Bila menyebut tentang pulau di Terengganu, mungkin anda akan terus terbayangkan Pulau Perhentian.
Namun tahukah anda Pulau Kapas juga tidak kurang juga hebatnya!
Pulau Kapas terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung.
Ads
Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang merujuk kepada pokok kapas itu menjadi destinasi pelancongan wajib singgah di Terengganu.
Ads
KEINDAHAN PULAU KAPAS
Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang. Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat.
Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.
Ads
Aktiviti selam snorkel sangat digalakkan untuk dilakukan di Pulau Kapas. Tidak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, selam snorkel di kawasan pesisir pantai sudah memadai untuk melihat ikan-ikan comel berenang.
Boleh dikatakan penginapan di Pulau Kapas semuanya merupakan resort atau chalet bajet. Maka ia membantu menjimatkan lebih wang poket anda.
Tarikan utama yang ada di Pulau Kapas adalah mendaki Bukit Singa dan Batu Berakit. Pengalaman berada di puncak tertinggi di bukit ini tidak harus dilepaskan oleh pengujung Pulau Kapas.
Jom masuk pulau!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Palawan kaya dengan alam semula jadi, pantai yang indah, kawasan terumbu karang dan tumbuh-tumbuhan unik serta keramahan penduduknya. Banyak destinasi menarik boleh dilawati di wilayah Pulau Palawan. Semestinya ini menjadi lokasi percutian yang sempurna dan destinasi ideal untuk anda.
Destinasi wajib dikunjungi jika ke Pulau Palawan adalah:
Puerto Princesa
Honda Bay
Bagi penyelam yang mahu menikmati keindahan dunia laut dan bersantai di tepi pantai, Teluk Honda adalah destinasi pelancongan perdana di Pulau Palawan. Teluk Honda sesuai untuk aktiviti berenang dan menyelam kerana perairannya cetek dan mempunyai banyak kawasan terumbu karang unik yang memukau pandangan.
Pandan Island
Satu daripada tempat menyelam yang terkenal adalah Pulau Pandan yang mempunyai terumbu karang yang cantik dan mudah dilihat kerana air lautnya jernih kebiruan. Selepas penat mengembara di dasar laut, tidak lengkap jika tidak merasai masakan makanan laut di Pulau Pandan yang dimasak oleh penduduk tempatan, termasuk sayur segar dan buah-buahan tempatan.
Cowrie Island
Anda juga boleh berehat sebentar di Pulau Cowrie yang menyediakan restoran dan perkhidmatan urutan badan serta kaki selain aktiviti rekreasi air.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebuah hotel dikenali sebagai Hachijo Hotspring Hotel di persisiran pantai Jepun ditelan alam semula jadi sejak ia ditinggalkan lebih 20 tahun lalu. Menurut sumber, kemungkinan hotel usang ini merupakan hotel yang agak mewah sekitar dua dekad lalu dan menjadi pilihan ramai kerana lokasinya yang begitu menarik.
Seorang pengembara Belanda, Bob Thissen bersama rakan-rakannya sempat singgah untuk melawat Hotel Mata Air Panas Hachijo itu yang pernah menjadi destinasi pelancongan popular di sebuah pulau tropika di luar perairan Tokyo.
Hotel itu ditutup selepas muflis dua dekad lalu. Cuaca lembap mengakibatkan bangunan tersebut lebih cepat nampak usang dengan bahagian dalamnya dilitupi paku-pakis dan lumut. Kolam renang yang besar menjadi perhatian kerana walaupun usang, ia dilihat mempunyai daya penarik. Jika dalam keadaan baik, kolam renang ini pasti menjadi tumpuan tetamu hotel ini.
Kalau anda berani boleh la lihat dengan teliti setiap keping gambar ini. Anda akan dapati ada beberapa entiti disebalik beberapa keping gambar yang disiarkan.
Ketika meneroka bahagian dalam hotel itu baru-baru ini, Thissen menemui sebuah konsol permainan video lama, telefon dan anak patung haiwan menyeramkan. Di dalam sebuah bilik permainan pula dia menemui lebih 12 mesin arked. Lelaki itu turut menemui sebuah piano diselaputi debu tebal yang separa berfungsi.
Walaupun sudah lebih 20 tahun ditinggalkan, mereka kagum kerana banyak peralatan dan perkakasan yang ditinggalkan masih dalam keadaan baik dan tidak reput. Mungkin kerana pembuatannya daripada negara Jepun yang memang diketahui sangat tahan lama.
Jika hotel ini dibangunkan dan dibaikpulih semula tidak mustahil destinasi ini akan menjadi tumpuan ramai kerana lokasinya yang begitu strategik menghadap laut yang luas.
Ketika membayangkan Jakarta… kita berfikir tentang kota metropolitan yang sesak dengan pelbagai kenderaan serta hal-hal lain yang kurang selesa untuk dinikmati.
Selepas mengikuti program Familiarization Trip (Famtrip) Jakarta, anjuran Dinas Parawisata (Jabatan Pelancongan) dan Kebudayaan Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta dengan kerjasama Bahagian Penerangan, Sosial dan Kebudayaan, Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur (KBRI), ternyata banyak destinasi menarik yang indah untuk dinikmati.
Slogan Enjoy Jakarta ialah penjenamaan semula untuk menjadikan Jakarta kota kosmopolitan yang penuh pesona dan dinamik.
Masjid Istiqlal. – Destinasi awal adalah Masjid Istiqlal yang bermaksud Masjid Merdeka. Ia salah satu ikon Indonesia. Dibangun sejak tahun 1951.Lokasi masjid ini amat strategik, iaitu di Jalan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. Selain sebagai tempat ibadah yang boleh menampung sehingga 200 ribu jemaah dalam satu masa.
Bangunan lima tingkat ini bergaya seni bina moden. Dinding dan lantainya dilapisi batu marmar, serta dihiasi ornamen geometri terbuat daripada besi waja tahan karat. Yang paling memukau dan boleh dilihat daripada puncak Tugu Monas, tentunya kubah besar yang seumpama mahkota dengan keluasan 45 meter dan 12 tiang besar penopangnya.
Di sini tersimpan bedug gergasi yang panjangnya tiga meter, dengan berat 2,3 tan, bahagian hadapan bersaiz dua meter, bahagian belakang 1,71 meter. Bedug terbuat dari kayu meranti merah (shorea wood) dianggarkan pokok tersebut berusia 300 tahun yang diambil dari hutan belantara Kalimantan Timur, kemudian disimpan menggunakan bahan pengawet.
Monumen Nasional (Monas) – Monumen Nasional (Monas) antara senarai destinasi yang ingin dilawati . ‘Land Mark’ yang paling terkenal ini adalah tugu peringatan setinggi 137 meter, didirikan sebagai mengenang suka duka perjuangan rakyat Indonesia untuk merebut kemerdekaan dari penjajahan Belanda. Pembangunan monumen ini dimulai pada 17 Ogos 1961 semasa Presiden Sukarno dan dibuka secara rasmi pada 12 Julai 1975.
Galeri Indonesia Kaya Grand Indonesia – Galeri Indonesia Kaya berlokasi di lantai 8 West Mall Grand Indonesia ini, anda sekeluarga boleh belajar tentang kebudayaan Indonesia. Mulai dari alat muzik tradisional, permainan tradisional, baju adat hingga makanan tradisional.
Kawasan Kota Tua – Jika ingin merasakan suasana Belanda atau mengetahui sejarah Jakarta, inilah tempatnya. Terletak di kawasan Kota Tua yang bersejarah, terdapat Muzium Fatahillah. Antara paling menarik perhatian di muzium sejarah ini adalah koleksi perabot abad ke 18 dan foto-foto para Gabenor Jenderal Belanda masa lalu.
Ancol – Taman Impian Jaya Ancol atau lebih dikenal dengan Ancol, tempat rekreasi keluarga paling terkenal dan terbesar di Jakarta. Berlokasi di Jakarta Utara dan bersempadan langsung dengan laut, Taman Impian Jaya Ancol mempunyai lima destinasi pelancongan utama iaitu Pantai, Dufan, Sea World, Ocean Dream Samudera dan Atlantis Water Adventure.
Taman Mini Indonesia Indah (TMII) – TMII sangat popular bagi masyarakat Indonesia.
Antara yang kami singgah di sini, Rumah Adat Minangkabau, Sumatera Barat dan rumah adat Jawa Barat. Di sini kami sempat merasakan keenakan makanan khas betawi, kerak telur. Selain melihat cara pembuatannya melalui pedagang kaki lima yang diberikan tempat di sini, makanan kerak telor khabarnya juga punya sejarah panjang, sejak zaman penjajahan Belanda.
Shopping di Tambrin City – Membeli-belah di Tambrin City menjadi satu kemestian . Letaknya di tengah-tengah kota Jakarta membuat akses ke pusat perbelanjaan ini menjadi mudah.
Kami dibawa menyaksikan Indonesia Drum & Perkusi Festival 2017 di Taman Ismail Marrzuki. Melengkapi trip, kami makan malam di Cloud Lounge and Living Room. Rooftop ini unik kerana membolehkan anda melihat keindahan malam kota Jakarta seperti jalan Sudirman dan Tambrin.
Hotel Borobudur – Pengurusan Hotel Borobudur tempat kami menginap, membawa kami melawat persekitaran hotel yang indah. Hotel 12 tingkat yang mempunyai 695 bilik ini dinamakan sempena nama Candi Borobudur, peninggalan sejarah kebanggaan Indonesia. Membentang di 23 hektar dilengkapi taman tropika, serta fasiliti rekreasi yang luas.
Muzium Tekstil – Di Muzium Tekstil selain menemui pelbagai kain tradisional, anda boleh cuba membatik. Muzium ini juga mempamerkan peralatan batik dan tenun dari pelbagai daerah di Indonesia.
Selepas puas membatik, kami diajak singgah di Pineng Bistro, makan tengah hari di restoran bercita rasa Malaysia sebelum kembali ke airport meneruskan perjalanan pulang. Enjoy Jakarta… perjalanan yang mempesona.
Pengalaman oleh : AHMAD YANI ABD MANAF
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...