Kalau ke Kluang Singgah Cattle Queen Park, Port Lepak Santai Dengan Family. Anak Confirm Seronok!

Share

Cuti sekolah tak lama lagi, mesti ada yang tercari-cari mana destinasi nak bawa keluarga bercuti. Paling penting anak-anak happy.

Kalau ke Selatan tanah air dan singgah di Kluang, Johor, jangan lupa untuk melawat ke Cattle Queen Park di sana. Bolehlah anak-anak kenal dan bermain dengan haiwan ruminan.

Merupakan taman Agropelancongan dan tempat lepak santai bersama seisi keluarga, di Kluang, Johor. Taman ini di iktiraf sebagai Taman Ruminan Pertama Malaysia oleh Malaysia Book Of Record.

Dekat sini ada pelbagai aktiviti yang korang boleh buat, antaranya :

  • Berintraksi dengan Haiwan
  • Beri makan Haiwan
  • Berselfie sakan
  • Kenali Tanaman Herba
  • Menunggang kuda

Selain tu ada pelbagai kemudahan dekat sini seperti surau, tempat letak kenderaan yang luas, cafe dan juga tandas.

Promosi tiket masuk RM10 seorang sahaja . [ Dewasa dan KanakΒ²]

CATTLEQUEENPARK

Batu 14 Jalan Mersing, Kluang

Johor [Depan PLKN]

Waktu Operasi

Masa ; 9.00 pagi- 5.00 petang

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π—¦π—” 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣

Β 

Kredit: FB Cattle Queen Park

IKLAN