Jangan tidak tahu, dengan membeli barang buatan Malaysia juga sudah dapat menunjukkan yang anda semua cinta akan negara kita!
Pusat Pemborong GM Klang melancarkan kempen #KasiSupportBaranganTempatanLah sebagai inisiatif dalam membantu usaha meningkatkan ekonomi negara yang sedang berdepan dengan ancaman penularan COVID-19.
Kempen itu merupakan antara usaha pusat berkenaan untuk memupuk usaha membeli barangan dan jenama tempatan di samping menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan pembeli secara tidak langsung. Ia juga sebagai tanda sokongan terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia yang disarankan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).Seiring dengan kempen ini, ia adalah usaha GM Klang untuk mempromosikan peniaga-peniaga tempatan di sini khususnya, kerana mereka turut wujudkan slot peniaga tempatan di sini.
Kempen yang telah bermula 31 Ogos sehingga 30 Sept depan itu turut menawarkan peluang memenangi insentif membeli belah RM300 tiap seorang, di mana pengunjung hanya perlu berswafoto di lokasi menarik sekitar GM Klang bersama topi eksklusif berharga RM5 yang boleh dibeli di pusat khidmat kompleks itu, dan memuat naik gambar di laman sosial mereka, dengan 'tag' GM Klang beserta #supportbarangantempatan.
Ads
Ads
Ads
image via FB GM Klang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Peminat durian tegar terutamanya Musang King pasti akan teruja dengan promosi pelancongan berasaskan durian yang baru saja dianjurkan oleh Le Apple Boutique Hotel @KLCC baru-baru ini.
Promosi istimewa untuk semua peminat tegar durian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik sendiri di perkarangan hotel dan menariknya mengenai promosi tersebut adalah, Le Apple Boutique Hotel @KLCC adalah hotel pertama yang membenarkan raja buah itu berada di hotel mereka.
Kebiasaanya, rata-rata pengusaha hotel dan resort tidak membenarkan sama sekali kehadiran raja buah itu di premis mereka kerana sedia maklum, aroma buah durian mampu ‘menyengat’ deria bau pengunjung yang datang.
Timbalan Menteri Pelancongan, YB Tuan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (kiri) menyempurnakan pelancaran promosi makan durian Musang King di perkarangan Le Apple Boutique Hotel @KLCC di ibu negara baru-baru ini.
Tapi itu semua tidak menjadi masalah kepada Le Apple Boutique Hotel @KLCC apabila pengunjung yang datang boleh menikmati juadah buah durian Musang King sambil menikmati pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang berlatarbelakangkan menara berkembar KLCC.
Buah durian yang disediakan di sini adalah yang terbaik sahaja buat semua pengunjung yang datang kerana durian Musang King ini dibawa terus dari dusun yang terletak di Raub, Pahang dan dusung tersebut hanya mengeluarkan produk buah durian Musang King berkualiti tanpa menggunakan racun serangga perosak, racun rumpai atau baja buatan dalam proses perladangan mereka.
Ada tiga cara untuk anda menikmati durian di sini. Yang pertama adalah dengan mengambil pakej santapan durian Musang King yang bersekali dengan pakej penginapan selama 3 hari dan 2 malam di Le Apple Boutique Hotel.
Yang kedua adalah dengan cara walk-in sahaja dan yang ketiga, anda boleh bungkus durian Musang King kegemaran anda dengan harga pasaran yang ditetapkan.
Sebahagian tetamu yang hadir menikmati juadah durian Musang King dari Raub, Pahang yang disediakan.
Tak lupa juga apabila anda singgah ke tempat ini untuk mengambil gambar bersama replika raja buah setinggi 10 kaki yang terletak bersebelahan dengan Le Apple Boutique Hotel @KLCC.
Pandai menggayakan gambar-gambar anda, Menara Berkembar KLCC akan menjadi salah satu background gambar yang berbaloi untuk anda kongsikan di media sosial sambil menikmati durian Musang King!
Promosi durian Musang King di sini akan berlangsung hanya dua kali setahun iaitu dari bulan Julai hingga Ogos dan Disember hingga Januari sahaja. Jadi kalau anda ada lebihan duit untuk dibelanjakan, boleh singgah ke sini dan dapatkan durian Musang King terbaik dari Raub, Pahang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bentuk seakan rehal yang terletak paling atas di Menara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan ‘hilang’ tidak lama lagi. Sebelum ini rehal tersebut menjadi mercu tanda serta binaan itu dianggap sesuai dengan kedudukan DBP sebagai badan yang mengelolakan hal ehwal bahasa serta persuratan negara.
Selepas berita itu tular di media sosial, ramai warganet memberi kenyataan yang mendakwa replika berbentuk seakan rehal itu dirobohkan kerana ia melambangkan imej Islam. Ada yang melatah dan terus menerus melemparkan pelbagai tuduhan sehingga mempolitikkannya.
Yang sebetulnya, kerja-kerja perobohan replika buku di bumbung menara DBP dibuat atas faktor keselamatan. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam satu kenyataan berkata keputusan tersebut diambil selepas pakar mendapati bahawa struktur tersebut tidak berada dalam keadaan selamat.
Salam.
Perobohan replika berbentuk buku di Menara DBP banyak ditularkan oleh warga maya dengan berbagai-bagai tanggapan. Saya ingin menjelaskan bahawa perobohan ini dibuat atas faktor keselamatan. Pihak Jabatan Kerja Raya yang melakukan pemeriksaan di Menara DBP mendapati bahawa struktur replika ini tidak kukuh disebabkan hakisan dan karatan yang teruk.
Ini membahayakan staf dan pengunjung DBP serta orang awam secara keseluruhannya. Bagi mengelakkan musibah yang mungkin timbul, kerja-kerja perobohan ini perlu dilakukan dengan segera. Saya juga ingin menjelaskan bahawa, selain replika ini, DBP juga sedang dalam proses penggantian lif dan eskalator.
Kerja-kerja ini sudah tentulah akan menimbulkan ketidakselesaan kepada pengunjung dan staf DBP. Untuk itu kami memohon berbanyak-banyak maaf.
Saya berharap, perobohan replika buku ini tidak disalahtafsir dan dikaitkan dengan hal-hal yang tidak berkaitan. Perobohan replika ini berkaitan dengan isu keselamatan staf dan pengunjung DBP dan orang awam. Sebagai organisasi yang bertanggungjawab, kami perlu memastikan staf, pengunjung serta orang awam selamat apabila bekerja, berurusan dengan kami termasuklah orang awam yang melalui kawasan bangunan ini.
Terima kasih. Ketua Pengarah DBP 8 Ogos 2019
Menurut kenyataan itu lagi, kerja-kerja perobohan replika buku tersebut telah dimulakan dan dijangka siap pada 16 November 2019.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Aiskrim memang diketahui berperisa manis dan sedap yang menjadi kegilaan ramai. Namun, pada zaman sekarang pelbagai perisa aiskrim telah diperkenalkan untuk membuat pembaharuan untuk memeriahkan lagi industri pemakanan.
Jangan tidak percaya ada yang gemar melancong ke luar negara suka untuk mencuba pelbagai jenis aiskrim mengikut identiti sesebuah negara itu.
Seperti di New Zealand, sebuah syarikat pengeluar makanan terkenal, Wattie’s mengumumkan rancangan untuk menawarkan aiskrim berperisa sos tomato sekali gus mengundang pelbagai reaksi berbeza daripada pengguna media sosial. Sebilangan pengguna menyifatkan produk baharu itu sebagai suatu kombinasi dua makanan pelik sebagai menjijikkan.
Aiskrim berperisa tomato ini bukan yang pertama dihasilkan, pada tahun 2014, sebuah jenama aiskrim terkenal Häagen-Dazs, pernah mengeluarkan aiskrim berperisa tomata dan juga berperisa lobak merah.
Paparan yang dikongsi oleh Wattie’s di Facebook sudah menerima lebih 21,000 komen dengan perkongsian sebanyak 5,000 kali. Jurucakap syarikat itu, Ben Cochrane mengesahkan produk berkenaan akan dikeluarkan untuk dipasarkan sekali gus menidakkan tanggapan beberapa netizen bahawa ia sekadar gurauan.
Dia mengesahkan idea untuk mencipta aiskrim itu selepas menerima cadangan bahawa ada pelanggan gemar memakan aiskrim yang diletakkan sos tomato di atasnya. Mereka tidak pasti berapa ramai orang akan membelinya, namun mereka sedang melakukan, mencuba dan melihat sejauh mana sambutannya nanti.
Tapi rasanya kalau di Malaysia mesti tidak pelik dengar menu-menu pelik yang cuba dipromosikan. Bagi sajian aiskrim, telah wujud pelbagai perisa yang luar biasa, antaranya aiskrim berperisa Nasi Lemak. Aiskrim ini adalah menu unik sebuah kedai aiskrim yang terletak di Alor Star, Skream Softserve. Bila makan rasa macam nasi lemak. Ada yang dah pernah cuba?
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...