Cuti sekolah tak lama lagi, mesti ada yang tercari-cari mana destinasi nak bawa keluarga bercuti. Paling penting anak-anak happy.
Kalau ke Selatan tanah air dan singgah di Kluang, Johor, jangan lupa untuk melawat ke Cattle Queen Park di sana. Bolehlah anak-anak kenal dan bermain dengan haiwan ruminan.
Merupakan taman Agropelancongan dan tempat lepak santai bersama seisi keluarga, di Kluang, Johor. Taman ini di iktiraf sebagai Taman Ruminan Pertama Malaysia oleh Malaysia Book Of Record.
Dekat sini ada pelbagai aktiviti yang korang boleh buat, antaranya :
Berintraksi dengan Haiwan
Beri makan Haiwan
Berselfie sakan
Kenali Tanaman Herba
Menunggang kuda
Ads
Selain tu ada pelbagai kemudahan dekat sini seperti surau, tempat letak kenderaan yang luas, cafe dan juga tandas.
Promosi tiket masuk RM10 seorang sahaja . [ Dewasa dan Kanak²]
Tular sepucuk surat daripada seorang kanak-kanak meluahkan rasa ketidakpuasan dihalau dari berada di saf pertama ketika menunaikan solat di sebuah surau. Surat terbabit turut mendapat reaksi Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan yang memuji tindakan kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak bernama Nadzrul Zarfan Sharul Azly itu berani meluahkan isi hatinya kepada pengerusi surau dah ahli jawatankuasa (AJK), namun tidak dinyatakan lokasinya. Sementara itu, menerusi Twitter @nazira_rahim, mengesahkan surat itu adalah milik anaknya, namun ia ditulis pada 2017 dan kembali tular. Surat ini telah diserahkan kepada pihak masjid yang berkenaan pada 2017 dan selepas kejadian itu, dia tidak lagi dihalau untuk solat di saf belakang.
Seperti di surau atau masjid-masjid di dunia, ramai jemaah tidak kira yang dewasa mahupun kanak-kanak berebut-rebut untuk mendapat tempat di saf paling hadapan ketika solat berjemaah. Oleh itu, jika hak kita untuk beribadat tidak dipedulikan ia boleh memberi tekanan kepada emosi kerana solat sepatutnya adalah hak semua manusia tanpa mengira pangkat atau usia.
Begitu juga di tempat paling suci umat Islam iaitu di Mekah, jemaah berebut-rebut untuk menunaikan solat di saf paling depan berhadapan dengan Kaabah.
Ini ada tip dan cara diberikan oleh jemaah Malaysia yang berpeluang mendapat tempat di saf paling hadapan di depan Kaabah.
Baca perkongsiaan ini:
Sempena hari jumaat yang sangat mulia ini. Saya nak kongsikan tip dan pengalaman abang long saya dapat peluang solat di Saf Pertama depan Ka'abah. Kami wanita memang tak dibenarkan solat di kawasan hadapan. Demi menjaga aurat dan pergaulan. Khalas. Bahagian wanita masih boleh nampak kaabah dengan jelas juga. Jangan risau.
Ok ini tip dari abang long :
1. Masuk masjid 1 jam sebelum waktu solat. Paling lewat 45 minit sebelum. Jika tidak kawasan dalam dah pack.
2. Sepanjang 1 jam di dalam kawasan tawaf, lakukan tawaf sunat dan doa banyak-banyak agar direzeki kan solat di saf pertama. Insha Allah. Allah maha baik.
3. Sepanjang tawaf (ini penting), sebaik saja adzan berkumandang sedikit demi sedikit kecilkan diameter tawaf dan mendekat kepada kaaabah. (Allah rindu nya saya nak sentuh kaabah).
4. Apabila telah dapat spot di depan kaabah berikan kerjasama kepada petugas/tentera di sana. Biasanya mereka tak akan pilih bangsa. Semua bangsa/warganegara berpeluang.
Alhamdulillah dengan tips ini, dekat 5 kali abang saya berpeluang solat saf pertama. Jika tak dapat saf pertama, dapat saf kedua dan ketiga. Masha Allah, cemburu sangat pada kaum adam ni kan.
Walaubagaimanapun, hati kena kental, tahan tolakan dari saudara kita yang fizikal nya lebih besar. Biasalah bila dah ramai-ramai kan. Mereka tak sengaja dan tak nampak kita yang agak kecil ni.
Last : Jangan ambil gambar atau cuba nak selfie dengan imam besar Masjidil Haram. Mereka di kawal ketat oleh tentera di sana demi keselamatan imam-imam ini. Hormati tugas mereka.
p/s: Kalian pelik tak? tengok tapak tangan haji sebelah abang long ina tu? Macam luka kan? Hurmm.
: Best solat saf pertama. Abang long pernah dapat minyak wangi, air botol zam zam design khas untuk jemaah saf pertama. Di muliakan begitu sekali. Siap ada carpet tebal wangi di hadapan sana.
Sekian, semoga perkongsian ini dapat memberikan tips kepada kalian yang akan menunaikan umrah pada masa akan datang dan teringin solat di saf pertama. Aaminn.
Taman tema Air Penang adalah antara destinasi pelancongan popular yang menjadi pilihan ramai untuk staycation pada hujung minggu.
Selain terkenal dengan makanan yang enak, lokasi OOTDnya memang gempak dan kawasan lautnya juga mempesona. Sebab itu lah ramai suka datang ke Pulau Pinang.
Mengambil peluang itu, beberapa pengusaha hotel dan rekreasi menawarkan keunikan taman tema air di dalam premis! Ya, benar, taman tema indoor, mudah kata.
Lagi best, ibu bapa sudah tak perlu nak keluar berjalan selepas check in kerana semua kemudahan buatkan si kecil tak duduk diam. Namun, jangan biarkan ya, kena awasi juga.
Kolam renang juga ada. Biasalah kita kalau bercuti, kolam renang mesti yang paling dicari.
Hal makanan tak perlu risau kerana kebanyakan tempat sudah tersedia ruang khas untuk anda menikmati pelbagai jenis sajian.
Berikut antara pilihan yang boleh dipertimbangkan jika kalian merancang untuk bercuti ke Pulau Pinang:
Alamat: No 3079, Jalan Laguna 1, Kampung Jawa, Perai, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Grand Orient Hotel
Instagram: @grandorient_hotel
Alamat: Jalan Batu Ferringhi, Kampung Tanjung Huma, Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Shangri-La Golden Sands, Penang
Instagram: @goldensandsresort
Alamat: 260, Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: The Lost Paradise Resort
Instagram: @thelostparadiseresort
Alamat: PMT 2200, Persiaran Bertam 8, Kepala Batas, Pulau Pinang
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Bertam Resort, Penang
Instagram: @bertamresortpenang_
Jadi, apa tunggu lagi? Kalau plan nak bercuti singkat di sana, cepat rancang perjalanan. Paling penting, booking bilik awal untuk dapatkan harga lebih berbaloi.
Sekarang mudah kerana banyak pilihan platform online untuk buat tempahan di destinasi yang diimpikan.
Okey! Selamat berhujung minggu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Di kalangan pendaki tegar di Malaysia, mesti kenal dengan nama Aznal Bakesh Ahmad Nazari atau lebih mesra dengan panggilan Pak Nal. Pak Nal ni salah seorang gogo yang ternama juga di Malaysia tetapi pada zahir siapa yang berjumpa dengan beliau, humble sahaja orangnya.
Sebagai seorang gogo, memang menjadi periuk nasi mereka untuk membawa pendaki tidak kira dari dalam mahupun luar negara untuk mendaki gunung. Tak kisah di Malaysia ataupun gunung-gunung di negara luar.
Bagi siapa yang tak tahu, gogo ni merupakan satu istilah atau jargon dikalangan pendaki yang membawa maksud seseorang yang organize sesuatu trip terutamanya mendaki.
Gogo ni akan bertanggungjawab terhadap semua perkara bermula dari tarikh trip, route pendakian, kelengkapan, penginapan, makanan, keanggotaan trip, kesihatan dan keselamatan peserta dan sebagainya. Makna kata, gogo ni yang akan in-charge segalanya berkenaan trip tersebut. Peserta ni macam client, hanya sediakan wang secukupnya dan upah pada gogo untuk selesaikan segalanya.
Sejak beberapa ketika kebelakangan ini, terjadi satu trend di mana ada gogo dari luar negara mula mengganggu market dalam Malaysia. Mereka mula masuk ke pasaran Malaysia secara terbuka dan menawarkan harga yang cukup murah dan kadang-kadang harga tersebut tidak masuk akal.
Perkara ini yang menimbulkan kemarahan Pak Nal serta rakan-rakan yang lain. Dalam posting Facebook Pak Nal, beliau mempersoalkan, pernah ke gogo Malaysia menawarkan trip di dalam page atau group pendaki negara luar?
Malah, Pak Nal turut mempersoalkan bahawa gogo dan pendaki kita yang selalu terhegeh-hegeh untuk pergi mendaki di negara luar dan tiada siapa pendaki luar negara yang sudi untuk bertandang ke gunung Malaysia.
Libur sempat untuk berhubung dengan Pak Nal untuk bertanya tentang perkara ini. Perbualan melalui whatsapp bersama Pak Nal menjelaskan bahawa promosi gogo dari luar negara ini menjejaskan sumber pendapatan mereka sebagai gogo tempatan.
Tambah Pak Nal, antara penyebab lain yang menyumbang kepada kebejatan pasaran mendaki di Malaysia adalah gogo tempatan masih belum bersedia untuk bersaing dengan gogo dari luar negara, tidak kira daripada segi promosi mahupun servis yang cemerlang.
Servis yang dihasilkan oleh kebanyakkan gogo dari Malaysia masih berada di tahap yang ‘biasa-biasa’. Yang betul mampu menyediakan servis terbaik kepada pendaki boleh dibilang dengan jari. Ini berbeza dengan keadaan yang berlaku di kalangan gogo dari negara luar.
Libur masih teringat perbualan bersama sahabat-sahabat mendaki yang lain apabila pergi mendaki di Indonesia, waktu sarapan pagi di atas gunung, gogo Indonesia siap tatang pinggan sarapan ke depan muka pintu khemah kita! Kalau nak keluar khemah tu siap nak pasangkan kasut ke kaki kita, layan kita macam raja!
Ada ke gogo Malaysia yang sanggup buat hingga ke tahap itu?
Jadi melalui keresahan yang ditonjolkan Pak Nal, ada dua pengajaran yang kita boleh dapat daripada otai ini. Pertama, kalau kita tak jaga pasaran negara kita sendiri, orang luar dengan mudah potong periuk nasi kita. Yang kedua, kalau kita tak tingkatkan promosi dan mutu kualiti servis kita kepada pelanggan, nescaya industri pendakian dalam negara kita sendiri akan berada di takuk yang sama, tiada perubahan. Macam mana pelancong nak datang, kan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...