
Hati-hati, haiwan yang dijangkiti COVID-19 juga boleh berjangkit kepada manusia.
Tular seketika apabila cerpelai yang positif COVID-19 telah menjangkiti dua manusia di Belanda. Kes itu berkemungkinan menjadi kes pertama penyebaran seperti itu.

Pihak berkuasa kesihatan Belanda memaklumkan cerpelai yang membawa virus itu ditemui di empat kawasan daripada 155 ladang pembiakan haiwan tersebut. Laporan menunjukkan sumber jangkitan di tiga daripada empat kawasan ladang terjejas berpunca daripada manusia yang didiagnos positif virus itu.
Penyebaran daripada cerpelai kepada manusia secara praktikalnya adalah unik memandangkan beberapa kes kucing dan haiwan lain dijangkiti daripada manusia. Ini adalah dua kes pertama yang berkemungkinan melibatkan penyebaran daripada haiwan kepada manusia. Sebelum ini, sumber jangkitan manusia di China juga dipercayai berasal daripada haiwan.
Belanda sebelum ini berkata, negara itu akan mula memeriksa kesemua ladang cerpelai selepas seorang individu dipercayai dijangkiti COVID-19 daripada haiwan tersebut.

Sumber: Sinar Harian
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Penat Macam Mana Pun Perjalanan Percutian Anda, Elakkan Tidur Dalam Kereta Dalam Kereta Dengan Enjin Terbuka!

Sebelum merancang percutian jarak jauh seeloknya anda sediakan itinerari perjalanan ringkas. Bukan apa, sekadar pengetahuan dan peringatan kepada anda masa dan lokasi akan tiba.

Pastikan masuk slot untuk berehat di hotel-hotel terdekat atau homestay yang ada sewaktu perjalanan jauh. Beri peluang kepada pemandu untuk berehat seketika. Elakkan untuk tidur berehat di dalam kereta lagi-lagi dengan enjin terpasang. Jika anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta dengan enjin yang tidak dimatikan, mungkin ada baiknya jika tabiat itu dihentikan.
Perkongsian sumber: FB Public Health Malaysia
Sedih kami menerima berita 4 sekawan yang berehat di dalam kereta, (sehingga 18 September 2020, 12am), 3 daripadanya telah meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida dan seorang lagi sedang dirawat di ICU. Kami ucapkan takziah kepada ahli keluarga yang terlibat.

Ada yang menyatakan, jika kita ingin tidur di dalam kereta, pastikan kita membuka tingkap sedikit, insyaAllah selamat. Di sini kami ingin membetulkan tanggapan yang kurang tepat ini.
Keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri. Malah, karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya. Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta. [ALERT] KERACUNAN KARBON MONOKSIDA- PEMBUNUH SENYAP. Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang, fikirkan semula!

Fast Fact
- Keracunan Karbon Monoksia merupaka punca utama kematian akibat keracunan
- Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
- Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai “ Pembunuh Senyap”
- Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah,
- Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit US, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.
- Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.
Bagaimanakan Karbon Monoksida Menyebabkan Kematian Semasa Mangsa Sedang Tidur Di Dalam Kenderaan?
- Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.
- Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.
- Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah.
- Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!.
Apakah gejala keracunan CO?
- Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan.
- Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.
Tips Pencegahan Keracunan Karbon Monoksida.
- Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah. Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.
- Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya.
- Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.
Semoga anda sampai dengan selamat dilokasi yang ditujui~
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Spider-Man: Into The Spider-Verse Bakal Jerat Peminat di SuperStar Gemini

Filem terbaru Marvel Spider-Man: Into The Spider-Verse yang dijadualkan pada bulan Disember ini bakal menjanjikan pengalaman baru buat peminat filem epic itu apabila ianya akan dipertontonkan secara eksklusif di atas kapal persiaran SuperStar Gemini.
Pengumuman ini disampaikan oleh Presiden Star Cruises, Ang Moo Lim sewaktu majlis Sambutan Kedatangan SuperStar di Pelabuhan Klang yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Haslina Abdul Hamid.

Hasil kerjasama di antara Sony Pictures dan Genting Cruise Lines ini bakal membawa pelancong kepada satu pengalaman yang berbeza berbanding di pawagan biasa kerana sepanjang tempoh tayangan di atas kapal, pelancong berpeluang untuk meneroka dunia Spider-Man sambil bercuti.
Pelbagai aturcara bertemakan Spider-Man telah dirancang untuk pelancong yang berlayar bersama SuperStar Gemini antaranya Spider-Man Scavenger Hunt, Meet & Greet, Fitness Challange dan Christmas Celebration.
Tunai Impian Anak Luekemia

Dalam pada itu, kapal yang memenangi anugerah ‘Travel Hall of Fame’ daripada Travel Trade Gazette ini mengambil kesempatan untuk menunaikan impian seorang kanak-kanak penghidap leukemia.
Impian Adam Khalish, 6 tahun, yang ingin menjadi kapten kapal selama sehari tertunai apabila beliau dan keluarga menerima jemputan khas Kapten Christian Westergren berlayar bersama-sama SuperStar Gemini.
Adam yang menghidap leukemia sejak Jun 2017 kini menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan impiannya tercapai melalui bantuan badan bukan kerajaan Make A Wish yang cuba memenuhi impian anak-anak kecil penghidap penyakit kanser.

Bakal Lonjak Ekonomi Domestik Pelancongan Kapal Persiaran
Disamping itu, industri kapal persiaran ini dilihat mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi pelancongan negara di masa akan datang kerana Malaysia mempunyai 12 pelabuhan yang mampu menerima kehadiran kapal persiaran di pelabuhan masing-masing.
Sejak 2017, Malaysia menerima peningkatan 37.8% pemintaan kapal persiaran sebanyak 599 berbanding 435 pada 2016. Jumlah pelancong juga direkodkan meningkat sebanyak 35.6% pada 2017 dengan jumlah seramai 924,885 pelancong berbanding 2016 seramai 682,068.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jepun Hanya ‘Sedia’ Terima Pelawat Dari Thailand, Vietnam, Australia & New Zealand. TIDAK Dari Malaysia!

Beberapa minggu lalu tular mengenai kerajaan Jepun bercadang untuk mewujudkan kempen membiayai separuh kos pelancong yang melancong di Jepun.
Khabar tersebut membuatkan ramai warga dunia termasuk dari Malaysia yang gemar melancong ke negara matahari tersebut teruja dan gembira. Mereka dikatakan tidak sabar untuk mula merancang kembara ke Jepun setelah wabak COVID-19 berakhir. Namun keseronokkan tersebut tidak lama, kerana berita tersebut dikhaskan untuk kempen melancong buat rakyat Jepun sahaja.
Terbaru, Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk melonggarkan larangan masuk kepada pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand, menurut sumber lapor KYODO News.
Manakala, Jepun tetap mengenakan larangan masuk terhadap pelawat 111 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, seluruh Eropah dan sebahagian besar negara Asia. Malaysia juga termasuk di dalam larangan negara yang boleh berkunjung ke Jepun buat masa ini.
Menarik balik larangan perjalanan itu disifatkan sebagai langkah pertama dan Tokyo akan berunding mengenai syarat-syaratnya dengan empat negara berkenaan. Pelawat dari Thailand, Vietnam, Australia dan New Zealand ini akan dibenarkan masuk ekoran penularan wabak COVID-19 semakin pulih di negara tersebut selain mempunyai hubungan perniagaan dengan Jepun. Langkah menarik balik sekatan yang pertama mungkin akan dilaksanakan pada musim panas ini.
Vietnam, Australia dan New Zealand antara 11 negara pakatan perdagangan bebas di bawah Perkongsian Trans-Pasifik yang disemak semula, menyaksikan Jepun menjadi sebahagian daripadanya. Thailand, pula menjadi tuan rumah kepada banyak syarikat Jepun, termasuk pembuat kenderaan.
Sumber: Bernama | Foto: FB Visit Japan International
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!






