Kasihannya Kamu Wahai Raja Rimba!

Share

Singa dikenali sebagai raja rimba yang gagah dan digeruni. Namun berlainan dengan singa-singa yang berada di sebuah taman haiwan di Sudan.

Kesemua singa yang berada dalam kurungan tersebut kelihatan sakit dan sangat tidak bermaya. Tulang badan jelas kelihatan seperti sedang kebulur dan kekurangan zat.

Gambar-gambar singa itu tular setelah seorang lelaki bernama Osman Salih memuat naik gambar singa terbabit ketika sedang berjalan berhampiran taman ini dan terlihat haiwan malang ini dalam keadaan yang sangat kurus dan tidak terurus.

Orang ramai terus memberi perhatian dan bantuan selepas mengetahui mengenai keadaan menyedihkan lima ekor singa Afrika yang disifatkan kekurangan zat dan sakit. Lima singa berkenaan ditempatkan di Khartoum’s Al-Qureshi Park, namun sudah beberapa minggu tidak mendapat bekalan makanan dan ubatan mencukupi.

Kakitangan taman itu berkata, keadaan haiwan itu terus merosot sejak kebelakangan ini dengan ada di antaranya kehilangan dua pertiga daripada berat badan sebelum ini. Makanan tidak selalu ada dan mereka akan menggunakan duit sendiri untuk membeli makanan bagi diberikan kepada singa berkenaan.

IKLAN