki untuk keluar dari kawasan airport dalam 1km, kemudian naik bas berwarna biru. Percuma.
3. Kad sim ada dijual di pelabuhan. 50k untuk data 3GB. Semasa saya pergi, kejadian rusuhan Presiden baru berlaku di Jakarta menyebabkan kesemua media sosial disekat. Cara penyelesaiannya, muat turun VPN. Sekarang tidak lagi disekat.
4. Tiket feri boleh beli return terus. Jimat 10K kot. Ambil feri ekspress dlm 45 minit sahaja, kalau feri lain dalam 2 jam. Paling awal rasanya pukul 10 pagi. Dari Sabang ke Aceh, feri paling awal pukul 8.30 pagi dan petang kalau tak salah pukul 2.30 petang.
Ads
5. Turun di Pelabuhan Balohan, boleh cari orang yang tunggu di tepi ruang pejalan kaki untuk sewa skuter.
6. Dari Pelabuhan Balohan ke Freddies dalam 20 minit. Google maps ja. Sebelah tangan pulas minyak, sebelah tangan pegang fon.
7. Gua Sarang, Pantai Ibioh dengan Kilometer 0 tu satu jalan. Kilometer 0 paling jauh. Dalam 30 km dari Freddies.
8. Boleh pergi ke Benteng Jepang, Terowong Jepang & Ujung Keraung.
9. Kalau nak snorkelling, boleh tanya di Freddies/hotel yg menginap or nak senang cari saja pakej di Pantai Iboih. Starting point di sini. Boleh ambil pakej snorkelling di Pulau Rubiah + dolphin tour dalam 400 – 500k.
10. Kalau stay di Freddies boleh try makan Mi Goreng Aceh & Freddies Favourite Pizza. Sedap.
11. Setibanya di Pelabuhan Ulee Lheue dari Sabang/Pulau Weh, ramai pemandu becak dan teksi menunggu. Sekiranya belum tempah supir, bolehlah deal di sini. Dicadangkan untuk ambil tour terus, senang. Kalau becak harganya 200k, setelah tawar dapat 150k. Kalau teksi, maaf saya tak pasti.
12. Kena try minum kopi di Aceh ni. Sedap. Boleh beli serbuk kopi atau kopi 3 in 1 as souvenirs.
‘More to Discover’ boleh dikatakan di Kuching, Sarawak ada segala-galanyanya untuk diterokai. Ibu negeri Bumi Kenyalang ini sering menjadi destinasi pilihan pengunjung dalam negara dan juga pelancong luar kerana mempunyai keunikan tersendiri, merangkumi kebudayaan, alam semula jadi, sajian dan kesenian.
Kalau datang ke Kuching kitak tau sik (anda tahu tak) tempat mana yang menarik untuk pergi? Kalau tidak tahu atau kurang pasti, nah.. ini cadangan Libur untuk kalian.
Kuching Waterfront
Kuching Waterfront menjadi kawasan tumpuan dan ‘bintang’ di Kuching dek keindahan ‘view’ samada pada siang atau malam hari. Pengunjung berpeluang melihat pelbagai sisi panorama dari kawasan ini seperti bangunan Dewan Undangan Negeri, Masjid India Terapung dan Jambatan Darul Hana. Ramai penduduk tempatan dan pengunjung luar bersantai dan mengambil angin di kawasan Kuching Waterfront menjelang matahari terbenam. Anda juga boleh cuba untuk berlibur menyusuri sungai atau ke kampung seberang membeli kek lapis Sarawak menaiki Sarawak River Cruise atau Perauk Tambang.
The Brooke Gallery
Jika anda minat akan sejarah, jangan lupa untuk melawat The Brooke Gallery yang terletak di Kubu Margherita. Anda pasti terpesona dengan bangunan warisan bersejarah yang masih kukuh dipulihara dengan baik. Binaan di Kubu Margherita ini dibina pada 1879 dan kini dikenali sebagai The Brooke Gallery yang menempatkan banyak dokumen dan artifak bersejarah negeri Sarawak.
Di sini terdapat sebuah bilik yang menempatkan tengkorak musuh yang telah dipenggal pada suatu ketika dahulu.
Tugu Kuching
Tidak sah sekiranya datang ke Kuching tidak singgah bergambar dengan tugu kucing yang comel terletak dibulatan berhampiran dengan Plaza Sarawak. Tugu ini merupakan tugu kebanggan rakyat negeri Sarawak. Boleh dikatakan banyak cenderamata menggunakan imej tugu kucing ini sebagai simbolik negeri Sarawak untuk dijadikan kenang-kenangan.
Pada malam hari tugu kucing ini akan dilimpahi dengan sorotan lampu berwarna-warni yang begitu indah. Menurut lagenda, Kuching mendapat nama kerana kewujudan banyak kucing hutan yang kelihatan di sekitar sungai berhampiran suatu ketika dahulu.
Semenggoh Wildlife Center
Semua sedia maklum Sarawak kaya dengan destinasi flora faunanya tersendiri dan mempunyai hutan hujan antara tertua di dunia. Ia adalah aset penting dan berharga Bumi Kenyalang, sekali gus habitat kepada ribuan spesies tumbuhan dan haiwan. Seperti di Sabah, Sarawak juga terkenal dengan habitat orang utan liar di kawasan Semenggoh Wildlife Centre.
Masa yang sesuai untuk anda melawat pusat ini adalah pada jam 9 pagi dan 3 petang kerana ini adalah waktu makan untuk orang utan. Bilangan orang utan yang akan keluar pada waktu makan tidak menentu. Kalau anda bernasib baik, anda dapat menyaksikan beberapa ekor orang utan datang mengambil makanan. Kadangkala pengujung akan pulang dengan perasaan hiba kerana orang utan langsung tidak kelihatan terutama pada musim buah.
Sumber Foto: Google Image
Sarawak Culture Village
Selain alam semula jadi, Sarawak juga gah di mata dunia kerana dibina dan dibangunkan dengan penuh harmoni oleh masyarakat pribuminya. Biarpun terdapat 30 etnik berlainan termasuklah suku kaum Iban, Melayu, Melanau, Bidayuh, Orang Ulu dan Penan mereka hidup dalam kelompok yang aman dan damai.
Semua kumpulan etnik ini memiliki bahasa, kebudayaan serta corak hidup tersendiri sejak zaman lampau, era pemerintahan James Brooke hingga merdeka. Antara keistimewaan dapat dilihat seperti pakaian, kraf tangan, makanan, gaya hidup, tarian dan kediaman tradisi pelbagai etnik berbeza.
Hendak merantau satu negeri Sarawak melihat setiap suku kaum mungkin mengambil sedikit masa. Untuk memudahkan anda mengetahui lebih lagi mengenai suku kaum ini, anda boleh berkunjung ke Sarawak Cultural Village. Di sini menempatkan replika pelbagai rumah kaum etnik Sarawak bersaiz sebenar. Selain melawat rumah-rumah tradisi ini, anda boleh merasai sendiri kepelbagaian budaya Sarawak seperti pemakaian kostum, juadah tradisi, mencuba alat sumpit, atau menari bersama kumpulan kebudayaan yang membuat persembahan setiap hari.
Sarawak Cultural Village adalah destinasi wajib dikunjungi sekiranya anda berada di Kuching.
Rumah Panjang Bidayuh Annah Rais
Anda juga boleh melihat sendiri dan berkunjung ke rumah panjang sebenar di Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh yang berusia lebih 200 tahun. Terletak 85km dari bandar Kuching dan berada di kaki bukit Borneo Highland, suasana sekitar ini begitu tenang walaupun kampung tradisi ini semakin moden.
Rumah panjang ini sentiasa mengalukan kunjungan orang luar. Anda boleh memilih untuk meneroka kawasan sekitar ini seharian atau memilih untuk tinggal bersama penghuninya. Ucapan selamat datang dan hidangan tuak disediakan kepada pengunjung tatkala menjejakkan kaki di perkampungan ini sebagai simbolik kunjungan anda sangat dialu-alukan.
Terdapat pelbagai tarikan di sini antaranya Head House yang berusia 150 tahun, Kolam Air Panas,dan Air Terjun Tiga Tingkat. Nak lebih meriah, anda perlu berkunjung ke sini ketika Hari Gawai. Seluruh penduduk kampung akan berkumpul untuk merayakan perayaan ini dengan begitu meriah.
Ole-Ole Sarawak
Membeli-belah di Sarawak juga merupakan aktiviti utama yang mesti dilakukan, selain menjanjikan pengalaman yang berbeza di mana pengunjung akan disajikan dengan pelbagai produk tempatan seperti cenderamata hasil kraftangan, produk kering juga bahan makanan basah untuk di bawa pulang.
Dengan rangkaian produk yang pelbagai, sesiapa sahaja yang berkunjung ke Sarawak pasti rambang mata untuk membawa pulang signature produk utama Sarawak seperti Kek Lapis Sarawak, Ikan Terubuk Masin, Sayur Midin, Lada Hitam dan juga hasil kraf. Bahkan ada yang mengatakan, jika produk-produk tersebut tidak dibeli, tidak lengkap rasanya kunjungan ke Sarawak.
Medan Niaga Satok
Medan Niaga Satok merupakan pasar yang menghimpunkan pelbagai barangan keperluan harian di bawah satu bumbung. Menariknya di sini terdapat banyak gerai yang menjual ikan terubuk masin.
Ikan terubuk masin menjadi satu kemestian kepada mereka yang berkunjung ke Sarawak untuk membeli dan membawa pulang ke tempat masing-masing. Maka, tidak hairan jika seseorang itu melancong ke Bumi Kenyalang tidak akan lupa singgah membeli ikan terubuk masin yang banyak dijual di Medan Niaga Satok sebagai buah tangan untuk sanak-saudara serta sahabat handai.
Mungkin berasa segan untuk menghadiahkan ikan masin sebagai buah tangan atau ole-ole dari Sarawak tetapi jangan risau, kerana keenakan rasa ikan itu pasti akan menambat hati mereka untuk terus mendapatkan ikan-ikan terubuk masin ini. Kelebihan ikan terubuk masin Sarawak terletak pada jenis ikan dan teknik ketika memprosesnya. Ikan terubuk tempatan ternyata lebih berkualiti dengan isinya yang lebih cantik dan lebih segar berbanding ikan terubuk import yang sedikit tawar. Jangan risau jika ingin membawa pulang ke Semenanjung dan menaiki pesawat kerana kebanyakan pengusaha ikan terubuk masin di pasar ini mempunyai teknik tersendiri untuk melakukan pembungkusan ikan agar ia boleh dibawa masuk ke dalam pesawat tanpa mengeluarkan bau, basah dan ikan ini mampu bertahan dalam tempoh empat hingga lima hari di dalam kotak berkenaan.
Sajian Sarawak
Di Kuching, Sarawak ada menyajikan pelbagai juadah lazat seperti Nasi Beras Bario, Manok Pansuh, Laksa Sarawak, Mi Kolok, dan Midin Belacan. Semuanya ada disajikan di restoran serta medan selera di bandar-bandar utama. Pilih sahaja destinasi menjamu selera yang anda inginkan antaranya seperti di Restoran Lepau, Restoran Budaya Sarawak, dan Bukit Mata Seafood Restaurant Rooftop.
Bercerita mengenai Kuching, Sarawak memang tidak cukup ruang dan masa. Jom terokai Sarawak Bumi Kenyalang bersama keluarga, sahabat handai dan yang tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Antara destinasi popular bagi yang menggunakan perkhidmatan awam seperti keretapi adalah Stesen Perhentian Dabong.
Perhentian ini menjadi viral dan popular di kalangan pelancong dek kerana pemandangan yang sangat cantik seakan berada di luar negara.
Menyaksikan pemandangan cukup menarik sepanjang perjalanan dengan menginap terus dalam keretapi sebelum sampai temat dituju menjadi momen percutian terbaik bagi mereka yang gemar aktiviti ala backpacker ini.
Halo korang! Lama dah kan Busa tak update since PKP? Kali ni Busa nak share pasal travelogue naik jungle train of Malaysia! Ni salah satu wishlist Busa tau. Teringin lama dah nak tidur dalam kereta api and layan view tepi katil kereta api cewahh.
And kebetulan baru discover Dabong as potential tourist destination yang boleh dipromosikan. Tempat ni sangat cantik and serious worth your money! Busa buat trip 2 hari 2 malam (satu malam bermalam di resort and satu malam lagi dalam kereta api).
Dari dulu teringin nak naik train yang ada katil. Alhamdulillah merasa jugak sampai ke Dabong naik train tu.View dari katil Busa. Better amik katil bawah sebab selesa and luas berbanding katil atas. Ada bantal and selimut nipis disediakan. Jangan risau terlajak station sebab staff KTMB akan kejut korang bila dah nak sampai station korang akan turun.Harga untuk makanan ni RM 11. Sedikit mahal tapi bukan selalu dapat dine in dalam kereta api sambil layan view kan? Experience tu yang mahal
E X P E N S E S – TRANSPORTATION – Guide (untuk dua hari bermula dari sampai stesen ktm sampai nak balik) : RM 45 per pax – Kereta Api (RM 37 lower berth + RM 31 upper berth): RM 68 Total: RM 113
ACCOMMODATION – Jelawang Pipe Resort (boleh share dua orang tapi Busa duduk sorang je masa ni) : RM 60 per night – Stong Hill Resort (kami stay dorm masa hari kedua sebab nak cari tempat rest sementara tunggu train jam 11:30pm) : RM 30 per pax Total: RM 90
ACTIVITIES – Lata Kertas + Sungai Kenerong + Signboard Gunung Stong ( dah termasuk dalam harga transportation grab guide tadi) – Caving (book dengan Stong Hill Resort): RM 30 per pax – ATV ride (book dengan Stong Hill Resort and boleh naik ATV tu dua orang): RM60 per hour Total: RM 90
Dekat Lata Kertas. Katanya gerbang ni dicat ikut tema Nation Geographic.Cantik Lata Kertas ni ✨ Kalau pergi weekend ramai orang sebab Dabong sekarang dah makin famous so ramai local tourist especially dari negeri Kelantan sendiri datang waktu hujung minggu.Ni dekat Sungai Kenerong. Sini kawasan pondok tahfiz so kena jaga pemakaian. Air sungai sini sejuk, boleh je kalau nak mandi.Rasa macam balik ke zaman kanak kanak dulu bila tengok jajan ni semua . Warung kecik ni dekat dalam Pondok Kenerong.
MEALS -Ni ikut korang so Busa tak include dalam bajet tapi harga untuk makanan kat sana serious talk tak mahal. Below RM 10 je termasuk air. Busa makan nasi berlauk dengan air teh ais pun baru RM 5. Terkejut masa nak bayar sebab murah sangat. Mi udang tu memang standard RM 15 tapi udang dia memang besar berbaloi weh bayar harga macam tu, siap free air boleh refill lagi. Harap dapat kekalkan harga munasabah even Dabong dah naik jadi famous tourist attraction nanti. TOTAL EXPENSES: RM 293
ITINERARY DAY 1 •Stesen KTM Mentakab (naik train jam 4:00 pagi) •Stesen KTM Dabong (tiba dalam jam 9:40 pagi) •Sarapan dekat Kak Na Mi Udang Kg Stong •Lata Kertas •Sungai Kenerong •Landmark Gunung Stong •Jelawang Pipe Resort (Check In)
Tempat wajib bergambar kalau datang Dabong. Don’t worry kalau datang time panas terik boleh berteduh dekat pondok pondok tepi tu.Tara! Busa check in dekat Jelawang Pipe Resort. Satu pipe tu boleh muat dua orang. Unik kan? Tandas kat luar, surau and kafe pun ada. Breakfast trmasuk sekali tau dalam harga bilik. Jimat dah kat situ. Sungai betul betull belakang pipe tu. Tenang je dengar bunyi anak sungai mengalir.Sungai kat Jelawang Pipe Resort ni jernih and bersih betul. Boleh nampak dengan jelas ya ikan ikan berenang dalam tu.
DAY 2 •Kompleks Gua Ikan (meeting point sebelum caving) •Gua Gelap •Gua Keris •Gua Pagar •Lunch dekat Kak Na Mi Udang Kg Stong •Stong Hill Resort (Check In) •ATV ride •Air Terjun Stong Hill Resort •Ikan Bekok Kak Ros Dabong •Stesen KTM Dabong (naik train jam 11:30 pm) •Stesen KTM Mentakab (tiba jam 5:10 am)
Kompleks Gua Ikan, tempat berkumpul sebelum mula caving.Ni masa on the wayy nak ke Gua Gelap. Kat Gua Gelap ni sedikit sempit and ada lubang kecik yang kita kena meniarap. Kalau berat 120kg ke bawah InshaAllah lepas.Guide kami, Cik Mat Yie. Beliau sgt informative, banyak benda baru Busa belajar sepanjang caving. Sape datang Dabong, kena try lah caving ni.Seluar kotor sebab baru lepas meniarap dekat Gua Gelap. Tapi best! Budak 8 tahun pun steady caving, korang bila lagi?
TIPS AND TRICK!
Busa kalau menulis, Busa suka share secara jujur. Mana yang baik kita share, mana yang boleh improve pun kita bagitahu. Busa tak kan bagitahu yang indah indah dan sorok realiti just untuk attract orang sebab kalau kita buat macam tu, risiko nak dapat bad review lagi tinggi sebab orang akan set high expectation based on apa yang kita review.
Tapi bila sampai tempat tu and tak mencapai expectation diorang, mesti satisfaction jadi kurang and tak seronok sebab tak sama macam apa digambarkan. Biasalah student tourism ni sambil berjalan dia kena buat analisis hahaha.
Jelawang Pipe Resort – Resort ni fasiliti dia bagi Busa lengkap, ada tandas surau, kafe apa semua. Aktiviti pun banyak boleh buat dekat sini termasuklah flying fox and ATV ride. Sungai dia pun cantik and syok je lepak kat sungai sini. Jangan lupa bawak towel sebab dorang tak sediakan towel dalam pipe tu. Brekafast included sekali so jimat dah.
– Pipe resort yang macam Busa duduk tu boleh muat dua orang so kalau travel berdua boleh lah jimat bayar half half. Busa bayar full sebab tu kos tinggi sikit trip ni. Kalau Busa ada partner, rasanya kos sorang untuk trip ni tak sampai RM 250 sebab ATV tu pun boleh naik dua orang.
– Busa tak sempat nak main water tubing and flying fox sebab staff yang contact Busa thru ws tu bagitahu cuaca hujan so dorang stop semua aktiviti kecuali aktiviti ATV. And dorang kata kalau cuaca okay boleh proceed balik. But then masa sampai sana cuaca okay je. Try jugak luck tanya boleh on tak tapi dorang kata paras air bahaya. Busa ada tanya staff masa nak check in and dorang cakap staff dorang takde ramai haritu sebenarnya sebab pergi kursus. Ralat sikit lah tak dapat main,terpaksa jadikan alasan nak repeat Dabong lagi eh eh hahahaha.
– Overall, Jelawang Pipe Resort memang best and Busa paling suka sungai dia. Cuma, there is a room for improvement especially in term of customer services and hospitality. Kalau improve dari part tu InshaAllah dah perfect dah. Good luck and no worries, Busa akan repeat lagi sebab Busa fall in love dengan sungai dia.
– Btw, guide yang bawa Busa tu baik sangat. Abe Nasir siap offer cari pakej water tubing lain even last minute dengan harga murah. Cuma masa nak amik tubing tu, organizer tempat tu kata pelampung tak ada sebab orang yang guna sebelum tu tak pulangkan lagi. I guess management issue lah ni. Nampaknya takde rezeki kami nak main water tubing. Next trip, InshaAllah ada water tubing dalam itinerary.
Stong Hill Resort – Kitaorang stay kejap untuk transit sementara tunggu train malam tu. Sampai sampai je, owner dia Bang Yazil tanya kat guide “Siapa Busa?” Hahaha dia tak caya nama Busa tu betul ke Busa. Kalau Busa lahir boleh cakap, Busa dah suruh ibu letak nama Busa je baru rare senang ingat hahaha. Owner Stong Hill Resort sangat ramah ye gais.
– Stong Hill Resort ni air terjun dia cantik, bilik dia pun okay je dengan harga cuma untuk kebersihan boleh improve lagi. Tapi customer service dari Bang Yazil ni bagus, datang sana rasa macam member member je even jumpa kejap je.
Nasi goreng udang RM 15 free air. Udang harimau 4 ekor saiz besar weh, memang puas makan. SedapNi menu special kat Dabong, gelama bekok. Boleh try, unik. Ni kawan Busa makan masa dekat kedai Ikan Bekok Kak Ros.
Caving 3 Gua – Meeting point dekat Kompleks Gua Ikan and Abe Mat Yie yang guide kitaorang untuk masuk 3 gua which is Gua Gelap, Gua Keris and Gua Pagar. Busa amazed sebab banyak bentuk bentuk monumen dalam gua yang macam real tau. Contoh macam keris, anak gajah and monyet. Memang sama macam betul.
– Guide sangat arif tentang selok belok gua and the best part is Abe Yie ni ramah. Tak rasa penat pun caving dengan beliau. Semua info dia share tu memang benda baru yang menarik bagi Busa. Sape ada chance datang Dabong nanti, korang kena try caving.
ATV Ride – Ni korang WAJIB ye try kalau datang Dabong! Serious best gila and enjoy sangat. Track dia best lagi lagi bila main dalam hujan memang mencabar habis. Brader yang bawak kitaorang tu kata ada version advance, RM 150 untuk dua jam. Later kita datang kita try yang tu pulak. Rate harga ATV kt Dabong ni murah and track dia best. Tapi paling best, orang yang amik gambar tu power betul cari angle. Thumbs up!
Habis je caving, petang tu main ATV pulak. Kitaorang berempat je ada masa ni.Ni ATV saiz besar, RM 60 sejam. Ada jgak saiz kecik RM 50 sejam. Dedua saiz tu boleh naik dua orang. Busa naik sorang jela, sape suruh single. Tapi track dia memang best and adventure. Lagi lagi main time hujan. Pastu yang tukang amik gambar tu memang pandai lah cari angle lawa lawa. Takyah suruh punJernih kan air dekat sini? Lepas je comot main ATV, kitaorang mandi dekat air terjun dalam Stong Hill Resort.
Guide – Sini dorang panggil guide tu as “Pengasuh”. Pengasuh kitaorang nama Abe Nasir. Serious Abe Nasir ni best, dia macam pak long yang bawak anak sedara pusing pusing Dabong hahahaha. Abe Nasir ni senang nak deal, kalau datang Dabong korang boleh roger dia tau. Ni contact number beliau, boleh whatsapp. 013-9328327 (Encik Nasir).
Sleeper Train – Busa suggest ambik katil bawah kalau nak naik Ekspress Rakyat Timuran (ERT) ni. Sebab katil bawah lagi besar and selesa. Makanan dalam kafe train sedikit mahal tapi untuk yang nak merasa makan dalam train sambil layan view, why not?
– Kalau nak book katil, sila book awal dalam apps KTMB sebab selalu katil ni laju je sold out. Harga katil bawah, katil atas and kerusi berbeza ya. Nak murah ambik kerusi lah. Paling mahal katil bawah.
– Ada bantal and selimut nipis dalam katil. Staff KTMB sangat ramah, masa nak balik tu sempat lah borak dalam train dengan staff dia. Terima kasih KTM Berhad, pengalaman Busa naik kereta api sangat best and priceless! Good hospitality!
– As for final conclusion, Dabong ni memang tourist attraction baru yang wajar diviralkan sebab cantik and worth every penny! Tempat dia best, orang dia ramah and baik baik pastu makanan semua murah murah. Confirm lah Busa repeat! Jom naik kereta api!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...