Setiap kali cuti umum, kebanyakkan bandar-bandar besar di Malaysia akan dibanjiri oleh warga asing yang mengambil peluang untuk bersantai dan bertemu rakan senegara lain yang sama-sama mencari nafkah di sini.
Jika di Kuala Lumpur lokasi Jalan Silang dan Lebuh Pudu menjadi lokasi popular pertemuan rakyat Bangladesh berkumpul dan bertemu rakan senegara. Sehinggakan warga asing ini menggelar lokasi ini sebagai Bangla Market.Ya, sejak sekian lama memang kawasan itu sering menjadi lokasi pilihan warga asing untuk bersiar-siar.
Mungkin kerana faktor capaian perkhidmatan pengangkutan awam yang mudah dan kedai-kedai sekitar yang menawarkan produk untuk berbelanja murah. Maka lokasi ini menjadi pilihan setelah mendengar khabar mulut ke mulut antara warga asing yang baru dan lama.
Ads
Bukan setakat warga Bangladesh, malah warga asing lain iaitu Nepal, Indonesia dan Vietnam turut kelihatan di kawasan ‘Bangla Market’ tersebut.
Ads
Apabila sebut Bangla Market, mereka sudah tahu dan akan berkumpul sebelum keluar secara berkumpulan untuk menghabiskan cuti umum pendek atau panjang. Ada juga sesetengah warga asing apabila ditanya lokasi ‘Jalan Silang’, mereka tidak tahu, namun jika sebut Bangla Market, pasti lokasi itu segera bermain dalam kotak ingatan.
Ads
Paling mengejutkan disekitar kawasan ini juga sudah mempunyai pelbagai premis kedai seakan-akan seperti di Bangladesh dengan pelbagai produk mereka dijual.
Walau bagaimanapun diharap pihak berkuasa membuat pemantauan lebih berkala di kawasan Jalan Silang ini, kerana dikatakan gejala ragut dan memeras ugut sering kali berlaku di sekitar ini melibatkan mangsa rakyat tempatan dan juga pelancong. Hal ini akan memberi imej buruk dan menjejaskan nama Kuala Lumpur sendiri.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Nak merasa pulau tercantik di Johor, anda boleh lah pilih salah satu daripada sembilan dalam senarai ini. Semua nampak indah dan menarik!
Asyik hadap kota raya yang sibuk saja, sesekali elok bawa diri tenangkan fikiran melihat air laut biru. Jom tengok antara pulau best di Johor.
Pulau Tercantik Di Johor
1. Pulau Tinggi
Pulau Tinggi merupakan tempat penyu menetas dan ini membuatkan ia lebih menarik. Disarankan datang ke sini pada bulan Mei hingga September.
Selain melakukan aktiviti seperti snorkeling, berkelah dan aktiviti pantai, anda juga boleh mendaki dan melawati pulau-pulau di kawasan sekitar.
Lebih menarik lagi, pulau ini menyediakan tapak perkhemahan untuk untuk anda gunakan. Memang puas hati dan berbaloi-baloi!
2. Pulau Tengah
Pulau Tengah mempunyai kira-kira 10 pantai yang indah, tenang dan terpencil. Pelancong perlu sampai ke pelabuhan Mersing untuk ke pulau Tengah.
Ia terletak kira-kira 9 batu nautika atau 16 km dari pelabuhan ini. Merentasi perairan biru yang luas selama kira-kira 20 minit, pulau ini sudah tentunya destinasi terbaik untuk bercuti.
3. Pulau Besar
Pulau Besar atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan antara tempat popular yang selamat untuk dikunjungi.
Keindahan pulau yang kaya dengan terumbu karang dapat dilihat dari pemukaan air kerana jernih dan bersih. Pelbagai aktiviti berasaskan air boleh dilakukan di sini untuk memenuhi masa anda.
4. Pulau Dayang
Pulau Dayang merupakan antara pulau di Johor yang popular dan menjadi tarikan pelancong. Sekiranya anda inginkan ketenangan semasa bercuti, pulau ini adalah pilihan terbaik.
Pulau ini menjadi tarikan dalam kalangan penyelam kerana merupakan lokasi ikan yu, ikan paus dan pari. Pulau Dayang juga menyediakan kursus sekiranya anda ingin belajar menyelam tetapi disediakan pada bulan Februari hingga November.
Aktiviti air seperti snorkeling dan lain-lain juga tersedia dengan keindahan yang sangat menakjubkan.
5. Pulau Rawa
Seterusnya, pulau di Johor sering dikunjungi adalah Pulau Rawa. Keindahan pasir berwarna putih dan air kebiruan sudah pastinya menjadi tarikan orang ramai.
Sekiranya ingin melihat kehidupan di dasar laut, pulau ini adalah pilihan tepat. Anda juga boleh melakukan aktiviti seperti trekking dan perlu mendaki 270 anak tangga sehinhgga ke puncak.
6. Pulau Harimau
Walaupun nama pulau sedikit menakutkan namun keindahan di sini sangat memukai. Airnya yang jernih menjadikan pulau ini menjadi tempat persinggahan para penyelam.
Antara tarikan di Pulau Harimau ini adalah kolam semula jadi dikelilingi oleh ukiran batu cantik. Layan view sambil tengok sunset memang puas hati.
7. Pulau Sibu
Pulau Sibu merupakan gabungan beberapa pulau lain iaitu Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kukus dan Pulau Sibu Hujung.
Air di pulau ini berwarna biru kehijauan dan hidupan laut juga menarik perhatian pencinta laut. Pelbagai aktiviti seperti snorkeling, paya bakau, selam skuba dan mendaki hutan.
8. Pulau Aur
Pulau Aur antara pulau di Johor yang menarik minat pelancong. Hal ini kerana keindahan warna air, kolam semula jadi dan lain-lain.
Pelbagai hidupan laut boleh dijumpai di sini dan dinasihatkan agar tidak datang pada bulan November sehingga Mac kerana cuaca tidak sesuai untuk melakukan aktiviti berasaskan air.
9. Pulau Mensirip
Pulau Mensirip terletak di Mersing, Johor dan merupakan pulau persendirian. Pulau ini telah dianugerahkan dengan status Taman Laut.
Haaa… indah pemandangannya, bukan? Anda yang duduk luar dari negeri ini pun patut datang untuk healing bersama keluarga.
Terengganu akan memperkenalkan pasar terapung sebagai suatu lagi produk yang menambahkan keunikan bandar raya ini sebagai tarikan terbaharu terutama kepada pelancong luar. Kuala Nerus ‘Floating Market’ akan menjadi destinasi tarikan yang pertama pasar terapung di negeri Terengganu.
Walaupun masih dalam peringkat cadangan namun lokasi di Seberang Takir adalah lokasi paling strategik untuk tujuan tersebut. Ini kerana, Seberang Takir mempunyai panorama yang agak indah untuk dilakukan aktiviti sebegini. Ditambah dengan kawasan yang berlatarkan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang perlu dimanfaatkan.
Usaha yang dijangka menarik lebih ramai pelancong itu turut melibatkan perkhidmatan bot penambang sekali gus mampu mentransformasikan pengangkutan tradisi yang telah berusia lebih 60 tahun itu.
Penduduk tempatan negeri ini juga bakal menikmati suasana seperti berada di pasar terapung yang boleh didapati di Kampung Pulau Suri di Kelantan dan seperti pasar terapung Klong Hae di Hatyai.
Bagaimanapun, konsep pasar terapung Seberang Takir mungkin menampilkan sedikit kelainan daripada pasar terapung biasa dan ia masih belum diputuskan jawatankuasa terbabit.
Harap-harap cadangan ini cepatlah menjadi kenyataan. Zaman sekarang, apabila ada sesuatu destinasi yang menjadi tular pasti ramai akan datang ke lokasi tersebut.
Pulau Tioman memiliki pasir pantainya yang memutih dan halus, air laut berwarna hijau kebiruan, hidupan marin serta hutan paya bakau menjadi tarikan utama pelancong untuk bersantai dan menenangkan fikiran serta membebaskan diri daripada tekanan.
Di Pulau Tioman terdapat lima kampung utamanya iaitu Kampung Tekek, Kampung Salang, Kampung Air Batang, Kampung Genting dan Kampung Juara, satu-satunya kampung yang menghadap laut lepas. Anda boleh memilih destinasi pilihan sepanjang bercuti di pulau itu.
Bercirikan panorama semula jadinya, banyak aktiviti berkumpulan boleh dilakukan di pulau itu terutama aktiviti air seperti snorkeling dan selam skuba selain pendakian ke Gunung terdekat atau merentas hutan ke kawasan air terjun.
Tiada kenalan untuk bercuti bersama ke Pulau Tioman? Tidak perlu risau, siapkan sahaja diri anda dan terus mencipta memori secara solo di Pulau Tioman yang pernah dinobatkan antara 10 pulau tercantik dunia.
Ini perkongsian Mohd Azuan Ariffin solo traveller cuti-cuti Malaysia Ke Pulau Tioman!
Kebanyakkan pelancong yang dah ke Tioman biasanya akan memilih utk menginap di sekitar Tekek, Paya atau Salang. As for me yg sukakan kelainan & adventure, saya memilih utk menginap di Kampung Juara yang terletak di bahagian timur Pulau Tioman.
Sangat berbaloi & menarik. Sesuai sangat utk yg nak restkan minda & me time session. Cuma agak mencabar sedikit sblum sampai resort sbb kena naik 4wd (RM30 sehala/per person).
Sedikit Info:
Penginapan : 1511 Coconut Grove & The Barat Tioman Beach Resort (kedua-duanya terletak bersebelahan) hnya 30 meter jalan kaki ke pantai.
Rate room mngikut type & bajet sendiri (saya booking direct drpd website resort memandangkan ada promo slpas compare price dgn booking.com & agoda)
Sewa Motor (RM30/per hour) Pusing² Kg Juara + Minum Abc + Photography session
Sun Tanning session
layan live band @ 1511 Coconut Hroove
Free n easy
.
.
Aktiviti Lain Yg Boleh Dibuat:
Snorkeling 4 checkpoint
Scuba Diving
Best lepak kat Kampung Juara ni sebab tak sibuk. Tenang je. Bukak pintu & tgkap bilik terus nampak pantai. Dah macam private beach. Pantai di Kg Juara ni adalah sepanjang 2KM (terpanjang di Pulau Tioman) & org-org di Kg ni semuanya friendly & murah dgn senyuman.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...