Buat anda yang kaki makan, My Story Cafe satu lagi lokasi wajib diterjah buat penggemar shellout terutamanya mereka yang tinggal di sekitar Kota Kemuning,Shah Alam, Puchong dan Klang.
Bertemakan dekorasi ala Inggeris, pastinya mengundangkan rasa santai sebaik memasuki ke ruangan kafe ini, homely dan cosy.
Shell Out bercita rasa tempatan
Kafe yang diusahakan Asrul Husni Hussain bersama isteri menawarkan Shellout yang enak dengan harga yang berbaloi. Bagi memenuhi cita rasa pelanggan empat jenis sos disediakan ( Butter Garlic, Curry Rio Penang, Shoot Chili, Extra Pedas dan Black Pepper) sebagai pilihan. Antara sos pilihan bagi kebanyakan pelanggan ialah sos Ekstra Pedas dan Butter Garlic.
Ads
Kafe ini menyediakan Pakej Jari Comot untuk makan dua orang dan empat orang untuk mereka yang menggemari shellout. Pakej Jari Comot untuk makan dua orang antara RM70 hingga RM110 dan pakej Jari Comot untuk makan empat orang harga antara RM180 hingga RM300. Setiap set Jari Comot ini didatangkan bersekali dengan nasi dan minuman. Anda yang kurang makan, boleh sahaja memesan shellout secara ala carte.
Berkonsepkan makan bersama keluarga atau teman, terdapat pelbagai pilihan makanan laut untuk sama dinikmati. Makan berjemaah di dalam suasana santai mengundang rasa selesa buat sesiapa jua yang menikmati makan di sini. Bersungguh-sungguh kami menikmati Shell Out di My Story Cafe. Menu yang kami pilih pun berdasarkan rekomendasi dari pemiliknya. Ini pertama kali kami ke sini, dan rasa keenakan serta kesegaran makanan laut yang disajikan segar. Ketam nipah yang dimasak cili bercampur dengan Scallop masak Garlic Butter, keenakan manis dan pedas bercampur aduk di dalam mulut.
Memang tidak bersisa hasil yang kami makan Shell Out di kafe ini. Memang berbaloi jika anda yang memang suka makan menggunakan tangan dan comot.
Ads
Selain shell out, kafe ini juga menyediakan pelbagai menu barat untuk para pelanggan. Antara menu utama dan menjadi pilihan ramai pelanggan di My Story Cafe termasuklah Grill Cheezy Chicken Chop, Quater Chicken Roast, Homemade Grill Cheezy Burger dan Grill Cheezy Lamb Chop atau boleh memilih pasta seperti Carbonara, Aglio Alio dan Baloganese.
Sebaliknya jika anda mahukan hidangan lebih ringan, menu pembuka selera seperti, Grill Chicken Salad, Boxing Chicken. Ia sesuai untuk anda yang hadir sekadar membasahkan tekak dengan minuman panas dan sejuk yang pelbagai rasa sangat menggoda selera.
Ads
Yang menarik di My Story Cafe ini , ruang makan , dekorasi seluruh sudut dan tempat juga ruang bacaan dan main bagi kanak – kanak sangat teratur dan selesa. Ibu bapa yang membawa anak-anak tidak perlu bimbang si kecil berasa bosan kerana ruang khas untuk kanak-kanak bermain ada disediakan. Anda boleh terus menikmati hidangan dengan selesa tanpa gangguan si kecil. Biarkan mereka bebas bermain dan meneroka ruang kafe.
My Story Cafe turut menerima tempahan seperti sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan serta jika ingin memilih lokasi untuk melamar juga disarankan. Untuk mengunjungi My story Cafe, ia beroperasi di No.8 Jalan Anggerik Vanila, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor. Ia dibuka setiap hari dari pukul 12.00 tengahari hingga 11.00 malam.
Tersandar kekenyangan kami sebaik selesai makan di sini. Jika anda pertama kali datang menikmati Shell Out di My Story Cafe, buat tempahan untuk mengelak perlu menunggu lama.
Pemilik My Story Cafe
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bercuti selama sembilan hari di Thailand, ini antara tempat makan sedap di Bangkok, Koh Lipe dan Hatyai yang dilalui oleh seorang wanita yang mana kos sepanjang ke sana habis dalam RM1.5 ribu, tidak termasuk perbelanjaan peribadi.
Tempat Menarik Di Bangkok – Koh Lipe – Hatyai
Perkongsian oleh Puan Nora Dama ini cukup menarik apabila dia turut berkongsi makanan best sepanjang berada di tiga tempat.
Bangkok – View dari DMK Airport SRL Train
Perjalanan ini turun DMK airport.
Menaiki SRL Red Line Train ke city – 66 baht. Ada juga bus #A1-A4 dengan harga 40 baht tapi mengambil masa yang agak lama sikit during peak hours <2 hours.
Bangkok – Sejadah di sediakan dalam bilik.
Kami stay di Al Meroz Hotel (RM360/pax untuk 5 malam dengan sarapan). Kalau turun di Suvarnabhumi Airport, ada direct ARL train ke sini.
Depan hotel ada 3 restaurant halal – Sophia Restaurant for Thai food, Korean dan Japanese Restaurant. Boleh juga stay area Pratunam dan Ratchathewi (banyak juga makanan halal area ini).
Hatyai – Kai Tod Decha Restaurant
Untuk gerak ke mana-mana boleh menggunakan bike dari BOLT app sebab Bangkok terkenal dengan heavy traffic, ya. Bolt juga lebih jimat dari Grab.
Bangkok – Bus ke Ramkhamhaeng Night Market
Memandangkan hotel kami terletak di kawasan Ramkhamhaeng, jadi kami menaiki bus direct ke Ramkhamhaeng Night Market dgn harga 8 Baht sahaja. Boleh juga singgah Jodds Fairs Market.
Tempat Makan Lain Yang Patut Cuba
Bangkok – Pulut Mangga terenak @ Saman Islam
– Pulut mangga @ Saman Islam di Chatuchak Market (dah try banyak tempat tapi sini juga paling sedap).
Koh Lipe – Breakfast di resort
– Toro Fries @ Level 6 Iconsiam. Untuk ke sini boleh naik BTS turun Saphan Taksin dan ada free shuttle boat utk ke Iconsiam.
Bangkok – World’s Finest Potatoes @ Iconsiam
– Khaow-soy @ Phayathai Kitchen.
Bangkok – Coconut Ice Cream wajib
Next, fly ke Hatyai menaiki Thai Airways (RM150/way).
Koh Lipe – Sambil layan view
Dari Hatyai airport kami menggunakan khidmat “Dee Travels Hatyai” (boleh search di FB) untuk transfer ke Koh Lipe (1600 baht return trip, and National Park fees additional 220 baht / pax).
Koh Lipe – Sea to Moon Resort
Sangat recommend stay di Sea to Moon Resort Koh Lipe sebab kawasan ini yang terbaik kalau nak berenang dan menikmati pemandangan laut (kiri dan kanan kami banyak boats blocking the view).
Koh Lipe – Breakfast di sini halalKoh Lipe – Bob Marley Vibes
Kami pilih bilik sea view jadi harga mahal sikit RM360/pax untuk 2 malam dengan sarapan (halal, pekerja muslim).
Tempat makan yang sangat recommend:
– Pulut Ayam @ Tasneem Restaurant (terbaik pulut ayam dia, dah try banyak tempat tapi bawang goreng dia tak sesedap kedai ni)
Koh Lipe – Bungroon Restaurant
– Tom Kha Soup Coconut milk dan juga Bbq seafood @ Bungroon Restaurant (sepanjng trip kami makan kat kedai ni je sebab memang sedap) Malam ada live music.
Buntu atau kekeringan idea untuk percutiaan bulan madu? Anda dan pasangan boleh cuba percutiaan pelayaran mewah. Paling menarik, pakej dan harga yang ditawarkan sekarang banyak pada harga cukup berbaloi.
Trend percutian kapal persiaran semakin menjadi pilihan ramai merealisasikan percutian gaya hidup baharu apabila segala keriangan, aktiviti dan hiburan dinikmati sambil belayar. Pelancong yang beragama Islam tidak perlu was-was apabila seksyen dan dapur halal di situ turut memperoleh sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Ikuti perkongsiaan trip daripada pasangan suami isteri bahagia ini ketika dalam pelayaran SuperStar Gemini.
Pakej:Port Klang-Phuket-Krabi-Penang-Port Klang
Sedikit sejarah tentang SuperStar Gemini, kapal ini hak milik Syarikat Star Cruises (Genting Hong Kong) dibina pada 1992 bernilai $240juta oleh Perancis. Pernah dinamakan Dreamward, Norwegian Dream sebelum dinamakan SuperStar Gemini pada 2012. Panjang kapal 229m, ketinggian hampir 18m dengan 10 tingkat yang boleh dikunjungi penumpang. Krew sebanyak 700 orang dan memuatkan penumpang sekitar 2000orang.
Hari Pertama
Check-in di Boustead Cruise Center, Port Klang 12tgh-230ptg. Big sized luggage perlu check-in, dan lain boleh hand carry. Dinasihatkan dtg awal, utk tak buang masa beratur dan sempat utk lunch atas kapal! Bila check in, akan diberi setiap seorang kad akses dengan nama dan nombor bilik dicetak atas kad. (Juga diguna utk makan dan semua belian sbb atas kapal semua cashless). Bila masuk pintu kapal, kad akses discan, dan passport disimpan pihak kapal. Fire drill hanya pada hari pertama, untuk kiraan penumpang sebelum kapal bertolak jam 4ptg. Mula2 naik, mestila jelajah sana sini, dari tgkat 5 hingga 12. Walaupun rasa jugak kapal bergoyang kadang2 tapi xperlu pun ubat pening/mabuk laut.
Hari Kedua
Turun di Phuket 3ptg-11mlm. Pakej boleh dibeli dalam kapal di Reception, lebih mudah sebab masa pejalanan diatur, bas dan bot disedia lebih cepat. Ada bnyk jenis pakej dengan harga berlainan. Hanya perlu bawa salinan passport utk turun ke Thailand, sebab passport dipegang oleh pihak kapal (mereka akan tolong copkan passport siap2). Utk sesiapa yang nak kekal di kapal pun xada masalah, makanan dan aktiviti tetap tersedia.
Hari Ketiga
Turun di Krabi 7pg-230ptg. Sama seperti di Phuket tapi Fa pilih utk free and easy tanpa pakej. Bot boleh booking awal di Reception tanpa bayaran cuma kena beratur lama jd buang masa sikit. Ada 1 malam yang kawasan Duty Free akan buat sale besar2an selama setengah jam. Masa pakej Fa ni 1015-1045 mlm ketiga.
Hari Keempat
Turun di Penang 7pg-3pm. Lebih mudah sebab xperlu bot. Hanya berjalan kaki macam di Port Klang. Nak jalan2 cuma guna Grab je. Petang dah boleh ambil balik passport dan buat bayaran semua bil. (Bayar siap2 nanti ramai sngt kalau last minute) Bagi yang nak check out luggage besar, bermula 11mlm dah boleh tinggal beg dimuka pintu bilik nanti pekerja akan ambil.
Hari Kelima
Boleh keluar bermula 8pagi. Kalau kad akses tu clear tanpa hutang, boleh terus keluar ke Port Klang. Luggage boleh diambil di sana ikut nombor bilik.
Bilik :
Ada bilik tanpa tingkap, bilik tingkap hadap laut dan bilik VIP. Bilik Fa ada tingkap tapi nampak jogging track (Track ni hanya di tingkat 7). Bayaran bilik ikut jenis. Semua bilik ada 2 unit katil single yg boleh dirapatkan dan 1 sofa bed. (Max 4org 1 bilik)
Kemudahan – TV, telefon, almari dgn hanger, kettle, towel, sabun shampo, berus gigi, ubat gigi, water heater, shower cap, hair dryer, air mineral, cawan, soket biasa dan universal.
Tanpa – Iron (boleh anta utk iron 5 helai rm12), paip air jamban (guna sinki/shower), 3in1.
Makan :
Cuma ada 3 restoran buffet Halal iaitu Oceana BBQ, Mariners (Indian and International) dan Bella Vista (Western). 3 restoran ni mmg dah xhabis makan tapi ada masa tertentu utk makan, boleh tgk jadual dalam Star Navigator. Makanan sedap2 sngt dan layanan sngt tip top! Setiap kali makan kena bawa kad akses utk scan.
Lain2 ada yg ala carte dan bar. Mmg arak bnyk sngt dihidang di mana2 macam area pool, karaoke tp masih cruise ni muslim friendly. Ada macam kedai runcit jgk utk belian.
Pertunjukkan :
Setiap hari akan dapat Star Navigator, utk jadual perjalanan, aktiviti kapal, waktu makan dan notis kapal. Boleh tgk aktiviti yg ada macam circus, magic show, dance class, movie, karaoke, jackpot binggo, loteri, party, cooking class dsb. Kebanyakkannya dibuat di Stardust Lounge.
Pakaian :
Selalunya casual, tiada kod etika. Kalau ke Bella Vista, ramai jgk yg pkai cantek2 dengan dress sbb restoran ni serve mcm di hotel. Utk pool pun xada halangan pemakaian.
Kemudahan lain :
Free – gym, pool (ada 4), smoking area,
Berbayar – salon, spa, child care center, photo gallery, klinik, boutique, duty free shop, laundry, wifi
Xpasti – mahjong room, snooker
Utk warga tua dan yg guna wheelchair pun sesuai sbb ada semua kemudahan.
Harga:
Bergantung kepada promosi, destinasi dan jenis bilik. Pakej yg Fa dapat adalah dari Matta Fair dengan sedikit penjimatan untuk kanak2 dan warga emas. Harga untuk dewasa sekitar RM2000 dan Fa ada upgrade utk bilik bertingkap sekitar RM200. Warga emas dan kanak2 sekitar RM1800 dan bayi bawah 2tahun sekitar RM1200. Setiap penumpang dikenakan bayaran gratuity RM60 (setiap org utk 1 malam) yang perlu dibayar sebelum check-out. Jadi utk keseluruhan seorang dewasa berjumlah RM2500.
Tips :
Bawa lanyard, sbb ke hulu ke hilir kena bawa kad akses. (Kalau hilang org boleh shopping guna kad kita).
Masuk Stardust Lounge show awal sbb berebut seat depan.
Bayar bil, book boat dan pakej seawal boleh.
Semak siap2 harga beauty products, skincase, perfume sbb akan bnyk sale. Mungkin xsemurah mana kan?
Arah kiblat xde specific atas kapal, bnyk bergantung kepada kompas handphone, terbit dan terbenam matahari. Boleh jd setiap waktu solat arah kiblat berbeza.
Sememangnya kenangan yang xdapat lupa naik Star Cruise ni. Lain dari holiday biasa. Kalau ada yang minat, boleh bukak website Star Cruise, xpun ada bnyk ajen pelancongan yang ada pakej cruise jugak.
Merupakan bandar kedua terbesar di Indonesia dan juga ibu negeri kepada wilayah Jawa Timur, Surabaya sememangnya destinasi percutian yang menarik untuk diteroka. Bagi yang ingin melihat keindahan Gunung Bromo, Gunung Ijen dan juga beberapa air terjun yang cantik, Surabaya adalah tempatnya.
Menjadi pilihan para wisata terutamaya dari Malaysia dan juga serata dunia, nikmati pemandangan indah di setiap lokasi yang menjadi pilihan pengunjung.
Azimah Ishak bersama rakannya yang bercuti ke Surabaya baru-baru ini berkongsi itinerari sepanjang percutian selama empat hari tiga malam ke sana. Menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan, menurut wanita ini dia hanya memberikan senarai tempat yang ingin dilawati dan ejen tersebut menyusun mengikut kesesuaian.
Antara tempat menarik yang sempat dilawati oleh kedua sahabat ini antaranya adalah Gunung Bromo, Air Terjun Coban Rondo, Muzium Angkut dan banyak lagi. Melihatkan gambar yang dikongsikan sangatlah menarik dan membuatkan hati teruja. Semuanya cantik, sesuai kalau ada yang merancang untuk ‘healing’ atau berehat sekejap dari kesibukan kerja.
Bagi yang merancang untuk ke Surabaya, ikuti perkongsian wanita ini:
Surabaya
28/1-31/1/2023
Check list
download apps pedulilindungi
electronic customs declaration (lepas isi akan dapat barcode untuk scan masa arrivals)
tiket balik (diminta masa di immigration)
bawak diri dan minda untuk enjoy
Day 1
Arrival Juanda Airport
Terus ke Probolinggo
Day 2
View point Penanjakan Prau. Hiking sedikit dalam 5 minit (lebih nature compare to viewpoints yang lain. Katanya pak supir)
Kawah Bromo (naik kuda 200k rupiah dari parkir ke tangga, return. Panjat tangga dalam 260 anak tangga. Ada rest point kalau nak rehat sebentar bersama kitkat )
Widodaren hill
Pasir berbisik
Bertolak ke Batu
Pasar malam di Batu
Day 3
Air terjun Coban Rondo (tak perlu hiking. Trek santai)
Maze
Santera de laponte
Taman Langit (400k paralayang)
Muzium angkut (beyond expectation. Ingat standard muzium biasa. Tapi sangat-sangat besar. Lebih kurang 9 section yang berbeza. Recommended to go )
Malang’s Strudel (ole-ole wajib kalau ke malang. The best strudel in town )
Off to Surabaya
Day 4
Pusat souvenir Surabaya
Kek lapis Pahlawan Surabaya
Off to airport. Flight pukul 2 petang
Last minit plan. Grab tiket a week before fly. A big thanks to kak ayunita for the great service. Bagi ja itienerary , kak ayu yang susunkan. Muslim friendly trip. Pakej pulak dengan driver yang rajin ambik gambar, sekali pakej editing terbaik
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...