Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang Kedua Dikurangkan RM8.50 kepada RM7

Share

Penurunan kadar tol untuk kategori kereta persendirian di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah daripada RM8.50 kepada RM7.00 dijangka dapat merancakkan pertumbuhan ekonomi kawasan berkenaan.

Kadar tol di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Sha untuk kereta persendirian telah diseragamkan dengan Jambatan Pulau Pinang bagi menggalakkan lebih ramai pengguna menggunakan jambatan kedua itu.

Langkah untuk merasionalisasi kadar tol jambatan kedua supaya dapat seimbangkan aliran trafik ketika waktu puncak, hujung minggu dan cuti perayaan. Ini kerana biasanya kalau kadar tol untuk jambatan kedua lebih tinggi daripada jambatan pertama, maka lebih ramai akan cenderung untuk guna jambatan pertama.

Penurunan itu, akan turut membawa manfaat sampingan iaitu membawa pertumbuhan ekonomi di kawasan Batu Maung dan Batu Kawan yang kadar pembangunan di kedua-dua kawasan itu masih rendah.

Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sepanjang 24 kilometer, yang mula beroperasi pada 1 Mac, 2014, merupakan antara jambatan terpanjang di Asia Tenggara, menghubungkan kawasan Batu Kawan di bahagian Seberang Prai dengan Batu Maung di bahagian pulau.

Sumber: Bernama

IKLAN