Apa yang menarik di Jurassic Park of Sarawak? Ini adalah hidden gems di Bumi Kenyalang yang patut anda tahu.
Jurassic Park of Sarawak
Menurut perkongsian daripada Aziera Dianza, dia cukup seronok menikmati alam kehijauan di sini. Banyak port bergambar yang cantik tersembunyi di sini.
Salah satunya di Kampung Sting & Jurassic Park (Susung & Curtain Waterfall) di Bengoh Dam, Padawan.
Ini pemandangan mahal selepas mendaki, dari bandar Kuching ke Bengoh Dam, mengambil masa dalam 1 jam.
Di pintu masuk Bengoh Dam, perlu mendaftar dahulu tetapi pastikan anda telah membuat tempahan bot dan guide dengan penduduk kampung. Kalau nak pergi toilet pun dekat guard house.
Dari pagar masuk ke kawasan parking dalam 300m. Tiada istilah walk in untuk bot, semuanya perlu mendaftar awal.
Ads
Kemudian dari Bengoh Dam, anda kena naik bot dalam 20 minit. Permandangan cantik superb!
Di sini ada 3 waterfall:
Daen Waterfall (Udang) – tak ramai singgah
Pean (Curtain) Waterfall – boleh mandi
Susung Waterfall
Ads
Trekking adalah easy to moderate. Ada lebih kurang 7 jambatan gantung untuk dilalui. Jadi mana yang gayat, boleh cabar diri anda untuk cuba menyusuri jambatan ini.
Owh ya, pastikan memakai kasut yang sesuai dan grip. Perlu berhati-hati melalui jambatan gantung dan ketika melalui laluan batu yang berlumut.
Kampung Sting
Mempunyai lokasi air terjun yang begitu indah, Air Terjun Susung memberikan satu pengalaman menarik yang tidak boleh dilupakan kepada sesiapa yang mengunjunginya kerana pemandangan sekitarnya benar-benar unik dan tidak boleh dinafikan seperti berada di dalam Filem Jurassic Park.
Ads
Setelah penat hiking ke waterfall, balik semula ke jeti, untuk ke Kampung Sting.
Perjalanan bot dalam 5 minit sahaja. Naik ke sini extreme sikit sebab kena naik ke atas dalam 800 meter, jalan ke atas 45 darjah. 30 minit juga sampai ke atas.
Pastikan anda membawa bekal air yang mencukupi. Tetapi dekat jeti ke waterfall itu ada juga cafe untuk beli makanan dan minuman.
Alhamdulilah… rezeki dapat juga ke Bengoh Dam. Lama dah aim nk ke sini. Jadi kalau anda suka dengan aktiviti lasak dan alam semula jadi, boleh lah plan ke sini pula!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Aktiviti mendaki bukanlah kerana inginkan kepuasan semata-mata tetapi bertujuan mencabar kemampuan diri untuk berhadapan halangan alam sekitar terutama geografi dan cuaca. Selain itu, ia sebagai tanda kita manusia yang kerdil untuk memuji kebesaran Tuhan.
Jika Everest terkenal sebagai gunung tertinggi di dunia, Annapurna di Pokhara antara gunung paling bahaya. Ini adalah perkongsian dan catatan daripada saudara Khairul Hafiz yang berpeluang mendaki ke Annapurna Base Camp.
Ini tentang Nota Kembara abam membawa diri ke Annapurna Base Camp. Dalam siri Nota Kembara, Abam akan share kan pengalaman abam semoga boleh menjadi rujukan sesiapa yang berhajat nak ke ABC satu hari nanti perkara-perkara yang Do and Don’t, dan tidak ulang kesilapan yang abam tengah lakukan sekarang..
Pendakian hari ini, ada 2 aktiviti trekking:
6 Dec Jumaat
Berat rasaya nak bangun pagi tu. Alarm jam bunyi pada jam 4.45 pagi. Rasa malas nak keluar daripada sleeping bag. Keluar je dari sleeping bag tentu akan rasa sejuk. Tidur di guesthouse pada ketinggian 2800meter dari aras laut memang sejuk sekali. Tapi terpaksa tabahkan hati juga untuk bangun, gosok gigi dan amik wudhu dalam kesejukan. Suhu dalam 7 darjah celcius ketika tu. Kena paksa diri untuk bangun juga untuk summit attack seperti dirancang jam 5.30 pagi. Poon Hill berkedudukan 3210 meter, bermakna kami akan mendaki ketinggian kurang lebih 400 meter untuk ke puncak pada pagi itu. Waktu subuh 5.21 pagi, selesai solat subuh, bergegas tukar stoking dari stokin tidur untuk menyarung stokin hiking dan menyarung kasut.
Ingat tak pada Nota Kembara yang lepas, ada kawan abam kata, abam dah biasa ke tempat sejuk seperti di kawasan arctic di utara eropah di Lapland Sweden dan Norway atau pun Iceland, sepatutnya dah tak ada masalah sangat bila sampai di tempat sejuk, tapi abam tetap kata sejuk di gunung adalah lebih sejuk dari kawasan arctic di utara eropah, sebab apa? haa teruskan membaca.
Semasa di Lapland, suhu paling sejuk yang abam pernah sampai adalah pada -22 darjah celcius. Tapi cabaran sejuk di pergunungan ni adalah, kita perlu deal dengan limitation prasarana yang ada pada negara yang bukan kelas pertama ini. Kalau semasa di Norway, walaupun cuaca sejuk, tapi kalau kita berlari masuk ke dalam bangunan rumah atau pun kedai, kita dah boleh rasa lega, sebab dekat bangunan atau rumah tu mesti dah ada heater. Paling-paling pun lari dalam kereta, full blast heater, dalam 2 3 minit kita dah boleh rasa selesa. Kalau masa di bilik air pon mesti ada heater dan air panas dan kita akan selesa dalam segala ‘big and small business’ kita setiap hari.
Tapi, di kawasan pergunungan, semua guesthouse yang ada tiada kemudahan heater dan 100% bergantung kepada pakaian kita. Sebab tu adalah sangat crucial membawa pakaian yang seperti abam listkan dalam Nota Kembara Siri ke-3 abam. Waktu Sampai di guesthouse, dan persediaan untuk tidur bergantung kepada bagaimana kita urus antara pakaian yang kita guna semasa trekking, dan pakaian yang kita guna semasa di guesthouse atau ketika tidur. Semasa nak mandi juga, kita perlu sediakan dalam 200 Rupee untuk hot shower. Jika tidak, kenalah bertabah untuk mandi dengan sejuk yang macam air batu tu..
Semalam Sudip, guide kami pesan,
“bring whatever jacket you have, because the weather might be cold. When we start climb up, you may feel warm, then you can change to thinner jacket along the way..”
Abam pon ready lah dengan down jacket paling tebal, dengan glove wind proof dan segala kelengkapan yang ada untuk menghadapi keadaan paling sejuk.
Baru 15 minit mendaki, abam dah rasa rimas dan tak bermaya. Mungkin sebab semalam dinner awal jam 6 petang, pagi ni pukul 5.30 pagi dah start hiking, rasa lapar dan tenaga tak cukup. Akak Seri offer biskut Oreo, lepas makan sebiji dua, baru rasa bertenaga sikit untuk terus naik. Next time, better prepare food sikit sebelum summit attack. Sementara tu abam tukar jacket dari Down jacket yang paling tebal, ke jacket wind stopper, sebab abam tak rasa sejuk sangat dah, sebab masa mendaki semua badan dah generate haba dan start rasa panas. Tapi masa nak tukar tu, menahan juga la kesejukan masa buka down jacket untuk sarung wind stopper jacket.
Sepanjang perjalanan naik ke Poon Hill, dah boleh nampak cuaca hari ini sangat cantik. Alhamdulillah, bila sampai di puncak, kami disajikan view sunrise yang sangat cantik pada ketinggian 3210 meter. Turun dari Poon Hill, siap packing semua barang, dan bersarapan. Kemudian kami memulakan pendakian ke destinasi berikutnya iaitu ke Thdapani.
Trekking ke Thadapani hari ini tidaklah seteruk seperti hari semalam. Dari Ghorepani ketinggian 2800 meter, kami akan menurun ke ketinggian 2200 meter, yang mana trek kami lebih banyak menurun dan kami akan memasuki trek ke ABC. Sebelum ini, kami keluar daripda trek ke ABC sedikit kerana kami menuju ke Puncak Poon Hill dan itu menyebabkan tempoh pendakian menjadi 6 hari untuk sampai ke ABC. Jika trip terus ke ABC, pendakian boleh dilakukan dalam 4 hari sahaja.
Kami tiba di Thadapani atau lebih tepatnya di Chuile, kira-kira jam 4 petang. Seperti biasa, kami segera meminta hot shower, dalam 200 Rupee untuk bersiap membersih diri sebelum bersedia untuk makan malam.
Perjalanan esok, dari Thdapani kami akan bergerak ke Sinuwa, gambar human interest penduduk kampung antara yang terbaik sepanjang trekking abam akan kongsikan pada Nota Kembara seterusnya.
Salam Nota Kembara dari Banjaran Himalaya,
Khairul Hafiz @carrollapiez
Catatan Kembara di Chuile, Nepal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mahu atau tidak itulah yang terpaksa dilalui oleh ramai di antara kita terutamanya yang tinggal di beberapa buah negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergeraka sekali lagi.
Enam daerah di Selangor memulakan perintah tersebut hari ini manakala Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula berkuatkuasa bermula esok.
Maka berhari rayalah kita semua dalam PKP.
Seperti biasa dijangkakan ramai yang akan terkesan dari segi ekonomi. Antaranya warga industri pelancongan yang paling teruk terkesan. Jadi salah satu cara untuk membantu mereka selepas tamatnya PKP 3.0 ini adalah dengan melancong di dalam negeri atau negara.
Buat sementara ini, mungkin anda boleh mula menyimpan dan menabung untuk trip akan datang. Kita harus optimistik dan positif!
Nah ini caranya untuk semua simpan duit dengan cara yang betul tanpa membebankan. Kalau tak percaya, cuba 5 tips ini!
Memang ramai yang sudah berjaya simpan duit dengan cara ni. Admin pun salah seorang yang mempraktikkan teknik duit ganjil ni. Caranya, setiap kali ada duit yang berjumlah ganjil seperti RM1, RM5 atau RM20, asingkan siap-siap dalam tabung ataupun sampul dan jangan guna duit tu langsung.
Mula-mula tu memang susah sikit nak kawal perasaan untuk tidak menggunakan duit itu tapi lama kelamaan, akan terbiasa dengan sendiri. Anda akan mula rasa tak sampai hati nak guna duit tersebut kerana jika guna duit tu maka korang akan terlepas peluang untuk pergi melancong seperti rakan-rakan korang yang lain.
Duit kutu ni biasanya akan ada ‘geng’ yang bermain bersama-sama mengikut tujuan masing-masing. Lagi ramai, lagi seronok dan semangat nak main kutu sebab selain dapat beranakkan duit, anda juga dapat menyimpan.
Sistem duit kutu ni mengikut system undian bagi menentukan giliran siapa yang bakal menerima duit tersebut. Anda dah boleh rancang awal-awal untuk menggunakan duit kutu sebagai beli tiket penerbangan atau membayar duit hotel.
Dulu sewaktu kita masih kecil, sudah pasti ibu bapa kita selalu memberi galakkan kepada kita untuk menabung. Menabung jugak salah satu cara mudah untuk simpan duit tau. Tapi, korang kena pastikan tabung tu susah untuk dibuka.
Tapi, pastikan anda dah set target jumlah yang korang nak simpan seiring dengan tarikh pelancongan korang. Bila sampai masa yang sesuai, baru pecahkan tabung terebut dan hasil menabung tu boleh dijadikan modal untuk pergi melancong.
Teknik ni sangat berkesan kerana anda akan berasa segan untuk meminta duit simpanan anda jika bukan bertujuan untuk pergi melancong. Tiap-tiap bulan, asingkan sejumlah duit dan bagi pada individu yang dipercayai untuk simpan.
Tapi kebiasaannya, kalau bagi mak yang pegang duit, dah pasti korang semua kecut perut nak mintak duit tu. Mesti mak korang akan serang dengan macam-macam soalan. Sampai kelu lidah la nak menjawabnya. Haha!
Rasanya, ramai diantara korang yang dah tahu tentang kebaikan menyimpan dalam akaun ASB. Selain dapat menggandakan duit simpanan, menyimpan di ASB juga salah satu cara untuk korang menyimpan dengan selamat.
Korang akan mula rasa sangat rumit untuk menunggu di cawangan-cawangan ASB yang ada semata-mata mahu keluarkan duit. Selain tu, ASB juga memberikan dividen yang agak tinggi pada hujung tahun. Lagi banyak korang simpan, lagi banyaklah korang dapat!
Jadi, anda tidak perlu rasa rendah diri dan sedih lagi bila ternampak gambar-gambar kawan-kawan korang pergi bercuti! Sebabnya korang pun mampu apa pergi bercuti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau pergi Langkawi dan anda nak jimat bajet boleh ke beberapa tempat ini yang pastinya berikan pengalaman menarik dan gambar pun cantik!
Sesuai untuk nature lover dan untuk keluarga yang anak ramai nak bercuti dengan bajet jimat, here we go! Jom baca perkongsian Puan DD yang mana dia pergi bersama suami dan anak tersayang ke Langkawi…
Kami ambil private boat sebab ada anak kecil. Alang-alang kami pergi ramai, satu bot kecil boleh muat 8 orang. Yang pergi trip member member atau keluarga besar, boleh enjoy dengan pengalaman best ini! I booked kat Klook, RM266.75/8 = RM 33.40/pax.
I ambil yang 2 hours trip. Ada juga package snorkeling & private beach tetapi kami ambil yang paling short tour, sebab ada anak kecil. First, kami stop kat fish farm. Ada banyak ikan besar dan korang boleh bagi ikan makan. Nak pegang ikan pun boleh.
Kemudian eagle watching, lalu gorilla mountain, masuk crocodile cave & monkey area. Boleh masuk gua kelawar. Entrance RM2, bawak torchlight sesiap.
Last, view Kilim Geopark & Andaman Sea.
Nama sahaja gunung, tapi tak perlu hike pun. Naik kereta pun boleh sampai. View sunset lagi lawa actually tapi masing-masing nak sunset pantai, jadi kami naik sini time pagi. View awan kabus, sejuk atas tu, best!
Bertuah waktu kami pergi tak ada orang, betul rasa healing. Ada few coffee cafe dan restoran kat situ tetapi tak pack macam Pantai Cenang. Di sini more calm, quiet and boleh enjoy sea view dengan tenang. Ini baru real vitamin sea yang kita mahukan!
Harga asal RM40, but always check out their website sebab selalu buat promo. Macam haritu, kami dapat Matta Fair promo, RM20/pax & boleh beli on the spot online kat situ. Kalau Klook kena at least 24hours before.
Jimat separuh harga kat situ. Di sini boleh memancing buaya, treetopia dan ada tarikan
dinasour. Bawa kids, enjoy sangat.
Waktu kecil mak ayah dah pernah bawa ke sini. Sekarang kita dah jadi parents, kita pula bawa anak tempat tempat macam ni. Best! Ada jellyfish, starfish, otters, shark dan kat sini boleh tengok deme bagi ikan dan penguin makan. Ini antara tempat wajib memang kena bawa anak-anak.
Air terjun tertinggi kat Langkawi dan sesuai untuk riadah dengan keluarga. Boleh mandi kat sini, tetapi kami singgah tengok dan basah kaki sahaja. Ada tangga untuk ke sini, Smins
walks macam itu.
Bila malam, wajib lepak tengok pertunjukan api ni. Tak sure la hari-hari ada atau weekend sahaja tetapi sampai tengah malam.
Gallery ini tepi jalan dan cute ya entrance. Ada multiple studio space, mural walk, cafe and sometimes kat sini ada art exhibition, workshop and art talks. Oh! Kat sini ada cat shelter, buka setiap hari dari 11am-11pm.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam dan kepelbagaian budaya. Tapi ramai tak tahu, sebenarnya ada beberapa lokasi dalam negara yang boleh buat korang rasa...