Selangor merupakan negeri tertinggi bagi kes COVID-19 di Malaysia. Namun masih ramai dilihat tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri. Jika anda masih berdegil, anda bakal berdepan dengan tindakan daripada pihak berkuasa.

Ini kerana polis Selangor telah mula melancarkan Ops COVID-19 bagi memastikan rakyat di negeri ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang mula berkuat kuasa 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Duduk Rumah Je Tau! Polis Dah Lancar Ops COVID-19 Supaya Rakyat Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

IKLAN
  • Ops yang bermula pukul 8 malam (18 Mac) akan memfokus kepada lokasi tumpuan ramai di seluruh negeri terutama bandar-bandar besar. Fokus adalah untuk menasihati, memberi penerangan serta kefahaman mengenai kepentingan orang ramai untuk patuh kepada perintah ini.
  • Orang ramai diminta mematuhi arahan yang ditetapkan dan tidak mengenakan tindakan seperti yang tertakluk di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
  • Selain itu tumpuan juga akan digerakkan di kawasan orang ramai seperti pusat peniagaan termasuk di kawasan perumahan bagi memastikan orang ramai tidak berada di tempat yang tidak sepatutnya sepanjang tempoh perintah kawalan berkuat kuasa.
  • Ibu pejabat polis daerah di seluruh Selangor juga diarahkan membuat sekatan jalan raya di kawasan masing-masing bagi memastikan tiada orang keluar dari rumah tanpa alasan yang munasabah.

Di Perak pula, Polis Perak meningkatkan rondaan di tempat awam bagi memastikan masyarakat negeri ini mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengekang penularan baharu jangkitan COVID-19.

IKLAN

Duduk Rumah Je Tau! Polis Dah Lancar Ops COVID-19 Supaya Rakyat Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

IKLAN
  • Semua anggota pasukan ini yang berada di 107 balai polis dan 15 Ibu Pejabat Polis Daerah melakukan pemantauan selama 24 jam. Polis Perak juga menempatkan anggota di pintu masuk Pengkalan Hulu di sempadan selatan Thailand yang mula ditutup sejak 10 malam 17 Mac bagi penugasan tertentu.
  • Pintu masuk itu hanya boleh dilalui oleh rakyat Malaysia yang ingin balik ke tanah air dan rakyat negara jiran yang ingin keluar dari negara ini. Rakyat Malaysia yang kembali ke negara ini melalui pintu masuk sempadan itu akan dirujuk kepada agensi berkaitan seperti Jabatan Kesihatan Negeri untuk tindakan lanjut termasuk menjaga kebajikan rakyat Malaysia itu sekiranya mereka perlu dikuarantin.

Sumber: Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI