Sudah menjadi ‘trend’ hari ini, ramai yang ingin melancong tetapi tidak mahu bekerja untuk dapatkan dana atau duit belanja untuk tujuan itu. Jika hidup anda memang diperlukan untuk melancong dan menerima bayaran tertentu, maka ia tidak menjadi masalah. Tetapi kini ramai yang mengambil kesempatan untuk melancong dengan cara meminta derma atas tujuan tertentu yang kemungkinan tidak wujud pun.
Di Malaysia sendiri, ramai pelancong asing mengambil kesempatan meminta derma dengan duduk di kaki lima semata-mata untuk dapatkan wang perbelanjaan meneruskan percutian ke negara seterusnya. Sedangkan orang lain perlu bekerja dan mengumpul duit wang saku semata-mata untuk bercuti ke negara idaman mereka.
Ini yang berlaku di Jerman, apabila sepasang suami isteri dikritik selepas tular kerana meminta orang ramai membiayai percutian mereka yang dianggarkan berharga €10,108 (RM47,165). Pasangan ini meminta orang ramai untuk membiayai pengembaraan berbasikal dari Jerman ke Afrika bagi meningkatkan kesedaran orang awam tentang penyakit mental.
A post shared by CAT AND ELENA (@another_beautiful_day_official) on
Namun, tidak dapat dipastikan apakah relevannya menyalurkan sumbangan untuk misi kesihatan mental dengan kegemaran mereka yang sememangnya suka melancong.
Bercakap tentang motif pengembaraan berbasikal itu, seorang pengguna laman sosial telah meninggalkan komen dan disokong ramai wargamaya.
‘Saya menyukai kamu berdua dan mengikuti laman Instagram kamu tetapi saya tidak faham bagaimana misi berbasikal anda boleh membantu mereka yang menghidap masalah mental, sama seperti yang saya alami.’
Pasangan suami isteri itu menubuhkan sebuah tabung derma awam di laman GoFundMe dan memberitahu, usaha untuk mendapatkan pekerjaan bukan pilihan buat mereka kerana tidak banyak bidang yang layak diceburi.
A post shared by CAT AND ELENA (@another_beautiful_day_official) on
Catalin Onc dan isterinya, Elena Engelhardt berumur 20an, tinggal di rumah ibu lelaki tersebut. Ibu Catalin dikatakan terpaksa melakukan dua pekerjaan untuk menanggung anak dan menantunya.
Bercakap di laman sosial pasangan ini, Catalin mengaku ibunya melakukan beberapa pekerja untuk menyara mereka dan itu mengundang ‘jelikan’ netizen. Kedua-dua pasangan suami isteri muda ini mempunyai aktiviti kegemaran yang memerlukan perbelanjaan wang yang besar, namum mereka tidak mahu bekerja.
‘Pada ketika ini, ibu saya membiayai kehidupan kami. Dia melakukan dua pekerjaan dan tidak memiliki wang simpanan yang banyak untuk diri sendiri. Kami tidak meminta wangnya tetapi dia gembira kerana dapat membantu kami,’ kata Catalin.
A post shared by CAT AND ELENA (@another_beautiful_day_official) on
Catalin dan Elena berkata, mereka sebenarnya boleh hidup mewah dengan menjadi model tetapi menolak berbuat demikian kerana tidak menyokong fahaman konsumerisme.
Sebaliknya, kedua-duanya meminta 34,000 pengikut laman Instagram mereka supaya menyalurkan derma bagi membiayai pengembaraan tersebut. Setakat ini, pasangan itu telah mengumpulkan sebanyak €202 (RM943).
The Gemalai Village terkenal di kalangan pelancong yang ingin merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah kampung atas bendang.
Kalau nak tahu, lokasi bercuti ini merupakan chalet berkonsepkan ala kampung yang mempunyai keunikan seni bina tradisional dengan keselesaan dan kemudahan moden.
The Gemalai Village menawarkan dua jenis penginapan kepada tetamunya iaitu :
1) DANGAU – Single Chalet
2) TERATAK – Chalet Bertingkat
Keseluruhan chalet di The Gemalai Village berjumlah 3 Dangau dan 3 Teratak serta kesemuanya dikelilingi kehijauan alam semula jadi dan keunikan pemandangannya adalah bergantung mengikut musim.
Setiap penginapan direka dengan gaya tempatan yang memberikan pengalaman autentik desa kepada para tetamu.
Meskipun begitu, anda tidak perlu risau kerana segala kemudahan seperti penghawa dingin, tv, cerek, peti ais, seterika, iron board, pemanas air serta kelengkapan mandi semua lengkap tersedia buat tetamu.
Lebih menarik, di dalam almari ada beberapa pasang kain batik dan juga baju kurung Kedah turut tersedia khas buat tetamu menggayakannya sebagai ‘outfit of the day’ (OOTD) untuk bergambar Instagrammable di spot-spot cantik di The Gemalai Village.
Bukan itu sahaja, anda boleh melihat malah pemandangan kerbau yang ada di sekitar situ. Teratak juga ada disediakan port lepak di bahagian bawah untuk anda menjamu selera atau sekadar nak duduk-duduk santai sambil menikmati pemandangan indah sekeliling.
Kemudian boleh layan pemandangan kapal terbang silih berganti melalui ruang udara The Gemalai Village, disebabkan lokasi penginapan tersebut sangat dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Penginapan di The Gemalai Village ini biasanya akan dapat sekali dengan pakej sarapan. Jadi merasalah anda bersarapan ala kampung sambil menikmati pemandangan desa yang pastinya menggamit memori zaman kanak-kanak.
Jika pada waktu tengah hari atau makan malam anda ingin mengisi perut dengan menu hidangan kampung yang lazat. Owh ya, jangan lupa untuk singgah menjamu selera di Restoran Kerisik yang tak jauh pun dari The Gemalai Village itu hanya 10 minit sahaja berjalan kaki.
Apa yang menarik di Restoran Kerisik yang terletak di Laman Padi itu ialah selain ada tempat makannya yang berkonsepkan duduk bersila di dalam pondok.
Ada 5 pilihan set juadah lauk kampung yang ditawarkan seperti set Cenang, Kedawang, Sunda, Tuba dan Padang Lalang. Paling menarik set talam ini didatangkan dengan Nasi Kukus Buluh.
Tetapi jika datang menjamu selera di Restoran Kerisik ini anda jangan lupa untuk mencuba minuman istimewa yang hanya ada di sini iaitu Air Bunga Telang Selasih.
Lebih menarik jika anda makan di Restoran Kerisik ini, pelayan yang akan membawa hidangan ke meja anda akan berpakaian lengkap seperti hulubalang atau pahlawan Melayu siap bertanjak lagi.
Jadi kalau anda suka dengan suasana kampung, nak layan pemandangan kampung, boleh lah ke The Gemalai Village.
Setiap kali melintasi Gua Tempurung dalam perjalanan ke Utara, sentiasa terfikir apa keistimewaan gua ini hingga jadi bualan pengembara.
Kenapa Gunung Tempurung ini begitu viral di kalangan pendaki atau mereka yang gemarkan aktiviti percutian lasak dan lebih adventure ini.
Perkongsian dari Minah Travel di Grup Backpackers Buddies Malaysia memberitahu rahsia di sebaliknya apa yang ada dalam Gunung Tempurung ini.
Gua tempurung merupakan destinasi utama jika berkunjung di Gopeng, Perak. Gua ini kaya dengan batu kapur, marmar, stalagmit dan stalaktit.
Menariknya, batu-batu yang berusia jutaan tahun ini mempunyai tarikan tersendiri. Terdapat 25 objek yang menyerupai bentuk manusia atau haiwan di dalam gua ini.
Gambar pertama ni boleh nampak dengan jelas wajah seorang wanita. Gambar kedua pula, bentuk seperti ayam. Ini bukan ukiran manusia ye tapi ini adalah pembentukan semulajadi!
Unik kan?
Nak tengok bentuk-bentuk lain lagi, korang kene jelajah sendiri ke Gua Tempurung.
Kalau korang masuk ke gua ini tanpa ‘guide’ mungkin tak perasan bentuk-betuk ini, jadi kalau korang inginkan cabaran dan eksplorasi yang lebih informatif, boleh ambil guide @guatempurungextreme
Terdapat empat jenis ekspedisi iaitu Golden Flowstone (tempat kering), Top Of The World (tempat kering), Top Of The World and Short River Adventure (kawasan basah) dan Grand Tour (kawasan basah). Minah Travel ambil kesemua ekspedisi. Memang best!!
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...