Jalan Lama Bentong-Raub Ditutup Akibat Tanah Runtuh Akibat Hujan Lebat. Hati-Hati

Share

Info untuk pengguna jalan raya Jalan lama Bentong-Raub berhampiran Kampung Sungai Chetang, ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan ekoran tanah runtuh sepanjang 60 meter yang dipercayai berlaku disebabkan hujan lebat.

Jalan itu terpaksa ditutup demi keselamatan pengguna kerana terdapat potensi runtuhan tanah lebih besar boleh berlaku, disebabkan aliran air dalam musim tengkujuh sekarang.

Punca kejadian adalah disebabkan hujan lebat yang berlaku pada awal minggu lalu, menyebabkan pembetung sedia ada sepanjang 20 meter dengan diameter 1.5 meter tidak dapat menampung aliran sungai yang naik mendadak sehingga menyebabkan limpahan berlaku.

Jabatan Kerja Raya akan membaiki dan bercadang menaik taraf pembetung tersebut dengan kos dianggarkan bernilai RM1.2 juta yang akan dimohon kepada ibu pejabat JKR pada minggu ini.

Buat masa ini, pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan utama persekutuan Bentong-Raub sebagai laluan alternatif sehingga jalan itu dibuka semula. Makluman penutupan jalan itu juga dihebahkan di Faceboook JKR Daerah Raub

selain pihak konsesi penyenggaraan jalan diarahkan untuk memasang papan makluman penutupan jalan.

 

IKLAN