Selalunya, bila anda keluar bercuti, anda suka percutian yang macam mana? Percutian yang menenangkan? Percutian yang lasak dan mencabar? Atau Percutian yang lain daripada lain?
Kalau anda sukakan percutian yang lain daripada lain, Libur boleh cadangkan anda untuk bercuti ke Sulawesi, Indonesia. Sebab ada satu lokasi percutian di sana yang cukup ‘istimewa’. Betul-betul lain daripada lain dan hanya yang traveller yang berani sahaja sanggup untuk datang bercuti ke sini.
Sebab apa Libur kata macam tu? Jom sama-sama kita baca satu perkongsian daripada Alisa Omar sebab apa Libur katakan lokasi di Sulawesi ini adalah percutian yang lain daripada lain. Seram~
Memang sengaja aku simpan pengalaman aku masuk gua sempit dan gelap di Kuburan Batu Londa. Bila nak masuk senja sikit, baru best kita share. Baru feeling tu real sikit.
Anyway, Londa ni salah satu dari kuburan batu yang digunakan oleh keluarga dari keturunan para bangsawan untuk kebumikan orang tersayang.
Jaraknya tak jauh dari bandar Toraja, dalam 6km saja. Aku amek ojek dari hotel pon baru IDR20,000 sehala. Entrance fee IDR 30,000 untuk pelancong antarabangsa.
Tapi aku hanya perlu bayar IDR15,000 (entrance fee domestik) sebab aku boleh berbahasa Indonesia pekat. So diorg kira halal-balal je. Haha.
Londa ni terbahagi pada 2 bahagian. Bahagian luar dan dalam gua. Bagi yang setakat ingin tgk dari luaran, ada susunan keranda serta keranda kuno digantung di dinding gua. Ada juga beberapa papan kadbod dengan ucapan dukacita di atas kehilangan orang tersayang.
Bagi yang lebih keras hati dan inginkan adventure, boleh cuba masuk dan terokai guanya. Dengan syarat, anda bawak lampu suluh sendiri atau sewa lantern (IDR50,000) sebab dalam guanya memang sempit gelap-gelita.
Ads
Boleh cuba VR (Virtual Reality) yang aku rekod supaya anda dapat imagine rasanya macam mana. Terus terang aku kata, dalam gua memang angker gila!
Masuk-masuk saja, bukan setakat kena greet dengan lebih banyak keranda yang disusun dalam tu, tapi tengkorak dan ketulan tulang manusia diletakkan di segenap sudut gua.
Kalau masuk lagi ke dalam, ada kerandanya yang dah pecah atau patah sebab dimakan kelembapan di dalam gua granite. So do expect mayat si mati berada dalam keadaan terkeluar dari kerandanya.
Ads
Tapi overall, Londa bagi aku memang best. Rugi kalau datang Toraja tak tengok orang mati
Upacara pemakaman suku Toraja.
?TRIVIA?
Suku Toraja adalah suku yang menetap di kawasan pergunungan utara Sulawesi Selatan dan suku ini terkenal dengan adat mereka yang unik dan masih terjaga sejak sekian lama seperti ritual pemakaman mayat suku mereka yang meninggal dunia.
Macam mana? Berani nak ke sana? Kawasan ini bukan rumah hantu tau. Semua tengkorak yang anda lihat dalam gambar adalah tengkorak orang yang sebenar, bukan di buat-buat. Berani tak nak melancong ke sini? Haha
Kepada anda yang nak ke lokasi seperti yang dikongsikan oleh Alisa Omar ini, anda boleh terbang ke Sulawesi dan tuju ke Lapangan Terbang Pongtiku. Lapangan Terbang Pongtiku ini antara lapangan terbang yang paling hampir dengan Gua Perkuburan Londa.
Kalau anda dah sampai ke sana, jangan lupa tag Libur. Nak tahu juga apa kisah ‘menarik’ sewaktu anda kunjung ke sana. Hahaha ?
Upacara pemakaman suku Toraja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Malaysia umumnya mengetahui mengalami cuaca beriklim khatulistiwa, namun itu tidak menjadi alasan untuk anda berpeluang merasai percutian bersuhu sejuk yang mendamaikan.
Cameron Highlands, Pahang merupakan pilihan warga tempatan yang suka akan kedamaian dan suhu yang sejuk. Pengunjung tidak perlu risau tentang penginapan di sini. Terdapat banyak resort dan hotel daripada status mewah hingga bajet yang boleh dipilih mengikut kemampuan.
Kalau di Switzerland ada penginapan iglu diberi nama ‘Whitepod’, di Cameron Highland juga ada. Jom baca perkongsian Nawal Yasmin cadangan tempat penginapan terbaru yang unik serta istimewa di tanah tinggi Cameron Highland.
Cuba teka kiteorg kat mana ni?
3 hari 2 malam duduk dekat sini serious lupa diri. Memang feeling die mcm dekat oversea sebab sejukkkkkk sangat!! Ni dekat Malaysia je ok! Dekat Cameron Highland Kiteorg tak prepare baju tebal sbb rasa cameron je kann.. last time pegi x la sejuk sangat. Hahaha mmg silap langkah! Dekat tempat ni dekat dengan Mossy Forest, the highest mountain in Cameron! Mmg beku rasa duduk sana!
Nawal nak review tempat ni seikhlas hati sbb i think you guys should try something new! Budak budak ni happy sangat sampai tak nak balik! Mind you kat sana takde tv ok. So kiteorg dh prepare mcm mcm toys, art and craft activities in case dieorg boring tapi x guna pon semua. Sbb dieorg suka main kat luar tgk snail, main buaian etc
Rinduuuu!!! Cantik sangat dome ni. Dalam dome ada sediakan kettle and mug untuk buat air panas. Kalau nak masak2 boleb pegi kat pantry dieDalam dome ni ada hammock so mmg suka la budak2 ni main bilik sangat selesa cuma sejukkkkkLook at the view! cuba imagine bangun tdo with this view Jangan risau ada langsir kalau nak privacyTu kiri tu toilet die. Berdepan dengan pintu masuk dome. Parking kereta kat belakang Dome yg kiteorg duduk. Dome 1Dekat sini ada 3 Dome sahaja. 2 dome katil Queen + Hammock. Dome yg ke 3 hujung sekali tu ada bunk bed x 2 so boleh muat 4 org. Kiteorg nak book yg tu actually tapi fully booked of course! Tempat die makin famous skrgNi masa last day before check out. Kiteorg lepak kat luar walaupon sejukkkk sgt sbb nnt akan rindu moment niWalaupon dekat luar, toilet die 2 tapak je dr pintu dome. So x la takot sgt. Setiap dome ada satu toilet. And yess ada water heater! Thank godMasa sampai takde hammock. Maybe die lupa letak. So kiteorg request hammock hence 2nd picture baru ada gambar hammock.
Tempat ni nama die A’moss Farmstay dekat dengan Sg Palas Boh. Jalan nak masuk die mmg agak mencabar la sbb kecik sangat2! Nawal ada upload gambar jalan die. Hehe tapi first fime je rasa takot. Lepas tu dah dapat tangkap mcm mana nak jalan kat situ dh ok dah Ruban, owner A”moss ni sangat la baikk! Siap amik kiteorg and escort lagi awal2 tu. Siap buat test drive lagi
Sampai je dekat Dome ni, ya Allah terpegun tengok view die. Nampak ladang ladang sayur semua. Dengan kabus tebal nya.. mmg betul2 unforgettable experience!
Nanti Nawal akan review dekat each picture apa yang ada and tips untuk yang nak pegi san, harga per night dan nak booking mcm mana. Memang highly recommended! Ni bukan paid review ok. Ni mmg review seikhlas hati sbb happy sangat jumpa tempat ni!
Potong bahan2 dengan view mcm tu tak terasa penat pon berdiri. Hahaha walaupon tgn nk beku sbb air sejukkkNi gambar dr jauh pantry so korang ada basic idea apa nak buat kat sana nntBreakfast! Dekat pantry ni ada fridge, basic cooking utensil, oven..kalau korang nak bawak sendiri pon boleh. Cameron je kann. Bukan nak kena angkut naik flightTime ni tgh buat steamboat. Kat luar dome steamboat je boleh. Kalau nak grill kena buat dekat pantryMakan sup panas panas masa tengah sejuk ni mmg layannnn
Thank you Ruban for accommodating our request. Macam macam kiteorg tanya itu ini Very friendly and you and your place deserve 5 star review! A’moss Farmstay. Korang boleh book dekat Agoda, Booking.com atau Airbnb harga range RM200-RM220/night.
Ni la jalan nak masuk ke A”moss farmstay kereta kiteorg besar sikit so bila lalu tu mmg kiri kanan tu elok2 je. Org nak lalu pon x muat. First time tu mmg takot jugak. Tapi bila dah lalu kali ke 2 dah confident sikit. Kalau korang takot nak drive, ruban ada sediakan transport jugak. RM35-40 untuk 2ways. Boleh park kat Nova. Nnt die akan amik kat situ.
Night view Ada yang comment tanya pasal safety kalau pergi girls only. Good question sbb mmg dome die zip sahaja. Xde lock. Time kiteorg pegi nasib baik bawak S hook. So kita hook kan zip dekat lantai. Actually mmg ada tempat untuk lock tapi dieorg x sediakan maybe sbb takot tersadung. So kalau korang nak pegi, bawak pad lock siap2 ok.
Flameless candles yang kiteorg bawak sendiri. (Battery operates) Kena mintak permission dulu tau kalau nak bawak any decoration.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Abraj Al-Bait Towers juga dikenali sebagai ‘Makkah Clock Royal Tower (Menara Jam Diraja Mekah) merupakan bangunan ikonik di Kota Suci Mekah yang dikagumi ramai. Tapak bangunan Abraj Al-Bait Towers terdiri daripada premis kediaman, hotel dan mempunyai 7 menara gergasi terletak di seberang jalan ke selatan dari pintu masuk ke Masjidil Haram yang menempatkan Kaabah.
Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.
Terbaharu, Menara Jam Diraja Mekah ini membuka satu lagi tarikan menarik kepada pengunjung iaitu Clock Tower Museum ( Muzium Menara Jam) kepada umum bermula 6 Mei 2019 iaitu awal Ramadhan lalu. Muzium ini ditempatkan di aras empat tingkat teratas Menara Jam Diraja Mekah. Setiap tingkat mempunyai konsep berlainan seperti info tentang alam semester, galeksi, kewujudan matahari dan bulan, cara mengukur masa, info jam raksasa dan kawasan untuk menikmati pemandangan indah Masjidil Haram.
Sebuah keluarga rakyat Malaysia yang kini menetap di Mekah berkongsi di laman sosial pengalamannya sekeluarga ketika mengunjungi muzium ini sebaik sahaja di buka kepada umum.
Dah lama saya ‘mengidam’ nak naik clock tower ni. Alhamdulillah.. akhirnya dibuka kepada umum ramadan ini. Malam tadi, saya mengambil peluang keemasan ini untuk pergi ke museum ini. Masha Allah memang berbaloi sangat walaupun harga tiket agak mahal iaitu 150sr untuk seorang.
Tempat beli tiket di dalam Abraj Al Bait Mall level ground floor.
Memandangkan kanak-kanak bawah 7 tahun tidak boleh masuk, jadi hanya saya, Rania & Rasyad yang masuk. Muzium di buka sepanjang bulan ramadan sahaja tau. Jadi sesiapa yang dah berada di Makkah ataupun menetap di kawasan sekitar bolehlah mengambil peluang ini!
Pintu masuk di level p9
Dapat alat audio ini.. setkan dalam bahasa english.. jadi dapat dengar penerangan dalam bahasa english nanti. Apa yang buat saya betul-betul impress adalah setiap penerangan akan dimulakan dengan ayat alquran yang berkaitan.
Masha Allah kita nampak jelas akan aturan Allah yang telah tercatat di dalam alquran dengan kejadian alam semesta. Boleh faham akan kaitannya di situ nanti. Pastinya kita tidak akan jumpa di mana-mana museum yang lain.
Ada 4 tingkat semuanya:
1st floor : Exhibition tentang Jam Besar Makkah.. sejarah serta proses pembuatan jam ini. Di floor ini juga ada view deck di mana kita boleh melihat Makkah dari menara jam ini. Masha Allah cantik sangat view dari sini. Biasanya tengok menara jam dari rumah, kali ini dapat betul2 berada dekat dengan jam gergasi makkah ini!
2nd floor: Exhibition tentang Time Measurement.
3rd floor: Exhibition tentang The Sun, Earth & Moon
4th floor: Exhibition tentang The Universe
Ada dua opening hours sepanjang bulan Ramadan ini iaitu:
1pm-6pm
10pm- 2am
Saya naik selepas habis terawih time di masjidilharam lebih kurang jam 11.30 malam tadi.
Bagi mereka yang inginkan suasana yang santai, dan unik, pilihan resort atau hotel terapung atas air menjanjikan pengalaman berbeza buat seisi keluarga.
Ini ada idea penginapan atas air yang boleh anda pilih untuk percutian seterusnya.
Grand Lexis Port Dickson
Sebuah hotel yang memberikan anda privasi yang diimpikan, siapa yang tak pernah berangan untuk memiliki kolam renang sendiri kan? Di sini, impian anda menjadi kenyataan. Setiap bilik disediakan kolam renang untuk anda nikmati tanpa sebarang gangguan. Grand Lexis antara hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa.
Lexis Hibiscus Port Dickson
Seperti Grand Lexis, Lexis Hibiscus juga menyediakan kolam renang dalam setiap bilik yang ditawarkan. Ia menjadi tarikan utama yang sangat istimewa buat tetamunya. Dari pandangan atas, Lexis Hibiscus bagaikan sekuntum bunga raya mekar di Selat Melaka. Kala senja, sorotan lampu pada setiap vila menampakkan lagi keunikan bentuk hotel terapung ini yang menjadi tumpuan bukan saja pelancong dalam negara malah seluruh pelosok dunia. Air pancut setinggi 100 meter yang tertinggi di Malaysia dengan pencahayaan memukau pada waktu malam sangat mempesonakan dapat disaksikan pada waktu malam.
Pangkor Laut Resort
Terletak di Pulau Pangkor, Perak, untuk sampai ke resort ini pengunjung perlu menaiki bot laju yang disediakan daripada Marina Island Pangkor yang mengambil masa selama 15 minit. Jauh daripada sebarang gangguan bunyi dan udara kerana lokasinya yang dikelilingi taman tropika dan laut. Resort ini juga sesuai untuk anda yang ingin berbulan madu bersama dengan yang tersayang.
Avani Sepang Gold Coast
Penginapan ini terletak di Sepang, dan terasa cukup mewah dengan kemudahan spa, pusat kecergasan dan kolam renang infiniti yang disediakan. Dikelilingi pemandangan laut yang indah terutama pada waktu matahari terbenam.
Avillion Port Dickson
Resort yang terletak di Port Dickson ini bukan sahaja menawarkan kemudahan spa, sauna dan kolam renang, malahan, anda juga boleh melawat ladang rempah-ratus dan melihat pelbagai spesies burung. Reka bentuk di sini juga sangat unik umpama berada di lokasi luar negara.
Mabul Water Bungalow
‘The best dive bases in the world,’ itulah jolokan yang diberikan kepada tempat penginapan yang terletak di perairan Pulau Mabul, Sabah ini. Kejernihan airnya menjadikan aktiviti menyelam atau snorkel sangat menyeronokkan. Bilik-bilik di Mabul Water Bugalow juga agak luas dan memiliki reka bentuk tradisional, tapi tetap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden.
Pom Pom Island Resort
Terletak di Pulau Sipadan, lebih kurang 50 minit daripada jeti Semporna, resort ini merupakan tempat pemuliharaan penyu selain menawarkan pemandangan yang sangat indah kepada para penginap. Dari jeti resort anda dapat melihat penyu dan pelbagai spesis ikan dengan begitu jelas. Kalau suka aktiviti yang mencabar, boleh mendaki bukit di Pulau Bohaydulong yang terletak tidak jauh dari resort.
Sipadan Kapalai Water Village Resort
Sipadan Kapalai Water Village terletak di Semporna, Sabah. Reka bentuk penginapan ini berkonsepkan reka bentuk rumah masyarakat Bajau. Antara aktiviti yang disediakan di resort ini adalah seperti berkayak, menyelam dan snorkel.
Berjaya Langkawi Resort
Berlatarbelakangkan hutan hujan yang kaya dengan hidupan liar, resort ini pilihan terbaik jika berkunjung ke Pulau Langkawi.
St Regis Langkawi
Berkonsepkan hotel mewah di Langkawi, St Regis menawarkan pemandangan matahari terbenam yang indah. Terletak berdekatan dengan keindahan hutan hujan yang menghijau, serta dikelilingi keindahan laut Andaman yang memukau. Hotel ini menyediakan aktiviti air yang menarik seperti snorkeling dan scuba diving untuk anda mencipta memori indah bersama keluarga.
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...