Glamping aktiviti percutian unik dan menyeronokkan dengan menggabungkan konsep ‘glam’ dan ‘camping’ pastinya menjadi sangat menarik kalau disertai bersama keluarga atau rakan-rakan baik.

Jika anda memang anak kota yang tidak biasa percutian ala dalam hutan, tetapi teringin untuk merasai suasana berkhemah, maka glamping adalah pilihan terbaik! Tidak seperti berkhemah biasa yang memerlukan kita membina khemah sendiri, glam camping membolehkan anda terus masuk ke dalam khemah. Selain itu setiap khemah lengkap dengan pelbagai kemudahan tempat tidur selesa, makanan dan pengudaraan yang baik.

Pun begitu bukan semua kawasan perkhemahan atau glamping, mempunyai kemudahan dan kelengkapan sama. Lain tempat, lain kelebihannya dan juga segala aktiviti yang ditawarkan juga berbeza. Tetapi secara amnya, ia sangat mengujakan apa lagi jika anda dan keluarga ingin keluar dari kesibukan hiruk pikuk kota.

Teringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk Korang

IKLAN

Keseronokan bermalam di Tanah Aina Fahad bukan sahaja kerana keindahan kawasan sekitarnya, tetapi juga kerana kesempurnaan kawasan resort ini yang direka bentuk dengan indah dan dalam kondisi yang sangat terjaga. Air terjun yang melatari suasana di sini amat menenangkan jiwa ditambah lagi dengan kawasan sekitarnya yang menghijau dengan flora. Antara penginapan yang jadi pilihan King Tent, Queen Tent dan Normal Tent, namun, khemah King dan Queen kelihatan lebih seperti kabin dan lebih selesa daripada khemah Normal.

Teringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk KorangTeringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk KorangTeringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk Korang

IKLAN

Teringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk Korang Teringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk Korang  Teringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk Korang Teringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk Korang

Bila dah duduk di kawasan kelilingi alam flora, rugi kalau tidak mencuba aktiviti beriadah meredah hutan, bermandi-mandi di kawasan sungai sambil mengumpulkan kenangan. Kalau cerita soal makan, ini memang best. Bayangkan bersarapan di ruang di ruang makan di bawah pokok besar ditemani bunyi air sungai yang mengalir deras dan kicipan burung. Aduh.. pasti tak sedar makanan habis licin. Ternyata Tanah Aina Fahad adalah sebuah lokasi percutian yang cukup best dan berbaloi untuk dikunjungi.

IKLAN

Lokasi: Tanah Aina Fahad – Lot 1053, Mukim Ulu Dong, Raub, Pahang

Teringin Nak ‘Camping’ Tapi Selesa? Glamping Di Tanah Aina Fahad, Raub Percutian Ideal Untuk Korang

image via tanahaina.com

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI