Industri pelancongan terutama perhotelan kembali bernyawa susulan kerajaan membenarkan rakyat melancong di dalam negara bermula 10 Jun 2020 ini selepas hampir tiga bulan terhenti akibat pandemik Covid-19.
Pengumuman kerajaan yang membenarkan aktiviti pelancongan domestik dilakukan mampu menjana semula sektor berkenaan yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. Ketika ini, banyak kempen dan promosi telah dilakukan oleh pemain industri dengan memberi tawaran harga yang lebih baik untuk menarik pelancong domestik.
Kebanyakkan rakyat Malaysia juga dilihat mengambil kesempatan untuk merebut peluang harga penginapan murah ini yang ditawarkan untuk tempoh sepanjang tahun ini dan ada juga untuk tempoh yang lebih panjang kira-kira setahun dari sekarang.
Ads
Ada juga yang masih was-was untuk mula melancong dalam masa terdekat ini, tetap masih tetap bersama-sama membantu industri pelancongan dengan membeli pakej penginapan untuk digunakan pada masa yang sesuai.
Oleh itu, diharap pemain industri telah kembali bersedia menerima kehadiran pelancong domestik dengan menyediakan kemudahan penginapan yang sesuai dengan normal baru. Setiap hotel, resort atau inap desa harus meningkatkan tahap kebersihan dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan agar keyakinan rakyat kembali meningkat.
Ads
Antara penginapan yang kini sedang giat membuat promosi:
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Privasi diutamakan dengan pelbagai aktiviti menarik
Pertama kali menjejakkan kaki ke ALA Riverview Lodge, anda akan rasa satu aura positif kerana resort ini begitu mendamaikan. Resort yang didirikan di tebing Sungai Pengkalan Datu dengan airnya yang bersih sudah cukup membangkitkan mood percutian menyeronokkan.
Malah dari rumah ini, pengunjung boleh melihat Jambatan Pulau Melaka dan suasana kampung yang menyamankan.
Di sekililing resort ini, pokok-pokok hiasan yang terjaga rapi menjadi penyejuk mata kepada pengunjung. Ia seolah-olah terapi minda bagi anda yang inginkan privasi dalam bercuti.
Bagi sesiapa yang menginap di sini pastinya teruja kerana dapat melihat bot nelayan kecil yang menelusuri sungai tersebut pada waktu pagi atau petang untuk menangkap ikan.
Istimewanya resort ini juga, bagi kaki pancing mereka boleh melakukan aktiviti memancing dari balkoni rumah sambil beristirehat. Cara ini akan memberi momen indah yang sukar diperoleh di mana-mana resort.
Selain itu, bagi yang ingin merasai pengalaman berkayak dan menaiki bot, perkhidmatan itu turut disediakan. Pengunjung boleh berkayak di sepanjang kawasan sungai dengan pakej bayaran yang berpatutan.
Suasana kampung
Menurut Pemilik ALA Riverview Lodge, Sharifah Mastura Syed Mohamad, resort yang dibina di atas tanah persendirian ini sebenarnya diilhamkan oleh suami, Azmi Ludin yang juga seorang arkitek.
“Sebenarnya resort ini adalah rumah tetamu untuk keluarga kami. Memandangkan kawasannya yang cantik kami telah bersetuju untuk memberi peluang kepada orang ramai menginap di sini sambil menikmati suasana desa yang sebenar.
“Resort ini adalah sebuah rumah eksklusif dan kita sasarkan kepada pengunjung yang berkeluarga dan kumpulan kecil sama ada lelaki atau perempuan dengan kapasiti tidak melebihi lapan orang. Bayaran untuk satu malam adalah RM290,” katanya.
Di samping itu, kemudahan kolam renang yang besar antara yang menjadi tarikan kepada pengunjung yang mempunyai anak-anak. Bagaimanapun, pemantauan harus sentiasa diberikan sepanjang masa.
Tidak setakat kolam renang yang menjadi daya tarikan kanak-kanak, pengunjung juga berpeluang untuk mendekati haiwan di ALA Agro Farm seperti rusa, lembu, ayam, itik dan arnab dengan memberi makanan.
Sekurang-kurangnya bagi anak-anak yang tinggal di bandar besar mereka akan rasa gembira dan mendapat pengalaman baharu dengan aktiviti sebegini.
Utamakan keselesaan
Menjengah kepada hiasan dalaman resort ini, elemen moden antara yang diberi keutamaan. Panel kaca yang digunakan pada ruang tamu memberi pencahayaan semulajadi.
Penggunaan perabot rotan dan kayu menambahkan lagi konsep hiasan rumah ini dengan dindingnya masih mengekalkan batu-bata merah untuk tampak lebih unik.
Kemudahan lain yang turut disediakan di resort ini seperti peti sejuk, pendingin hawa, kipas, televisyen, set sofa, oven dan sebagainya.
Untuk yang berminat mengadakan BBQ, kemudahan tempat BBQ turut disediakan atas permintaan pengunjung.
Paling menarik, pengunjung boleh menikmati suasana matahari terbenam yang begitu cantik dari balkoni resort dan semestinya ia membuatkan sesiapa pun tidak melepaskan peluang ini.
Jadi tidak mustahil bagi pengunjung yang inginkan privasi sepanjang percutian, lokasi ini patut anda pilih.
Info:
Alamat: Lot 677 Lorong KP, Jalan Raja Perempuan Zainab 2, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Bila sebut bercuti atas cruise atau kapal persiaran mesti banyak yang fikir ia memerlukan kos yang tinggi. Namun sebenarnya korang juga boleh dapat naik cruise dengan harga yang sangat berpatutan seperti Kamarul Sulaiman.
Menurut jejaka ini, dia yang sering merujuk kepada media sosial untuk mendapatkan tawaran-tawaran menarik untuk bercuti atau travel, baru-baru ini dia ternampak tawaran untuk menaiki kapal persiaran ke Singapura untuk perjalanan sehala dengan harga SGD25.
Tak lepaskan peluang, dia terus membuat tempahan. Memang sangat berbaloi kerana sepanjang perjalan, korang diberikan makan lima kali sehari selain dapat join segala aktiviti yang ada di atas kapal tersebut.
Hanya perlu tambahan kos untuk Gratitude Fee sebanyak SGD21 dan juga perbelanjaan sepanjang di Singapura, memang berbaloi percutian Kamarul kali ini. Kamarul turut berkongsi antara group yang sering menjadi rujukan bila mahu travel adalah Finding A Reason To Travel.
So guys, korang yang nak travel dengan tawaran yang menarik boleh usha-usha group Facebook tersebut. Sementara tu jom tengok apa yang menarik atas kapal persiaran Genting Dream yang dikongsikan oleh Kamarul.
Baru baru ni Genting Dream ada buat promotion untuk 1 way from Port Klang to Singapore dengan harga $25 sahaja so I pun grab lah peluang ni sebab harga murah sangat.
The best part about naik cruise is that with one price, you got complete makan 5 kali sehari and the water park as well as other activities macam zipline, golf and more lah.
The things that I only pay kt sana is Gratitude Fee which is $21 for per pax per night dan internet which is about $8 per day.
Sampai SG, pusing pusing area Marina then terus balik nak bas ke KL.
Truly worth it rasa nak repeat je lagi. Boleh tengok harga bawah as confirmation ya
Libur ada senarai baru tempat-tempat best yang akan buat korang rasa nak repeat balik Acheh tahun ni. Confirm! Tempat-tempat ni perkongsian terkini daripada Zati Mohd yang kebetulan ke Acheh sebab suami beliau konvo baru-baru ni.
Libur nak ambil kesempatan ni untuk ucapkan tahniah la kepada suami Zati Mohd kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya plus dapat travel tempat-tempat best yang ada di Aceh!
Untuk anda yang nak ke Aceh, ingat tau, dekat sana bukan saja sabang, muzium, atau tempat-tempat lain yang dah biasa korang boleh pergi. Ada beberapa lagi tempat lain yang menarik antaranya adalah seperti perkongsian Zati Mohd ini:
Sekitar 45 minit perjalanan dari banda Aceh ke sini. Bagi pencinta alam atau peminat photography, anda wajib ke sini. Selain itu, anda boleh menikmati keindahan matahari terbenam.
Sebelum tiba di pasir putih korang boleh menikmati minum ringan di Cafe Ujong Batee. Kawasan yang pernah menjadi sejarah terdamparnya ikan paus.
Untuk mengambil gambar di sini, anda akan dikenakan bayaran (ikut kawasan). Perjalanan sekitar 45 minit dari banda Aceh akan membawa anda menyelusuri keindahan pantainya yang mempunyai ombak besar.
Perjalanan dengan motosikal selama satu jam dari Lhonga Leupung dengan keadaan berbukit bukau menyelusuri desiran ombak besar dan keindahan alam akan membuat anda menikmati keindahan dunia dan lupakan segala masalah. Jika menaiki kereta sila bawa ubat loya ?. Jika anda naik motor seperti sis sila nikmati kawasan hutan yang curam serta berbukit bukau dengan hati yang tenang.
Oh ya jangan lupa shopping ikan kering, sotong kering dan ikan bilis di persisir kawasan Lhok Seudu. Murah gilaaa punyaaaa.
Bagi peminat buku hasil tulisan Asma Nadia atau Tere Liye. Anda boleh datang ke sini. Tapi harga buku tak ada murah sangat. Memadai untuk kita yang pencinta buku ?.
Sebenarnya ada lagi kawasan lain. Seperti air terjun, kawasan kolam air panas. Tapi disebabkan kekangan masa sebab nak photoshoot konvo jadinya lain kali kita datang lagi ???.
Kalau korang nak shopping di kedai yang boleh menggunakan ringgit Malaysia dan jugak boleh dapt beg dengan harga yang murah serta berbaloi, boleh datang ke kedai pakcik Yan Kedah ni di Pasar Aceh. Beg silang paling murah RM15. Beg bulat yang trending sekarang baru RM25. Begpack Aceh boleh dapat sekitar RM30. Berbaloi kan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bayangkan berada di satu kawasan yang langit malamnya tidak pernah sunyi. Bukan kerana lampu bandar, bukan juga pesta cahaya buatan manusia, tetapi kerana panahan...