Cambodia seperti yang diketahuai ramai penuh dengan kejutan dari segi sejarah, tamadun, seni bina, hiburan, makanan dan sebagainya. Setiap seni binanya berbeza malah sebahagian keaslian budaya manusia dijaga hingga ke hari ini.

Di sini tersergam indah dan kukuh Angkor Wat, kuil Buddha terkenal di dunia. Angkor Wat merupakan candi gemilang abad ke-12 yang dianggap bangunan keagamaan terbesar di dunia dan terletak dalam kawasan perhutanan yang tebal kini Tapak Warisan Dunia Unesco.

Jika anda teringin ke Seam Reap dan gemar percutiaan ala backpakers, perkongsian info dan itinerari daripada Romi Zunaidi ini bakal membantu.

Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia

Itinerary Backpackers to Siem Reap

IKLAN
  • 4hari 3malam – Solo Traveller (06-09 Feb 2020). Total all : RM766 (tidak termasuk belanja makan & shopping)
  • Flight Ticket : KL-Siem Reap-KL = RM188
  • Penginapan : TravellerHome Angkor Guesthouse. Private room with pool. 10 USD per night. Bilik untuk 2org.

Day 1 (Khamis 06 Feb 2020)
KLIA2 – Siem Reap (6.45am – 7.50am).
Beli Sim Card 5USD 19GB
Free Airport Transfer ke Guesthouse.
Check in TravellerHome Angkor Guesthouse
Sewa motor per day 8usd
Isi minyak moto 3usd (banyak balance)
Lotus Farm 0.5usd (atas sumbangan)
Tonle Sap (Lepak di jetty sahaja)
Angkor Silk Farm (free)
Lunch di The Siem Reap Backpackers Restaurant
Cambodia Primary School (English class for student)
Cambodia Phrae Circus 18usd

Day 2 (Jumaat 07 Feb 2020)

Ambil servis tuktuk Angkor Wat dari Mr Sa Lim.
13usd. Driver tuktuk adalah adik Hafiz.
Pakej meliputi (Angkor Wat Temple dan lain-lain temple seperti Angkor Thom, Bayon, Baphuan, Phimeanakas,Terrace of Elepehantsx Terrace or Leper King, Thommanon, Chau Say Teroda, Ta Keo, Ta Prohm, Banteay Kdei).
Entrance fees Angkor Wat 37usd
Killing Field 3usd
Lunch at Halal Unity Kitchen
Artisans D’Angkor (free)
Pub Street
Siem Reap Night Market
Siem Reap Art Market
Hard Rock Cafe Siem Reap (layan live band)

IKLAN

Day 3 (Sabtu 08 Feb 2020)
Sewa motor 8usd
Theam Gallery, Siem Reap
Lunch at Halal Unity Kitchen
Cambodia Cultural Village 15usd
Pub Street
Siem Reap Night Market
Siem Reap Art Market
Hard Rock Cafe Siem Reap (layan live band)

Day 4 (Ahad 09 Feb 2020)
Check out TravellerHome Angkor Guesthouse
Lunch at Halal Unity Kitchen
GrabTukTuk ke Airport 4USD
Siem Reap Airport to KLIA2 (3.05pm – 6.20pm)

IKLAN

Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia

Note

  1. Harga guesthouse sangat berbaloi. Boleh muat 2orang dan hanya 10usd atau kira-kira RM40 semalam sahaja dan lokasinya sangat strategik boleh berjalan kaki sahaja ke area Night Market/Pub Street.
  2. Hari pertama aku mencuba menu makanan tempatan ‘lembu naik bukit’ di Siem Reap Backpackers Restaurant. Terima kasih Fari atas layanan sepanjang berada di sini. Terbaik! Sepanjang aku kat sini boleh dikatakan dalam sehari sekali je aku makan kat luar. Selebihnya kalau breakfast or dinner aku bawak instant food Brahim dari Malaysia.
  3. Satu pengalaman menarik apabila melawat salah satu sekolah di Siem Reap. Sekolah ini special sikit sebab ada buat satu program untuk mana-mana traveller untuk mengajar bahasa inggeris secara sukarela kepada murid-murid di sana selama sejam. Konsepnya adalah bebas bergantung kepada korang.Tak perlu register. Hanya datang terus ke sekolah ini pada pukul 5pm setiap hari isnin hingga jumaat dan terus berjumpa dengan cikgunya dan cakap korang nak jadi volunteer hari ni.Aku tak lupa beri sedikit sumbangan alat tulis dari Malaysia. Sebab memang dorang alu-alukan bagi something untuk buat budak-budak ni happy.
  4. Cambodia Phrae Circus– 18usd.Digalakkan beli awal takut sold out. Show start 8pm dan kira-kira 2jam.Macam aku beli tiket masa petang tu jugak tapi staff kaunter tu cakap zon 18usd dah sold out.Aku pun kawtim la dengan staff kaunter tu cakap aku seorang je..lepaskan je la satu tiket. Lega dia cakap okay je. Sebab selalunya geng2 rombongan europe tourist dah booked show awal sebab dorang minat tengok circus ni. Tiket ikut zon tapi kalau kau duduk tepi zon murah 18usd pun still nampak je sebab overall performance dia fokus semua side. Kalau ke Siem Reap jangan lupa ke Phrae Circus ni. Banyak aksi akrobatik. Pendek kata worth it la ! sebabnya ia berkaitan dengan kebudayaan dorang jugak.
  5. Angkor Wat – Untuk Angkor Wat Pass 37usd satu hari. Pass ni cover Angkor Wat dan temple2 lain.Yang ni memang wajib pergi sebab orang cakap inilah tujuan utama ke Siem Reap. Aku beli pagi tu je terus sebab kaunter banyak takde la beratur panjang. Tak sampai 5minit pun. Aku ambil servis tuk-tuk dari Abg Sa Lim dan anak buah die Hafiz bawak aku.
  6. Angkor Silk Farm – masuk free. Nak tengok penghasilan sutera dari awal. Tapi jauh sikit dari pekan Siem Reap. Nak sampai sini aku guna moto yang aku sewa dan follow je waze. Sama jugak macam Lotus Farm. Jauh sikit dari town. Tapi so far bawa moto kat sini okay je. Sebab semua macam tak rushing.Sepanjang aku bawa sini aku pelik jugak takde ke yang bawak macam laju gila. Semua macam sopan je. Mungkin itu style dorang kat sini kot.
  7. Artisan D”Angkor – ni masuk free jugak. Nak tengok penghasilan kraftangan boleh datang sini. Selain itu aku pun pegi Theam Gallery. Kalau minat pasal art boleh datang sini. Nanti ada staff kat sini akan tunjuk satu persatu karya seni kat korang.
  8. Cambodia Cultural Village – Salah satu tempat yang wajib dilawati selain Angkor Wat. Untuk memahami dengan lebih dekat seni dan kebudayaan masyarakat di sana boleh datang ke sini. Setiap tempat dalam village ini ada tema dia dan show untuk public. Masa beli tiket nanti korang akan dapat jadual untuk setiap show.Digalakkan pergi dalam pukul 2pm ke atas sebab pagi hanya ada satu show dalam 11am lepas tu takut korang mereput tunggu next show.
  9. Disebabkan tempat aku duduk dekat sangat dengan area night market, so dua malam berturut-turut aku jalan area night market, pub street dan Hard Rock Cafe.Dekat Siem Reap Art market aku cari kedai Rizy Sity Souvenir. Number kedai 7A. Kedai dia belah luar menghadap bridge. Betullah info traveller dari Malaysia yang pernah ke sini sebab fridge magnet dia boleh dapat 1usd = 5 keping. Rata-rata kedai lain area situ aku survey kebanyakannya 1usd = 3 keping.
  10. Ada lagi suggestion aktiviti kat sini yang boleh korang buat macam Bambu Stage, Siem Reap. Dia macam wayang kulit tapi masuk dia bayar 18usd kalau tak silap. Aku tak pergi sebab bajet dah tipis masa ni. Selain itu di Siem Reap area Angkor Wat ada jugak zipline. Tapi kos agak tinggi jugak sebab dia by package. So dalam package tu dia sekali dengan macam2 zipline n tour guide. Package yang paling murah dalam RM250++ macam tu.
  11. Halal Unity Kitchen. Aku cuba menu local macam Fish Amok dan Beef Lok Lak. Terbaik beb.Aku rasa 3-4 kali aku lepak sini sebab guesthouse aku sebaris je dengan Halal Unity ni. Baru bukak dalam akhir tahun lepas. Owner dia Resh dan Syuk Yusoff Samnang. Dua-dua orang Malaysia. Dua-dua friendly. Guys kalau siapa-siapa yang datang ke Siem Reap jangan lupa singgah ke sini. Boleh google je location ataupun ke FB Halal Unity Kitchen.Sempat jugak interview Syuk. Tak rindu Malaysia ke? Haha.Dia dah berhijrah ke Siem Reap dan kahwin dengan orang sana dan baru dapat baby. Thank you beb sebab layan solo traveller macam aku borak-borak kosong cerita pasal travel dan life.

Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia Itinerari: Sisi Unik Trip Backpack 4 Hari Ke Siem Reap, Cambodia

Sekian perkongsian dari aku sewaktu berkunjung ke Siem Reap. Harap perkongsian ni dapatlah sedikit sebanyak bantu bagi korang yang akan ke sana. Thank you !

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI