Baru-baru ini Tourism Selangor ada mempromosikan kempen Pusing Selangor dulu. Dalam kempen ini, mereka yang layak boleh menebus guna baucar pelancongan di talian beli belah disediakan.
Sebenarnya selain pelbagai destinasi menarik di Selangor, terdapat juga senarai restoran gerai makanan paling best patut kita cuba terutama selepas tempoh PKP nanti.
Antara kedai makan sedap ini berada dalam daerah Gombak, Klang, Hulu Langat, Kuala Selangor, Petaling dan juga Kuala Langat. Bukan saja sedap, tetapi harga ditawarkan juga berbaloi dengan sajian berkenaan.
Senarai Restoran/Gerai Makanan Best di Selangor!
Dekat Selangor, ada banyak tempat makan best yang boleh kita nikmati! Dari makanan tradisional, seafood, western sehingga makanan VIRAL, sebut sahaja segalanya ada di Selangor!
Tertanya-tanya tempat makan mana yang wajib anda singgah di negeri Selangor? berikut adalah senarai tempat makan yang anda boleh cuba selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan.
Anda tahu tempat makan yang best? Mari kongsikan di ruangan komen. Nak bercuti? Pusing Selangor Dulu!
Sebelum ini, Libur ada perkenalkan jambatan ikonik negeri Terengganu yang menjadi lokasi pilihan ramai bergambar. Terkini, Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ ini diberitahu akan mula beroperasi sebelum Aidilfitri, sekali gus dapat mengurangkan masalah kesesakan bandar raya Kuala Terengganu setiap kali musim perayaan.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jambatan itu dijangka akan siap dalam tempoh sebulan lagi, sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri. Menurutnya, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) yang menguruskan pembinaan jambatan angkat dan menara jambatan itu akan membuat penyerahan pada 30 Mei nanti.
“Kita optimis dan berharap sekiranya segala proses dapat disiapkan termasuklah lampu isyarat dan jalan raya di kawasan sebelum naik jambatan dan di seberangnya dapat disiapkan, ia boleh digunakan sebelum hari raya iaitu pada awal Jun. Kita harapkan semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. Jadi, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesesakan pada musim perayaan nanti.
Sebelum ini pengguna hanya menggunakan Jambatan Sultan Mahmud atau melalui Durian Burung-Manir. Selepas ini, anda sudah mempunyai pilihan lain di sebelah sini.
Jambatan angkat itu mula dibina pada tahun 2014, membabitkan kos RM248 juta dan pembinaannya melibatkan laluan utama jambatan, empat menara, dan dua ‘sky bridge’. Dengan panjang keseluruhan 638 meter dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut, jambatan itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir.
Jambatan ikonik itu yang pertama seumpamanya di rantau ini dan bakal menjadi salah satu mercu tanda bandar raya ini serta negeri, merupakan antara komponen pembangunan Pusat Bandar Raya Kuala Terengganu (KTTC) yang sedang rancak dibangunkan.
Boleh dikatakan ramai rakyat Malaysia sudah menjejakkan kaki di tanah yang terkenal sejarah kisah Mahsuri ini. Begitu juga dengan pelancong asing, rata-rata yang datang ke Malaysia pasti mempunyai kenangan tersendiri bercuti di Langkawi.
Kereta Kabel Langkawi terletak di Gunung Mat Chinchang adalah destinasi wajib cuba di Langkawi. Dari sini anda berpeluang melihat panorama gunung batu kapur zaman geologi Cambrian yang berusia 500 juta tahun. Jika cuaca baik, hampir keseluruhan Pulau Langkawi dapat dilihat dengan jelas dari aras tinggi. Selesai menaiki kereta kabel dan sebelum berlepas balik, jangan lupa untuk berkunjung ke Muzium 3D dan singgah ke premis Sri Kandi. Di sini anda berpeluang untuk mencuba pelbagai pakaian tradisional berserta aksesori sambil mengambil gambar kenang-kenangan di setiap sudut bangunan ini.
Langkawi SkyCab, antara sistem kereta kabel tercuram di dunia yang menghubungkan Oriental Village di Teluk Burau dengan Gunung Mat Chinchang berketinggian 708 meter, turut menawarkan potongan harga tiket masuk kepada warga pulau ini. Panorama Langkawi Sdn Bhd (PLSB), pengendali Langkawi SkyCab berkata pihaknya menawarkan tiket masuk pada harga RM20 untuk dewasa dan percuma untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Harga RM20 itu termasuk harga tiket menaiki Langkawi SkyCab, Langkawi SkyBridge dan SkyGlide, malah pengunjung dapat menikmati teh tarik percuma di puncak Gunung Mat Chinchang. Tawaran ini sah sehingga 6 Disember 2020.
Jom pusing-pusing Pulau Langkawi~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Lembaga Muzium Negeri Kedah menawarkan hadiah istimewa kepada pengunjung pertama di lima muzium kelolaannya yang akan beroperasi semula 1 Julai 2020.
Lima muzium yang akan mulakan operasi adalah Muzium Negeri Kedah, Muzium Diraja Kedah, Muzium Padi, Balai Seni Negeri dan Rumah Warisan (Rumah Tok Su dan Rumah Sri Banai) akan mula dibuka pada 9 pagi hingga 5 petang.
Pemberian hadiah ini sebagai menghargai pengunjung yang datang menyokong kembali pembukaan muzium di negeri Kedah sekali gus dapat menyemarakkan minat mereka untuk melawat muzium dan merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri Kedah.
Pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah juga akan memberikan hadiah secara rawak kepada pengunjung bertuah selepas 1 Julai 2020 iaitu kepada pengunjung ke-100 dan ke-10,000.
Semua muzium di negeri Kedah ini telah melalui kerja pembersihan dan sanitasi bagi proses menyahkuman dalam usaha memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung sentiasa terjamin. Beberapa prosedur operasi standard (SOP) perlu dipatuhi antaranya:
Had umur pengunjung ditetapkan dari 13 hingga 60 tahun sahaja.
Jumlah pengunjung mestilah hanya seramai antara 15 hingga 20 orang dalam satu masa yang bergantung kepada keluasan muzium.
Lawatan berkumpulan tidak dibenarkan buat masa ini.
Pelawat juga hanya warga tempatan dan tiada pemandu lawatan disediakan dengan pergerakan pengunjung sentiasa dipantau.
Pelawat diwajibkan menjalani imbasan suhu badan dan mereka yang melebihi 37.5 darjah celcius tidak dibenarkan masuk.
Bagi mereka yang menghidap penyakit kronik dinasihatkan supaya tidak memasuki galeri pameran.