Berita

KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL Kembali Lagi, Banyak Betul Aktiviti Menarik!

Share

KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL kembali lagi, nampak gaya banyak aktiviti menarik di situ yang akan memukau para pengunjung yang datang nanti.

Sesekali nak juga sertai aktiviti luar macam ini, bukan? Okay, sekarang cuba fikir kejap, bila kali terakhir anda meluangkan hujung minggu dengan aktiviti yang berkonsepkan ‘nature vibes’?

Agak banyak trend aktiviti luar yang melibatkan camping, hiking, glamping dan healing. Jadi kalau rasa macam sudah lama tak enjoy dengan aktiviti luar macam ini, Libur cadangkan anda ke Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) yang akan bermula 16 hingga 18 Jun ini di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak.

Nah, jemput jamu mata dulu dengan aktiviti yang ada di sana nanti!

KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL Kembali Lagi, Banyak Betul Aktiviti Menarik!

 

Peserta Boleh Bertukar Pengalaman Melalui Aktiviti

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, “Penganjuran ODF 2023 dilihat sebagai medium dan platform penyatuan pelbagai aspek kehidupan rakyat Malaysia.

Antaranya gaya hidup sihat, aktiviti fizikal, lasak serta ekstrem yang menyantuni setiap lapisan umur masyarakat, dan juga kombinasi gabungan komuniti yang turut menyambung kepada pembangunan ekonomi setempat.”

Tukar Pengalaman Melalui Cerita

Bertemakan ‘Unplug & Reconnect’, LOCCO selaku penganjur festival mengajak peserta ODF 2023 untuk bersantai sambil mengambil peluang bertukar pengalaman dan cerita melalui pelbagai aktiviti luar yang telah dirancang.

Festival ODF23 anjuran bersama LOCCO dengan kerjasama Majlis Daerah Lenggong (MDL) akan menyaksikan peminat aktiviti luar dari dalam dan luar negara berkumpul, meraikan kepelbagaian minat, dan berkongsi idea menerusi pelbagai pengisian seperti sesi forum, bengkel, penerokaan, dan persembahan muzik.

Antara aktiviti yang telah dirancang termasuklah aktiviti perkhemahan, Stand Up Paddling, berkayak, Bridge Rappelling dan memanah.

Aktiviti merentas desa turut diteruskan tahun ini selain beberapa aktiviti baharu yang diperkenalkan seperti ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing.

Malah ada beberapa bengkel dijalankan seperti handmade paracord, ultralite hiking, rope & climbing, pembuatan sabun organik serta bengkel keselamatan dalam air.

Selain itu, bagi merancakkan perjalanan ODF23, sesi perkongsian dan forum turut disenaraikan termasuklah Cerita Kedai Kopi, Sembang Bawah Fly, kesedaran komuniti dan klinik kayuhan basikal. Best, bukan?

Owh ya, peserta juga akan disajikan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh kumpulan band muzik gig dan tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan ramai lagi. Memang layan habis lah anak-anak muda nanti, sesekali dapat healing bersama geng!

Kahf Selaku Penaja Utama

Lebih menarik, penganjuran tahun ini turut dijenamakan sebagai “KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL 2023”’ selepas menerima penyertaan Kahf selaku penaja utama.

Kalau nak tahu, Kahf sebenarnyna merujuk kepada jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dari Indonesia yang menawarkan rangkaian produk seperti pencuci muka, minyak wangi, dan pelindung matahari.

Agung Andrian, Ketua Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Paragon berkata, “Kami berada dalam misi untuk mempromosikan pengalaman dandanan yang terbaik, semula jadi, lembut, halal dan thayyib untuk meningkatkan nilai kehidupan lelaki.”

Penyertaan Kahf sebagai penaja utama adalah sebagai usaha untuk mendekati pengguna Kahf selain memperkenalkan rangkaian produk Kahf melalui aktiviti kegiatan luar dan gaya hidup aktif masa kini.

Komuniti Dan Tajaan Yang Terlibat

Menyasarkan lebih 1500 penyertaan, ODF23 didukung lebih 35 kumpulan komuniti dan turut dimeriahkan dengan tajaan oleh ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals serta disokong oleh rakan strategik termasuklah RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, KKTM Lenggong, Decathlon dan Nomadism.

Jangan lepaskan peluang kalau rasa nak sertai KAHF LENGGONG OUTDOOR FESTIVAL, jualan tiket pun masih dibuka. Untuk peminat aktiviti luar yang ingin menyertai ODF23, boleh membuat pembelian tiket di laman sesawang www.outdoorfest.my.

IKLAN