Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka pada 1 Mei 1996 untuk memperingati kegagahan pahlawan Kadazan dan pemburu-pemburu kepala Monsopiad. Kampung tradisi tersebut merupakan tapak bersejarah yang dibina diatas tanah yang diduduki Monsopiad dan tempat Monsopiad menjalani kehidupan seharian sejak tiga abad yang lalu.
Kampung ini kini diangkat sebagai sebuah penempatan yang memberi sumber pengetahuan interaktif dan menyerikan kehidupan seharian kumpulan etnik yang terbesar di Sabah iaitu Orang Kadazan Dusun. Setiap hari tarian suku kaum Kadazan Dusun serta muzik tradisional dipersembahkan disini.
Mengimbau Nostalgia
Kampung Kebudayaan Monsopiad yang didirikan untuk mengenang jasa seorang pahlawan Kadazan yang agung dan juga merupakan seorang pemburu kepala (head-hunter) Monsopiad. Kampung Kebudayaan Monsopiad berazam menjadikannya sebagai sebuah destinasi atau muzium hidup, agar dapat memberi kesedaran kepada generasi muda tentang jasa nenek moyang suku kaum ini yang mempertahankan kaum Kadazan.
Sepanjang hidup Monsopiad, dia memburu 42 biji tengkorak kepala musuhnya sebagai bukti kegagahannya. Dikatakan tengkorak itu adalah hasil ‘buah tangan’ diperoleh Monsopiad ketika memerangi musuh dan penceroboh kampungnya, termasuk orang yang datang untuk mencabarnya.
Jumlah tengkorak dimiliki Monsopiad dikatakan paling banyak berbanding beberapa pemburu kepala lain di daerah ini, termasuk pencabar terdekatnya dikenali sebagai Gantang dari Kampung Minintod. Gantang dikatakan turut memiliki sejumlah tengkorak tetapi dia sendiri tumpas di tangan Monsopiad dan kepalanya adalah antara koleksi disimpan Monsopiad sebelum diambil waris keluarga Gantang dan diserahkan kepada muzium negeri.
Ads
Kini, baki tengorak-tengorak ini dijaga baik oleh anak cucunya yang memegang kuat dengan adat tradisi Kadazan. Pengunjung turut berpeluang dibawa kerumah mereka, iaitu tempat piala-piala pemburuan kepala Monsopiad dipamerkan dan dijaga dengan rapi. Terdapat pantang larang yang perlu dipatuhi pengunjung iaitu, mereka tidak boleh bercakap besar dan mengambil apa-apa barang yang terdapat di situ.
Di dalam rumah itu, selain tengkorak, beberapa barangan lama seperti tempayan, pedang dan aksesori bobohizan atau bomoh wanita Kadazandusun, gambar dan artikel berkaitan ritual penjagaan tengkorak turut dipamerkan sebagai maklumat tambahan buat pengunjung. Tengkorak yang disimpan di rumah itu dikatakan dijaga rapi sebagai warisan keluarga Monsopiad dan menjalani proses ritual penjagaan dikendalikan Bobohizan sejak lebih 300 tahun.
Keselamatan Dijaga Rapi
Mengimbas kembali zaman lampau, iaitu zaman pemburuan kepala dan pemujaan roh, ia diperintah oleh seorang Bobolizan iaitu dukun yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan kampung serta gangguan daripada anasir luar. Beliau memerintah kampung ini dan juga menjaga kesihatan fizikal dan jiwa kaumnya. Kini kampung ini tetap dikendalikan oleh orang keturunan Monsopiad.
Ads
Selain itu anda boleh merasai tapai, sejenis arak beras tempatan yang hasil dari proses penapaian dan menonton tarian tradisi yang disembahkan oleh komuniti tempatan yang bersemangat.
Info
Ads
Tapak peninggalan Monsopiad turut dianggap keramat kerana menempatkan sebiji batu monolit besar, dianggarkan seberat dua tan dan berketinggian empat meter dikenali sebagai Gintutun Do Mohoing. Ia dipercayai menjadi penjaga tempat berkenaan.
Di keliling batu itu, terpacak beberapa batang buluh yang hujungnya berbentuk seperti sarang ayam bertelur dipanggil `bangkahak’, dipercayai tempat Monsopiad mengeringkan kepala musuh yang dipenggalnya.
Walaupun disanjung sebagai pahlawan, Monsopiad dilihat menjadi ancaman kepada keselamatan penduduk kampung kerana kegilaannya memburu kepala walaupun tiada lagi musuh menceroboh. Ketika berada di kemuncaknya apabila menjadi orang yang digeruni pada masa itu, penduduk bimbang dia tidak dapat mengawal keinginannya untuk memenggal lebih banyak kepala apabila mula mencabar orang di sekeliling berlawan. Berikutan itu, penduduk kampung merancang membunuhnya dan pada satu ketika mendapat kesempatan tetapi Monsopiad hanya mengalami kecederaan kerana terkena buluh. Bagaimanapun, dia akhirnya mati apabila kecederaan itu gagal disembuhkan.
Sejak itu, kisah Monsopiad sebagai pemburu kepala paling digeruni di Penampang terus menjadi bualan penduduk dan diwarisi hingga ke hari ini.
Kampung Kebudayaan Monsopiad dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Terdapat empat sesi lawatan yang akan di bawa oleh pengiring iaitu pada pukul 10 pagi, 12 tengah hari, 3 dan 5 petang. Manakala tarian kebudayaan akan diadakan pada pukul 11 pagi, 2 dan 4 petang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Percutian hijau semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia. Lokasi alam dapat memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga tersayang.
Jangan risau jika anda inginkan segalanya serba lengkap dan selesa walaupun ketika bercuti dikelilingi ‘hutan’, kerana ada penginapan menarik di Batang Kali, Selangor sesuai untuk permintaan anda itu. Jika anda teringin untuk mencuba percutiaan sebegini dan lokasinya tidak jauh dari ibu kota, ini ada perkongsiaan info menarik daripada saudari Nurul Wawa
Family trip Rumah Hutan Bonda Rozita Ibrahim, Batang Kali
Eeeiiii mommy love sangat Rumah Hutan ni! One of my wishlist to stay here. Alhamdulillah thanks bapak and family in law kerana merealisasikan impian mommy. First sampai sini mommy dah impress dengan view dia. jauh dari bandar, I mean sangat nature tapi still ada internet coverage okay.
Kami gerak dari Bangi ke Batang Kali dalam masa sejam setengah. Sampai di Rumah Hutan dalam jam 2 petang. Check in jam 3. So kami decide nak lunch dulu di Warung Bonda. Tapi staff kata Warung Bonda tengah full. Boleh pergi ke cafe Rumah Sungai / Bonda Valley. Mommy pikir Rumah Hutan dengan Rumah Sungai dalam 1 kawasan. Rupanya tak. Rumah Hutan lain kawasan, Rumah Sungai / Bonda Valley di lain kawasan. So next time boleh try Rumah Sungai pula inshallah!
Jam 3 lebih kurang Tengah lunch, staff call kata rumah dah boleh check in. Then kami dengan excitednya terus ke Rumah Hutan. Settle register, kami semua kena naik tram okay. Sejenis 4 x 4. Driver kata kena tinggal kan kenderaan kita di ruang parking reservation then kena naik tram sebab agak jauh rumah nya. Best gilaaa naik tram! Dengan jalan berbukit rasa extreme sangat dah. Bhahaha.
Oh yaa. Mommy book rumah bonda ( jenis rumah yang available di Rumah Hutan ) Rumah bonda ni adalah rumah asal bonda Rozita. Rumah yang beliau pernah duduk dan tinggal yang mana sekarang beliau open to public. So public boleh sewa and stay rumah dia like homestay.
Sampai jee depan rumah, kami whole family terpukau okay. Lawa gilaaaa!!! Da lah view nature, rumah pulak original rumah melayu Allahu its worth it gais! 1 rumah ada 3 bilik tapi bawah rumah ada ruang lagi boleh tido. Besar gila rumah nya setiap ruang sangat lah saujana mata memandang orang kata haha. Korang jangan risau, kat Rumah Hutan ni ada 3 rumah yang macam homestay means korang tak payah bawa pape. Bonda dah sediakan peralatan asas memasak, beras, telur cawan pinggan rice cooker semua ada. Korang Tinggal bawa bahan nak masak jee. Yang best setiap rumah *except rumah bonda* dah disediakan bbq pit so u gais boleh sediakan bahan bbq sesiap.
Asalnya Rumah Bonda tak boleh buat bbq sebab takda ruang. Benda ni dah state kat website tapi mommy tak notice. Excited nak booking terus tak perasan. Kami semua dah plan nak bbq lagi lagi acara utama. Tapi rezeki, kami slow talk dengan staff rumah bonda, finally boleh!!! Masa sampai kat depan rumah, staff rumah bonda bagitahu mereka dah sediakan tapak untuk bbq. Alhamdulillah. Rumah Hutan Bonda mommy bagi 5 + 5 bintang yeayyyy!
Price per night : RM1700 capacity 15 persons.
Food : Sampai di Rumah Hutan / Rumah Sungai korang wajib cuba ikan lunak! Kata nya tak jumpa kat tempat lain. Kami lunch di Cafe Bonda Valley di Rumah Sungai ada ruang ber aircond so tak panas selesa je. Makanan pun sedap. Ikan lunak sedap mommy yang tak makan ikan sungai pun boleh makan yeee. Family in law kata rasa nya macam salmon. Mommy pulak kata macam sardin goreng. Setahu mommy ikan ni disalai dalam masa yang lama so tulang nya pun lembut macam sardin. Korang kena try kalau datang sini!
Malam pulak kami ber bbq. Bahan mentah kami sediakan dan bawa dari rumah sesiap. Siap boleh ber oden bagai haha. Best best!
Breakfast pula kami try di Warung Bonda dalam Rumah Hutan. Tak jauh dari rumah bonda. Tapi sebab ramai orang di warung, kami tapau makanan free breakfast kami dan bawa makan di rumah bonda. Tapau pun alahai comel jee dalam tipin macam orang dedolu heee.
Attraction place : Sungai!!! Ye gais sungai. Tapi bukan di Rumah Hutan. Sungai nya kat Rumah Sungai. Jauh sikit so kena naik tram. Tram untuk ke sungai kena booking and bayar RM20 pergi balik. Tram last adalah pada jam 7 petang. Selepas pada tu, takda tram yaa. Kata staff Rumah Hutan, penginap tak digalakkan keluar dari Rumah Hutan selepas jam 7 petang. Yelahh tengah hutan kan. Banyak binatang berbisa. So sepanjang malam tu kita kena duduk jee dalam rumah layan bunyi hutan sumpah kena repeat.
Lagi 1 attraction best adalah spa dan meditasi! Mommy boleh kata Rumah Hutan Bonda Rozita ni memang tempat paling best untuk berehat. Layan nature, manjakan diri huu. So mommy book spa sebagai reward yang bapak offer untuk mommy kerana melahirkan si FR twins hukhuk. After 1 year baru claim. *selingan*
Pakej Spa dan meditasi urutan kena booking awal taw! Kalau book masa checkin takut full kalau rezeki uolls ada kosong, alhamdulillah. Ada spa untuk wanita, meditasi urutan untuk lelaki , wanita, kanak kanak pun ada! Make sure book awal okay.
Mommy ambil pakej Dewi Kemangi Spa. Total 2 jam RM255. Apa kelebihan nya? Boleh tengok kat website rumahhutan.com okay! Siap ada free gift lagi taw!
Apa yang mommy tahu, segala apa yang ada dalam pakej ni, uolls takkan jumpa kat memana gais! Termasuk lah minyak urut nya muehehehe. Nak try, kena datang sini!
Untuk penginapan korang boleh booking di website bondavalley.com. Conclusion, Rumah Hutan Bonda Rozita sangat sangat berbaloi! Dengan view, dengan makanan, attraction semua best! Will repeat soon inshallah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika manusia diseluruh dunia perlu berkurung di dalam rumah untuk memutuskan rantaian wabak COVID-19. Ada haiwan yang mengambil kesempatan untuk keluar ‘berpesta’.
Gelagat lucu sekumpulan gajah di wilayah Yunnan, China sempat dirakam untuk tatapan manusia. Seorang pengguna Reddit, ADarkcid berkongsi foto di laman itu pada minggu lalu memaparkan sekumpulan gajah menceroboh sebuah kawasan perladangan tanaman di wilayah itu. Kumpulan gajah tersebut cuba mencari makanan dan kemungkinan berani mendekati sebuah ladang jagung tersebut kerana tidak kelihatan susuk tubuh manusia.
Foto: internewscast.com
“Ketika manusia menjalani tempoh penjarakan sosial, sekumpulan 14 ekor gajah memecah masuk ke sebuah perkampungan di wilayah Yunnan, mencari jagung dan makanan lain. Sudahnya mereka meminum 30kg wain jagung dan menjadi sangat mabuk sehingga tertidur di ladang teh berdekatan,” tulisnya.
Kemudian seorang pengguna Twitter, HDS Dhaliwal memuat naik imej tersebut untuk dikongsikan bersama khalayak lain.
Xishuangbana, Yunnan, China. 11 March, a herd of 14 elephants went to village. Looking for corn and other foodstuffs. Apparently, They also polished 30 KG of corn whisky! Two of the males got completely drunk, and made themselves a pair of cutest internet sensation in China. pic.twitter.com/bflXHa8sST
Dalam satu bebenang lain, seorang aktivitis alam sekitar Parween Kaswan menyatakan bahawa gajah, seperti kebanyakan manusia, ada kecenderungan terhadap alkohol dan mencarinya, dan selalunya meninggalkan tanda di mana mereka berjaya mendapatkannya supaya mereka boleh kembali di lain waktu.
Beberapa kawasan di Perak dikejutkan dengan fenomena hujan batu yang turun bersama hujan lebat dan ribut pada petang 27 Ramadan (20 Mei 2020).
Fenomena alam yang jarang berlaku itu turut menarik perhatian orang ramai apabila ada yang mengutip ketulan ais berkenaan dan berkongsi gambar di media sosial. Hujan batu yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang di sekitar Manjoi dan Jelapang itu mengejutkan banyak pihak kerana ia jarang berlaku.
Beberapa penduduk yang kongsikan di laman sosial berkata mereka dikejutkan dengan bunyi kuat dari atap rumah, malah ada yang berlari keluar rumah kerana menyangka ada pokok tumbang. Berdasarkan rakaman visual yang diperolehi daripada media sosial, seorang penduduk dipercayai di Manjoi melaungkan azan ketika berlaku hujan batu itu. Kejadian itu hanya berlaku kira-kira 15 minit dan tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan lain.
Perkongsian daripada warganet:
Hujan batu kome di Ipoh. Harap semua berhati-hati di luar. Yang tengah buat delivery makanan, boleh berhenti terlebih dahulu. Kami memahami sebaiknya. pic.twitter.com/Q0BouFZXJA
Hujan lebat, ribut petir, banjir kilat dan angin kencang adalah antara fenomena alam yang sering berlaku di negara ini. Namun, fenomena hujan batu jarang sekali berlaku di Malaysia sehinggakan apabila ia berlaku, kejadiannya akan mengejutkan banyak pihak.
Hujan batu yang biasanya berbentuk bulat atau gumpalan ais yang tidak sekata adalah pepejal yang terhasil oleh awan ribut petir (kumulonimbus).
Pada paras ketinggian tertentu, suhu adalah di bawah takat beku dan proses pemeluwapan berlaku pada debu-debu atau partikel-partikel lain yang dikenali sebagai nuklei kondensasi.
Hujan air batu terbentuk ketika arus angin yang kuat membawa bersama titisan air ke lapisan atmosfera yang cukup tinggi untuk titisan air tersebut membeku.
Ketulan air batu terbentuk apabila semakin banyak titisan air membeku lalu menyebabkan saiznya menjadi besar.
Hujan air batu juga berlaku disebabkan ais yang terbentuk dalam awan gagal cair sebelum ia mencecah bumi.
Kebanyakan ribut petir mengandungi air batu tetapi bukan semua ribut petir menyebabkan hujan air batu.
Suhu di bahagian atas ribut petir adalah di bawah takat beku yang menyebabkan air batu terbentuk tetapi kadang kala air batu mencair sebelum ia jatuh ke permukaan bumi.
Keadaan landskap seperti kawasan berbukit juga antara faktor penyebab arus angin menolak lebih kuat titisan air naik ke lapisan atmosfera yang tinggi.
Disebabkan Malaysia beriklim khatulistiwa, dan musim tengkujuh sering melanda negara ini setiap tahun, maka peluang untuk mengalami hujan air batu sebenarnya sangat tinggi. Jadi, tidak hairanlah jika ia berlaku di negara ini kerana hujan lebat dan ribut petir disertai air batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...