Tidak jauh dari pusat Bandar Kuala Lumpur, sesiapa sahaja mampu melepaskan tekanan sambil menunggang All-Terrain Vehicle (ATV) yang menjanjikan pengalaman yang sangat berbeza. Persekitaran ekstrem, laluan berliku dan keindahan alam semuanya cukup mengujakan jika anda pertama kali memegang handle kenderaan ini.
Hutan Simpan Kemensah, Selangor terletak cuma 4.8 kilometer perjalanan di belakang Zoo Negara, Hulu Klang, di sini menjanjikan kepuasan buat penggemar sukan ekstrem. Penggemar sukan ekstrem makin menggalakkan berikutan pendedahan serta populariti aktiviti menunggang ATV di Malaysia. Aktiviti menunggang ATV yang dilakukan dalam hutan dianggap suatu bonus kerana memberi keseronokan tersendiri dengan trek laluan yang mengikut bentuk bumi semula jadi. Keunikan cabaran mengendalikan pengangkutan ini dalam hutan juga mendapat sambutan pelancong asing yang mahu meneroka hutan.
Bermulanya Penerokaan Laluan Berliku
Ramai yang tidak tahu ATV sebenarnya kenderaan lasak yang sememangnya dicipta untuk merentas laluan lasak (off road). Sejujurnya, menunggang ATV di dalam hutan dengan laluan berlumpur, berbukit dan curam menjanjikan keseronokan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Di sini menawarkan beberapa laluan trek merentas denai berliku, curam dan menghijau dalam hutan simpan negeri Selangor. Setiap trek menjanjikan cabaran berbeza, namun yang pasti, keadaan hutan dara itu masih kekal semula jadi demi memberikan kepuasan kepada pencinta alam.
Ads
Menjadi tanggungjawab semua peserta untuk mengekalkan ekosistem hutan ini sehinggakan tidak ada pokok yang akan dipotong malah laluan trek juga telah diberitahu disiapkan secara manual iaitu hanya menggunakan tangan. Paling menarik, apabila tiba di lokasi tertentu, penunggang harus membongkokkan badan kerana perlu melalui lorong kecil pokok buluh yang kita tidak boleh potong. Inilah antara cabaran yang bakal dihadapi selain menaiki atau menuruni bukit curam serta laluan berliku.
Tak Kenal Maka Tak Cinta!
Tiada sebab untuk merasa takut atau meragui kemampuan diri. Bagi yang pertama kali mengendalikan ATV anda akan diberi taklimat ringkas supaya tidak berasa bimbang dengan kaedah pengendalian dan cabaran sukan itu selain diberi tunjuk ajar, demonstrasi pemanduan dan bantuan teknikal oleh krew bertugas.
Ads
Ternyata, selepas dapat mengendalikan sendiri ATV, timbul rasa keseronokan dan rasa teruja dalam diri peserta biarpun pada mulanya, berasa sedikit takut kerana perlu berdepan dengan laluan berliku dan curam.
Penjaga di sini tidak akan berkompromi dari segi keselamatan kerana ia adalah keutamaan pusat reakreasi di sini. Oleh itu, selain pemantauan kakitangan, penunggang yang pertama kali mencuba sukan ini juga perlu menjalani latihan di trek percubaan. Tidak terkecuali, pemakaian topi keledar adalah wajib.
Ads
Mandi Air Terjun
Menyentuh mengenai kepuasan yang dijanjikan melalui pemanduan ATV, selain menyusuri trek hutan yang belum terusik, anda berpeluang bermandi manda di beberapa lokasi air terjun. Keseronokan bukan hanya di trek semata-mata malah peserta dapat menikmati kesejukan air terjun, yang terletak jauh dari tumpuan orang ramai.
Perjalanan keseluruhan mengambil masa sehingga tiga jam dengan menyusuri laluan paling ekstrem di Bukit Tabur dan Bukit Lalang. Inilah saatnya untuk menguji kemahiran sebenar mengendalikan ATV di mana perjalanan ini membawa anda menyusuri bukit curam, permukaan kasar, jejak sungai serta laluan berlumpur yang mana memberi satu pengalaman ekstrem sebenar.
Tip Memulakan Aktiviti Sukan ATV
Pakai baju kemeja serap peluh.
Gandingkan bersama seluar bermuda, denim atau seluar trek.
Gayakan kasut bot untuk mengharungi kawasan berliku dan mencabar.
Bawa pakaian tambahan untuk bermandi-manda.
Jangan lupa kamera digital untuk merakamkan foto kenangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tarikan utama Belitung terletak pada keindahan pulau dan laut.
Aktiviti menjejak pulau adalah satu daripada acara wajib sekiranya mengunjungi Belitung, yang terletak di Indonesia. Belitung atau Belitong dinamakan sempena sejenis siput laut, terletak di pantai timur Sumatera. Terletak di bawah provinsi Kepulauan Bangka Belitung, pulau ini terkenal dengan penanaman lada hitam dan perlombongan timah.
Penduduk tempatan terdiri daripada suku Melayu, keturunan Tionghua, Hokkien dan Hakka, kebanyakannya menetap di kawasan pesisir pantai dengan menjadikan sumber laut sebagai penjana ekonomi. Apa ada di Belitung?
Pulau Lengkuas
Di sebalik keindahan pantai putih dan laut biru, terletak sebuah rumah api yang mempunyai 18 tingkat dengan ketinggian 65 meter. Jika sampai ke Belitung, rumah api ini adalah mercu tandanya.
Set Pengambaran Laskar Pelangi
Terkenal dengan filem Laskar Pelangi yang mencetuskan fenomena pada 2008 adaptasi tulisan Andrea Hirata, Belitung memanfaatkan lokasi penggambaran menjadi lokasi pelancongan tempatan. Pengunjung berpeluang melihat replika sekolah SD Muhammadiyah, sambil ditemani alunan lagu tema nyanyian Nidji, Laskar Pelangi.
Pulau Kelayang
Dek kerana air yang jernih, perairan Pulau Kepayang menjadi pilihan bagi pengunjung untuk aktiviti snorkeling dan berenang. Terdapat sebuah kawasan kolam tersembunyi yang begitu mempersona iaitu Gua Kelayang. Di sini pengunjung dapat menyaksikan air laut kehijauan yang jernih hingga menampakkan keputihan pasir di dasarnya.
Dermaga Kirana
Dermaga Kirana dikenali sebagai Rumah Rotan atau Rumah Keong yang menjadi tarikan di daerah Belitung Timur ini. Istimewanya, reka bentuk Dermaga Kirana dibina berdekatan tasik mempunyai konsep separa sfera mencetuskan dimensi pemandangan luar biasa.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Egypt atau nama lainnya adalah Mesir sebuah negara yang dikatakan unik serta mempunyai sejarahnya tersendiri.
Jika berkesempatan untuk pergi travel, jangan lepaskan peluang untuk ke Egypt kerana banyak lokasi menarik menanti pengunjung.
Perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Zali Taiche yang berkesempatan berkunjung ke sana baru-baru ini menyenaraikan itinarary.
Trip ziarah Egypt.. Bak hikayat 100000001 Malam
Iternary Cairo – Pyramid.. Sphinx.. Mesjid Imam Shafie.. Salahudin al ayubi citidel.. Monument Sadat Husin.. Meseum egypt cairo.. Sg nile.. Mesjid sultan hassan, madrasah 4 mahzab, mesjid wali Allah sutan al Rafiq.. Mesjid husin, bazar husin.. – Banyak lagi tempat-tempat ziarah sekitarCcairo yg tak sempat pergi… Mesjid, maqam wali Allah Rabiatul Adawiyah, Zun Nun Al Misri..
Mesjid Ali Pasha
Mesjid, maqam imam Shafie.. Maqam tutup, buka ikut masa tertentu saja.
Alex – Library alex.. Al qaitby citydel..
Semenanjung Sinai – Terusan Suez..bekas kubu perang mesir israel 71..wadi nabi Musa.. Maqam nabi Harun, nabi Saleh..bukit patung sapi Samiri.. St Catherine national park.. Hikinng Mt sinai, Jabal Musa..
Matruh-Siwa – Pantai Cleoptra, Pantai Ajjaib.. Sunset siwa.. – Bukit Dukrah.. Berenang Tasik garam siwa.. – Souk Bazar Siwa.. Desert safari Siwa, sunset Siwa.. Oasis Siwa.. Kota ancient Siwa, Mountain of Death..
Alex.. Menghadap Mediterranean sea..
AlexMesjid Sultan HassanMaqam, Mesjid Aali Allah Sutan Al RafiqSouk bazar Siwa
Old city of Siwa…Ancient city, Siwa..
Amik package student Al Azhar…ikut tempat.. Student kat sini banyak buat package trip keliling Mesir, Europe, umrah dsb…especially time cuti semester..
Cost: – Ramai yang tanya post sebelum ni.. Sekali kan.. – Return flight Klia-Cairo- Klia – RM2,085 Trip Cairo- Alex – RM630 Trip Mt Sinai Matruh Siwa – RM1,100 (keta,guide,hotel..) Tiket-tiket gate – RM300 Makan minum – RM210 Souvenirs – RM300 Pcr test balik Malaysia – RM161 Vivox70..
Bekas kubu perang Mesir Israel 1971
Gate masuk Mt SinaiSalji turun kat peak Gunung Sinai
Pantai Ajjaib Matruh..Tasek garam Siwa.
#kamikakitravel
#roundtheworldtrip
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setiap kali cuti umum, kebanyakkan bandar-bandar besar di Malaysia akan dibanjiri oleh warga asing yang mengambil peluang untuk bersantai dan bertemu rakan senegara lain yang sama-sama mencari nafkah di sini.
Jika di Kuala Lumpur lokasi Jalan Silang dan Lebuh Pudu menjadi lokasi popular pertemuan rakyat Bangladesh berkumpul dan bertemu rakan senegara. Sehinggakan warga asing ini menggelar lokasi ini sebagai Bangla Market.Ya, sejak sekian lama memang kawasan itu sering menjadi lokasi pilihan warga asing untuk bersiar-siar.
Mungkin kerana faktor capaian perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah dan kedai-kedai sekitar yang menawarkan produk untuk berbelanja murah. Maka lokasi ini menjadi pilihan setelah mendengar khabar mulut ke mulut antara warga asing yang baru dan lama.
Bukan setakat warga Bangladesh, malah warga asing lain iaitu Nepal, Indonesia dan Vietnam turut kelihatan di kawasan ‘Bangla Market’ tersebut.
Apabila sebut Bangla Market, mereka sudah tahu dan akan berkumpul sebelum keluar secara berkumpulan untuk menghabiskan cuti umum pendek atau panjang. Ada juga sesetengah warga asing apabila ditanya lokasi ‘Jalan Silang’, mereka tidak tahu, namun jika sebut Bangla Market, pasti lokasi itu segera bermain dalam kotak ingatan.
Paling mengejutkan disekitar kawasan ini juga sudah mempunyai pelbagai premis kedai seakan-akan seperti di Bangladesh dengan pelbagai produk mereka dijual.
Walau bagaimanapun diharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih berkala di kawasan Jalan Silang ini, kerana dikatakan gejala ragut dan memeras ugut sering kali berlaku di sekitar ini melibatkan mangsa rakyat tempatan dan juga pelancong. Hal ini akan memberi imej buruk dan menjejaskan nama Kuala Lumpur sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...