Siapa sangka hanya dengan menggunakan kenderaan kompak seperti Perodua Kelisa dapat menjelajah hampir ke serata dunia.
Hal tersebut dibuktikan oleh Nursulhi Rahim, 41 dan anak lelakinya Muhammad Aidil yang berusia 17 tahun mengembara ke serata dunia dengan kelisa mereka yang diberi nama ‘Wheely’.
Menggunakan nama Aimpro Samudra di Facebook, lelaki ini berkongsi pengembaraan mereka yang sebenarnya telah bermula sejak November 2019.
Dari Malaysia sehingga ke negara Eropah, Asia dan ke Timur Tengah, pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi oleh dua beranak ini.
Terpaksa menangguhkan kembara mereka kerana virus Covid-19 yang melanda, ayah dan anak ini sempat pulang ke Malaysia seminggu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada 18 Mac 2020.
Terpaksa meninggalkan kenderaan mereka Di Turki, Nursulhi kembali menyambung perjalanan pada 15 September 2022 dan pulang kembali ke tanah air sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.
Ads
Namun disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, ‘Wheely’ masih belum berjaya pulang bersama Nursulhi namun lelaki ini berhasrat untuk membawa pulang kelisa yang digunakan itu kelak.
Ikuti perkongsiannya:
Kembara serata dunia dengan Kelisa
Dari Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Pakistan, Iran, Turkey, Bulgaria, Romania, Hungary, Crotia, Germany, Netherland, Denmark, Sweden, Norway, Belgium, France, Italy, Switzerland, Greece etc.
Ini lah ‘kediaman’ dan kenderaan rasmi, “Wheely” @ Kelisa yang bertuah menemani sepanjang pengembaraan kami dua beranak sekitar Europe dan Asia (Euroasia) sejak November 2019.
Ads
Minggu lalu cadang nak buka khemah di kawasan yang dikatakan antara highway tertinggi di dunia tetapi suasana sejuk tidak mengizinkan. Khemah “Wheely” jua tempat kami berteduh.
Port tak semestinya di kawasan yang cantik, kadang tepi pam minyak, surau dan tempat parking lori pun dah memadai. Paling penting ada bilik air.
Dari Taftan, Quetta, Dera Ismail Khan membawa ke Islamabad, suasana berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain seterusnya ke utara Pakistan iaitu Naran, Gilgit, Hunza dan ke sempadan Khunjerab.
Ads
Aku cuma orang kampung yang mahu keluar melihat dunia bersama anak jantan ku mengembara sekadar yang termampu.
Taiwan yang juga terkenal dengan jolokan ‘Hati Benua Asia’ ini merupakan negara berbentuk pulau yang kecil. Ia hanya mempunyai keluasan sekitar 35883 kilometer persegi. Namun, negara ini tidak kurang juga hebatnya macam negara jirannya iaitu China.
Taiwan turut mempunyai keunikan dan keistimewaannya yang tersendiri. Jelajah Apple Muslim Holiday pada kali ini akan membawa pembaca menjejaki beberapa tempat menarik yang majoritinya berada di persekitaran ibu negaranya iaitu Taipei. Dengan diketuai oleh Zeus, Apple Muslim Tour dengan bangganya mendedahkan sedikit sebanyak produk pelancongan yang ada di sana.
Mendapatkan makanan halal di Taiwan bukanlah satu perkara yang sukar dan perlu dikhuatirkan. Terdapat banyak restoran yang diiktiraf halal di sana. Majoritinya menyediakan pelbagai jenis masakan dan hidangan yang sinonim dengan adat dan budaya orang Taiwan itu sendiri.
Selain makanan halal, Taiwan juga terkenal dengan makanan organiknya. Majoriti rakyatnya lebih gemar mengambil makanan organik seperti sayur-sayuran dan buah-buah segar kerana ia memberi faedah pada kesihatan. Terdapat banyak ladang yang menyediakan makanan organik di Taiwan terutamanya di wilayah Yilan.
Taiwan juga seperti negara-negara Asia yang lain yang sibuk mempromosikan makanan halal, sekali gus mengejar pengiktirafan sebagai negara pelancongan yang mesra Muslim. Hal tersebut terbukti melalui penyediaan makanan halal dan tempat-tempat solat yang banyak terdapat di negara tersebut.
Beberapa hari berada di Taiwan, Zeus dan rombongannya sempat menjelajah beberapa tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Salah satunya ialah Yehliu Geopark yang terletak hanya 45 minit dari Taipei. Tarikan utama tempat ini terletak pada bentuk batu-batunya yang unik kesan daripada hakisan air laut.
National Centre For Traditional Arts (NCFTA) juga merupakan satu dari destinasi mesti kunjung yang berada di Taiwan. Ia merupakan kompleks seni dan kebudayaan yang memainkan peranan penting dalam merancang, mempromosi, memelihara, mengajar dan membangunkan seni tradisional yang ada di Taiwan. Jelajah ke Taiwan turut singgah ke Jiufen Old Steet, sebuah pekan lama yang terletak di atas bukit. Pekan ini bukan sahaja cantik kerana pemandangannya yang menghadap ke laut, malah ia juga kaya dengan pelbagai jenis kedai yang mampu mengundang perasaan untuk membeli belah. Di samping itu, masyarakatnya yang ramah juga membuatkan sesiapa sahaja tertarik untuk bertandang ke sini.
Taipei Grand Mosque yang terletak di tengah-tengah bandar Taipei juga merupakan tempat yang harus dikunjungi. Masjid ini bukan sekadar tempat beribadat semata-mata, dalam masa yang sama ia juga memainkan peranan penting dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam di Taiwan. Di samping itu, Taipei Grand Mosque juga merupakan tempat pertemuan Muslim di sekitar Taipei. Selain itu, Zeus dan rombongannya turut berkunjung ke Leofoo Village Theme Park. Ia merupakan taman tema terkenal yang terdapat di Taiwan. Konsepnya lebih kurang sama macam Disneyland di mana ia menawarkan keseronokan dan keriangan pada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat umur.
Tidak lengkap rasanya jika tidak membeli belah ketika melancong. Justeru, tempat paling sesuai yang harus dikunjungi untuk membeli belah di mercu tanda Taiwan iaitu Taipei 101. Di sini, terdapat banyak pilihan gedung membeli-belah yang menarik perhatian. Semuanya menawarkan harga yang berpatutan sesuai dengan jenama barangan yang dibeli.
Dari Taipei 101, rombongan menuju pula ke gedung jualan harian yang berdekatan. Di sini, pelbagai jenis fesyen yang terdiri daripada pakaian dan aksesori boleh didapati dengan mudah. Harganya murah, manakala kualitinya pula memberangsangkan. Antara yang menonjol dan popular di kalangan pembeli ialah fesyen K-pop.
Mengunjungi Taiwan merupakan agenda yang bijak terutamanya buat mereka yang beragama Islam. Daripada makanan sampailah ke penginapan, semuanya mengikuti kehendak dan tuntutan syarak. Malah, setiap satunya juga mampu mencetuskan sensasi percutian yang menyeronokkan. Kalau tidak yakin, boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Apple Muslim Holiday yang lebih arif dalam bidang ini.
Sesekali dapat pengalaman caravan camping di tepian pantai, memang syok! Nak-nak merasa di Sakhom Songkla Thailand yang jaraknya cuma 1 jam dari Bandar Hatyai.
Nak tahu apa yang best, jemput baca perkongsian daripada Nur Adeela Mokhtar ini dulu. Boleh terus catat tempat menarik yang patut anda singgah bila sampai di sana nanti.
Wanita ini kongsi satu tempat yang sangat lah cantik dan murah. Anda boleh cuba dapatkan pengalaman sendiri tidur dalam caravan luxury ni depan pantai.
Okay, harga 1 malam 3500 bath convert to RM lebih kurang RM450 per night.
Caravan ini muat untuk 3-4 orang di dalamnya. Muslim owner, jadi anda jangan risau.
Bab harga pula termasuk sekali sarapan. Kira bangun pagi, boleh lah makan makan tepi pantai.
Dari bandar Hatyai lebih kurang 1jam untuk sampai ke sini. Jadi kalau anda bercuti di Hatyai, boleh plan 1 malam stay sini.
Ada street food berdekatan sini. Around 15 minit. Anda waze saja Sakom Lotus. Sini 90% makanan halal dan murah gila makanan kat sini.
Kebanyakan orang di sini fasih cakap melayu. Sebab asal dari Pattani. Jadi bahasanya kita boleh faham.
Owh ya, aktiviti kat sini surfing percuma. Kalau anda pandai main surf, boleh lah sebab percuma sahaja.
Kalau nak mandi pantai pun boleh. Kemudian anda boleh bbq juga. Bbq pit pun percuma sahaja.
– Staff super friendly boleh cakap Melayu.
– Kawasan memang bersih dan tandas open space.
– Toilet dalam caravan pun ada.
Selain caravan diaorang juga ada glamping tent. Jadi kalau nak merasa tidur tent boleh booking yang tent.
Best kat sini sebab dapat pengalaman tidur dalam caravan harga mampu milik plus pemandangannya sangat indah.
Jadi kepada anda yang nak merasa suasana tidur berbeza waktu bercuti, boleh lah cuba pilih Caravan Camping di Sakhom Songkla. Apa yang penting, dapat rasa ‘healing’ di tepian pantai!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Percutian ke Bandung, Indonesia beberapa ketika yang lalu pernah menjadi pilihan ramai untuk melancong. Kota itu mempunyai cuaca dan pemandangan yang begitu menarik selain lokasi untuk membeli-belah yang sangat menyeronokkan.
Namun, dengan kewujudan daerah lain di Indonesia yang lebih menarik untuk dikunjungi atau Negara lain yang lebih seronok untuk ‘shopping’, percutian untuk ke Bandung sedikit suram. Turut di kenali sebagai Paris Van Java, Bandung kini mempunyai pelbagai tarikan baharu yang lain mesti dikunjungi.
Dengan bajet serendah RM600 seorang, anda boleh nikmati daerah Bandung selama 5 hari 4 malam. Ikuti coretan yang dikongsi oleh seorang cikgu ini dilaman sosialnya.
Cikgu Tg rasa terpanggil untuk berkongsi pengalaman Trip Bandung yang Cikgu Tg rasakan sangat menarik dan berbaloi kerana banyak tempat yang sangat indah permandangannya dapat dilawati dan paling penting murah Ongkosnya, 5 hari 4 malam hanya dengan RM600 sahaja seorang, siap termasuk tiket Flight yer.
Dalam posting kali ini Cikgu Tg akan menceritakan bagaimana mencari Flight yang murah dan tempat-tempat menarik yang perlu dilawati (very recommended) serta bagaimana memaksimumkan perjalanan 5 Hari 4 Malam dengan meminimakan kos penginapan, perjalanan dan lain-lain kos.
Bandung adalah salah satu tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan tempat Honeymoon buat pengantin baru kerana pemandangannya yang super indah, sesuai untuk merakam detik-detik indah bersama pasangan masing-masing dan lokasinya yang berada di lereng-lereng pergunungan, menghasilkan udara yang sejuk dan nyaman sekali.
Buat pengantin lama seperti kami juga sangat sesuai berjalan ke Bandung, boleh dijadikan sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kerana pelbagai barangan serta kain-kain menarik boleh didapati di sini dengan harga yang sangat murah. Ada yang menggelarkannya sebagai ‘syurga shopping’.
Itinerary kami 5 Hari 4 Malam ke Jakarta dan Bandung. Trip ini tidak menggunakan mana-mana travel Agent Syarikat Perlancongan di Malaysia sebaliknya trip ini diatur sendiri dan hanya menggunakan perkhidmatan Supir di sana. Sangat jimat ongkosnya, semacam ngak percaya. Hari kedua di Bandung adalah hari Shopping manakala hari ke 3 adalah hari jalan-jalan melihat permandangan. Saya akan ulas satu persatu itinerary ini di setiap gambar insyaAllah.
Pemilihan Flight adalah sangat penting dalam menjimatkan perbelanjaan Trip ini. Jika dilihat Trip pergi kami ke sana hanya RM119 sahaja seorang.
Untuk penjimatan maksimum, kalian perlu turun ke Jakarta kerana flight direct ke Bandung lebih mahal berbanding ke Jakarta. Untuk infant(2 tahun ke bawah) kosnya boleh dapat hanya RM10 bergantung kepada flight. Kami pergi dengan Air Asia.
Pembelian harus dibuat pada tengah malam. Kami beli murah ini pun dalam masa seminggu, kalau dirancang lebih awal, pasti boleh dapat harga yang lebih murah.
Flight balik juga harus ke Jakarta untuk lebih murah. Alhamdulillah kami dapat Rm131.95 untuk dewasa dan Rm20.49 untuk infant.
Kami pulang dengan Malindo Air. Dapat luggage seberat 25kilogram seorang. Membawa pulang segala hasil tangkapan di Bandung.
Alhamdulillah selamat touch down di Soekarno Hatta Airport Jakarta. Syukur Adni baik-baik sahaja di dalam flight, siap dibawa lari oleh pramugari lagi masuk ke kabin.
Mengisi perut di Bakso Rusuk Samanhudi. Very recommended. Bagi yang sukakan kepedasan, kalian perlu mencuba Bakso Mercun. Pasti kalian Nendang Poll.
Tempat pertama lawatan kami adalah ke Taman Mini Indah Indonesia(TMII). Satu taman mini yang sangat luas, mengumpulkan bangunan serta rumah-rumah pelbagai suku kaum yang terdapat di Indonesia.
Salah satu tempat yang paling menarik perhatian di Taman Mini ini adalah Istana Anak-anak Indonesia. Rupanya yang seakan-akan Disneyland menjadikan bangunan ini mencuri perhatian para pelancong yang hadir.
Hari kedua kami sarapan di Warung Nasi Empera.
Tidak lengkap berjalan ke Bandung jika tidak ke Pasar Baru. Satu shopping complex yang sangat padat dan menawarkan harga kain-kain serta pelbagai peralatan dengan harga yang sangat murah. Di sini kalian perlu berhati-hati, beg harus di letakkan di hadapan kerana dibimbangi pencopet yang sangat profesional. Kain telekung disini sangat murah. Di Malaysia dengan kualiti yang sama harganya mencecah RM200-RM300 tetapi di sini boleh didapati dengan harga hanya RM50. Diborong terus kami di sini.
Sebelah petangnya shopping pakaian di Toko Tiga, sebuah gedung Jeans berjenama paling laris di Bandung. Juga shopping kain di Bandung Exclusive. Very recommended tempat ini. Pelbagai corak kain yang terbaru dan menarik, harganya yang murah menjadikan pengunjung rambang mata dan terpukau.
Singgah solat zohor dan asar di Masjid Al-Imtizaj, sebuah masjid yang dahulunya tokong. Seorang Cina Muslim Muallaf menukarkannya menjadi Masjid selepas pengislaman beliau, alhamdulillah.Seni bina, perhiasan dan warnanya dikekalkan kelihatan sangat unik dan indah.
Hari ke 3 kami bersarapan di Soto Ahri Garut. Soto yang telah dimulakan sejak 1943. Sangat sedap. Tengahari singgah di My Secret atau The Hobbit. Suatu perkampungan yang sangat indah dengan pelbagai bunga bungaan yang memukau.
Seterusnya kami ke Singgah ke Kopi Luwak Cikole. Tempat pemprosesan Kopi Luwak. Kopi yang dimakan oleh Luwak(Musang), najisnya mengekalkan bentuk biji kopi, dibersihkan, dijemur dan dikisar menjadi serbuk kopi. Kopi ini mendapat pengiktirafan dan terbukti bagus kerana mengandungi Zero Caffeine.
Kawah Putih adalah satu kawah yang terbentuk dari letusan gunung berapi yang sudah tidak aktif.
Pemandangan Super Indah di Glamping. Tasik di kaki pergunungan.
Semua pasti tertanya-tanya bagaimana penginapan yang kami duduki dengan kos berjalan dan penginapan hanya RM600. Kami berlapan bersama dua bayi tinggal di Homestay 4 bilik tidur, 2 bilik air, sangat selesa dan lengkap dengan dapur, meja makan, mesin basuh, peti sejuk dan bilik tidur berhawa dingin. Terbaik. Harganya? Hanya Rm300 semalam bersamaan rm37.50 seorang untuk satu malam. 4 malam hanya Rm150 per person. Murahkan?
Semoga Allah merahmati kita dan keluarga kita semua. Mengembara Melihat Alam, Moga Lebih Dekat Dengan Tuhan.
– Cikgu Tg – Successful Muslim Entrepreneur Mengembara. Menulis . Menginspirasi
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...