Jika sebelum ini dia yang menggunakan nama Journalist On Campervan di laman sosial Facebook mempunyai Campervan Inkom Permas tetapi menjualnya pada orang lain.
Faktor utama menjualnya adalah kerana tidak sempat digunakan kerana tuntutan kerja dan bilangan cuti terhad.
Apatah lagi menurutnya untuk digunakan dalam rutin harian juga tidak praktikal kerana saiznya yang besar dan susah untuk parking.
Jadi dia mengambil keputusan untuk ubah suai van rusa kerana saiz lebih kecil dan multi purpose. Malah lebih sesuai dengan hidup mereka dan trip camping spontan dengan anak-anak.
Mengambi masa sebulan berada di bengkel untuk proses ubah suai van rusa dengan meletakkan baby plat mat wooden design pada lantai, pemasangan kipas, dapur DIY, pasang organiser bag, meletakkan kotak, roofrack dan juga dicat baru.
Setelah sebulan semuanya siap dipasang, dia mengambil keputusan membawa keluarga camping di kawasan sekitar.
Tambahnya lagi camperrusa ini boleh digunakan bila-bila masa sahaja termasuk lepak santai depan rumah bersama keluarga. Menyenangkan bukan.
Sebelum Ini
7/12/ 2015-10/8/2020. Campervan inokom permas ini secara rasminya bertukar tangan. Ringkasnya sebab jual, kami tak sempat guna pun disebabkan tuntuan kerja termasuk bilangan cuti terhad sangat buat masa ini.
Hari-hari terbiar di depan rumah sampai cat pun dh nampak nak rosak, walaupun baru feb lepas cat baru.
Nak digunakan dalam rutin hidup seharian, tak praktikal sebab saiznya besar. nak parking pun susah. Kami akan beralih kepada van rusa selepas ini.
Saiz lebih kecil dan multi purpose, lebih sesuai dengan hidup kami dan trip2 camping spontan dengan anak2…
Proses pemasangan
Progress #rusacamper Lantai sudah siap dipasang dengan baby play mat wooden designW
Ads
Wiring lampu dan kipas juga sudah siap, cuma perlu kemasan. kini sudah dua minggu berada di bengkel cat untuk cat baru. InsyaAllah seminggu lagi siap.
Roofrack juga sudah siap, selepas siap cat akan hantar untuk pemasangan roofrack. Sabarrrr Seremban 28/8/2020
Pertama kali camping secara rasminya
Campervan Camping @kenaboi_adventure Jelebu
19-20/9/2020 @ Kenaboi Adventure Camp Kami memang jatuh cinta dengan kem ini
Tempat lain
Glamping@kongkoi @g.a.kongkoi Kampung Puom, Titi, Jelebu, Negeri Sembilan.
Ads
Walaupun nama tempatnya glamping, ada juga tapak camping biasa yang cantik disediakan di sini.
Kami tak stay di unit glamping, kami camping sahaja di sini selama dua hari satu malam. Kalau anda jenis mementingkan tapak yang bersih, kemas dan cantik, memang inilah tempat yang sesuai.
Kalau nak ambil gambar camping yang cantik2 pun, sinilah tempat yang sesuai Harga tapak, dewasa RM50/person, kanak-kanak RM15/person.
Untuk info lanjut sila check fb/ig depa Glamping at Kongkoi 3-4/10/2020 @ Glamping at Kongkoi
Camping @hncampsite Port Dickson (Batu 4, PD)
Tempat yang cantik lengkap dengan kemudahan tandas, sinki dan penjaga. Kawasan campsite juga berpagar dan dikunci selepas tengah malam.
Pantai landai, sesuai untuk kanak-kanak bermain dengan selamat. Bayaran RM38/khemah/day. Sewa khemah juga disediakan.
Elektrik utk kipas dan lampu pada waktu malam juga ada, tapi perlu bawa kabel extension sendiri. Port Dickson 29-31/10/2020 @ H&n Campsite
Ads
Riverside Camp@Radak Adventure.
Ternyata, pilihan kami tak salah. Kem ini yang terletak di tepi sungai sangat cantik, bersih dan selamat.
Mereka ada staf yang memang stay di sini, jadi anytime campers datang tak perlu risau kalau bersendirian. Weekdays pun tak rasa bimbang kalau nak bawa family masuk ke sini.
Staf di sini pun baik, ramah dan sangat membantu Masa kami datang, kami adalah satu-satunya guest/campers yang masuk hari tu, jadi seluruh kem kami punya hehe.
Lampu dipasang di seluruh kawasan kem pada waktu malam, elektrik untuk kegunaan asas seperti caj telefon boleh digunakan dari jam 7pm hingga 7am. Selain itu, ada mini playground untuk kanak-kanak, campfire pit, open canteen (boleh tumpang makan dan basuh pinggan), surau, toilet (sangat bersih) dan river bar yang cantik di tepi sungai.
Campers boleh pinjam basikal juga di sini tanpa bayaran. Sungai berarus deras, tapi ada banyak tempat yang sesuai untuk kanak-kanak bermain air. Masa kami masuk, kami dapat harga promosi RM20/person/nite untuk sewa tapak.
Kanak-kanak bawah 7 tahun foc. Mereka juga sediakan servis white water rafting, fun raft dan tubing. InsyaAllah next time ke Gopeng lagi kite.
Gopeng 9-10 Disember 2020
Ada kalanya
Dinner di depan Masjid Hussain, Seremban 2. Malas masak, order grab food saja 24/9/2020
Tak dapat ke mana-mana hujung minggu lalu, kami lepak depan rumah saja
Info ini bukanlah untuk beritahu macam mana cara anda semua untuk naik kereta terbang dengan cepat. Iyelah, dah masuk tahun 2020, ramai yang bising sepatutnya kereta terbang dah ada kan?
Impian tersebut memang ramai yang tertunggu-tunggu, tetapi rasanya tidak perlu untuk tuding jari kepada mana-mana pihak. Pokok pangkalnya, apa jua perubahan yang ingin dikecapi perlu ada sikap yang 'matang' dan tolak ansur dari semua rakyat di negara ini.
Paling penting ubah perangai dan mentaliti anda semua dahulu bermula hari ini. Nak negara maju, rakyat pun perlu maju dari segala aspek terutama 'attitude'.
Contoh paling mudah, lihat sahaja Jepun. Negara yang maju dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Tahu bagaimana mereka maju? Semuanya terletak pada sikap rakyat mereka.
Cerita murid Jepun sikit yang kita semua dah tahu. Aku nak tambah skit je.
1. Sejak Tahun 1 mereka cuci kelas sendiri
2. Cuci tandas pun sendiri ikut giliran kelas
3. Tiap murid ada kain lap masing-masing
4. Lepas guna, mereka basuh dan keringkan kain lap tu sendiri
5. Mereka lap lantai ada caranya tersendiri, mop digunakn utk lantai toilet sahaja.
6. Ini kerja rutin sampai sekolah menengah
7. Walaupun begitu, murid 'dihargai' dan 'dijaga' dgn baik ketika PnP.
8. Sesi makan pun sama.. mereka bergilir serve sesama sendiri
9. Guru besar akn makan dahulu sedikit makanan murid 30 minit sebelum murid 'for safety reason'. Guru besar juga akan join murid makan sama jika berkesempatan.
10. Waktu pembersihan dan makan ini adalah juga waktu pembelajaran sama spt blaja maths.
Kenapa aku tulis perkara ni? Saja, supaya kita tak panik bila pergi Jepun. So kenapa nak hairan jika anak-anak ini hormat semua pekerja 3D – dirty, difficult, dangerous
Mereka bersih toilet bowl macam bersih rice cooker.
Nak jadi Negara Maju. ATTITUDE kena maju dulu. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada berita baik untuk anda pengguna penerbangan dari Kanada. Sesiapa sahaja pengguna pengangkutan udara di Kanada bakal dan layak menerima pampasan jika mengalami kelewatan penerbangan atau kehilangan bagasi maksimum sehingga RM6550. Menarik bukan?
Ini adalah peraturan baru diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Marc Garneau. Langkah itu berikutan peningkatan jumlah aduan daripada penumpang disebabkan terkandas di landasan selama berjam-jam dalam pesawat, kerosakan dan kehilangan bagasi. Peraturan ini bertepatan kerana penumpang telah membuat bayaran yang sepatutnya untuk menaiki kapal terbang.
Bermula 15 Julai 2019 ini, syarikat penerbangan juga perlu menurunkan semula penumpang kapal terbang ke terminal jika kapal terbang tidak berlepas segera dan berada di landasan selama hampir 3 jam. Selain itu syarikat penerbangan juga perlu membayar pampasan kepada penumpang jika terlebih menerima tempahan iaitu sehingga C$2,400 (RM7,480). Bayaran pampasan sehingga C$2,100 (RM6,550) dikenakan jika hilang bagasi penumpang.
Pada 15 Disember 2019 pula, langkah-langkah tambahan memerlukan syarikat penerbangan membayar penumpang sehingga C$1,000 (RM3,120) untuk kelewatan dan pembatalan penerbangan selain menyediakan makanan, minuman, penginapan dan membuat tempahan semula penerbangan menggunakan syarikat pesaing, jika perlu.
Syarikat juga perlu menempatkan kanak-kanak dekat ibu bapa tanpa caj tambahan dan menetapkan standard baru untuk prosedur pengangkutan peralatan muzik. Undang-undang ini terpakai kepada penerbangan keluar masuk dan juga di dalam Kanada.
Baru-baru ini tular mengenai kenyataan beberapa pelanggan AirAsia yang keliru dengan polisi baharu bagasi kabin syarikat tersebut sehingga menyusahkan urusan penerbangan mereka.
Sebaik-baiknya, sehari sebelum anda menggunakan apa jua penerbangan yang beroperasi ketika ini disarankan untuk memeriksa garis panduan dan syarat-sayarat yang ditetapkan setiap syarikat penerbangan. Ini sangat penting kerana ketika pandemik, garis panduan senantiasa ditukar, berubah dan diguna pakai mengikut keadaan dan situasi semasa. Untuk pengetahuan anda, Syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia telah pun mengeluarkan garis panduan baharu berkenaan jenis bagasi yang dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kabin. Polisi baharu itu dibuat selepas ruang storan bagasi di atas kepala penumpang juga tidak boleh digunakan ketika ini. Difahamkan, keputusan itu adalah bagi mengurangkan pergerakan dan amalan penjarakan sosial antara penumpang di dalam pesawat.
Menerusi artikel Polisi Penjarakan Sosial Bagasi Kabin hanya salah satu daripada tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan bagi setiap penumpang. Tiga jenis beg tersebut adalah beg komputer riba, beg tangan dan beg kecil.
Bagaimanapun, setiap penumpang hanya dibenarkan membawa sebuah bag. Ini tiga jenis bagasi kabin yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin AirAsia. Malah, beg yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kabin perlu memenuhi tiga syarat ini:
Tidak boleh melebihi 40cm (Ketinggian) x 30cm (Lebar) x 10cm (Panjang)
Tidak boleh melebihi berat 7kg
Boleh dimuatkan di bawah tempat duduk hadapan
Jika dahulu, para penumpang boleh meletakkan bagasi di ruang bagasi kabin, namun kini tidak lagi, hanya di bawah kerusi hadapan. Bagaimanapun, jika bagasi kabin penumpang tidak boleh dimuatkan di bawah tempat duduk di hadapan, para penumpang dibenarkan mendaftar masuk masuk secara percuma bagasi kabin dengan syarat bagasi tersebut tidak melebihi berat 7kg. Sekiranya berat beg tersebut lebih dari 7 kg, caj tambahan akan dikenakan untuk setiap kilogram berat lebihan tersebut.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...