Kali ni Libur ingin membawa anda ke satu restoran yang menyediakan pelbagai jenis stik daripada sumber ternakan yang dijaga dengan rapi bagi menghasilkan daging berkualiti. Restoran Projek Maging Steakhub membawa maksud ‘makan daging’ khusus buat penggemar makanan berasaskan daging. Ada yang sanggup membayar lebih demi untuk menikmati daging berkhasiat.
Restoran yang terletak di Pusat Perniagaan Uda, Bandar Baru Uda, Johor Baharu menyajikan pelbagai hidangan daging import pada harga mengikut kemampuan.
Menurut pemiliknya, Nurzaweena Mohd. Zaki, pilihan stik di restorannya berbeza mengikut jenis baka lembu dan makanan yang dimakan oleh baka lembu tersebut. Pilihan boleh dibuat di chiller. Pilih jenis daging sebagaimana anda memilih ikan untuk dibakar.
Antara menu yang ditawarkan ialah lamb ribs, beef ribs, angus steak, wagyu ribeye, wagyu striploin, lamb loin, lamb rack dan matsusaka. Harga satu set ( berserta kentang lenyek dan salad bagi Grain Fed RM40++, Angus RM80++, Wagyu RM150++, Lamb RM40++,Beef Ribs RM40++ dan Lamb Ribs RM50++.
Pilihan ialah mengikut bajet dan selera masing-masing. Jika jenis baka yang sama, harga berbeza mengikut berat. Projek Maging juga ada menjual ‘chicken chop’ dan ikan salmon serta menu bagi kanak-kanak.
Bagi pelanggan yang tidak makan stik boleh juga mencuba salad, piza dan pasta carbonara, bolognese atau Aglio Olio. Anda boleh memesan sup dan beef bruschetta sebagai pembuka hidangan. Untuk hidangan pemanis mulut, anda boleh mencuba red velvet nutella, Pavlova dan Creme Brulee yang dibuat setiap hari.
Sejak beroperasi tahun lalu, pemilik akui restorannya mendapat sambutan baik daripada orang ramai, khususnya penggemar daging.“untuk sebarang tempahan tempat duduk, pelanggan boleh maklumkan nama, tarikh, hari, waktu, jumlah orang dewasa atau kanak-kanak dan umur kanak-kanak. Kemudian tunggu balasan pengesahan tempahan. Jika pernah datang, anda boleh membuat pra tempahan menu dan stik dengan memberitahu pihak restoran jenis dan lingkungan bajet untuk kami pilih daging dan siap tersedia dimasak.
Ads
Pra tempahan juga boleh membantu memastikan anda dapat makanan yang anda mahu sebelum kehabisan stok pada hari tersebut. Pembayaran deposit boleh dibuat ke akaun melalui Maybank2u. Jika hanya tempahan tempat duduk tidak perlu membayar deposit,” jelas pemilik.
Jika anda penggemar daging, Restoran Projek Maging ialah lokasi yang wajib dikunjungi dan pasti membuat anda datang lagi buat kali kedua.
INFO:
-Pilih sendiri jenis daging,berat & potongan yang bagaimana. Ada lima pilihan iaitu Rare ( 20%),Medium Rare (40%), Medium( 60%), Medium Well(80%) dan Well Done(100%).Disyorkan peratus masakan medium atau medium well untuk merasa jus daging tersebut.
– Ada lebih kurang 12 jenis daging yang boleh dipilih termasuk gred yang tinggi iaitu Wagyu dan Angus, gred pertengahan seperti Grainfed dan Grassfed. Lamb dan Ribs bagi mereka yang suka ada tulang. Apabila dimasukkan ke dalam mulut memang terasa kelembutan dan jus daging tersebut. Tidak liat ketika dipotong menggunakan pisau.
Ads
– Daging disimpan secara dingin beku.
– Dibuka setiap hari kecuali Isnin
12.00 PM – 2.30 PM (tengah hari)
6.00 PM – 10.30 PM (malam)
4.30 PM – 10.30 PM (Jumaat)
Sebaik sahaja sampai negara ‘matahari terbit’ ini, asyik speechless dan rasa nak snap semua tempat nampak indah dan tenangkan mata yang memandang.
Apa Yang Best di Fujiyama
Itulah gambaran oleh saudari Ieda Juhri apabila dia dapat peluang ke negara Jepun. Sampai sahaja dekat Fujiyama, masuk hari kedua lepas subuh dalam pukul 5.30 pagi sudah gigih ke Lake Shoji sebab nak tengok Sunrise Mount Fuji.
Perjalanan dalam setengah jam juga dari hotel kitaorang. Pagi itu, suhu dalam 13 darjah celsius pagi. Sejuk sampai ke tulang! Nasib lah dalam kereta ada aircond pemanas. Lega sikit dalam perjalanan itu.
Sampai dekat Shoji tu rasa healing sangat, tempat tak ramai orang datang. Memang best lepak dalam sejam lepas itu kitaorang balik hotel.
Lepas zohor baru gerak keluar balik dan teruskan misi jalan-jalan kitaorang.
1. Kitorang isi perut dekat Fujikawaguchiko Masjid. Makan nasi kari jepun dan kebab.
2. Bila perut dah kenyang, Jalan kaki dalam 3 minit sahaja dan lepak dekat Oishi Park. Dekat sini dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil usha lake dan pemandangan yang indah. Memang rasa tak nak gerak.
3. Kemudian kitaorang pergi ke Lake Kawaguchiko, asalnye nak tengok bunga sambil usha Fuji-San tapi Fuji-san malu pula nak keluar waktu itu.
4. Lokasi terakhir kitaorang pergi ke Honcho Street. Di sini paling rasa teruja. Kalau sebelum ini tempat viral nampak dalam Tiktok & IG. Masa ini rasa tak sangka dapat tengok depan mata. Tapi kat sini tumpuan pelancong, jadi faham-faham lah.
Sebenarnya kalau anda lalu kat situ pun sudah rasa berbaloi. Lepas tu kitaorang cari lorong belakang yang tak ada orang untuk snap pic family sekeping dua. Jadilah, buat kenangan sampai Fujiyama.
Perasaan dapat ke negara orang ini memang tak dapat nak diluah dengan kata-kata. Pendek kata memang rasa puas hati sangat. Jadi, sila lah plan bercuti ke Fujiyama kalau anda nak merasa masuk Jepun dengan pemandangan yang indah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selebriti media sosial Nor Anis Dato’ Rosyam Nor baru-baru ini berkongsi pengalaman bercuti membawa anak kecil ke Turkiye pada Julai yang lalu. Menaiki penerbangan selama 13 jam, ia merupakan percutian pertama buat si kecil Anis yang ketika itu baru berusia lapan bulan.
Memilih Turkiye sebagai destinasi percutian, menurut Anis dia dan keluarga memang gemar bercuti dan percutian ke Turkiye merupakan percutian pertama buat anaknya, Muhammad Raees Mikael yang dilahirkan pada 15 November tahun lalu.
Pilih Destinasi Yang Dah Biasa
Ketika ditemubual oleh Majalah NONA, Anis yang merupakan anak kedua kepada pelakon terkenal Dato’ Rosyam Nor ini menyatakan ada rasa gementar pertama kali membawa anak yang masih kecil dalam penerbangan selama 13 jam.
“Mengenai percutian, memang saya gemar bercuti bersama keluarga. Tahun ini turut melancong ke Istanbul, Turkiye. Ini Pertama kali Anis bawa anak dan first time juga bercuti lepas Covid-19.
“Waktu tu ada rasa gementar juga sebab kali pertama bawa anak naik kapal terbang dan penerbangan selama 13 jam. Alhamdullilah semuanya berjalan lancar dan anak pun tak meragam dalam flight serta sepanjang percutian,” ujar Anis
Istanbul dipilih sebagai destinasi sulung percutian bersama si kecil, Anis mengakui ia lebih mudah memandangkan negara tersebut pernah menjadi pilihan untuk percutian bersama keluarganya. Tambah pula bila bawa anak kecil, lebih mudah bila sudah biasa.
“Pergi Istanbul memang sengaja pilih tempat yang pernah pergi untuk tak rasa hassle sangat nak kena cari tempat makan, tempat berjalan semua sebab rasanya kalau bawa baby ni memang susah sedikit. So kena cari destinasi yang kita biasa supaya tak rasa penat sangat dan terbeban.”
Suami Bantu Jaga Anak Ketika Bercuti
Anis juga sempat berkongsi beberapa tip untuk bawa anak yang masih kecil bercuti
“Kalau nak berkongsi tip bawa anak kecil bercuti, Anis tak lah banyak pengalaman sangat tapi dari pengalaman hari tu, makanan kena sentiasa ready.
“Dalam flight kena make sure sebelum anak menangis, kita dah bagi susu dan makan supaya dia kenyang. Lampin kena tukar awal-awal, baju kena siapkan.”
“Paling penting kalau boleh, selalu bertukar-tukar (jaga anak) dengan suami supaya tak penat sangat kalau long flight. Kalau mak je yang kena jaga memang penatlah mak tu. Kena bertoleransi.”
Itu antara tip yang dikongsikan oleh Anis bila bercuti bersama anak yang masih kecil. apa yang ditekankan Anis ada benarnya, kalau nak happy dan enjoy bercuti, suami isteri perlu saling bergilir menjaga anak. selain membuat persiapan mengenai tempat yang ingin dilawati supaya lebih bersedia sepanjang percutian.
Paris yang sinonim dengan gelaran kota cinta sememangnya popular di kalangan penduduk dunia. Sesiapa sahaja pasti pernah meletakkan harapan untuk melawatnya.
Sebut sahaja Eiffel Tower, Paris sinonim dengannya. Namun, bukan hanya menara megah ini sahaja yang diperkatakan tentang negara romantik ini, malah segalanya boleh anda kecapi jika bersama kami ke sini. Paris yang kini menerima kebanjiran pelancong paling ramai sepanjang tahun menerajui pelancongan sebagai pendapatan ketiga terpenting negaranya, sekali gus menjadikannya antara destinasi paling popular sepanjang zaman. Dengan taburan objek pelancongan yang sangat padat, Paris sebenarnya amat mudah untuk dilawati oleh sesiapa sahaja. Anda berpeluang melihat pelbagai tarikan pelancongan dengan mudah dalam masa satu hari.
Musim luruh pada kali ini telah memberikan kami pandangan yang agak luar biasa. Suasana romantik yang sentiasa dikaitkan dengan Paris sememangnya sesuai dengan keadaannya. Tidak hairanlah jika destinasi istimewa ini menjadi tempat utama bagi para pengantin serta pasangan yang sedang berbulan madu. Deretan pohon oak serta pohon berangan yang banyak kelihatan sekitar bandar Paris, mengindahkan lagi suasana musim luruhnya. Keadaan ini mampu menggamit rasa bersama yang tersayang. Jadi, inilah yang dikatakan suasana romantik di Kota Paris. Oleh kerana taburan bahan bersejarah di kota Paris ini agak rapat, jadi anda tidak perlu gusar untuk bergerak dari suatu tempat ke tempat yang lain dengan tergesa gesa. Semuanya berhampiran dan terlalu banyak untuk dilihat dan dikunjungi. Biarpun penat tetapi ia berbaloi kerana landskap setiap satu produk pelancongan yang terdapat di Paris ini indah-indah belaka sehingga menimbulkan rasa teruja ketika menghampirinya.
TARIKAN WARISAN REVOLUSI
Arch of Triumph
Sesampai di Paris, mata pasti akan tertumpu pada monumen besar yang dinamakan sebagai Arch of Triumph. Ia merupakan mercu tanda penting yang berada di bulatan besar Charles De Gaulle. Binaan yang besar dan luar biasa ini berwarna putih dan dihiasi dengan ukiran indah. Ia didedikasikan khusus untuk perajurit revolusi Perancis serta mangsa perang Napoleonic. Di tapak binaan Arch of Triumph merupakan bulatan besar yang dikenali sebagai Charles De Guille. Bulatan ini mempunyai 12 jaringan jalanan dan diiktiraf sebagai bulatan paling sibuk di sepanjang hari. Selain berfungsi sebagai laluan ke pelbagai hala, Charles De Guille juga memainkan peranan sebagai penunjuk arah kepada pelancong yang sesat ketika bersiar-siar atau membeli belah di kawasan berhampirannya.
Champs Elysees
Setentang dengan Charles De Guille ialah gedung membeli belah bernama Champs Elysees. Ia dikatakan sebagai gedung membelibelah yang paling sibuk berada di Paris. Mana tidaknya, semua kedai barangan berjenama mewah dibuka sehingga ke larut malam kerana melayani permintaan pelanggan dari seluruh dunia. Di samping itu, tempat ini juga menjadi tumpuan ramai kerana deretan kafe ala Perancis yang secara tidak langsung telah menggambarkan anda pernah menjejakkan kaki di Paris.
Les Invalids
Tidak jauh dari situ, anda berpeluang melihat Les Invalids dengan kubah emasnya yang mengagumkan. Ia merupakan bangunan penting yang menyimpan 1001 cerita mengenai sejarah peperangan yang pernah berlaku di Perancis. Bangunan tersebut juga menempatkan muzium, monumen dan kawasan perkuburan wira Perancis yang terkorban seperti Napoleon Bonaparte.
KHAZANAH DUNIA LOURVE
Ponts Alexandre III,
Berhampiran dengan Les Invalids ialah Ponts Alexandre III, sebuah jambatan yang menyeberangi sungai Seine. Ia diiktiraf sebagai satu daripada monumen bersejarah Perancis.Jambatan yang turut menyimpan sejarah ini begitu popular di kalangan pelancong kerana ia menawarkan panorama yang indah. Kalau anda perasan, di atas jambatan ini jugalah klip video Adele iaitu Someone Like You dirakamkan. Masa yang ada di Paris turut digunakan sepenuhnya untuk melawat Lourve Musuem, sebuah muzium terhebat yang mengumpul pelbagai khazanah sejarah dari seluruh pelosok dunia dalam sebuah kompleks. Anda sudah tentu perlu menghabiskan masa beberapa jam untuk melihat semua koleksi luar biasanya. Percayalah, ia amat berbaloi dan memuaskan hati! Siang berlalu pergi, malam menjemput Paris melalui senja. Biarpun sementara, namun waktu ini amat indah dinikmati ketika berada di Paris. Suasananya sungguh mempesonakan terutamanya apabila cahaya mentari menyimbah deretan bangunan era Renaissance. Terdapat perubahan yang begitu ketara kalau hendak dibandingkan dengan waktu siang harinya.
Galleries Lafayette
Lihat sahaja Galleries Lafayette sebagai contoh. Bangunan yang kelihatan megah pada siang harinya bertukar atmosferanya sebaik sahaja malam melabuhkan tirainya. Begitu juga dengan mercu tanda yang lain seperti Palais Garnier Opera House, Charms Alysees dan sebagainya. Rata-ratanya menonjol pada waktu malam selepas disimbah neon pelbagai warna. Malah, suasananya juga tampak lebih romantik…
Suasana senja dan malam di Paris sungguh berbeza. Anda boleh melihatnya sendiri dengan bersiar-siar di sekelilingnya sama ada dengan berjalan kaki ataupun menyewa beca roda tiga moden yang sedang popular di sini. Lampu-lampu jalanan dan jambatan menambah lagi keseronokan tersebut, sekali gus mencetus rasa cinta yang teramat sangat terutamanya buat mereka yang sah bergelar suami dan isteri.
Eiffel Tower
Paling menyerlah di Paris pada waktu malam ialah Eiffel Tower.Binaan besi oleh Gustave Eiffel pada 1889 ini hebat bermandi cahaya. Walaupun jam sudah menunjukkan 11.30 malam, namun mercu tanda utama Paris ini masih lagi hidup. Semuanya disebabkan oleh kunjungan pelancong yang tidak pernah berhenti. Majoritinya mahu mengabadikan foto tentang keberadaan diri masing-masing di sana. Maklum sahajalah, Eiffel Tower adalah titik permulaan cita-cita setiap pelancong yang mahu melihat Paris dan Eiffel Tower juga menyebabkan Paris mendapat ikon kekal sehingga seluruh dunia cemburu dan cuba mendirikan ikon yang seakan-akan di negara masing-masing.
Tidak disangkal lagi, An Evening in Paris bukan hanya satu khayalan suatu ketika dulu. Ia merupakan sebuah realiti yang anda bakal hayati jika berkunjung ke mari. Bagi mereka yang ingin menikmati keindahan Paris sepenuhnya, anda sudah pasti tahu siapakah yang layak untuk dihubungi bagi membuat tempahan ke sini, sekali gus merealisasikan dan menikmati definisi sebenar romantis.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...