Berita

SEDUT NAFAS TERAKHIR

Share

Katak antara makanan kesukaan ular. Namun kadang-kadang pemangsa jadi mangsa. Katak bukan sekadar makan lalat atau nyamuk, katak pokok contohnya juga makan binatang lain seperti tikus kecil atau apa sahaja yang boleh masuk melalui mulutnya.

Reputasi katak yang nampak lembik, sebenarnya lebih kanibal dari apa yang kita sangka.

Anak ular bukanlah menu yang pelik bagi saiz katak lebih besar. Contoh katak terbesar dunia ialah Bullfrog. Ada African Bullfrog, America Bullfrog, Asian Bullfrog, dan Australia Bullfrog. Bullfrog boleh membesar hingga 25cm panjang dan makan apa sahaja yang lebih kecil atau sama saiz badannya. Ular, katak, tikus, burung, lipan, ulat gonggok, ikan, apa sahaja yang melintas. 

Gambar menunjukkan detik akhir anak ular perang Australia (brownsnake) sebelum ditelan hidup-hidup oleh katak pokok Australia. 





Kebiasaannya mangsa yang ditelan akan mati lemas dalam saluran pencernaan sekitar satu ke dua minit. 

 

IKLAN