Tiada kehidupan normal hingga akhir tahun depan akan berlaku seperti kebiasaanya yang anda lakukan. Sekurang-kurangnya tempoh beberapa tahun lagi adalah paling selamat untuk memastikan COVID-19 benar-benar berakhir.
Tidak dapat dipastikan lagi tempoh sebenar wabak ini akan berakhir. Lihat sahaja contoh di negara kita yang kononnnya hampir bebas dengan wabak COVID-19 ini setelah berperang dengan musuh halus ini. Perintah larangan pergerakkan telah di dilonggarkan, menyebabkan rakyat mula berpusu-pusu keluar dari rumah ke lokasi tumpuan ramai. Tanpa disedari, kes COVID-19 di negara meningkat kembali.
Ads
Makan di restoran, menghadiri konsert, perhimpunan pagi, majlis graduasi atau menonton perlawanan bola sepak di stadium. Semua yang disebutkan di atas tidak boleh dilakukan sekurang-kurangnya hingga akhir tahun depan, kata seorang pakar perubatan Amerika Syarikat. Dr. Ezekiel J. Emanuel, pakar onkologi di Fakulti Perubatan, Universiti Pennsylvania berkata, ini adalah kerana dia meramalkan vaksin COVID-19 hanya akan berjaya ditemui pada akhir tahun 2021.
Ads
“Saya kecewa apabila White House dengan yakin mengatakan yang hidup kita akan kembali normal dalam beberapa bulan ini, dan musim futbol akan bermula seperti biasa. Itu semua tidak akan berlaku,” katanya yang merupakan sebahagian daripada pasukan Obamacare, sebuah akta kesihatan yang diwujudkan semasa era pentadbiran Barack Obama.
“Kita harus mempersiapkan negara. Proses ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 18 bulan. Kita perlu melakukan perubahan besar-besaran, bukan sekadar bagi bantuan untuk beberapa minggu. Saya tidak fikir vaksin boleh disiapkan tahun ini. Untuk keselamatan, kita perlu berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga, sekurang-kurangnya sehingga Julai tahun hadapan,” tambahnya.
Ads
Sumber & Foto : alarabiya.net | pixels.com | astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pandemik merujuk kepada wabak yang menyerang dalam skop lebih besar dan akan mengancam kawasan yang lebih luas seperti sebuah negeri, negara, benua atau mungkin juga seluruh dunia jika dibiarkan melarat.
Wabak pandemik selalunya akan melumpuhkan aktiviti normal manusia dan ekonomi sesebuah negara itu jatuh merudum disebabkan pelbagai sekatan demi mengawal penularan wabak penyakit ke tahap lebih serius. Ini enam pandemik terbesar dalam lipatan sejarah manusia akan diingati sampai bila-bila.
1. Black Death
Wabak yang dipercayai bermula pada sekitar tahun 1346-1353 ini dikatakan meragut jumlah yang paling ketara dari populasi dunia ketika itu iaitu sekitar 200 juta mangsa. Mangsa korban Black Death ini meliputi lebih separuh dari jumlah populasi warga Eropah. Ia berpunca daripada sejenis bakteria dikenali ‘Yersinia pestis’ yang dipercayai sudah pupus pada zaman ini dan disebarkan oleh kutu. Pesakit akan menunjukkan gejala-gelaja seperti tempelan hitam yang tumbuh pada kulit yang kemudian bernanah sehingga mengeluarkan darah.
2. Cacar Air (Small Pox)
Wabak cacar air dikatakan bermula sejak zaman Empayar Mesir dan menyerang sekitar 56 juta populasi dunia. Merujuk kefahaman dari info kesihatan, virus cacar air yang dikenali sebagai virus Varicella menjangkiti melalui udara apabila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin. Difahamkan, seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh. Ia boleh merebak dengan menyentuh atau bernafas masuk partikel virus yang terdapat pada cecair yang keluar daripada lepuh. Hari ini, dengan kecanggihan teknologi perubatan moden, cacar air mampu dicegah dengan suntikan vaksin.
3. Selesema Sepanyol (Spanish Flu)
Wabak yang direkodkan mula merebak pada tahun 1918 ini dianggar mengorbankan nyawa melebihi 40 juta mangsa. Meskipun diberi nama ‘Spanish Flu’, asal-usul penyakit ini bukan berasal dari negara itu. Sebaliknya, ketika kemunculan wabak itu, undang-undang penapisan akhbar Sepanyol tidak ketat lantas penyebaran maklumat terlalu bebas. Kesannya, penyakit itu disalah anggap berpunca dari negara itu sehingga kini namanya kekal pada nama Sepanyol.
4. Wabak Justinian
Difahamkan, jumlah kematian akibat wabak yang telah menyerang pusat pentadbiran Empayar Byzantine ini masih menjadi perdebatan. Walau bagaimanapun, ramai mempercayai bahawa ia berpunca daripada kehadiran tikus dalam kapal yang datang dari Mesir ke sebuah pekan pelabuhan bernama Pelusium. Oleh kerana ia berlaku sekitar 541 tahun masihi (AD), banyak perkara yang tidak diketahui tentang wabak ini. Menurut sejarah, Maharaja Justinian juga turut dijangkiti wabak itu dan berjaya sembuh. Bagaimanapun, empayarnya jatuh dan lumpuh ketika wabak itu merebak.
5. AIDS
Umum mengetahui terma HIV yang membawa makna bagi singkatan ‘Human Immunodeficiency Virus’. Virus ini akan menyerang badan seseorang dan menyebabkan penyakit sindrom kurang daya tahan melawan penyakit atau AIDS dan kesannya memusnahkan sistem ketahanan badan. Menurut portal UNAIDS, sejak kes pertama direkodkan 35 tahun lalu, terdapat 78 juta mangsa dijangkiti HIV dan 35 juta daripadanya meninggal dunia. Fakta sejarah pula mengatakan virus yang wujud sehingga kini itu berpunca daripada monyet di Afrika. Beberapa dekad berlalu, vaksin untuk menghapuskan virus berjangkit ini masih belum ditemui.
6. COVID-19
Dunia ketika ini juga berdepan dengan pandemik COVID-19, virus baharu yang berasal dari kumpulan koronavirus dipercayai mula dikesan di wilayah Hubei, China. Cara penularan COVID-19 daripada individu kepada melalui titisan dari hidung atau mulut yang tersebar apabila seseorang dengan COVID-19 batuk atau bersin. Kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia mencecah 4,708,415 pada 24 Mei 2020, seramai 314,950 pesakit maut, menurut data Johns Hopkins University. Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 1,486,375 kes dan korban seramai 89,549. Sementara itu Rusia, Britain, Brazil, Sepanyol dan Itali mencatatkan kes melebihi 200,000.
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang terkini, MASwings merancang untuk mengembalikan semula frekuensi penerbangan termasuk yang digantung, kembali kepada normal dalam empat fasa seperti yang dikehendaki oleh Perjanjian Obligasi Perkhidmatan Awam (PSO), mulai 10 Jun 2020 hingga 27 Mac 2021.
Walaupun pengenaan serta Prosedur Pengendalian Standard (SOP) PKPP adalah lebih longgar, permintaan untuk perjalanan udara di Sabah dan Sarawak masih belum menunjukkan sebarang pertumbuhan yang ketara, dengan itu jadual penerbangan semasa yang dilaksanakan sejak PKP akan kekal sehingga 30 Jun depan.
Bagaimanapun, berdasarkan kepada tempahan sedia ada untuk tempoh enam bulan akan datang termasuk jangkaan trafik penumpang yang lebih besar jika lebih banyak perniagaan dan industri pelancongan dibuka, MASwings memutuskan untuk mengembalikan frekuensi penerbangan secara beransur-ansur melalui empat fasa. Pengembalian jadual operasi semula yang dirancang bagi seluruh Sabah dan Sarawak telah menerima kelulusan dan sokongan daripada Kementerian Pengangkutan.
MASwings juga menambah akan terus komited terhadap peranannya dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan untuk rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan di bawah PSO serta bersedia mengkaji semula pelannya dari masa ke semasa, tertakluk kepada permintaan tempatan dan operasi sedia ada.
Untuk maklumat terbaharu dan kemas kini jadual penerbangan serta frekuensi atau pertanyaan lain, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol MASwing di 1 300 88 3000 termasuk melawat laman web rasmi di www.maswings.com.my
Lelaki tertua dunia, Bob Weighton meninggal dunia akibat kanser ketika usianya 112 tahun, pada 28 Mei 2020.
Dia diakui lelaki tertua dunia oleh Guinness World Records pada Februari lalu selepas kematian penyandang, Chitetsu Watanabe dari Jepun yang juga meninggal dunia pada usia 112 tahun pada 23 Februari 2020 lalu.
Kematian warga emas dari Hampshire, England itu disahkan ahli keluarga yang menurut mereka, Bob Weighton pergi dengan tenang ketika tidur.
"Dengan penuh dukacitanya, keluarga Weighton mengumumkan kematian kesayangan kami, Bob Weighton. Dia adalah contoh terbaik buat kami, dia menjalani kehidupannya dengan sentiasa berhubungan baik dengan semua orang di seluruh dunia. Bob juga mempunyai ramai sahabat selain suka membaca dan mengambil tahu isu politik, berbual mengenai teologi dan ekologi selain mementingkan penjagaan alam sekitar sehingga akhir hayatnya," kata keluarga itu dalam kenyataan dikeluarkan.
Bob Weighton lahir pada 29 Mac 1908 di Yorkshire, utara England meninggalkan tiga anak, 10 cucu dan 25 cicit. Laporan menyebut, Weighton seorang pesara guru dan jurutera, ketika hayatnya merasai zaman perang dunia dan wabak selsema Sepanyol selain kebangkitan dan kejatuhan Soviet Union.
Dalam pada itu, rakyat Afrika Selatan, Fredie Blom mendakwa menyambut hari kelahiran ke-116 tahun bulan ini tetapi umurnya masih belum disahkan badan pencatat rekod itu.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...