Jerami Gulung Ala Texas Di Yan, Kedah Jadi Port Bergambar

Share

Kampung Kuala Dulang Yan Kechil, Kedah tiba-tiba menjadi tumpuan ramai dek teruja untuk bergambar bersama susunan menarik jerami gulung ala Texas di kawasan sawah padi.

Pelbagai lapisan peringkat usia tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar masing-masing dan seterusnya berkongsi di media sosial. Susunan jerami gulung berlatar belakangkan sawah dan gunung menjadikan permandangan di kawasan itu cantik seakan berada di luar negara.

  • Selain berpeluang merakam foto kenangan dengan jerami gulung, di sini juga ada menyediakan perkhidmatan lain termasuk menunggang kuda, memandu ATV dan gerai makanan dan minuman.
  • Peluang untuk bergambar bersama jerami gulung itu hanya ditawarkan sehingga awal April ini sahaja kerana selepas itu kawasan sawah yang diletakkan jerami itu akan digunakan untuk penanaman padi.
Foto: Bernama

Menurut sumber Bernama, idea untuk menyusun jerami-jerami tersebut datangnya daripada golongan belia Kampung Kuala Dulang Kechil yang mahu menghias dan mewujudkan kawasan cantik di kampung itu. Sebanyak 24 gulung jerami dibeli oleh penduduk daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan harga RM1,000 pada Januari lepas.

Tahniah! Bagus idea orang muda kat situ kan?

IKLAN