Nasihat Perjalanan dikeluarkan Amerika Syarikat tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke Sabah, khususnya di kawasan pantai timur.
Menurut Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau pihaknya akan terus berusaha untuk meminta Kedutaan AS untuk mengeluarkan Malaysia daripada Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan pada 9 April yang menyenaraikan negara ini ditanda ‘K’ iaitu mempunyai risiko penculikan dan dijadikan tebusan.
“Ia sebenarnya tidak menjejaskan ketibaan pelancong ke Sabah. Kita harap sangat untuk keluarkan Malaysia dari dalam senarai dan kita sentiasa berusaha meminta Kedutaan AS menarik balik Nasihat Perjalanan tersebut. Seperti yang kita tahu, Sabah dan Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan keselamatan di Pantai Timur Sabah diperketatkan,” katanya ketika merasmikan sesi Keterlibatan dan Jaringan Tourism Malaysia bersama pengiat industri pelancongan Sabah.
Ads
Beliau berkata pada masa ini kehadiran pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan, dan masih ramai yang ingin datang berkunjung ke negeri itu khususnya di pantai timur negeri itu.
Ads
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau berkata, Tourism Malaysia turut mengadakan Program Jelajah bersama media dan selebriti terkenal seperti Alif Satar bagi menerokai dan mempromosi beberapa tempat menarik di pantai timur Sabah seperti Menara Kayangan Lahad Datu, Regatta Lepa-Lepa Semporna, Tawau, Pulau Bum-Bum dan Pulau Bohey Dulang. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Tourism Malaysia bagi memperkukuhkan industri pelancongan domestik dan menggalakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020.
Ads
Tourism Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya kehadiran 4.5 juta pelancong ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Para penggiat industri pelancongan Sabah turut digalakkan untuk memberi kerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menghasilkan pakej pelancongan menarik, dan kreatif bagi merancakkan lagi sambutan Visit Malaysia 2020. Majlis itu yang diadakan antara lain bertujuan membincangkan hala tuju dan kaedah promosi efektif bagi menjana kedatangan pelancong ke Sabah dihadiri 300 pengiat pelancongan Sabah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Budapest adalah antara Kota Eropah yang tercantik. Budapest merupakan gabungan dua nama kota iaitu Buda dan Pest yang dipisahkan oleh Sungai Danube. Dua kota ini disambungkan oleh jambatan yang dikenali sebagai Chain Bridge. Bandar Pest lebih mendatar berbanding Kota Buda yang sedikit berbukit-bukau. Ternyata Pest lebih sibuk dan padat berbanding Buda.
Budapest masih memelihara reka bentuk warisan bangunan lamanya. Tarikan utama Budapest semestinya bangunan Parlimen Hungary yang merupakan Parlimen ketiga terbesar di dunia. Seni bina arkiteknya begitu mempesonakan seperti sebuah istana. Disebabkan itu Budapest sentiasa menjadi pilihan pelancong untuk datang.
Namun ada berita duka dari Budapest yang diterima. Untuk tarikh hari ini, sekurang-kurangnya tujuh warga Korea Selatan disahkan maut. Menurut pihak berkuasa Hungary dan Korea Selatan, selain pelancong yang maut, tujuh mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital dalam keadaan stabil.
Manakala masih ada baki 19 yang lain dilaporkan hilang apabila sebuah bot persiaran yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong karam di Sungai Danube, Budapest. Seramai 33 warga Korea berada dalam bot persiaran terbabit yang turut membawa dua anak kapal warga Hungary.
Bot yang dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah bot lain pada kira-kira jam 10 malam waktu tempatan semalam. Insiden berlaku berhampiran bangunan Parlimen yang terletak di tengah ibu kota Hungary.
Operasi mencari mangsa yang hilang dilakukan sepanjang malam dengan bantuan penyelam. Namun hujan lebat sejak permulaan Mei lalu menyebabkan paras air naik sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.
Bot karam tersebut kemudian ditemui beberapa jam selepas pencarian di sepanjang Jambatan Marguerite yang menghubungkan bandar lama Buda dengan daerah Pest. Ekoran insiden terbabit pihak berkuasa kini menutup laluan ke lokasi nahas.
Presiden Moon Jae-in dilaporkan mengerah segala sumber yang diperlukan bagi membantu melancarkan operasi menyelamat, petugas kedutaan Korea Selatan turut bekerjasama dengan pasukan kecemasan. Sementara itu, Menteri Kesihatan Hungary, Ildiko Horvath yang melawat lokasi insiden menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Syarikat pelancongan Korea yang diupah untuk membawa kesemua mangsa dari Korea itu ke Budapest turut memohon maaf kepada keluarga mangsa yang terlibat atas kejadian kemalangan maut itu.
Kerajaan Negeri Sarawak memutuskan untuk menyekat kemasukan rakyat China ke negeri itu berkuatkuasa serta-merta bagi mengekang penularan Novel Koronavirus ke negeri Sarawak.
Perkara terkini itu diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Opengu. Keputusan dibuat selepas perbincangan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak
**media[136567]**
"Penyakit tidak hanya di Hubei, sekarang telah merebak di tempat lain di negara China. Bermakna kita terpaksa membuat keputusan seperti tempat lain untuk tidak membenarkan mereka untuk datang ke Sarawak ketika ini," jelas Abang Johari.
Untuk rekod sebanyak lapan kes disyaki Koronavirus dikesan di Sarawak, namun enam daripadanya disahkan negatif manakala dua lagi masih tunggu laporan ujian makmal.
Ini bukan iklan berbayar ya. Admin tumpang seronok baca pengalaman seorang wanita yang mempunyai keluarga orang kurang upaya dilayan begitu baik ketika menggunakan khidmat penerbangan tambang murah untuk bercuti di Langkawi.
Perkongsiannya telah mendapat reaksi positif daripada netizen yang tidak kurang juga ada yang kongsikan pengalaman serupa pada ruangan komen wanita ini di facebook Izah Noor
Salam..
Sebenarnya dah byk hari nak share benda baik ni…(nak2 insan2 yg ada keluarga OKU dan ingin membawa mereka bercuti), tapi disebabkan kekangan waktu,apa yg ingin saya tulis/sharekan jadi tertangguh.Mana yg sdh tahu baguslah,mana yg belum tahu dijempot membaca…
Last week saya ke Langkawi dgn adik beradik perempuan dan pasangan.Sdh sgt lama merancang sebenarnya dan ini adalah salah satu ‘impian’ adik ipar saya yg OKU ingin ke Langkawi (tiada kaki sebelah akibat jangkitan kuman).Maka saya berusaha dgn sehabis daya utk merealisasikan impiannya.
Sila select ADD WHEEL CHAIR!ini penting jika anda membawa OKU yg bermasaalah utk bergerak...
.
Sebelum pergi rasa risau juga kerana di samping tdk bolih berjln,fizikalnya agar besar juga.Yg pergi pun semuanya dah ada penyakit..siapalah yg nak angkat dan tolak dia,turun tangga kapalterbang dll disana nanti,itu saja yg saya fikirkan.Apapun saya nekad dan berserah.
Langkah pertama saya ialah booking flight tiket AirAsia.Tepatlah slogan AA ni everyone can fly,kami pun rakyat marhaenkan.Rezeki saya dan group bawa OKU dapat tiket RM26.00 PERGI BALIK!Saya ulang RM26.00 return !Saya terus add ‘WHEEL CHAIR” (sila rujuk gambar pertama).WAJIB add wheel chair masa booking ok jika uollss memerlukan supaya semuanya masuk dlm system AA.Jgn pandang remeh dan fikir disetiap Airport sdh tersedia semuanya!uollss mungkin hadapi kesulitan dan servis tdk sepantas yg diharapkan dibanding dgn persediaan awal kita sewaktu booking!
Terima kasih staf AA dikaunter Langkawi airport.sgt berdidikasi dan cekap.saya bagi 5 bintang.
Bermula di KLIA 2 pagi itu layanan sgt baik.Tersedia sdh wheel chair,disediakan seorg staff utk menolak hingga ke boarding area tapi kami tolak kerana salah seorg dari kami bersedia utk menolaknya.Tiba waktu utk masuk kedlm flight dia org pertama ditolak kedlm dan diluar dugaan saya adik ipar saya suami isteri diberikan HOT SEAT oleh AA.Sesuatu yg saya tdk duga lansung.Alhamdulillahh.Saya sendirri bertahun tahun saya jadi customer AA,beribu ribu RM saya booking tiket utk customer tdk pernah pun saya dpt Hot seat .
Tiba kami di airport Langkawi satu hal yg mendebarkan saya.Tangga sungguh tinggi utk turun kebawah,memang mustahil utk dia lakukannya.Staff AA minta kami semua turun dahulu dan minta tinggalkan adik ipar saya diatas.Saya duga pramugara dan kapten akan angkat dia ramai2 utk turun tapi sangkaan kami meleset….
Dari jauh saya lihat satu jentera yg saya panggil ‘skylift’ menuju arah flight yg saya naiki.Fuyooo…adik ipar saya turun naik skylift.Dahsyat sungguh…Bertungkus lumus saya lihat petugas2 AA membantu dia.Turun saja dari skylift ,kerusi roda sdh sedia menanti!Terbaik sungguh servis AA pada OKU yg saya sgt tdk sangka sama sekali,memandangkan tiket promo yg kami dpt sgt2lah murah dan mcm tdk berbaloi dgn servis yg kami dpt…
(lihat gambar2 staff AA bertungkus lumus mengendalikan OKU utk masuk ke Skylift)
Waktu balik dari Airport Langkawi juga saya mendpt servis yg sama.Bermula dikaunter, saya mendpt layanan dari staff wanita AA yg sgt baik,berdidikasi,mengutamakan OKU dan berkumunikasi dgn sopan walau waktu itu org terlalu ramai dikaunter!Dapat HOT SEAT juga waktu balik utk 2 org.Tahniah utk beliau kerana berjaya mengawal emosi walau waktu itu customer utk flight ke Singapore terjerit jerit kpd beliau kerana nak cepat process check in!
Ini pengalaman yg saya lalui, mungkin uolls juga ada pengalaman yg berbeza.Rezeki kita masing2 tak sama.Apapun saya sgt bersyukur dgn yg saya lalui ini.Misi membawa OKU bercuti berjaya dan mendpt servis yg terbaik lagi… TO Airasia, OKU can fly dgn selesa!.
Di kesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kpd Air Asia dan semua staff nya yg di KLIA 2 dan Langkawi atas kerjasama yg sgt PADU dan TERBAIK sewaktu percutian saya bersama keluarga dan OKU pada 11 -13 Nov yg lalu.Hanya Allah yg dpt membalas semuanya.
Sampai di KLIA tersedia wheel chair dan staff yang mengiringnya..
Satu pesanan saya, JGN LUPA select WHEEL CHAIR (jika membawa OKU masalah pergerakan )waktu uolls sdg jlnkan kerja BOOKING MEMBOOKING flight ticket (FOC) ,jika tidak mahu kesulitan waktu dlm perjlnan.
Terima kasih bagi pihak family
Thank You Air Asia
Izah Noor
AK 6312 KLIA -LANGKAWI (11/11/19)
AK 6329 LANGKAWI -KLIA l13/11/19)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...