Ketika membayangkan Jakarta… kita berfikir tentang kota metropolitan yang sesak dengan  pelbagai kenderaan serta hal-hal lain yang kurang selesa untuk dinikmati.

Selepas mengikuti program Familiarization Trip (Famtrip) Jakarta, anjuran Dinas Parawisata (Jabatan Pelancongan) dan Kebudayaan Daerah Khusus Ibukota (DKI) Jakarta dengan kerjasama Bahagian Penerangan, Sosial dan Kebudayaan, Kedutaan Republik Indonesia Kuala Lumpur (KBRI), ternyata banyak destinasi menarik yang indah untuk dinikmati.

Slogan Enjoy Jakarta ialah penjenamaan semula untuk menjadikan Jakarta kota kosmopolitan yang penuh pesona dan dinamik.

Jom Enjoy Di Jakarta Yang Mempesonakan!

Masjid Istiqlal. – Destinasi awal adalah Masjid Istiqlal yang bermaksud Masjid Merdeka. Ia salah satu  ikon Indonesia.  Dibangun sejak tahun 1951.Lokasi masjid ini amat strategik, iaitu di Jalan Medan Merdeka, Jakarta Pusat. Selain sebagai tempat ibadah yang boleh menampung sehingga 200 ribu jemaah dalam satu masa.

Bangunan lima tingkat ini bergaya seni bina moden.  Dinding dan lantainya dilapisi batu marmar, serta dihiasi ornamen geometri terbuat daripada besi waja tahan karat. Yang paling memukau dan boleh dilihat daripada puncak Tugu Monas, tentunya kubah besar yang seumpama mahkota dengan keluasan 45 meter dan 12 tiang besar penopangnya.

Di sini tersimpan bedug gergasi yang panjangnya tiga meter, dengan berat 2,3 tan, bahagian hadapan bersaiz  dua meter, bahagian belakang 1,71 meter. Bedug terbuat dari kayu meranti merah (shorea wood) dianggarkan pokok tersebut berusia 300 tahun yang diambil dari hutan belantara Kalimantan Timur, kemudian disimpan menggunakan bahan pengawet.

Jom Enjoy Di Jakarta Yang Mempesonakan!

Monumen Nasional (Monas)  – Monumen Nasional (Monas) antara senarai destinasi yang ingin dilawati .  ‘Land Mark’  yang paling terkenal  ini adalah tugu peringatan setinggi 137 meter, didirikan sebagai mengenang suka duka perjuangan rakyat Indonesia  untuk merebut kemerdekaan dari penjajahan Belanda.   Pembangunan monumen ini dimulai pada 17 Ogos 1961 semasa Presiden Sukarno dan dibuka secara rasmi pada 12 Julai 1975.

IKLAN

Jom Enjoy Di Jakarta Yang Mempesonakan!

Galeri Indonesia Kaya Grand Indonesia – Galeri Indonesia Kaya berlokasi di lantai 8 West Mall Grand Indonesia ini, anda sekeluarga boleh belajar tentang kebudayaan Indonesia. Mulai dari alat muzik tradisional, permainan tradisional, baju adat hingga makanan tradisional.

Jom Enjoy Di Jakarta Yang Mempesonakan!

Kawasan Kota Tua  – Jika ingin merasakan suasana Belanda atau mengetahui sejarah Jakarta, inilah tempatnya. Terletak di kawasan Kota Tua yang bersejarah, terdapat Muzium Fatahillah. Antara paling menarik perhatian di muzium sejarah ini adalah koleksi perabot abad ke 18 dan foto-foto  para Gabenor Jenderal Belanda masa lalu.

Jom Enjoy Di Jakarta Yang Mempesonakan!

IKLAN

Ancol – Taman Impian Jaya Ancol atau  lebih dikenal dengan Ancol, tempat rekreasi keluarga  paling terkenal dan terbesar di Jakarta. Berlokasi di Jakarta Utara dan bersempadan langsung dengan laut, Taman Impian Jaya Ancol mempunyai lima destinasi pelancongan utama iaitu Pantai, Dufan, Sea World, Ocean Dream Samudera dan Atlantis Water Adventure.

Jom Enjoy Di Jakarta Yang Mempesonakan!

Taman Mini Indonesia Indah (TMII) – TMII sangat popular bagi masyarakat Indonesia.
Antara yang kami singgah  di sini, Rumah Adat Minangkabau, Sumatera Barat dan rumah adat Jawa Barat. Di sini kami sempat merasakan keenakan makanan khas betawi, kerak telur. Selain melihat cara pembuatannya melalui pedagang kaki lima yang diberikan tempat di sini, makanan kerak telor khabarnya juga punya sejarah panjang, sejak zaman penjajahan Belanda.

Jom Enjoy Di Jakarta Yang Mempesonakan!

Shopping di Tambrin City – Membeli-belah di Tambrin City menjadi satu kemestian . Letaknya di tengah-tengah kota Jakarta membuat akses ke pusat perbelanjaan ini menjadi mudah.

IKLAN

Kami dibawa menyaksikan  Indonesia Drum & Perkusi Festival 2017 di Taman Ismail Marrzuki.  Melengkapi trip, kami  makan malam di  Cloud Lounge and Living Room. Rooftop ini unik kerana membolehkan anda melihat keindahan malam kota Jakarta seperti jalan Sudirman dan Tambrin.

Jom Enjoy Di Jakarta Yang Mempesonakan!

Hotel Borobudur – Pengurusan Hotel Borobudur tempat kami menginap, membawa kami melawat persekitaran hotel yang indah.  Hotel 12 tingkat yang mempunyai 695 bilik ini dinamakan  sempena nama Candi Borobudur,  peninggalan sejarah kebanggaan  Indonesia. Membentang di 23 hektar dilengkapi taman tropika, serta  fasiliti rekreasi yang luas.

Jom Enjoy Di Jakarta Yang Mempesonakan!

Muzium Tekstil – Di Muzium Tekstil selain menemui pelbagai kain tradisional, anda boleh cuba membatik. Muzium ini juga mempamerkan peralatan batik dan tenun dari pelbagai daerah di Indonesia.

Selepas puas membatik, kami diajak singgah di Pineng Bistro, makan tengah hari di restoran bercita rasa Malaysia sebelum kembali ke airport meneruskan perjalanan pulang. Enjoy Jakarta… perjalanan yang mempesona.

Pengalaman oleh : AHMAD YANI ABD MANAF

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI