Baru pergi beberapa tempat, orang dah panggil anda sebagai ‘kaki travel’ atau ‘traveller tegar’. Bagaimana agaknya untuk dilabelkan diri sebagai traveller sebenar?
Untuk menjadi atau dilabel sebagai seorang kaki traveller yang sebenar bukanlah pada berapa banyak negara yang dilawati, berapa kerap ke luar negara dan seumpama dengannya.
Ini dia 12 ciri yang sebenar bagi seorang kaki melancong. Jika anda memiliki ciri-ciri ini, maka anda layak di gelar ‘kaki travel’! Jom kita usha apa ciri sebenarnya.
1. Berjimat setiap kali berkunjung di suatu tempat.
2. Ketika melancong, anda memilih pengalaman berbanding barang yang dicari (cenderamata).
Ads
3. Jika tempat itu pertama kali anda kunjungi, anda akan memilih untuk menikmati permandangan dan suasana berbanding mengambil gambar.
4. Anda mudah bosan berada di tempat yang sama. Anda mencari sesuatu yang menarik dan lain daripada lain yang pernah anda kunjungi.
5. Anda tidak berasa malu untuk berkenalan dengan orang baru di tempat baru.
Ads
6. Anda tidak menunggu rakan lain untuk pergi ke suatu tempat.
7. Anda tidak kisah jika perjalanan itu terlalu jauh ataupun membuatkan anda penat. Yang penting anda sanggup untuk sampai ke destinasi yang ditujui.
8. Tidak banyak barang yang di bawa setiap kali melancong.
Ads
9. Menguruskan kewangan dengan baik apabila berada di negara orang. Anda tidak boros untuk perkara yang tidak berfaedah.
10. Anda suka mengumpul benda yang membawa kepada memori seperti tiket perjalanan, tanda nama, setem dan seumpamanya.
11. Apabila sesat, anda tidak panik dan cari jalan penyelesaian dengan tenang.
12. Anda tidak memilih untuk tinggal di mana walaupun terpaksa bermalam di lapangan terbang mahupun khemah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak kira ke mana sahaja kita pergi, kalau sudah masuk ke kedai, pasaraya atau pusat membeli-belah ada sahaja barang yang ingin dibeli. Semua kita nampak menarik lagi-lagi jika premis jualan tersebut menawarkan harga serendah RM2 atau pusat membeli-belah sedang mengadakan jualan murah.
Begitu juga ketika travel ke luar negara, rambang mata rasa semua benda nak dibeli untuk dijadikan ‘ole-ole’. Kononnya nak dapat di negara sendiri susah. Ini haa, ada tip berguna buat anda yang suka berbelanja kemudian menyesal kerana wang semakin berkurang.
Ada punca dan sebab dikatakan kita terpengaruh untuk membeli sesuatu barangan walaupun kita tidak memerlukannya. Antaranya adalah mainan psikologi. Baca tip menarik yang dikongsikan seorang lelaki ini di sosial medianya.
ECO, DAISO, MR DIY : Masuk Nak Beli Bateri 2 Biki, Keluar Dengan 30 Barang. Pernah Berlaku? Kedai Ni Tak ‘Berhantu’, Tetapi Mereka Bijak Trigger Psikologi Manusia Yang Masuk Ke Kedai Untuk Beli Banyak Barang. Ramai yang melabelkan kedai Mr DIY, Daiso, Eco dan sebagainya sebagai berhantu kerana akan habiskan banyak duit bila dah masuk.
Siap lari dari tujuan asal, nak beli bateri tapi keluar beli langsir rumah, mentol, wayar, lantai vinil dan sebagainya. Itu ialah psychology effect yang berlaku apabila kedai-kedai ni menggunakan strategi psikologi dalam pelbagai aspek. Ini ialah apa yang mereka guna di dalam kedai & tips ringkas untuk atasinya.
1. TROLI & BAKUL
Penggunaan troli & bakul sangat bahaya di kedai seperti ini. Troli yang kosong akan memberi isyarat kepada otak bahawa anda masih mempunyai banyak ruang untuk meletakkan banyak barang. Kalau anda beli barang besar, troli cepat penuh, anda akan terus pulang. Barang yang dibeli sedikit sahaja.
Kalau anda beli barang kecil, troli lambat penuh. Anda akan habiskan banyak masa di kedai dan membeli lebih banyak barang. Sebab tu apabila keluar dari kedai sebegini akan berakhir dengan banyak barang.
TIPS : Bila anda masuk kedai sebegini, jangan pegang troli atau bakul. Jalan dengan tangan kosong sahaja, insyaallah barang sedikit sahaja yang mampu dipegang di tangan.
2. HARGA & PROMO
Ini benda klasik, semua kedai dan bisnes gunakan untuk tarik minat pembeli. Tambahan pula harga di kedai sebegini sememangnya murah dan berkualiti. Promo akan membuatkan anda rasa tak puas membeli. Rasa nak beli lagi dan lagi. Promo kan?
TIPS : Jangan masuk kedai kalau anda nampak poster promosi. Harganya sama sahaja, cuma mereka bermain dengan psikologi anda untuk tarik masuk ke kedai.
3. SUSUNAN PRODUK
Mereka menyusun produk harian & keperluan pada aras mata (eye level). Sebab tu bila lihat kiri, rasa nak ambil barang masuk troli. Lihat kanan, ambil barang masuk troli. Walaupun anda tak memerlukannya, namun otak anda berjaya stimulate barang tersebut dengan bayangan suasana di rumah.
Bukan tu je, otak anda juga akan membuat simulasi bayangan suatu produk akan rosak, kemudian anda perlukannya sebagai bahan spare part contohnya mentol lampu, wayat HDMI dan sebagainya. Akhirnya, anda membeli penuh stau troli barangan yang tidak digunakan.
TIPS: Jika anda masuk ke kedai, selalunya berjalan mendongak & menunduk. Jumlah barang boleh dikurangkan apabila otak kurang membuat stimulasi.
4. WARNA PRODUK
Warna produk yang ceria memainkan peranan dalam mempengaruhi pemikiran manusia. Sebab itulah semua produk yang wujud dalam pasaran memilih warna yang ceria. Kadang-kadang anda tak perlukan produk tersebut, tetapi anda tetap membelinya kerana dipengaruhi oleh warna.
Jika bakul yang anda pegang berwarna kuning, otak anda akan cepat terpengaruh untuk membeli produk berwarna kuning. Jika pemegang troli berwarna merah, anda cenderung membeli produk berwarna merah. Ini juga menjadi sebab mereka menyusun produk di kaunter pembayaran mengikut warna troli & bakul.
TIPS : Masuk kedai, pakai spek hitam supaya anda kurang tertarik dengan warna yang ceria. Unless anda buta warna, ini tidak akan mempungaruhi anda.
Nanti nak shopping raya, shopping mall pun pakai trick psikologi yang sama. Sebarkan supaya ramai orang boleh berjimat raya tahun ni.
Selalunya kalau ada cuti peristiwa, ramai pekerja yang merancang bercuti panjang. Maka mereka akan cuba menyusun sebaik mungkin cuti yang diperolehi dengan baik. Mana tidaknya, percutian akan lebih seronok kerana masa yang diambil untuk berehat atau meluangkan masa bersama yang tersayang lebih panjang.
Namun kadangkala perancangan untuk bercuti yang anda buat tidak ‘menjadi’ disebabkan tuntutan kerja. Tiba-tiba sahaja nama naik dan terpaksa berkerja luar kawasan atau menggantikan rakan sekerja yang mempunyai hal kecemasan ketika cuti tersebut. Tidak mengapalah! Anggap sahaja kerja tersebut adalah ibadah.
Namun harus diigatkan, apa hak anda sebagai pekerja sebetulnya jika perlu bertugas pada hari cuti peristiwa! Apa pun, semak terlebih dahulu kontrak atau tawaran kerja dengan majikan yang telah anda persetujui. Lain bidang pekerjaan, kemungkinan lain hak yang diperolehi!
Perkongsian daripada individu ini mungkin boleh jadikan rujukan atau info berguna.
Bila sebut destinasi percutian di Eropah, ramai biasanya terus teringat Paris, London atau Rome. Tapi di celah-celah negara yang lebih popular itu, ada sebuah negara kecil yang mungkin jarang disebut, namun keistimewaannya cukup luar biasa. Namanya, Estonia.
Terletak di utara Eropah dalam rantau Baltik, Estonia berjiran dengan Latvia di bahagian selatan, manakala di utaranya pula terbentang Teluk Finland yang memisahkannya dengan Finland. Walaupun saiznya kecil, negara ini punya tarikan yang besar. Bukan saja cantik, tenang dan penuh pesona, malah Estonia juga sering disebut sebagai antara negara yang bersih di benua Eropah.
Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa sebenarnya yang membuatkan Estonia begitu istimewa?
Jawapannya bukan semata-mata kerana jalan rayanya kemas atau bandarnya nampak tersusun. Estonia diiktiraf sebagai negara terbersih kerana negara ini benar-benar serius dalam menjaga alam sekitar.
Dari pengurusan sisa, pemeliharaan hutan, kawalan pencemaran udara hinggalah usaha mengurangkan kesan perubahan iklim, semuanya dilakukan secara terancang. Pendek kata, Estonia bukan sekadar nampak bersih di mata, tetapi memang bersih dari sudut cara negaranya diurus.
Apa yang menarik, suasana di Estonia sendiri cukup menyenangkan. Negara ini tidak terlalu padat, jadi anda takkan rasa sesak atau terburu-buru seperti di kota-kota besar Eropah yang lain.
Udara terasa lebih segar, persekitaran lebih tenang dan landskapnya pula cukup memikat. Ada bandar lama yang romantik, hutan yang menghijau, tasik yang damai dan pulau-pulau kecil yang seolah-olah belum terusik.
Ibu negaranya, Tallinn, adalah antara tarikan utama yang wajib dikunjungi. Bandar ini punya gabungan unik antara dunia lama dan moden. Di satu sudut, anda boleh berjalan di kawasan Old Town yang dipenuhi bangunan bersejarah, jalan berbatu dan suasana klasik seperti dalam cerita dongeng. Di sudut lain pula, anda akan nampak sisi moden Estonia yang terkenal sebagai negara digital dan sangat maju.
Sebab itu, percutian ke Estonia bukan hanya tentang melihat tempat cantik, tetapi juga tentang merasai rentak hidup yang lebih tenang. Negara ini sesuai untuk pelancong yang suka berjalan santai, menikmati pemandangan, menghirup udara bersih dan sesekali “hilang” seketika daripada hiruk-pikuk rutin harian.
Jadi, adakah Estonia patut dimasukkan dalam senarai destinasi percutian? Jawapannya, ya, sangat patut.
Estonia adalah negara yang sejuk, jadi sebelum ke sana elok semak dulu musim dan cuaca semasa. Jika pergi waktu musim sejuk, bawa jaket tebal, pakaian thermal dan kasut yang sesuai, manakala jika pergi musim panas pun tetap elok ada jaket ringan kerana suhunya masih nyaman, terutama waktu malam. Selain itu, sediakan juga ubat asas, insurans perjalanan dan kasut yang selesa kerana banyak tempat di Estonia lebih seronok diterokai dengan berjalan kaki.
Kalau anda mahukan pengalaman Eropah yang berbeza, lebih damai, bersih dan tidak terlalu klise, Estonia memang pilihan yang menarik. Ia mungkin bukan destinasi yang paling glamor, tetapi justeru itulah daya tarikannya. Estonia memberi peluang untuk anda menikmati sisi Eropah yang lebih tenang, lebih asli dan lebih dekat dengan alam.
Kadang-kadang, destinasi yang paling meninggalkan kesan bukanlah yang paling popular, tetapi yang paling membuat kita rasa selesa. Dan Estonia ada semua itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Thailand memang antara destinasi luar negara yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia. Selain jarak yang tidak terlalu jauh, negara ini juga sering jadi...