Masalah ‘melepas hajat’ menjadi isu besar di negara India dan menjadi antara agenda utama yang ingin ‘diperbetulkan’ oleh kerajaan India.
India terkenal dengan rakyatnya yang suka membuang air besar atau air kecil dimana-mana sahaja mereka suka. Ia merupakan tabiat yang buruk menyebabkan pencemaran malah menjejaskan tahap kesihatan penduduk setempat juga pelancong luar.
Kerajaan negeri bergelut untuk mengekalkan perkhidmatan tandas awam yang biasanya tidak diselenggara dengan baik dan terlalu kotor malah hanya digunakan oleh golongan lelaki hingga mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan wanita.
Ads
Beberapa pakar berpendapat kekurangan bekalan air dan elektrik akan menjejaskan usaha India untuk membina jutaan tandas sebagai sebahagian daripada program ‘India Bersih’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Narendra Modi.
Disebabkan itu, pelbagai idea dan inisiatif diambil untuk mengekang tabiat ‘kotor’ tersebut antaranya mewujudkan Projek ‘Ti Bus’, iaitu bas yang diubah menjadi tandas untuk golongan wanita sahaja. Projek ini telah dilancarkan sejak tahun 2016 lagi di Bandar Pune. Ia hasil cetusan idea Ulka Sadalkar dan Rajeev Kheer sebahagian daripada projek untuk meningkatkan kebersihan di negara terbabit.
Ads
Perkhidmatan tersebut hanya mengenakan bayaran 5 Rupee (30 sen) kepada mana-mana wanita dan bukan hanya untuk melepaskan hajat malah untuk golongan ibu yang mahu menyusukan bayi mereka atau membeli tuala wanita.
Ads
Tandas bas berwarna merah jambu ini dilengkapi 12 tandas mudah alih dan secara purata digunakan lebih 200 wanita pada setiap hari. Bas tersebut juga menggunakan tenaga solar sebagai sumber kuasa. Tandas awam tersebut juga antara yang terbersih kerana sentiasa di kawal selia oleh pekerja mencuci.
Nak bercuti tapi dalam masa yang sama suka memancing, Libur nak kenalkan satu tempat yang terletak di Pekan, Pahang. Kaki pancing boleh bawa anak isteri ke sini sambil teruskan aktiviti memancing.
Terletak di Kg Padang Rumbia, Pekan Pahang, sementara si suami memancing, anak boleh buat aktiviti lain seperti mandi dalam kolam renang yang turut disediakan di atas rumah rakit ini.
Dah memancing mestilah dapat ikan kan, kalau nak makan segar hasil tangkapan anda, boleh terus masak di sini. Nak buat BBQ atau masak hidangan lain, segala kemudahan ada disediakan kat sini.
Bilik yang ada di sini juga cukup selesa macam tinggal di rumah sendiri. Memang berbaloi dan cukup menarik untuk bercuti bersama keluarga kat sini. kaki pancing mesti teruja kalau beritahu antara ikan-ikan yang boleh dapat kat sini adalah lampam, pari air tawar dan banyak lagi.
Untuk kaki pancing, bolehlah survey tempat ni, mana tahu berminat untuk bercuti ke sini bersama keluarga tersayang. Dapat ikan, dapat luang masa dengan keluarga, memang bestlah!
Alamat:
Lot 283, Jalan Haji Jaafar, Kampung Padang Rumbia, Pekan, Malaysia
Cuti hujung minggu ramai yang sudah bijak menguruskan waktu yang terluang dengan membawa keluarga atau menghabiskan masa bersama rakan-rakan mencari lokasi percutian yang menarik.
Ada juga yang memilih untuk ke negara jiran terdekat seperti Thailand atau Singapura. Andai berhajat ke Singapura, jangan ketinggalan melawat tempat-tempat popular malah menjadi destinasi pelancong dalam dan luar negara.
Biarpun Singapura kecil, namun memiliki tempat pelancongan yang pelbagai, unik dan menarik. Libur kongsikan lokasi wajib anda perlu kunjungi jika berada di Kota Singa ini.
Sentosa Island
Sentosa Island ini ialah pulau yang berbeza dari Pulau Singapura. Di sini terdapat hiburan dan keseronokan antara lain pantai, tempat hiburan, restoran dan lapangan golf.
Akses menuju ke Sentosa Island ini ialah menggunakan kereta gantung (Sentosa Skyride). Anda dapat menikmati pemandangan kota Singapura dari kereta gantung ini.
Merlion Park (Mermaid and Lion)
Patung Merlion berada di 1 Fullerton Rd, Singapura, Merlion Park ialah taman awam yang boleh diakses oleh siapa pun. Di sinilah terletaknya Patung Merlion tempat tumpuan pelancong untuk bersantai sambil mengabadikan kenangan berlatar belakangkan patung ini.
Patung Merlion berbentuk ikan duyung dengan kepala singa ini, dianggap sebagai ikon Singapura yang paling terkenal. Suasana malam, pemandangan lebih menarik dengan pancaran cahaya lampu yang gemerlap.
Orchard Road
Ramai pelancong berkunjung Orchard Road kerana lokasinya yang strategik. Jalan Orchard ini sudah terkenal bagi pelancong asing dan menjadi pusat membeli-belah buat mereka yang melancong ke negara ini. Tempat popular di sini ialah Lucky Plaza serta mall Ion Orchard.
Marina Bay Sands
Ketika ini ramai pelancong ingin mengabadikan memori dengan latar belakang Marina Bay yang berlokasi di Sands 10 Bayfront Avenue, Singapura, selain Patung Merlion. Latar belakang Marina Bay Sands melengkapi diri bahawa anda sedang berada di Singapura.
Marina Bay Sands ini terdiri dari tiga buah bangunan yang dihubungkan dengan bangunan mirip kapal sehingga tempat ini kelihatan unik. Di dalam Marina Bay Sands terdapat ribuan hotel, gedung membeli belah, kasino, teater, restoran, kelab malam, ruang kesenian juga taman.
Uniknya, terdapat kolam renang terpanjang ukuran 150 meter di ketinggian 200 meter dengan pemandangan kota Singapura. Pada malam hari ada pertunjukan “Wonder Full—Light & Water Spectacular” berupa laser, efek, dan cahaya.
Muzium Artscience
Bentuk bangunan yang unik dan moden, kelihatan seperti bunga ini merupakan Muzium Artscience.Kerlipan ribuan lampu dalam sebuah ruang membuatkan anda rasa seperti berada di angkasa lepas. Itu antara pengalaman yang dapat dirasai jika berkunjung ke Muzium Artscience.
Terletak berdekatan bangunan ikonik, Marina Bay Sands, Muzium Art Science menawarkan persembahan cahaya memukau yang mana pengunjung akan dibawa menelusuri empat bahagian pameran iaitu; nature (alam semulajadi), town (bandar), park (taman), dan space (ruang).
Ruang kosong yang dihiasi ribuan cahaya yang menyala mengikut alunan muzik Mengangkat tema ‘future world’, pengunjung berpeluang meneroka kreativiti seni pencahayaan, sains, seni bina, media dan teknologi.Bagi ibu bapa yang membawa anak-anak bercuti, muzium artscience tempat yang sangat berbaloi untuk meluangkan masa!
Gardens By The Bay
Bangunan berbentuk seperti cengkerang ini adalah Gardens By The Bay Lupakan kesibukan bandar buat seketika dengan menikmati pemandangan tumbuh-tumbuhan hijau di Gardens By The Bay! Bangunan berbentuk seperti cengkerang ini membolehkan pengunjung menikmati pelbagai jenis tumbuhan dan belajar serba sedikit mengenai biodiversiti selain berpeluang melihat air terjun tertutup yang tertinggi di dunia!
Universal Studios Singapore
Universal Studios terletak di Sentosa Gateway, Singapura. Terdapat banyak restoran dan kios yang menjual pelbagai cenderahati unik khas Universal Studios. Untuk menikmati setiap permainan di Universal Studios Singapore anda perlu membeli tiket masuk. Jangan lupa berselfie di depan ikon Universal Studios berupa bola dunia yang berputar,di pintu masuk.
Jurong Bird Park
Jurong Bird Park merupakan taman burung terbesar seluas 20 hektar berlokasi di Jurong Hill, Singapura. Terdapat pelbagai spesies burung dari seluruh dunia dan burung langka dunia.
Ada dua jenis pertunjukan burung di Jurong Bird Park yaitu Kings of the Skies Show dan High Flyers Show. High Flyers Show dikatakan lebih menarik, burungnya lebih lucu.
Masjid Sultan
Masjid yang berlokasi di Muscat Street, Singapura, Kampung Glam ini ialah masjid pertama dan tertua di negeri Singapura. Masjid Sultan ini sampai saat ini tetap menjadi salah satu tarikan pelancong. Awalnya masjid ini dibangun pada tahun 1826, oleh masyarakat Jawa yang merantau menjadi pedagang di Singapura. Masjid ini memiliki keunikan kerana kubah emas serta interiornya yang indah.
Arab Street
Arab Street merupakan area perpaduan antara Melayu dan Timur Tengah. Terdapat kafe kecil yang menjual teh tarik, namun juga tempat yang menjual murtabak. Bagi pelancong muslimboleh datang ke Kampong Glam Cafe yang menyajikan menu halal.
Haji Lane
Lokasi jalan paling trendi di Singapura, itulah kata yang tepat untuk menggambarkan suasana di Haji Lane. Haji Lane merupakan jalan kecil tidak jauh dari Arab Street dengan suasana santai. Jalan kecil di sini sangat menarik dihiasi grafiti. Anda boleh menemui rumah kedai Cina yang berusia lebih dari seratus tahun.
Bangunan ini tetap rapi dan terjaga serta dicat warna-warni. Bangunan sepanjang jalan Haji Lane ini dimanfaatkan sebagai kafe, restoran kecil dan butik-butik lokal Singapura.
Ramai pelancong mengunjungi jalan ini menjelang malam ketika kafe mulai dibuka. Banyak produk tekstil antaranya kain sifon, sutera dan pelbagai kain warna-warni dijual sepanjang trotoar. Selain itu anda juga boleh membeli wangian, permaidani bahkan Batik Indonesia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Detik 12 malam ketika tiba perayaan Chap Goh Mei, langit dihiasi percikan bunga api yang cantik. Ketika itu, ramai yang membuat hantaran di laman sosial masing-masing suasana ketika itu umpama 'perang di langit malam'.
Rakyat Malaysia hidup dalam pelbagai kaum, maka suasana perayaan sebegitu saban tahun sudah sebati dalam kalangan kita. Namun ada juga masih tidak mengetahui mengapa malam tersebut begitu istimewa ketika sambutan Tahun Baru Cina.
Istilah Chap Goh Mei berasal dari dialek Hokkien yang bermakna malam ke-15 bagi Tahun Baru Cina di mana ia juga menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina. Secara literalnya, Chap memberi maksud 10, Goh adalah lima dan Mei pula adalah malam. Perayaan Chap Goh Mei seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...