Taman tema Yomiuriland, yang terkenal dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Tokyo dibuka semula selepas operasinya dihentikan awal tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19.
Yomiuriland ditutup sementara pada akhir Februari dan dibuka buat sementara waktu pada Mac, namun ia menghentikan operasinya semula dari akhir bulan Mac. Bagaimanapun, pengunjung disarankan agar tidak menjerit ketika menaiki roller coaster selain menjaga penjarakan sosial. Taman tema ini turut mengguna pakai SOP yang dilakukan taman tema lain yang ada di Jepun. Kesimpulannya ketika normal baru ini pengunjung tidak boleh terlalu 'seronok' jika ingin berkungjung ke taman tema di sekitar Jepun.
Taman tema itu hanya membuka semula segmen permainan di luar selepas langkah pencegahan awal dilaksanakan termasuk pemeriksaan suhu badan, penyediaan pembasmi kuman tangan dan menyahkuman tempat duduk. Bagi permainan di kawasan tertutup dan kemudahan taman tema air pula, ia dijangka beropasi pada pertengahan Julai 2020.
Perniagaan di seluruh Tokyo dibuka semula secara berperingkat selepas Gabenornya, Yuriko Koike melonggarkan sekatan sebulan sebelumnya di sebalik penarikan balik perintah berkurung.
Pastinya penduduk di Paris merindui kemeriahan sekitar Menara Eiffel ini yang menjadi ikon cinta kebanggan penduduk tempatan setela lama ditutup kepada pengunjung.
Mercu tanda popular Paris, Menara Eiffel, akan kembali dibuka kepada pengunjung bermula 25 Jun 2020 ini. Penutupannya pada Mac lalu susulan wabak COVID-19 yang sangat teruk melanda dunia.
Menerusi laman web rasminya, pihak pengurusan Menara Eiffel memaklumkan mereka akan mengambil beberapa langkah berjaga-jaga antaranya pemakaian topeng muka, mengehadkan jumlah pelawat dalam satu-satu masa dan pembersihan dan pembasmian kuman harian. Pengurusan juga akan memastikan tidak berlaku kesesakan pengunjung yang naik dan turun dengan mengasingkan mereka mengikut tangga iaitu di bahagian timur dan barat.
Pelawat dinasihatkan membeli tiket melalui dalam talian untuk memudahkan proses, selain membantu mengelakkan kesesakan di kaunter jualan. Menara ikonik itu ditutup sejak 13 Mac lalu akibat wabak COVID-19. Penutupan selama tiga bulan itu adalah paling lama sejak zaman Perang Dunia Kedua.
Sebelum ini, sekitar menara popular tersebut tidak pernah sunyi dan sentiasa sesak dengan kunjungan pelancong. Ketika wabak COVID-19 melanda, buat pertama kali kawasan tumpuan itu menjadi sunyi sepi dan ia merupakan pemandangan yang sangat berbeza dan luar biasa.
Tamat PKP nanti LIBUR dapat rasakan industri pelancongan dan pergerakan orang awam akan kembali pulih.
Apatah lagi program vaksinasi kebangsaan akan mula digerakkan secara besar-besaran. Kalau anda rasa nak kelainan, bolehlah lawati beberapa lokasi kolam air panas menarik di dalam negara!
1. Felda Residence Hot Springs, Sg. Klah, Sungkai
1.
Lokasi yang terletak di Sungkai ini turut dikenali dengan nama Taman Rekreasi Air Sg. Klah. Dek kerana kawasan ini adalah dibawah Felda Residence Hot Springs, ianya dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan pemandangan itu membuatkan lokasi ini nyaman kerana banyak tumbuh-tumbuhan semula jadi yang menghijau hidup di situ. Kalau anda hanya ingin mandi air panas, anda boleh berbuat sedemikian dan usah khuatir kerana di sini juga ada kolam biasa untuk anda yang datang saja-saja nak main air selain air panas. Boleh pilih antara dua – sama ada nak mandi di kolam terbuka atau mandi kolam privasi. Yang pasti, kena datang awal sebab ramai orang yang berkunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu atau cuti umum. lagi satu perkara, anda tidak dibenarkan membawa makanan dari luar. Jangan risau tentang makanan kerana di sini ada peniaga yang menjual makanan kepada anda. Untuk anda yang nak bermalam di sini, penginapan di Felda Residence menyediakan pelbagai pilihan untuk anda dan boleh ke laman sesawang Felda Residence untuk membuat tempahan.
Bayaran masuk:
Dewasa (12-54 tahun)
Tempatan – RM15
Antarabangsa – RM18
Kanak-kanak (4-11 tahun)
Tempatan – RM12
Antarabangsa – RM15
Kolam air panas privasi berharga dari RM80 ke RM120 untuk ruang berhawa dingin dan boleh memuatkan 4-6 oang dewasa dengan selesa.
TRIVIA
Penyelidikan oleh New England Medicine menunjukkan pesakit diabetes yang berendam selama setengah jam di dalam air suam boleh menurunkan 13% kadar gula dalam darah
2. Kolam Air Panas Lubuk Timah, Simpang Pulai
2.
Orang Perak mesti dah biasa dengan tempat ni, tapi kalau anda yang datang dari luar Perak, ini spot air panas yang perlu anda kunjungi sekiranya ingin merasai kelainan kolam air panas berbanding tempat-tempat lain. Anda boleh berkunjung ke sini pada bila-bila masa sahaja tapi cadangan kepada anda adalah diluar musim hujan. Keadaan hujan boleh membuatkan persekitaran di sini menjadi licin dan membawa risiko kecederaan kepada pengunjung terutamanya kepada kanak-kanak. Maknanya dari bulan November hingga Februari adalah masa yang kurang sesuai untuk ke sini. Selain daripada itu adalah masa yang terbaik.
TRIVIA
Rendamkan badan selama 10 hingga 20 minit di dalam air bersama yang mengandungi campuran larutan soda bikarbonat (serbuk penaik) mampu mengatasi ruam atau jangkitan kulit
3. Air Panas Pengkalan Hulu, Pengkalan Hulu
3.
Chalet Air Panas Pengkalan Hulu ni juga satu persinggahan yang menarik kalau anda merancang untuk bercuti ke Thailand anda nak ke Royal Belum, Perak. Singgah la ke sini bersama keluarga untuk menikmati kolam air panas. Banyak review daripada orang awam yang mengatakan tempat ini menarik untuk dilawati dan terdapta kemudahan untuk anda menginap di sini barang semalam dua. Cas masuk juga berpatutan, hanya RM2 seorang. Jadi pada sesiapa yang nak ke Thailand melalui Stesen Imigresen Bukit Berapit, boleh singgah dulu ke sini ya.
TRIVIA
Kajian pakar perubatan di Jepun telah mendapati air panas semula jadi juga amat baik untuk merawat penyakit dalaman seperti lenguh-lenguh badan, sakit jantung, darah tinggi, lumpuh, kencing manis dan barah
4. Kolam Air Panas Kuala Woh, Tapah
4.
Hutan Lipur Kuala Woh yang terletak di daerah Tapah, Perak bukanlah lokasi pelancongan yang baharu. Namun masih ramai yang belum tahu mengenai keindahan alamnya.
Keunikan lokasi ini adalah pengunjung boleh mandi-mandi di kawasan jeram air terjun. Dalam masa yang sama dapat menikmati kolam air panas di situ. Kemudahan yang disediakan sangat membantu pengunjung yang datang. Kemudahan asas seperti pondok rehat, tandas, bilik persalinan, tapak perkhemahan, dewan terbuka dan chalet memudahkan orang ramai yang datang bersama ahli keluarga atau berkumpulan.
Suasananya yang tenang dengan bunyi kicauan burung membuatkan hati tidak sabar untuk menjelajah ke kawasan tersebut.
Kawasan sekitarnya bersih dan terjaga, tiada sampah di buang di merata-rata tempat dan pengunjung yang datang juga masing-masing faham mengenai aspek penjagaan kebersihan.
Waktu operasi:
7 pagi – 6 petang
Bayaran masuk:
Dewasa (18 tahun ke atas) – RM2
Warga Emas (60 tahun ke atas) – RM1
Kanak-kanak (18 tahun ke bawah) – RM1
kanak-kanak (3 tahun ke bawah) – Percuma
Warga Asing – RM5
TRIVIA
Berendam pada kolam air panas dipercaya mampu untuk mengurangkan stress
5. Kolam Air Panas Trong, Taiping
5.
Kolam air panas ini terkenal sebagai kolam air panas untuk perubatan. Ada beberapa pilihan untuk anda menikmati air panas di kolam ini – ada kolam Puteh, kolam Jepun, bilik mandi tertutup bilik VIP dan kolam khas yang boleh memuatkan 10 pengunjung dalam satu-satu masa. Setiap pengunjung hanya dikenakan bayaran sebanyak RM2 sahaja tetapi sekiranya anda ingin upgrade menggunakan kemudahan-kemudahan lain seperti kolam VIP atau kolam khas yang disediakan, bayaran bermula daripada RM10 ke atas akan dikenakan kepada anda. Kepada anda yang ingin ke sini dan membuat tempahan, boleh hubungi 05-8553990.
Waktu operasi: 8 pagi – 12 tengah malam termasuk hari cuti (kecuali cuti raya)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebut sahaja Pulau Besar, Melaka, pasti ada yang membangkitkan perkara-perkara mitos dan mistik dengan pulau itu.
Mana tidaknya Pulau Besar sebelum ini pernah digelar dengan bermacam-macam gelaran termasuk ‘Pulau Keramat’ oleh sesetengah orang kerana aktiviti pemujaan dan khurafat yang dilakukan mereka yang terlalu taksub dengan sesuatu kepercayaan.
Malah, hari ini masih ramai lagi menganggap pulau terbabit masih dicemari dengan aktiviti menyimpang akidah. Bagi anda yang sudah lama tidak mendengar perkhabaran terkini pulau ini bebas dengan aktiviti yang menyalahi agama. Usaha dan kempen pencegahan aktiviti khurafat berterusan dilakukan kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), ia memastikan pulau itu dijaga dengan baik dan tidak disalah guna sesetengah pihak.
Pada hujung minggu juga, Pulau Besar Melaka ini sangat meriah dengan aktivti perkhemahan. Ramai pengunjung memilih untuk berkhemah bersama keluarga dan rakan di sepanjang pantai. Aktiviti berkhemah ini semakin rancak di pulau-pulau terutama selepas berakhirnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu sehigga hari ini. Jika tidak mahu berkhemah, pengunjung juga boleh memilih untuk bermalam di beberapa penginapan chalet yang disediakan. Aktiviti lain yang boleh dilakukan termasuk memancing, barbeku dan berkelah bersama keluarga. Untuk ke pulau ini, orang ramai perlu menaiki bot yang mengambil masa kira-kira 10 minit.
image via google |astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tidak semua hubungan berakhir dengan bahagia. Ada cinta yang terhenti di tengah jalan, persahabatan yang semakin jauh dan kenangan yang masih tersimpan walaupun pemiliknya...