Dah makin ramai orang Malaysia yang dah mula keluar negara, lebih 40 peratus peningkatan dalam pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) direkodkan sejak April yang lalu. Justeru itu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil langkah penambahbaikan untuk atasi kesulitan berhubung perkara tersebut.
Bermula 11 Mei ini enam pejabat pengeluar pasport dan kaunter Jabatan Imigresen (JIM) dipanjangkan hingga 10 malam manakala enam lagi dilanjutkan hingga 6 petang.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata ia merupakan antara langkah penambahbaikan Jabatan Imigresen bagi mengatasi kesulitan berhubung permohonan serta pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA), selain akan menambah jumlah petugas untuk mengendalikan proses PMA.
Semua pejabat pengeluaran pasport di Semenanjung Malaysia juga akan beroperasi pada hari Sabtu dari 8 pagi hingga 12.30 tengah hari mulai 14 Mei, katanya dalam satu sidang media.
Ads
Beliau berkata semua kaunter Imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Semenanjung akan dibuka hingga 10 malam.
Khairul Dzaimee berkata terdapat peningkatan kira-kira 40 peratus dalam pengeluaran PMA iaitu sejumlah 165,449 dalam tempoh 1 April hingga 6 Mei lepas berbanding 111,931 pada Mac lepas.
Beliau berkata pihaknya juga telah menyediakan kaunter khas untuk bakal jemaah haji yang telah mendapat surat tawaran bagi memudahkan urusan permohonan PMA golongan terbabit.
Ads
“Mereka boleh hadir ke mana-mana pejabat pengeluar pasport dengan membawa surat tawaran daripada TH (Tabung Haji),” katanya.
kredit: https://www.imi.gov.my/
Susulan kesesakan dalam Sistem Temujanji Online (STO), Khairul Dzaimee berkata Jabatan Imigresen memutuskan untuk menyeragamkan pemansuhan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di seluruh negara mulai Rabu ini.
Ads
Sebelum ini, dilaporkan Jabatan Imigresen akan memansuhkan STO bagi semua pejabat pengeluar pasport di luar Lembah Klang mulai 9 Mei, manakala di Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka pula mulai 16 Mei.
— BERNAMA
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Belon udara panas terdiri daripada belon yang dikenali sebagai envelope yang mengandungi udara panas. Di bawahnya ialah gondola untuk membawa penumpang dan alatan seperti tong gas dan penala api. Udara yang dipanaskan dalam belon menyebabkan ia mengembang dan memiliki ketumpatan yang rendah berbanding udara luar yang lebih sejuk. Belon udara panas tidak boleh melepasi atmosfera bumi. Tidak seperti belon gas, envelope tidak perlu ditutup di bahagian bawah, kerana tekanan udara berhampiran bahagian bawah envelope adalah sama seperti di sekelilingnya.
Dalam sukan moden belon udara panas, bahagian envelope dibuat daripada fabrik nilon dan bahagian dalam belon (yang hampir kepada penala api) dibuat daripada material kalis api seperi Nomex. Belon udara moden datang dalam pelbagai bentuk unik dan diguna secara meluas sebagai medium iklan dan badan bebas.
Belon udara panas terdapat di seluruh dunia, terutamanya spot-spot hebat seperti Cappadocia Turki, Wadi Rum Jordan, Maasai Mara Kenya, Napa Valley Amerika Syarikat, Queenstown New Zealand, The Outback Australia, & Bagan Myanmar.
Namun kos ke sana sudah tentu tinggi. Membawa belon udara panas masuk ke Malaysia adalah cara terbaik. AKA Balloon telah berjaya mengacarakan 12 acara belon udara panas. Acara tahunan sebanyak lapan kali di Putrajaya dan diubah lokasi baru ke Desa Park City pada tahun ini. 3 lagi berjaya diadakan di Pulau Pinang. Di Malaysia terdapat beberapa pilot mengendalikan belon udara panas ini seperti Encik Sobri dari Kedah dan dua gadis Izzati & Atiqah Khairudin yang merupakan anak Allahyarham Kapten Khairudin Abd Rani (pilot belon udara panas pertama Malaysia). Izzati & Atiqah merupakan pilot belon udara panas wanita pertama Malaysia dan telah menamatkan jelajah Life On Air di semenanjung Malaysia pada Oktober 2016.
Foto: Izzati & Atiqah
Kedua-dua gadis menerajui syarikat belon udara panas di Malaysia dan terlibat dalam acara belon udara panas Malaysia selama ia diadakan. Mereka juga ini berimpian membuka sekolah belon udara panas dan mengembangkan acara ini sehingga ke Borneo.
WORLD OCEANS DAY
Bersama kita pelihara lautan kita. LIBUR menyokong usaha ini.
Rakyat seluruh dunia meraikan World Ocean Day pada 8 Jun. Dengan tema tahun ini “Our Ocean, Our Future”, organisasi dan individu lebih 100 negara seluruh dunia menumpukan isu mencegah pencemaran plastik melalui aturcara dalam komuniti, pengumuman dan apa sahaja cara melalui media massa.
The World Oceans Day Youth Advisory Council, bersama United Nations Environment’s Clean Seas Campaign , telah merangka cara mudah untuk orang awam bertindak dan memberi pendapat tentang kebimbangan mereka terhadap pencemaran sampah plastik di laut sempena World Oceans Day. Melalui http://ouroceansourfuture.org/p/index.html, orang ramai boleh memberi komitmen untuk mengurangkan penggunaan plastik serta menggalakkan yang lain untuk melakukan perkara sama dengan berkongsi #CleanSeas#WorldOceansDay#libur
Ada pengumuman penting buat anda yang menggunakan penerbangan AirAsia laluan KL-Labuan!
Jabatan Kesihatan WP Labuan menyeru semua 95 penumpang pesawat AirAsia AK5172 Kuala Lumpur-Labuan pada 6 Oktober 2020 jam 7.20 pagi lalu diminta untuk menjalani saringan COVID-19 selepas seorang penumpang diuji positif jangkitan virus itu.
Jabatan Kesihatan WP Labuan, menerusi pengarahnya turut menggesa semua tetamu sebuah majlis perkahwinan di Dewan Konvensyen Financial Park Labuan (FPL) pada 3 Oktber 2020 lalu yang masih belum menjalani saringan supaya berbuat demikian kerana seorang daripada jemputan itu telah diuji positif jangkitan virus itu. Lebih 200 orang yang menghadiri majlis perkahwinan itu telah menjalani ujian di Klinik Kesihatan Membedai tetapi masih belum memperoleh keputusan ujian tersebut.
Labuan kini mempunyai dua kluster iaitu Bah Bangat (bermula 8 Oktober 2020) dengan sembilan pesakit termasuk seorang pelajar sekolah menengah serta Bah Bundle dengan lima pesakit masih dipantau di pusat pengasingan Hospital Labuan.
Sebanyak 13,462 sampel telah diambil daripada orang ramai yang pulang dari Sabah sejak 26 September 2020 dan daripada jumlah itu, sebanyak 9,680 keputusan saringan telah dikeluarkan manakala 3,776 lagi masih menunggu keputusan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...