Kampung Kuala Dulang Yan Kechil, Kedah tiba-tiba menjadi tumpuan ramai dek teruja untuk bergambar bersama susunan menarik jerami gulung ala Texas di kawasan sawah padi.
Pelbagai lapisan peringkat usia tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar masing-masing dan seterusnya berkongsi di media sosial. Susunan jerami gulung berlatar belakangkan sawah dan gunung menjadikan permandangan di kawasan itu cantik seakan berada di luar negara.
Selain berpeluang merakam foto kenangan dengan jerami gulung, di sini juga ada menyediakan perkhidmatan lain termasuk menunggang kuda, memandu ATV dan gerai makanan dan minuman.
Peluang untuk bergambar bersama jerami gulung itu hanya ditawarkan sehingga awal April ini sahaja kerana selepas itu kawasan sawah yang diletakkan jerami itu akan digunakan untuk penanaman padi.
Foto: Bernama
Menurut sumber Bernama, idea untuk menyusun jerami-jerami tersebut datangnya daripada golongan belia Kampung Kuala Dulang Kechil yang mahu menghias dan mewujudkan kawasan cantik di kampung itu. Sebanyak 24 gulung jerami dibeli oleh penduduk daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan harga RM1,000 pada Januari lepas.
Tahniah! Bagus idea orang muda kat situ kan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sememangnya negara kita penuh dengan alam keindahan semulajadi yang memukau pandangan. Masih banyak lokasi-lokasi pelancongan menarik yang belum diteroka sepenuhnya dan hanya penduduk setempat mengetahui keistimewaanya.
Apa kata, kalau suatu hari berkesempatan ke Sarawak, selain melayan Waterfront di Bandaraya Kuching, menerjah Taman Negara Mulu bagi yang teringin melayan indahnya pemandangan matahari terbit, boleh naik ke Bukit Baru Selabat yang hanya ketinggian 218 meter dari paras laut. Lebih menarik, ia merupakan bukit paling top dikunjungi penduduk setempat untuk aktiviti hiking. Bukan pro pun tiada masalah untuk naik ke bukit ini. Sementelah, perjalanan dari tengah Bandaraya hanya memakan masa 20 minit pemanduan ke bukit ini tapi view yang bakal diperoleh memang superb sama sekali.
Ikuti perkongsian coretan dari Ismail Roslan akan keistimewaan bukit ini.
Muara Tebas, Kuching Sarawak.
Baru ini ada kesempatan mengunjungi bukit yang paling top di Kuching. Silap-silap aku orang yang ke enam belas ratus tiga ribu dua ke sini.
Bukit Batu Selabat, Muara Tebas, 20 minit pemanduan dari Bandaraya Kuching. Best bukit ni dia tak tinggi tapi treknya boleh dikatakan lengkap dari level santai sampai part bertali apabila hampir ke puncak yang menyajikan pemandangan 360 darjah dari kiri kanan depan belakang semua nampak. Dengan jarak ±1.2km pendakian di sini boleh dikatakan singkat, mengambil masa 30 minit (laju) sehingga 60-90 minit (santai-santai pace leha). Nak share sini pandangan,pengalaman dan pemerhatian peribadi:
> Sudut-sudut gambar yang menggayatkan
Ramai tahu, Bukit Batu Selabat popular dengan sudut-sudut gambar tepi cerun, sukut dengan sudut yang merangsangkan adrenalin tubuh badan. Tak dinafikan camera trick dan ruangan batu luas menjadi faktor dalam menghasilkan gambar-gambar extreme macam tu. Namun asasnya keselamatan wajib diutamakan. Tiada yang buat halangan, cuma berhati-hati dengan langkah dan tindakan.
> Sunset di Selabat
Boleh dijadikan pengalaman kalau nak cuba try test layan sunset dari tempat tinggi. Mentarinya jatuh di belakang hamparan gunung. Tapi viewnya agak luas. Tak sampai puncak pun boleh layan. Tak terlalu membezakan kalau korang layan sunset tepi waterfront. Macam dikata tadi, sekadar merasai pengalaman sunset dari Bukit Batu Selabat. Dicadangkan stay lama sikit sebab boleh layan lampu-lampu bergemerlapan Bandaraya Kuching. Ini pun best. Atas tu ada kawasan rata sikit boleh pakai Maghrib.
> Naik Selabat untuk sunrise penampakan matahari naik hanya dari puncak. Kalau tak sampai puncak, masih best menghayati suasana fajar menyinsing. Jadi kalau betul-betul nak tengok sunrise, cadangan pendakian selewatnya jam 0515. Mendaki dalam keadaan gelap mungkin memperlahankan sedikit pace. Subuh boleh lah kat tengah trek. best lagi kalau ada rezki, dapat awan karpet syahdu di awal pagi.
Sama seperti tempat lain, momen sunrise dan sunset tetap bergantung kepada faktor cuaca dan keadaan persekitaran. Nak rasa kedua-dua, boleh set camping kat puncak ketiga. tempat pun luas dengan view memukau. Jangankan camping, nak buat majlis baca nikah pun boleh. tapi PKP ni, kawin kat pejabat agama je la senang. takkan tok kadi nak ikut hiking?
Banyak lagi yang boleh diceritakan berkenaan Bukit Batu Selabat ni. Antaranya Puncak Beruk, iaitu Puncak kedua di Bukit Batu Selabat. Kelihatan bentuk puncak tersebut seakan-akan muka seekor beruk apabila dilihat dari kedudukan Puncak satu. Boleh refer caption pada gambar . Pada aku benda ni menarik jugak la, sebab tak perasan pun sebelum ni.
Lagi satu nak highlight. Bagi yang bercadang untuk dayhike, boleh lanjutkan pendakian turun terus ke air terjun Arong Serait yang memang dah popular sebelum ni. Jadi tak perlu la cerita lagi, nanti nak cerita panjang sangat aku pulak yang bosan, bukannya korang. Okey, sampai sini saja. Ini cuma pandangan peribadi dari pengalaman dan pemerhatian. Teruskan menyokong produk-produk pelancongan tempatan di samping mematuhi SOP yang ditekankan pihak berkenaan.
Ketika menerima pelawaan ke Hotel Hype Motorsport di Nilai, Negeri Sembilan, penulis membayangkan konsep apa yang ingin diketengahkan oleh pemilik.
Perjalanan menuju ke hotel dari Shah Alam hanya mengambil masa sekitar 45 minit. Alhamdulillah, tiada kesesakan lalu lintas perlu ditempuhi, walaupun perjalanan ketika itu waktu puncak. Sebaik keluar susur Pajam, Waze membawa penulis bersama rakan ke destinasi yang dituju.
Perkarangan parkir hotel dipenuhi dengan barisan motosikal KTM dan jenama lain. Tanggapan awal penulis, tiada hiburan atau aktiviti dapat dilakukan sekitar kawasan berhampiran hotel berkenaan.
Tetapi lokasi itu dipilih kerana ia berada di berada di kawasan strategik yang mana hanya 15 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), kira-kira 40 minit ke Kuala Lumpur dan tidak ketinggalan berhampiran dengan Kompleks Membeli Belah Tekstil Nilai, Mitsui Outlet Sepang dan Putrajaya.
Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Forte Hospitality Management Sdn Bhd, Johari Mohd Yusof, Hype itu mewakili kepada perasaan teruja sinonim dengan sukan perlumbaan yang sentiasa menghadirkan keterujaan kepada penonton.
Begitu memasuki kawasan lobi mulai terasa nuansa sukan perlumbaan. Pemilihan material bangunan sehingga ornamen-ornamen yang digunakan mencerminkan konsep hotel tersebut.
Di hadapan kaunter pendaftaran diletakkan podium dan ruang menunggu dihiasi dengan perabot-perabot yang diperbuat daripada aksesori kenderaan.
Anda dapat melihat tempat duduk yang dihasilkan daripada tayar lori dan rim-rim motosikal menghiasi dinding serta dijadikan sebagai bingkai lampu di siling. Cukup menarik perhatian. Suasana lobi kelihatan klasik menerusi pemilihan warna hitam dan putih. Tidak berlebihan dalam tata rias, lebih ringkas dan santai.
Selesai majlis pelancaran, penulis langsung menuju ke kamar di tingkat satu, dua dan tiga. Setiap tingkat mewakili litar antarabangsa dunia dan setiap bilik tertera perkataan Pit diikuti dengan nombor bilik.
Hotel butik pertama di Asia berkonsepkan dunia pemotoran itu menawarkan 75 bilik menerusi susun atur kerusi, katil dan paparan grafik serta berlatarbelakangkan aksi perlumbaan.
Jelas Johari, ada beberapa bilik bertemakan lagenda pemotoran dunia antaranya Michael Schumacher, Valentino Rossi dan Tony Cairoli.
“Kami menyediakan tiga jenis bilik iaitu Standard, Superior dan Family yang dilengkapi dengan penghawa dingin, kunci pintu dengan kad sentuh, akses Wi-Fi, televisyen lengkap dengan saluran siaran tempatan, saluran pemotoran dan jadual harian penerbangan,” katanya.
Hotel dengan kos pelaburan sejumlah RM12 juta itu sudah pun beroperasi dengan harga bilik bermula RM150 sehingga RM280 semalam.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ramai daripada pelancong jika datang ke Bangkok, akan berjalan-jalan sekitar bandaraya ini sahaja. Tidak dinafikan di Bangkok memang terdapat pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi. Tetapi alang-alang sudah berada di Bangkok, apa kata ‘merayau’ jauh sedikit ke daerah lain melihat lebih lagi negara gajah putih ini.
Pengunjung boleh membuat pilihan samada ke Hua Hin iaitu Santorini versi asia atau ke Lopburi untuk melihat ladang matahari yang luas terbentang.
Ikuti perkongsian menarik ini.
Sedikit perkongsian dari saya utk mereka yg ingin bercuti ke Bangkok. Jika ada kelapangan dan masa lebih xtau nak buat apa semasa bercuti ke Bangkok, boleh cuba datang ke Hua Hin & Lopburi. Banyak tempat cantik utk ambil gambar terutama sekali photoholic macam saya haha. Dalam post ni saya sertakan sekali tips ke Sunflower Farm Lopburi walaupun saya pegi pada Januari lepas. Baru ada masa nak update hehe.
HUA HIN ( One-Day Trip)
• 9.30AM Breakfast
• 10.30AM Taxi to Hua Hin (Bagitau siap siap dgn taxi driver nak pegi Swiss Sheep Farm, Santorini Park & The Venezia) – 2Hrs from Bangkok City
• 1PM Arrive at Swiss Sheep Farm
• 3PM Santorini Park – (Kitorang masuk ambil gambar & minum2 je xda main waterpark games)
• 5PM The Venezia – Package A (Fontana Di Trevi Park, 3D Art Gallery, Mini Train, King&Queen Photo, Mini Zoo)
• 7PM Back to Bangkok City
Notes:
CHOCOLATE VILLE, BANGKOK (Half-Day Trip)
• Opening Hours: 4PM-Midnight
• Taxi to Chocolate Ville ~ THB165, 25Mins from Bangkok City
• No entrance fee
Notes:
LOPBURI
• 6.45AM Taxi from Pratunam to Hua Lampong Station, Bangkok
• 7AM Train to Lopburi 3Hours
• 10AM Arrive at Lopburi Station
• 10.30AM Taxi/Pickup Truck to Sunflower Farm
• 2.30PM Mini van to Victory Monument
Notes:
Pegi reramai best dapat murah. Ini bukan full itinerary ok sbb aktiviti lain tu adalah personal activity. So, saya cuma share tempat best dkt Bangkok & serba sedikit travel tips ja. Trip ini adalah sekitar tahun 2016 yang lalu.
Dipersilakan share. Semoga perkongsian ini bermanfaat.Terima kasih!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...