Foto Hak Milik Majalah Libur

Jumlah kerugian dialami sektor pelancongan akibat COVID-19 pada dua bulan pertama tahun ini dianggarkan sebanyak RM3.37 bilion. Penularan COVID-19 itu turut menyebabkan banyak pakej pelancongan dibatalkan sekali gus menjejaskan pekerja syarikat-syarikat penerbangan dan perhotelan.

Turut berkongsi pandangan, Presiden Persatuan Pelancongan Dalam Malaysia (MITA), Uzaidi Udanis yang menegaskan situasi kini adalah yang paling teruk memberi kesan kepada industri pelancongan:

“Pelancong Negara China Dah Start Tanya Pakej Melancong Di Malaysia Untuk Septembar Ini” – Presiden MITA
Foto: Bernama
  • Kita tak boleh menerima seorang pelancong pun dan syarikat-syarikat pelancongan masih perlu membayar operasi perniagaan seperti gaji pekerja dan sewa pejabat.
  • MITA sentiasa berkomunikasi dengan pihak kerajaan seperti Kementerian Pelancongan, Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi untuk berbincang bagaimana pihak kerajaan boleh membantu penggiat industri semasa krisis ini.
  • Kami berpuas hati dengan segala inisiatif kerajaan untuk membantu kami. Tetapi kami berharap pihak kerajaan boleh membantu pekerja-pekerja separuh masa seperti pemandu pelancong yang tidak bergaji tetap dan tidak mempunyai akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Mereka ini adalah kumpulan yang terkesan akibat Covid-19.
  • Sejak Perintah Kawalan Pergerakan, pihak MITA bersama dengan Malaysia Productivity Corp (MPC) turut menganjurkan seminar online dan menjemput penceramah khas untuk mengajar penggiat industri pelancongan.
  • Industri pelancongan adalah antara industri yang sangat penting dalam menjana ekonomi negara dan Malaysia adalah antara negara popular yang dilawati oleh pelancong antarabangsa. Kami terperanjat kerana sudah mula menerima pertanyaan mengenai pakej pelancongan daripada ejen-ejen negara China untuk bulan September. Ini bermaksud, pelancong-pelancong dari negara China sangat yakin yang Malaysia akan pulih daripada wabak Covid-19 secepat mungkin.

“Pelancong Negara China Dah Start Tanya Pakej Melancong Di Malaysia Untuk Septembar Ini” – Presiden MITA “Pelancong Negara China Dah Start Tanya Pakej Melancong Di Malaysia Untuk Septembar Ini” – Presiden MITA

“Pelancong Negara China Dah Start Tanya Pakej Melancong Di Malaysia Untuk Septembar Ini” – Presiden MITA
Foto Hak Milik Majalah Libur

Presiden Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang pula berkata, sektor pelancongan amat terkesan dan mengalami kemerosotan teruk akibat wabak Covid-19.

“Pelancong Negara China Dah Start Tanya Pakej Melancong Di Malaysia Untuk Septembar Ini” – Presiden MITA
Foto: matta.org.my
  • Pada bulan Mac pendapatan sektor pelancongan sangat merosot disebabkan banyak pembatalan tempahan pelancongan sama ada dari dalam dan luar negara disebabkan kawalan pergerakan bukan sahaja di Malaysia malah di beberapa negara utama dunia.
  • Untuk bulan April, Mei dan Jun kita harus tunggu dan lihat sama ada virus Covid-19 ini dapat dikawal. Sekiranya dapat dikawal, kita akan dapat melihat pemulihan perlahan-lahan bermula bulan Julai hingga Disember. Berkemungkinan kita akan dapat kembali pulih tahun depan.
  • Pihak MATTA akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung masalah utama iaitu aliran tunai yang nazak dan keputusan berkaitan para pekerja.
  • Kami menulis kepada kerajaan sekiranya terdapat skim pengekalan pekerja. Di United Kingdom misalnya, 80 peratus gaji ditanggung oleh kerajaan, MATTA pula mencadangkan 60 peratus gaji ditanggung kerajaan. Namun kita tunggu pengumuman terkini pakej rangsangan ekonomi oleh Perdana Menteri pada 30 Mac ini.
  • Keputusan oleh Kementerian Pelancongan untuk membatalkan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 merupakan keputusan tepat kerana buat masa ini kempen tersebut tidak mampu untuk mencapai sasaran yang diingini.
  • Sekiranya Covid-19 berjaya diatasi, keyakinan untuk mengembara pasti akan pulih namun apa yang tidak pasti ialah bila? Saya harap suku akhir tahun (Oktober, November, Disember) akan menyaksikan masyarakat dunia kembali berasa yakin dan selamat untuk melancong.
“Pelancong Negara China Dah Start Tanya Pakej Melancong Di Malaysia Untuk Septembar Ini” – Presiden MITA
Foto Hak Milik Majalah Libur

Sumber: Sinar Harian

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI