
Masyarakat di sini sangat bertuahnya dapat berpuasa dan beraya di Malaysia, malangnya saban tahun kegembiraan tersebut sering kali diragut oleh tragedi kemalangan jalan raya. Satu perangai mengenai rakyat Malaysia akan tersedar mengenai kepentingan keselamatan apabila kejadian itu berlaku terhadap diri kita. Selagi kemalangan tersebut tidak melibatkan ahli keluarga dan orang tersayang, kita seakan-akan lalai untuk menghargai nyawa.
Setiap pemandu dan pengguna jalan raya sepatutnya sentiasa membuat persediaan dan merancang perjalanan sama ada jauh dan dekat agar kemalangan dapat dielakkan. Jika melibatkan perjalanan jauh menggunakan lebuh raya umpamanya, pastikan anda mendapatkan rehat yang secukupnya terlebih dahulu.
Ini kerana banyak kes kehilangan nyawa akibat lemas dalam kenderaan dilaporkan berpunca tidur dalam kereta kerana terlalu letih. Selain itu mengantuk dan terlelap ketika memandu juga merupakan punca kemalangan maut sering berlaku. Sehubungan itu, Plus Malaysia Berhad (PLUS) bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat sekaligus mengurangkan kemalangan jalanraya terutamanya kepada pemandu kenderaan berat.
Cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan. Kapsul tidur yang juga dipanggil ‘time capsule’ ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil ‘quick nap’ pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan.
Sekali gus dapat mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan. Untuk pengetahuan, dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk ‘quick nap’ dan tidak memerlukan hotel seharian.
Ramai netizen yang menyambut baik cadangan pembinaan kapsul rehat ini. Namun pihak PLUS perlu mengkaji banyak aspek agar kemudahan yang tersedia tidak disalah gunakan.
“Tak Nak Guna Cerek Hotel Lepas Ni!” Gambar Tular Rebus ‘Seluar Kecil’ Dalam Cerek Elektrik Meloyakan

Tahap kebersihan sebuah bilik penginapan di hotel sering menjadi isu hangat diperkatakan pelancong. Tidak kira samada hotel tersebut bertaraf satu bintang hingga ke penginapan mewah, pasti ada sahaja rungutan ramai mengenai kebersihan kemudahan yang disediakan dalam bilik. Terutamanya tahap kebersiahan cadar katil, tuala mandi, cawan dan cerek elektrik.
Cerek elektrik adalah kemudahan dalam setiap bilik penginapan yang menjadi ‘mimpi ngeri’ bagi pelanggan hotel. Ada pelbagai kisah yang berlaku disebalik penggunaan cerek elektrik tersebut oleh tetamu bilik penginapan terdahulu yang kita sendiri tidak tahu tahap kebersihannya. Anda boleh sahaja buat carian di laman sesawang, pasti banyak pengalaman dan cerita mengenai cerek elektrik hotel.
Terbaru, tidak dapat dipastikan bila kejadian ini berlaku dan dimana, sekeping gambar meloyakan yang menunjukkan seorang wanita merebus seluar dalamnya yang terkena darah haid di dalam cerek milik sebuah hotel mencetuskan kemarahan warganet dunia.
Ada yang mengatakan gambar yang tular awal bulan ini adalah gambar lama yang dimuatnaik kembali. Gambar itu memaparkan sebuah cerek menggelegak bersama sepasang seluar dalam wanita di dalamnya. Air cerek itu pula bertukar warna menjadi keruh.
Gambar itu hadir bersama kapsyen menerangkan mengapa perbuatan itu dilakukan. Pelakunya yang menyiarkan gambar itu di laman sosial berkata, dia menggunakan cara unik dan bersih tersebut untuk membersihkan seluar dalam dengan cepat ketika bercuti dan menginap di sebuah hotel.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Australia atau New Zealand berdasarkan soket elektrik unik yang digunakan.
Boleh dikatakan cara ini memang cukup popular dilakukan oleh pelancong di seluruh dunia untuk membersihkan pakaian dalam mereka dengan bersih tanpa mengeluarkan bajet.
Bagaimanapun, ramai netizen berang dan jijik melihat foto tersebut di laman Twitter. Satu komen lain menyatakan: ‘Saya tidak akan membancuh air menggunakan cerek hotel lagi selepas ini!’
Woman proudly boils dirty knickers in hotel kettle and people are sickened https://t.co/tTM7jZqUOX pic.twitter.com/CcrJsayLcu
— Mirror Weird News (@MirrorWeirdNews) August 8, 2019
Never use a hotel kettle. Ever https://t.co/eXGYs8dTjH
— Hassan Wisham (@HassanWisham) August 28, 2017
Real question: does anyone I know clean their underwear in a kettle when travelling?
— Guy 'Yug' Blomberg ? PAXWest (@YugSTAR) August 22, 2017
Jadi anda rasa macam mana? Selamat ke kalau kita nak guna cerek elektrik dalam kamar penginapan? Cadangan admin, boleh sahaja jika ingin guna tetapi sebelum itu pastikan ia berada dalam keadaan bersih. Cuci dahulu dalaman cerek elektrik dan panaskan dahulu sedikit air untuk membuang kuman. Kemudia baru anda panaskan sekali lagi air yang baru. Namun jika masih ragu-ragu, abaikan sahaja daripada menggunakannya.
Sumber: Dailymail
Kalau Pesawat Lambat Atau Bagasi Hilang Di Kanada Dapat Pampasan RM6550

Ada berita baik untuk anda pengguna penerbangan dari Kanada. Sesiapa sahaja pengguna pengangkutan udara di Kanada bakal dan layak menerima pampasan jika mengalami kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi maksimum sehingga RM6550. Menarik bukan?
Ini adalah peraturan baru diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Marc Garneau. Langkah itu berikutan peningkatan jumlah aduan daripada penumpang disebabkan terkandas di landasan selama berjam-jam dalam pesawat, kerosakan dan kehilangan bagasi. Peraturan ini bertepatan kerana penumpang telah membuat bayaran yang sepatutnya untuk menaiki kapal terbang.
Bermula 15 Julai 2019 ini, syarikat penerbangan juga perlu menurunkan semula penumpang kapal terbang ke terminal jika kapal terbang tidak berlepas segera dan berada di landasan selama hampir 3 jam. Selain itu syarikat penerbangan juga perlu membayar pampasan kepada penumpang jika terlebih menerima tempahan iaitu sehingga C$2,400 (RM7,480). Bayaran pampasan sehingga C$2,100 (RM6,550) dikenakan jika hilang bagasi penumpang.
Pada 15 Disember 2019 pula, langkah-langkah tambahan memerlukan syarikat penerbangan membayar penumpang sehingga C$1,000 (RM3,120) untuk kelewatan dan pembatalan penerbangan selain menyediakan makanan, minuman, penginapan dan membuat tempahan semula penerbangan menggunakan syarikat pesaing, jika perlu.
Syarikat juga perlu menempatkan kanak-kanak dekat ibu bapa tanpa caj tambahan dan menetapkan standard baru untuk prosedur pengangkutan peralatan muzik. Undang-undang ini terpakai kepada penerbangan keluar masuk dan juga di dalam Kanada.
Bagus atau tidak?
Sumber: Dailymail | Kosmo
‘Sharing’ Panduan Untuk Lakukan DIY Umrah & Ziarah Seorang Diri

Ini info dan panduan daripada saudara Ahmad Najah yang berkongsi tip dan bajet ketika melakukan Umrah dan Ziarah seorang diri.
UMRAH & ZIARAH DIY 31-12-2019 sampai 10-01-2020
Assalamualaikum, Disini saya ingin berkongsi pengalaman melakukan Umrah DIY seorang diri selama 10 hari, 5 hari di Madinah dan 5 hari di Mekah. Umrah DIY ini disarankan untuk mereka yang pernah melakukan Umrah atau Fardhu haji sebelum ini kerana memudahkan pergerakan ibadah yang perlu dilakukan semasa di tanah suci Madinah dan Mekah. Mempunyai Kesihatan Yang baik dan fizikal yang kuat amat penting dalam umrah DIY. Kalau ada sakit kronik dan usia lanjut tidak digalakan melakukan umrah DIY.
Alhamdullilah sekarang Malaysia telah terpilih untuk memohon Visa pelancung ke Arab Saudi dan ini lebih memudahkan untuk melakukan Ibadah Umrah dan Ziarah di Saudi Arabia. Disini saya sertakan link dalam talian untuk memohon Visa Pelancung secara online. Saya juga ingin memaklumkan Umrah DIY tidak semestinya lebih murah dari pakej Umrah yang disediakan oleh syarikat pelacungan Umrah. Bagi menjimatkan kos disarankan pergi secara berkumpulan 4 orang. Umrah DIY membolehkan kita lebih fleksibel untuk melakukan ibadah semasa di Kota Madinah dan Mekah.
VISA Pelancong
- https://visa.visitsaudi.com/Registration/Verify
- https://www.visasaudi.org/
Diatas link untuk memohon visa pelancung dan kita dibenarkan menginap selama 90 hari setiap kali lawatan dan visa berlaku selama satu tahun dari tarikh permohonan dan kita boleh melakukan kunjungan ke Saudi Arabia beberapa kali dalam masa satu tahun(multi entry). Kos memohon sekitar 500-700 Riyal untuk setiap permohonan. Masa pilih tujuan perjalanan pilih leisure jangan umrah Permohonan yang tidak berjaya tidak akan dikembalikan pembayaran. Setelah mendapat visa pelancung bolehlah mencari tiket penerbangan ke Jeddah atau Madinah.
Tiket Penerbangan
- Banyak syarikat penerbangan menawarkan tiket ke Jeddah atau Madinah. Tiket boleh dibeli di link dibawah:
https://www.traveloka.com/en-my/
https://booking.etihad.com/SSW2010/EYEY/webqtrip.html…
- Cuba elakan membeli dari Air Asia kerana harga yang ditawarkan lebih mahal. Etihad Airways menawarkan harga yang lebih murah dalam linkungan RM 2400-2500 dengan bagasi 30kg dan termasuk makan dan minuman.
- Kebanyakan airlines akan tiba di Jeddah pada pukul 23:40 hingga 03:00. Kalau nak beli internet data ada jual di arrival Riyal 80.00 untuk 5G data Mobily. Kalau nak beli kat Madinah atau Mekah pun ada harga lebih kurang aje.
Sekiranya anda tiba di Jeddah dan hendak ke Madinah boleh ambil teksi dari Terminal Utara atau Terminal Selatan Jeddah
Seorang Riyal 130.00 kongsi 4 orang bukan satu teksi tau. Sekiranya anda terus ke Mekah bolehlah menukar ihram didalam kapal terbang apabila hampir tiba di tempat Miqat Qarnaul Manazil. Teksi dari Jeddah ke Mekah Riyal 150 – 200.00 satu teksi MPV boleh naik 4 orang. Bag jangan bawa yang besar sangat.
- Hotel bolehlah booking di booking.com (Tips bila booking buat untuk 2 dewasa) kerana bilik disana rata-rata ada 4 katil
- Kalau book untuk 4 dewasa akan lebih mahal untuk harga bilik.
- Madinah Arees Al Jeuar Hotel
- Harga hotel bergantung selera masing-masing secara purata Riyal 550-650 untuk 4 malam 4 katil dan jarak sekitar 300 meter dari masjid Nabawi di Madinah. Kalau nak hotel dekat lebih mahal lagi.
- Makan dan minum atas selera sendiri budget lebih kurang Riyal 25-35 untuk satu hari, Kalau nak budget lebih rendah pun boleh makan sehari sekali..
- Ziarah di Madinah masjid Quba,Uhud,Qiblatan boleh beli 1 day unlimited pass RM 11.00 naik Madina Bus warna hijau.
- Madinah halas….
- Madinah Mekah boleh naik bus VIP Saptco dari Crowne Plaza Hotel Riyal 120.00 dan bus berlepas dari Jam 10:00 pagi. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam ke Mekah. Bus akan berhenti di Bir Ali selama 20 minit boleh tukar Ihram dan solat sunat ihram serta bermiqat. Bus akan tiba di Ajyad Saptco terminal belakang hotel zam zam tower kalau tinggal di hotel berdekatan Jalan kaki aje ke hotel kalau tinggal jauh sedikit boleh ambik teksi atau uber untuk ke hotel.
- Harga hotel bergantung selera masing-masing secara purata Riyal 500-600 untuk 4 malam 4 katil dan jarak sekitar 600-700 meter dari masjidil Haram. Nawazi Al Tawsea. Kalau Hotel dekat dengan Masjidil Haram lebih mahal ye.
- Bolehlah lakukan ibadah umrah selamat datang dan kalau nak buat Umrah lagi boleh naik bus saptco ke tanaim Riyal 3.00 satu hala atau naik teksi Riyal 20.00 per-balik
- Kalau nak miqat di Jaranah atau Hudaibiyah naik Uber Riyal 40-50 satu jalan.
- Kalau nak Ziarah Taif naik uber Riyal 100 satu jalan
- Bila nak balik jangan lupa buat tawaf Wada lepas tu ambik teksi ke Jeddah Riyal 150.00 satu teksi, pergi awal 5jam sebelum flight kerana Mekah ke Jeddah jalan agak jem malam hari Khamis malam dan jumaat malam.
- Air Zam Zam boleh dapat percuma dari Depature Jeddah Airport sebelah kiri cuma kena bayar Riyal 7.50 untuk packaging sahaja dan satu orang boleh bawak balik 1 botol 5 liter sahaja dan tidak dikira sebagai check in luggage.
- Kalau masuk Mekah dulu dan nak ke Madinah boleh ambil bus saptco atau kereta sapu banyak ada disekitar Mekah. Harap information dapat membantu Jemaah DIY.
Barang keperluan tak pelu banyak boleh basuh baju di dobi di mekah atau Madinah. (Ubatan yang perlu ada):
1. Ubat Selsema Clarinese
2. Ubat Cirit birit
3. Ubat cirit birit Charcoal
4. Ubat tahan sakit Arxocia (120mg)
5. Ubat Antibiotik ini kena mintak dari doctor untuk sakit tekak dan selsema
6. Losyen kalau pergi masa musim sejuk (December – March)
7. Panadol Actifast
8. Difflam warna merah untuk sakit tekak ada antibiotik
Senarai Kos untuk seorang minimum 4 pax
- Tiket penerbangan RM 2400.00
- Teksi Jeddah Airport ke Madinah RM 130.00
- Hotel Madinah RM 165.00
- Bus Madinah-Mekah RM 130.00
- Mekah Hotel RM 140.00
- Mekah ke Jeddah MPV Teksi RM 55.00
- Makan minum RM 300.00
- Visa RM 570.00
Jumlah RM 3,890.00 *Kalau bulan Ramadan maaflah tak dapat harga macam kat atas
Semoga Perkongsian ini bermanfaat untuk semua apa yang kurang mungkin dari kekhilafan saya.