Perdana Menteri Shinzo Abe memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh Jepun dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.
Kerajaan mendapat kelulusan untuk mengisytiharkan darurat daripada pasukan petugas khas yang diwujudkan bagi melaksanakan pemantauan berhubung situasi kesihatan semasa. Perintah darurat ini sekali gus memberi kuasa kepada gabenor di wilayah yang terbabit untuk meminta penduduk kekal di rumah dan menggesa operasi perniagaan ditutup dalam tempoh berkenaan.
Ads
Foto: asahi.com
Ads
Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka. Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan untuk mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus. Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain. Ada beberapa wilayah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.
Seekor kucing menjadi wira apabila membantu menaikkan semula keuntungan sebuah stesen kereta api daripada hampir jatuh muflis dan ditutup buat selama-lamanya. Selepas pekerja terakhir berhenti kerja pada tahun 2006, kucing jalanan yang diberi nama Tama merupakan satu-satunya yang masih tinggal di Stesen Kishi di Bandar Kinokawa, Jepun iaitu hentikan terakhir Landasan Eletrik Wakayama.
Tama dilahirkan di bandar itu pada asalnya dan membesar sebagai seekor kucing jalanan serta sering ditemui berlegar-legar di antara Stesen Kishi dan kedai runcit berhampiran. Apabila orang ramai mendengar kisah kucing itu tinggal sendirian, penjual tiket kereta api kembali menunjukkan peningkatan yang mendadak sehingga ia digelar ‘Kesan Tama’.
Pada tahun 2007, Tama terus dijaga di stesen kereta api tersebut dan diberi gelaran ‘Train Master’ sehingga berjaya meningkatkan kadar penggunaan kereta api secara drastik. Tama diberi tugasan untuk menyambut kedatangan pelancong selain diberikan sebuah pejabat kecil dan pakaian seragam yang dipakainya setiap hari. Tama menerima gaji dalam bentuk makanan selain mempunyai blognya sendiri.
Selepas Tama menjadi ‘selebriti’ utama di Stesen Kishi, semakin ramai orang datang kerana mahu membeli tiket daripada kucing comel itu. Jika sebelum ini landasan kereta api itu merupakan pengangkutan asas ia kini menjadi destinasi utama pelancongan di Bandar Kinokawa.
Bukan itu sahaja, terdapat kedai cederamata yang menjual pelbagai jenis berkaitan dengan Tama termasuk baju mahupun patung di Stesen Kishi. Pada tahun 2009, Tama menjadi begitu popular sehingga syarikat kereta api itu melancarkan kereta api khas versi kartun Train Master berkaki empat dan diberi nama Tama Densha. Stesen itu juga membina sebuah satu struktur pintu masuk utama baru yang menyerupai kepala Tama pada tahun 2010 dan ia menyebabkan peminat kucing itu semakin teruja.
Pada Januari 2010, Tama secara rasminya dinamakan sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi dan menjadikan haiwan itu kucing pertama dilantik sebagai eksekutif di sebuah syarikat perkhidmatan kereta api. Tama yang ‘bertugas’ sebagai Pegawai Operasi Stesen Kishi turut dibantu dua kakitangan baru sebagai pembantunya yang juga kucing diberi nama Chibi dan Miiko dalam melakukan tugas seharian.
Pada tahun 2012, Tama meninggal dunia kerana sakit tua. Hampir 3,000 orang yang menghadiri upacara pengebumian Tama yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pada usia 16 tahun.
Tama disemadikan di tapak perkuburan kucing berhampiran dan haiwan itu juga memperolehi status dewi Shinto kerana sikap dedikasinya untuk memastikan perkhidmatan kereta api terus maju ke hadapan.
Kini, jawatan Tama sebagai Train Master di Stesen Kishi itu digantikan dengan pekerja baharu, Nitama yang mempunyai wajah dan warna bulu mirip dengan Tama.
Sistem air ini dibina oleh British, kemungkinan sekitar 100 tahun dahulu. Ia jelas dilihat dari jenis batu dan rekaannya. Binaan ini untuk menyokong perlombongan industri tin waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah.
[VIDEO] Perigi usia lebih 100 tahun ini salur air masuk ke bawah tanah & kawal banjir di Serendah, Selangor 👍Baca sini http://www.libur.com.my/perigitujuh/#perigi7 #serendah
Posted by Majalah Libur on Tuesday, October 17, 2017
Serendah mendapat nama kerana kawasan ini ialah lembah rendah yang dikelilingi kawasan bukit tinggi dan Sungai Serendah yang mengalir di tengah kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan di sini terutamanya selepas hujan.
Biasanya selepas hujan, jumlah air menjadi banyak. Perigi tujuh ini bertujuan mengawal jumlah air mengalir. Pada hari biasa, mungkin 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air, telaga lain pula mungkin tidak. Namun apabila jumlah air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar. Pintu air tujuh kesemuanya. Air banyak kolam ni jadi dalam dan bahaya
Air yang jatuh ke bawah tanah ini disalur lebih kurang 5 meter ke bawah seterusnya melalui lorong pintu dan ke kolam sebelum mengalir semula seperti biasa.
Kawasan ini dilarang mandi dikhuatiri tersedut masuk ke dalam lubang pergi. Di sebelah bawah, kolam akan menjadi dalam apabila jumlah air banyak. Waktu ini memang bahaya bagi orang ramai.
Kawasan ini diselia oleh Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Hulu Selangor. Kawasan ini terbuka untuk orang awam datang berkunjung dan tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan mungkin kaki pancing.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato’ Harun. Anda mungkin juga mahu ke Sekeping Serendah dan bermalam disitu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Percutian ke Iceland tidaklah murah namun pengalaman yang akan dirasai tersangatlah berbaloi dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Iceland dikenali dengan tanah api kerana suku daripada pulau ini adalah terdiri daripada gunung berapi aktif. Ianya juga dikenali sebagai tanah ais kerana mempunyai kawasan iceberg yang memukau.
Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk.
Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...