Artikel ini adalah perkongsian oleh Wan Nordini Hasnor Wan Ismail
Selalunya di Cameron Highlands, gunung yang sering menjadi pilihan para pendaki adalah gunung-gunung yang popular seperti Gunung Irau dan Gunung Brinchang Barat. Kedua-dua gunung ini memerlukan permit untuk memasukinya dan kebiasaannya trek akan ditutup pada penghujung tahun sewaktu musim tengkujuh (November hingga Februari).
Namun, ramai yang tidak mengetahui sebenarnya terdapat banyak lagi gunung di sekitar Cameron Highlands. Cuma mungkin sahaja ianya kurang dikenali menyebabkan gunung-gunung tersebut tidak menjadi pilihan utama para pendaki.
Pada penghujung tahun 2018, penulis telah berkesempatan mengikuti satu ekspedisi Trans-Gandik yang boleh dikira agak unik. Pemilihan kali ini adalah gunung-gunung yang agak kurang popular, yang mana gunung ini bukanlah dalam kategori hutan simpan.
Oleh itu, permohonan permit tidak perlu dilakukan, namun masih memerlukan khidmat jurupandu arah untuk masuk. Trans Gandik merangkumi 3 gunung yang bersebelahan iaitu Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik. Ketinggian bagi setiap satunya adalah 1300++ m apl.
Untuk makluman, gunung-gunung ini tidak mempunyai puncak yang menjanjikan pemandangan yang indah, malah ada yang sekadar memiliki sedikit ruang lapang di tengah-tengah belantara. Oleh itu, Trans-Gandik bukanlah pilihan terbaik sekiranya ada sahabat-sahabat yang jenis mengejar “view” puncak.
Masa keseluruhan pendakian bagi Trans-Gandik adalah setengah hari sahaja dan keadaan treknya sesuai bagi mereka yang baharu sahaja berjinak-jinak dalam sukan mendaki ini.
Gunung Tanggung, Bunting dan Gandik ini terletak di kawasan Ringlet. Jadi, kami memilih untuk bermalam di Hikers Sleep Port yang terletak di Tanah Rata. Konsepnya adalah “dorm” dan boleh memilih pakej bersekali dengan sarapan atau tanpa sarapan.
Di permulaan trek Trans-Gandik, kami telah disajikan dengan kesan-kesan tapak kaki haiwan yang begitu jelas. Menurut “guide”, haiwan tersebut baru sahaja berlalu dari situ. Kemungkinan besar kambing hutan. Kecut juga perut apabila pertama kali berhadapan dengan situasi ini.
Masakan tidak, sepanjang trek kesannya ada! Biarpun “guide” menyatakan mungkin kambing hutan, tetapi tetaplah ia haiwan liar yang tidak boleh dipandang ringan. Sebab apa-apapun, hutan ni ‘rumah’ bagi makhluk selain manusia. Kita kenalah sentiasa berwaspada.
Ads
Sehinggakan ada satu ketika, dalam perjalanan turun, “guide” kami meletupkan bebola mercun. Kuat sungguh bunyi mercun tu, walaupun saiznya kecil sahaja. “Guide” memaklumkan bahawa ada bau haiwan yang kuat.
Bagus, peka deria beliau, sebab kami tidak dapat mengenalpasti sebarang bau yang pelik pada waktu itu. Yang pasti, darjah kecut perut telah meningkat sekali ganda berbanding awal tadi.
Pendakian kali ini memang betul-betul santai sahaja. Kami banyak belajar mengenai flora hutan daripada “guide”. Seolah-olah menghadiri kuliah alam tanpa sempadan. “Guide” kami ni, jiwanya memang boleh nampak, jiwa hutan. Dengan beliau, kami berpeluang kenal jenis-jenis orkid liar, ada yang jenis tumbuh di darat, ada yang rupanya unik dan pelik, macam-macamlah.
Yang pastinya, banyak sangat khazanah negara kita yang unik, yang indah, tetapi mata kita sering terpedaya dengan tipu helah dunia luar. Dalam pada tidak sedar, tangan kita sendiri yang menghancurkan apa yang kita ada. Sayangkan?
Selain orkid, kami juga diperkenalkan dengan beberapa pohon herba renek secara dekat. Ada satu pokok herba ni, akarnya mengeluarkan bau minyak angin (methyl salicylate). Teruja betul kami. Sebab bau itu adalah ‘haruman’ yang “familiar” bagi dunia farmasi.
Ads
Memiliki bunga-bunga putih halus, sekali pandang bagi yang tidak arif, memang anggap macam kumpulan rumput liar aje lah. Apabila dirujuk, nama tumbuhan tersebut adalah tuju angin/akar suasa/akar simpul angin.
Kami juga menemui banyak “crab-spider” dengan sarangnya di sepanjang laluan trek. Kebanyakannya warna hitam, ada juga yang berwarna ala-ala jingga-keperangan. Unik bentuknya. Selain bentuk fizikal belakang badan, “crab-spider” juga disebut sedemikian kerana tabiat berjalannya yang mengiring ke tepi.
Selain itu, kami ada juga terserempak dengan sekumpulan kutu yang sedang menjamu selera di lantai hutan. Saiznya besar sehinggakan boleh nampak dengan mata kasar sahaja. Mangsanya adalah spesies ulat gonggok yang bersaiz sebesar ibu jari tangan. Unik sungguh rantaian makanan alam di habitat asal mereka.
Keluar sahaja dari trek Trans-Gandik, kami ingatkan berakhirlah ekspedisi hari pertama. Rupa-rupanya “guide” kami mempunyai perancangan lain. Beliau membawa kami ke Plot Hutan Pinus yang terletak di Kg Taman Sedia.
Plot Hutan Pinus dahulunya dibangunkan oleh orang-orang Inggeris, dalam percubaan menanam pokok-pokok pine di Cameron Highlands. Kini, pokok-pokok tersebut sudah tinggi menjulang.
Namun sayang, kawasan itu kini terbiar begitu sahaja tanpa pemantauan daripada mana-mana pihak. Sedangkan jika dikawal-selia, ianya boleh menjadi tarikan daripada sudut ekopelancongan. Tetapi, daripada satu sudut yang lain pula, bagus juga tak dibangunkan tempat ni. Agar ianya kekal terpelihara bersih dalam suasana asalnya.
Ads
Di plot ini, terdapat satu “viewpoint”, yang boleh nampak gunung-ganang yang popular di sekeliling iaitu Irau, Brinchang, Berembun dan Jassar. Kami keluar daripada plot ini sebaik sahaja azan Maghrib berkumandang.
Ekspedisi pada hari kedua diteruskan dengan pendakian ke Gunung Ruil. Letaknya di Kg Sg Ruil, sebuah perkampungan orang Asli. Namun, jangan terkejut ya, kampung orang Asli di sini sudah moden. Tiada lagi rumah-rumah asal yang kita bayangkan.
Gunung Ruil berketinggian 1710m apl. Terletak di dalam tanah adat orang Asli. Oleh itu, biasanya, “guide” akan meminta izin dahulu daripada pihak yang berkenaan untuk masuk.
Dahulunya, kawasan pergunungan ini dijadikan tempat persemadian bagi masyarakat orang Asli. Mayat-mayat dikatakan diikat pada pokok-pokok yang besar atau diletakkan pada banir akar dan akan ditinggalkan sahaja di situ sehinggalah proses pereputan secara alami berlaku.
Trek Ruil adalah jelas. Banyak juga laluan kecil yang disebut laluan tikus, yang mana mungkin terbentuk akibat aktiviti masyarakat setempat. Kami sempat terserempak dengan satu keluarga orang Asli yang sedang menebang dahan-dahan kayu. Menurut ketua keluarga, mereka perlu membina pondok kayu untuk si nenek.
Gunung ini juga tiada puncak nyata, maka tiada pemandangan. Hanya ada batu sempadan yang memisahkan di antara negeri Perak dan Pahang. Di sini juga rezeki kami menemui sejenis kulat yang tumbuhnya di perdu pokok, berwarna kemerahan terang. Bersaiz sangat kecil tetapi tetap cantik.
Begitulah serba-sedikit ekspedisi kali ini, yang bagi penulis bukan sekadar mendaki-penat-kejar-puncak. Ianya lebih dari itu, 2 hari yang penuh dengan ilmu yang mungkin sukar diperolehi di mana-mana.
“It is truly beyond hiking those mountains!”
Penulis: Wan Nordini Hasnor Wan Ismail Pensyarah Kanan, Fakulti Farmasi, UiTM Caw Pulau Pinang (Kampus Bertam)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Trip ke Bangkok ini adalah bermula dari tarikh 1-4 Julai 2023, kalau nak tahu beberapa tempat menarik sepanjang di sana, anda boleh baca perkongsian wanita ini.
Trip Ke Bangkok
Menurut Puan Farah Syakira, dia beli tiket pergi balik MyAirline RM250/ pax dengan bagasi RM55/ 15 kg + RM115/30kg.
Penginapan pula, pilih Spitze Hotel Pratunam dengan harga RM710. Hotel ini memang dekat dengan Platinum dan pratunam market.
Hari Pertama
Tiba di Don Mueang Airport Bangkok ( DMK) pada pukul 8 malam. Terus ambil Bolt untuk ke hotel.
Hari Kedua
Pergi Platinum Fashion Mall untuk cuci mata dan jalan- jalan.
Makan tengahari Yana Restaurant. Makan tomyam di sini sedap.
Nak pergi chatuchak tapi dah lambat dan traffic jammed teruk, jadi jalan-jalan area pratunam.
Hari Ketiga
Dari hotel booking Bolt Economy dia drop kami di stesen boat untuk ke Wat Arun. Bot datang setiap 30 minit.
Tempat Sewa Baju
Boleh sewa baju tradisional dekat tepi Wat Arun Harga 200-300 baht ikut kedai.
Sewa baju di Wat Arun
Makan tengahari di Chaolay Restaurant.
Chaolay restaurant di MBK Mall. Set fish n chip tu sedap.
Naik grabike pergi Gentlewomen ( brand tengah hype)
Malam dinner di atas Royal Thai Princess ( RM109/pax booking di apps klook). Pukul 7.30 pm check in. Kami berlari ingat dah lambat rupanya 7.30 tu baru boleh masuk.
Hari Keempat
Breakfast di Rotinis dan balik hotel semula untuk kemas barang nak check out.
Tengahari pergi ke Pratunam Market dan Platinum Fashion Mall untuk habiskan duit.
Makan tengahari di Farida Fattornee.
Farida Fattornee pun sedap, tomyam tu udang dan stong besar. Pulut mangga tu mantop berlemak.
Petang terus pergi ke airport DMK untuk balik.
Makanan halal:
Platinum Fashion Mall
MBK Mall ( Yana restaurant & Chaolay Restaurant)
Farida Fattornee ( dekat dengan masjid darul aman )
Rotinis ( dekat maajid Darul Aman)
Tempat shopping dan tips:
Bangkok memang safe untuk wanita as long as balik sebelum tengah malam.
Naik Grabike lebih cepat ( Datang dengan keluarga, jadi memang kena ambil taxi atau tuktuk)
Bolt driver banyak cancel dan banyak tak available.
Sandal wanita murah: Depan jalan berhadapan platinum fashion mall ( jenama Sensini)
Brand ni super best harga 259-359 baht
Baju murah: di Pratunam Market
Baju big size dan dress labuci : Platinum Mall.
Mekap murah : MBK level yang ada halal street food dan Chaolay Restaurant.
Hasil shopping di Tofu Skincare dan Eve & Body MBK Mall
Itu sahaja perkongsiannya, baginya Bangkok masih lagi tempat best untuk shopping, lagi murah dari Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bagi penggemar hidangan bufet stimbot halal, Meisan Szechuan di Leo Pacific City Centre (dikenali sebagai Quality Hotel Kuala Lumpur) menyediakan promosi hebat untuk anda. Istimewanya stimbot yang disediakan halal yang diakui oleh pihak JAKIM.
Restoran ini menyediakan seleksi juadah bufet yang terdiri daripada beraneka jenis sos yang disediakan daripada chef sendiri, serta 100 jenis aneka hidangan seperti bebola ikan, sayur-sayuran, aneka makanan laut yang enak. Menurut Mahamad Shukor Zinnol selaku Senior Sous Chef sos yang disediakan dari ilhamnya dan ia adalah kombinasi Thailand dan Vietnam namun disesuaikan dengan cita rasa Malaysia.
Antara sos tersedia untuk pilihan pengunjung ialah Leo Sos, Connie Sos, Black Pepper Sos, Thai Chili Garlic Sos, Plum Chili Sos, Red Chili Sos dan Sesame Chicken Sos. Hadir dengan memberikan pilihan dua jenis kuah rebusan sup Tom Yam atau Pati Sup Ayam Istimewa. Hanya panaskan periuk , apabila mendidih masukkan daging ayam, aneka makanan laut, sayuran atau mi. Aroma rebusan makanan terbau dari kuah tomyam dan Sup Ayam pasti membuka selera anda.
Dengan lokasi yang terletak di tengah bandar raya serta dikelilingi dengan bangunan pencakar langit serta pusat membeli belah terkenal, restoran Meisan adalah antara restoran bufet halal yang terkenal di kalangan penggemar bufet di kalangan penduduk kota. Di Meisan sesuai untuk menikmati stimbot beramai-ramai. Ruang makan yang luas , selesa untuk bersantai sambil makan.
Anda boleh mengunjungi ke restoran ini dari jam 5.00 petang hingga 10.30 malam, dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu RM39.80++ (dewasa) dan RM29.80++ (kanak-kanak).
Bagi mereka yang mencari makanan yang sihat dan berkhasiat dengan harga yang berpatutan, Meisan Szechuan wajar menjadi pilihan yang sesuai bagi anda. Bagi yang ingin menikmati suasana kebersamaan, pilihan menu di sini dapat menemani keluarga anda dan menghadirkan suasana yang akrab.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Negara Eropah dan Balkan sering menjadi tumpuan pelancong kerana keindahan dan kecantikan yang ada. Dapat menjelajah hampir ke seluruh negara yang ada di sana menjadi impian hampir setiap traveler.
Berkongsi itinerary dan juga bajet selama 13 hari 11 malam ke 7 negara di Eropah dan Balkan, Syafiq Supaat dan dua orang rakannya merasai pengalaman memandu sendiri dan juga menaiki pengangkutan awam yang ada di negara-negara yang dilawati.
Teruja melihat gambar-gambar menarik yang dikongsi sepanjang pengembaraan mereka, pasti ramai yang ingin menjejakkan sendiri kaki ke negara-negara yang mereka lawati. Nak lebih feel jom tengok sendiri gambar dan juga info yang dikongsikan oleh Syafiq Supaat.
Trip Jelajah Eropah & Balkan
Hai…
Ingin berkongsi sedikit catatan pengembaraan saya serta 2 rakan travel ke bumi Eropah untuk pertama kali.
Eropah + Balkan
13 Hari 11 Malam
7 Negara ( )
15 SEPT 2022 – 27 SEPT 2022
Day 1 ( 15 SEPT 2022 )
Flight Malam dari KLIA to Munich, Germany
Day 2 ( 16 SEPT 2022 )
Touchdown Munich Airport, Germany
Pickup kereta sewa dekat airport.
Konigsee Lake, Germany
Berchtesgaden Town
Check in Hostel Garni Bad Iscl, Austria
Day 3 ( 17 SEPT 2022 )
– Check out
Hallstatt Town, Austria
– Free and Easy
Check in Apartment Tina Kranjska Gora,
Slovenia
Day 4 ( 18 SEPT 2022)
– Checkout Awal Pagi
Drive to Dolomites, Italy
Hiking at Tre Cime Lavaredo
Check in Camping Antholz,Dolomites
– Free And Easy
Day 5 (19 SEPT 2022 )
– Check out
Lago Di Braies, Dolomites
Seceda Mountain, Dolomites
– Free And Easy
Mar Dolomiti for Italian Pizza
Check in Blue Hostel Innsbruck, Austria
Day 6 ( 20 SEPT 2022 )
– Check Out
Eibsee Lake, Germany
Neuschwanstein Castle, Germany
– Free and Easy
Pulang Kereta sewa dekat airport.
– Munich City Center
Bas malam ke Ljubljana, Slovenia
Day 7 ( 21 SEPT 2022 )
Ljubljana, Slovenia
Simpan beg dekat stesen keretapi bersebelahan stesen bas.
Lake Bled, Slovenia
Hiking Bled Castle view point
– Free and Easy
Ljubljana City
Visit Ljubljana Muslim Centre
Amik bas ke Bandar Zagreb,Croatia
Check in Hostel Temza, Zagreb
Day 8 ( 22 SEPT 2022 )
– Check out
Simpan beg dekat hostel
Zagreb City Centre
– Old town
– New town
– Dolac Market
– Ban Jelacic Square
– Museum of Broken Relationship
– Menaiki The Zagreb Furnicular,( shortest Public-Transport Funicular in the world )
Melawat Masjid Zagreb
– Free and Easy
Bas Malam ke Sarajevo, Bosnia
Day 9 ( 23 SEPT 2022 )
– Sampai di Sarajevo
Amik train pagi ke Mostar
Check in Villa Acapulco, Mostar
Mahmed Pasha Mosque
Old Bridge of Mostar
Old Town of Mostar
Blagaj Tekija ( Historic Sufi Monestery )
Dinner dekat area Old Town Mostar
– Free and Easy.
Day 10 ( 24 SEPT 2022 )
– Check out
Bas ke Sarajevo
– Free and Easy
Fly to Istanbul,Turkey
Check in New Season Hotel,Sutanahmet
Day 11 ( 25 SEPT 2022 )
Grand Bazar, Istanbul
Haghia Sofia Mosque
Blue Cami Mosque
Old Ayasofya Bazar
– Free and Easy
Day 12 ( 27 SEPT 2022 )
– Check out
Sarapan area Blue Mosque
Pusing area Grand bazar cari souvenier
Flight from Istanbul to KLIA
Day 13
Touchdown KLIA, Malaysia
-End Trip
Catatan :
– Trip seramai 3 orang.
– Kereta Sewa book melalui Qeeq.com provider Alamo. Proses Mudah dan cepat.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...