Terletak di sebuah rumah agam di Lebuh Gereja, Georgetown, Muzium Peranakan Pulau Pinang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan.
Rumah agam tersebut pernah dimiliki oleh seorang usahawan berbangsa Cina yang bernama Kapitan Chung Keng Kwee pada abad ke-19. Rumah agam ini telah lama dilupakan namun berjaya dibangunkan semula apabila seorang arkitek tempatan yang bernama Peter Soon membeli rumah agam tersebut dan melakukan kerja-kerja membaik pulih lalu menempatkan lebih 1,000 koleksi pameran artifak kaum Peranakan di Pulau Pinang. Menariknya tentang lokasi ini, ia pernah menjadi lokasi penggambaran filem hit, Crazy Rich Asians dan rancangan realiti Amazing Race.
Ads
Ads
Legasi, budaya dan keunikan gaya hidup baba dan nyonya di Malaysia sememangnya tidak pernah lekang dek panas matahari sejak abad ke 15. Asimilasi budaya Cina bersama budaya tempatan di Tanah Melayu melahirkan keunikan tersendiri dari sudut agama, budaya, pakaian, masakan, perkahwinan dan sebagainya. Rumah Peranakan Penang ini dapat memberikan gambaran yang lebih dekat dan realiti tentang dunia sebenar Peranakan di Malaysia.
Ads
Waktu Operasi: Isnin – Ahad : 9.30 pagi – 5.00 petang
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM 20
Kanak – Kanak ( 6 – 12 tahun ) : RM 10
Kanak – Kanak ( bawah 6 tahun ) : PERCUMA
Lokasi : 29, Church St, George Town, 10200 Pulau Pinang
Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad lamanya terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani.
Suku kaum Bajau terbahagi kepada Bajau Laut dan Bajau Darat. Bagi Bajau Laut, mereka mendiami kawasan pesisir pantai terutama di Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Labuan. Manakala Bajau Darat lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat seperti Papar, Tuaran, Kota Belud, Kudat dan Kota Kinabalu.
Setiap bulan April, sepanjang jalan menuju ke pekan Semporna akan dihiasi dengan hiasan pemidang layar berwarna-warni di kiri dan kanan bahu jalan. Bukan itu sahaja, malah rumah pensendirian, sekolah dan premis perniagaan turut sama mengibarkan kain layar berwarna-warni. Ia adalah simbolik kedatangan perayaan atau sambutan Regatta Lepa yang bakal disambut dengan acara gilang gemilang untuk beberapa hari.
Ini adalah lawatan kedua penulis sempena Sambutan Regatta Lepa Semporna, kali pertama sekitar tahun 2013 dan tahun ini sekali lagi diberi peluang untuk melihat dan turut serta merayakan pesta yang begitu meriah ini. Jika anda sedang atau membuat keputusan untuk datang ke daerah Tawau, Semporna atau masuk ke pulau-pulau sekitar sipadan, ambil peluang untuk datang ketika pesta ini berlangsung. Pasti menjadi kenangan paling berharga.
Uniknya pada tahun 2019, sambutan Regatta Lepa Semporna telah pun masuk ke tahun Jubli Perak dan dihadiri ramai tetamu kehormat antaranya Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Haji Juhar B. Datuk Haji Mahiruddin; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie B. Haji Apdal.
Regatta Lepa umpama sebuah perayaan tahunan untuk masyarakat Bajau dan merupakan sambutan pesta air tahunan dalam kalendar ‘Pesta Air Malaysia’ yang diadakan di daerah Semporna, Sabah, sejak tahun 1994.
Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini.
Selain itu, saban tahun terdapat beberapa persembahan menarik dan mendebarkan iaitu misi menyelamat yang dilakukan oleh anggota keselamatan negara dari Pasukan Bomba serta anggota ESSCOM.
Acara kemuncak membuka tirainya dengan kedatangan pelbagai Lepa (perahu) dari seluruh pelusuk kampung yang terdapat di Daerah Semporna yang dipimpin oleh Ketua Kampung masing-masing. Pengujung yang datang menyaksikan sambutan ini dapat melihat perarakan lepa berhias serta tarian tradisi masyarakat Bajau Semporna yang diringi dengan muzik etnik tempatan di atas lepa.
Pada sebelah malamnya pula, pengunjung berpeluang untuk menyaksikan persembahan kebudayaan tempatan sambil dihiburkan dengan nyanyian artis terkenal tempatan iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza. Disepanjang jalan juga meriah dengan kehadiran peniaga dan penjaja jalanan yang menjual pelbagai makanan. Rata-rata pengujung yang datang boleh dilihat sangat teruja dengan perayaan besar saban tahun ini. Pertunjukan bunga-api turut mewarnai langit Semporna pada malam tersebut dengan begitu meriah.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai suku kaum Bajau, anda dicadangkan untuk berkunjung ke Muzium Galeri Tun Sakaran. Muzium dua tingkat berkonsepkan rumah tradisional masyarakat Bajau Semporna ini menempatkan sudut pameran koleksi dan biografi mantan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai. Selain itu, di sini juga turut mempamirkan khazanah warisan daerah pantai timur Sabah khususnya di Semporna.
Jom cuti-cuti Malaysia!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pantai menjadi destinasi wajib malah tidak pernah sepi daripada kunjungan pelancong kerana ia menjadi lokasi riadah malah sesuai untuk menenangkan fikiran. Berikut disenaraikan sembilan pantai di dunia yang memiliki nilai keunikan tersendiri dan wajar anda jadikan list bila melancong ke luar negara.
Pantai Pink, Bahamas
Terletak di Pulau Harbour, pantai ini dinamakan Pink Sandskerana pasirnya yang berwarna merah jambu. Konon pasirnya ialah hasil dari cangkerang foraminifera yang merupakan organisma unisel yang hidup di bahagian bawah karang, di bawah batu dan di dalam gua dasar laut di sekitar pantai ini.
Pantai Maho, Saint Martin
Pantai Maho terletak di Caribbean, 300 km dari Puerto Rico. Meskipun pantainya yang indah dan air laut berwarna biru cerah, namun orang datang ke sini untuk tujuan lain. Pesawat besar mendarat secara teratur tepat di atas pantai, terbang hanya 10-20 meter di atas kepala. Tarikan ini menjadi ciri khas yang menarik bagi para pengunjung.
Pantai Whitehaven, Australia
Berlokasi di pulau Whitsunday, pantai ini terkenal dengan pasir yang sangat putih di mana 98% pasirnya terdiri dari silika tulen. Pantai sepanjang 7 km ini sesuai untuk menenangkan fikiran.
Pantai Playa del Amor (Lover’s Beach), Marietas Islands, Mexico
Bertempat di Kepulauan Marietas, Mexico, pantai ini sangat unik dan menarik perhatian. Konon, pantai ini sulit untuk ditemui, jika tidak kerana bunyi ombak pantainya. Disebut sebagai Lover’s Beach kerana hanya sedikit pengunjung yang dapat sampai ke pantai ini dan sekali menemui tempat ini, pengunjung menjadikan pantai ini sebagai tempat peribadi.
Pantai Glass, California, USA
Sekitar abad ke-20, tempat ini dijadikan sebagai tempat pembuangan sampah. Namun, siapa sangka pantai ini sekarang menjadi lokasi yang unik. Lokasi ini ia telah dipenuhi dengan batu-batu dan kaca kecil yang sentiasa dihiasi dengan deruan ombak. Pantai ini pun menjadi salah satu pantai unik di dunia.
Pantai Navagio, Greece
Pantai ini menjadi salah satu lokasi penggambaran drama Korea terkenal, Descendants of the Sun. Pesona keindahannya membuat pengunjung dari serata dunia ke pantai untuk merasakan lokasi drama oleh Song Joong Ki dan Song Hye Kyo. Kapal karam di pantai ini menjadi ciri khas yang menarik pengunjung di Zakynthos ini.
Pulau Ipanema, Brazil
Pantai Ipanema menjadi salah satu pantai di Brazil yang banyak dikunjungi dan paling terkenal. Kebanyakan, pengunjung berkunjung sibuk dengan pelbagai aktiviti antaranya jogging di sepanjang pantai.
Kubah Laut Seagaia(Seagaia Ocean Dome), Japan
Ocean Dome menjadi pilihan ketika bosan dengan pantai tradisional. Pantai ini memiliki pasir putih, lautan dengan gelombang palsu, kolam renang dengan urutan hidro dan spa.
Pulau Vaadhoo, Maldives
Pantai ini sangat indah di malam hari. Kehadiran plankton di pantai ini menjadikan pantai ini sangat unik dan lain daripada yang lain. Gambaran plankton di pantai ini cantik kerana berwarna bioluminescence.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Templer Park Rainforest Retreat di Rawang ini sesuai untuk pencinta alam semula jadi. Villa ini mampu menampung sehingga 16 tetamu.
Dari segi harga, hari Biasa (Ahad hingga Jumaat): RM 1240/malam untuk 8 tetamu pertama, tambahan RM 120/malam untuk setiap tetamu berikutnya.
Hujung Minggu (Sabtu / Cuti Umum / Malam Cuti Umum): RM1740/malam untuk 8 tetamu pertama, dengan caj tambahan yang sama untuk tetamu berikutnya.
Container dapat menampung sehingga 30 tetamu. Hari Biasa: RM1720/malam untuk 12 tetamu pertama, tambahan RM 120/malam untuk setiap tetamu berikutnya (tetamu ke-17 hingga ke-30 dicaj RM 60/malam).
Harga untuk hujung Minggu dalam RM2220/malam untuk 12 tetamu pertama, dengan caj tambahan yang sama untuk tetamu berikutnya.
Cottage pula menampung sehingga 22 tetamu. Kalau hari Biasa: RM 1480/malam untuk 10 tetamu pertama, tambahan RM 120/malam untuk setiap tetamu berikutnya (tetamu ke-17 hingga ke-30 dicaj RM 60/malam).
Hujung Minggu: RM1980/malam untuk 10 tetamu pertama, dengan caj tambahan yang sama untuk tetamu berikutnya.
Pilihan Gabungan, Villa + Container: Menampung sehingga 50 tetamu. Harga antara RM 5,000 hingga RM 6,000/malam.
Villa + Cottage: Menampung sehingga 40 tetamu. Harga antara RM 4,200 hingga RM 5,200/malam.
Cottage + Container: Menampung sehingga 55 tetamu. Harga antara RM 5,500 hingga RM 6,500/malam.
Villa + Container + Cottage: Menampung sehingga 70 tetamu. Harga antara RM 7,000 hingga RM 8,500/malam.
Cukup privasi, retreat ini hanya untuk tempahan peribadi, memastikan privasi sepenuhnya.
Tiada lawatan umum atau walk-in dibenarkan tetapi hanya kumpulan yang telah menempah sahaja yang mempunyai akses ke seluruh retreat.
Templer Park Rainforest Retreat menghadap Bukit Takun dan padang golf, dan hanya 30 minit dari Kuala Lumpur. Jika anda mencari percutian yang tenang dikelilingi oleh alam semula jadi, ini adalah pilihan yang sempurna.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada tempat yang membuatkan kita rasa seperti sedang melihat dunia lain. Bukan kerana bangunan moden atau tarikan buatan manusia, tetapi kerana alamnya terlalu luar...