Pada tanggal 27 Jun 2019, saya berpeluang untuk hadir ke Kampung Genting, Pulau Tioman bagi memenuhi jemputan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang (MOTAC Pahang) sempena program ‘Start In Tioman’ atau SIT yang berlangsung selama empat hari di sana.
Pada mulanya, saya rasa biasa saja dengan program berkenaan kerana tanggapan kali pertama, ia sama dengan tugasan-tugasan lain yang diterima seorang wartawan untuk membuat liputan mengenai sesuatu program. Tambahan pula, program SIT ini membabitkan aktiviti skuba dan saya tidak mempunyai lesen untuk menyelam.
Terasa rugi untuk saya pergi membuat liputan berkenaan kerana ada rakan sepejabat yang lain mempunyai lesen skuba. Lebih baik beliau yang ke sana kerana boleh turut sama menyelam di dalam laut dan menyaksikan beberapa aktiviti yang direncanakan sepanjang program.
Seorang peserta SIG 2019 tekun memeriksa peralatan skuba yang akan digunakan beliau untuk menyelam.
Tapi, atas desakan beliau sendiri, saya akur juga untuk ke Pulau Tioman pada tarikh yang ditetapkan. Kata rakan sepejabat itu kepada saya, “bagus kalau kau yang pergi. Kau sendiri pun tak ada lesen, jadi cerita tu fresh dari sudut pandang orang noob yang tak ada lesen macam kau”, hahahaha.
Tergelak kami apabila dia berkata demikian. Ada betulnya juga, saya sendiri pun tak pernah lagi membuat liputan berkenaan aktiviti yang membabitkan skuba dan menyelam di dasar laut ni.
Jadi boleh saya manfaatkan peluang yang ada untuk ambil tahu serba sedikit berkenaan aktiviti skuba kepada pembaca-pembaca Libur nanti. Bersetuju untuk pergi ke tugasan tersebut, saya pun membuat persiapan di pejabat dan di rumah. SIT 2019, here I come!
Perjalanan dari pejabat di Shah Alam, Selangor menaiki kereta Proton Saga ke Jeti Tanjung Gemuk, Kuala Rompin mengambil masa lebih kurang dalam 5 jam memandu. Membuatkan masa terasa lebih lama adalah disebabkan saya memandu seorang diri.
Terdetik dalam hati betapa ruginya terasa kerana tugasan ini terpaksa saya pergi sendirian – sayalah wartawan dan sayalah jurugambar! Kalau ada kawan kan seronok, tak adalah kesorangan!
Tapi tak apa, dengan jiwa kental yang ada, kita harung je perjalanan yang ada. Lumrah seorang wartawan, tak ada tempat untuk mereka yang berhati tisu untuk kerjaya ini.
Percaya lagi Google, itu makan dia
Saya tiba di Kuala Rompin sekitar pukul 4.30 petang. Hasil maklumat daripada encik Google menunjukkan ada feri yang akan berlepas ke Pulau Tioman pada pukul 5 petang dan saya tiba Jeti Tanjung Gemuk pada pukul 4.50 petang, lebih kurang 10 minit lagi sebelum masa berlepas.
Terminal Feri Penumpang Dan Marina Tanjung Gemuk.
Sempat kot! Sempat beli tiket ni! Getis hati sambil-sambil mata tu laju menjeling jam dan berlari-lari anak menuju ke kuanter tiket. Setibanya di kaunter, Allah! Haru rasanya apabila semua kuanter yang ada di situ tutup!
Macam mana nak beli tiket? Dengan hampa saya berpatah balik ke tempat letak kereta yang berada di luar perkarangan kompleks terminal feri dan terjumpa dengan seorang pakcik yang menjaga tempat letak kereta depan terminal feri.
Gambar ini saya ambil semasa kaunter sudah dibuka. Tapi begini lah suasananya di dalam terminal tempat untuk memberli tiket feri.Antara kaunter feri yang menyediakan perkhidmatan ke Pulau Tioman.
Lupa saya nak bertanyakan nama beliau tetapi selepas memberi salam dan bersalaman, saya bertanyakan kepadanya pasal feri dari Tanjung Gemuk ke Pulau Tioman. Dalam perbualan kami, pakcik tu kata feri terakhir pada hari tersebut adalah pukul 4.30 petang.
Menurut pakcik itu, jadual pergerakan feri akan berubah-ubah setiap hari berdasarkan kepada pasang surut air laut.
Sempat saya berbual dengan pak cik jaga parking ni. Dengan beliau la saya sempat berbual selepas terlepas feri.
Ohh.. Jadi maklumat saya dari Google tu dah salah. Saya pun mungkin terbaca waktu pelepasan feri tu entah di website mana-mana. Nasihat beliau, ada baiknya telefon dahulu perkhidmatan feri ke Pulau Tioman dari Tanjung Gemuk untuk tahu bilakah waktu terakhir akan berlepas dan terus membuat tempahan. Takut nanti terlepas feri!
Jadi kepada anda yang nak ke Pulau Tioman, nasihat saya, hubungi dahulu perkhidmatan feri supaya tak terlepas feri seperti saya ni ya. Dah la memandu jauh, sekali sampai, feri pula tak ada. Malang sungguh.
Bermalam di Kuala Rompin
Tanpa melengahkan masa, saya ambil keputusan untuk bermalamdi Kuala Rompin. Pada mulanya saya mencari hotel yang berada di sekitar Tanjung Gemuk tapi kesemuanya menawarkan harga yang agak tinggi, lebih kurang RM130 semalam.
Tugasan luar kawasan ni tak ada selera nak ambil hotel yang mahal-mahal. Kalau boleh berjimat, selagi boleh saya akan cuba untuk berjimat. Cara alternatif yang saya terfikir adalah menggunakan aplikasi mencari hotel dan antara yang terbaik saya boleh cadangkan kepada anda adalah aplikasi Booking.com.
Melalui aplikasi tersebut, saya dapat satu guesthouse bernilai RM50 untuk satu malam. Okay la kan? Duduk pun sorang. Tetapi guesthouse tu berada lebih kurang 30 kilometer dari Tanjung Gemuk. Dalam waktu tu tak kisah dah, asalkan ada tempat untuk bermalam sementara menunggu esok pagi.
Esok seawal jam 8 pagi saya dah bertolak semula dari guesthouse ke Tanjung Gemuk untuk naik feri yang paling awal ke Pulau Tioman. Cuba juga untuk dapatkan feri yang paling awal sebab takut terlambat, nanti terlepas banyak perkara menarik membabitkan tugasan di sana.
Suasana di perkarangan terminal feri Tanjung Gemuk.
Tiba di terminal feri, saya terus membeli tiket pukul 11 pagi dan dalam masa membeli tiket, mata ralit memerhatikan keadaan sekeliling di terminal feri Tanjung Gemuk tu.
Dah jadi kebiasaan, kita kena peka dengan keadaan sekeliling dan apa yang dapat saya simpulkan adalah keadaan terminal feri Tanjung Gemuk ini adalah cukup selesa dan bersih untuk kegunaan pengunjung yang tiba.
Keselesaan untuk pengunjung
Terminal itu lengkap dengan kedai serbaneka dan cenderahati bagi memberikan kemudahan kepada pengunjung. Tak perlu risau kalau ada satu dua benda terlupa nak beli di luar. Di terminal ada kedai yang menjual sedikit barang-barang runcit.
Ads
Kedai serbaneka di terminal feri Tanjung Gemuk.Kedai serbaneka ini menjual pelbagai jenis barangan untuk pengunjung. Cuba dapat beberapa barang di sini sekiranya ada yang tertinggal, Insha-Allah ada.Ruang dalam tempat di mana penumpang menunggu feri di terminal.
Sebut pasal kemudahan, saya nak salurkan maklumat mengenai kemudahan tempat letak kereta di sini. Kalau anda memandu, tak kisah daripada mana sekalipun, untuk ke terminal jeti Tanjung Gemuk, rasanya tak ada masalah untuk anda tinggalkan kereta beberapa hari di sini.
Kemudahan tempat letak keretanya juga mempunyai penjaga yang akan berkawal di situ 24 jam untuk memastikan keselamatan pengunjung terjamin daripada segala perkara yang tak diingini dengan sedikit bayaran yang akan dikenakan iaitu sebanyak RM10 semalam.
Macam kes saya, saya akan bermalam selama tiga malam di Pulau Tioman, maknanya bayaran sebanyak RM30 dikenakan. Okay la RM30 kalau nak dibandingkan dengan keselamatan kereta kalau parking merata-rata.
Pengunjung dari luar negara sedang berjalan kaki menuju ke terminal feri Tanjung Gemuk.Tandas awam yang disediakan di sini cukup selesa dan bersih untuk kegunaan pengunjung yang datang ke Pulau Tioman.Kawasan letak kereta di luar terminal feri yang luas dan boleh memuatkan banyak kenderaan.Bayaran sebanyak RM10 dikenakan kepada setiap kenderaan yang parkir di sini.
Jadual ketibaan feri tepat pada waktunya. Anda jangan berlengah-lengah dan diminta untuk berada 45 minit lebih awal di ruang menunggu sebelum waktu pelepasan sebab feri akan bergerak tepat, tak ada delay macam anda naik pesawat.
Saya menaiki feri Wawasan 2 dan untuk sampai ke Pulau Tioman, jarak perjalanannya lebih kurang 1 jam 30 minit. Pemerhatian saya selama berada dalam perut feri menuju Pulau Tioman adalah ramai pelancong yang mabuk dan muntah-muntah. Habis satu feri berbau minyak angin.
Kalau anda mudah mabuk laut, bersiap sedia dengan segala ubat yang ada kalau tak nak percutian bermula dengan kejadian yang tak elok dan berakhir dengan kekecewaan kerana sakit pening. Rugi tau dah sampai Pulau Tioman tapi kesihatan tak mengizinkan, baik duduk rumah je.
Pemandangan di terminal feri Tanjung Gemuk menghadap sungai.Laluan yang digunakan pengunjung untuk menaiki feri dari terminal. Itu adalah feri yang saya gunakan untuk ke Kampung Genting, Pulau Tioman.Feri Wawasan 2Pengunjung sedang melangkah masuk ke dalam perut feri. Rata-rata pengunjung adalah pelancong asing yang datang dari pelbagai negara.Keadaan di dalam feri yang selesa untuk kegunaan pengunjung.Petugas feri sedang memberikan tunjuk arah tempat duduk kepada penumpang. Perhatikan nombor tempat duduk anda dengan nombor yang ada di tiket. Nombor tempat duduk terletak di atas syiling feri, selari dengan tempat duduk.
Bang.. Dekat mana Damai Tioman Resort?
Setibanya di Pulau Tioman, saya turun di jeti Kampung Genting. Anda harus peka di sini – feri tersebut akan berhenti di beberapa jeti sebelum berpatah balik ke Tanjung Gemuk. Pastikan anda tahu di mana resort penginapan anda dan jangan tersalah kampung. Kalau anda tersalah, jenuh tau nak berenang balik. Hahaha.
Di Kampung Genting, saya ke lokasi tugasan yang terletak di Damai Tioman Resort mengikut alamat yang diberikan oleh pihak penganjur. Ini kali pertama saya ke Kampung Genting, jadi saya tidak berapa arif tentang selok-belok Kampung Genting ni. Saya ingatkan kampung ni besar pada mulanya.
Saya cuba untuk menghubungi penganjur tetapi gagal. Kemungkinan beliau sedang sibuk dengan acara program, jadi beliau tidak mendengar panggilan daripada saya. Tapi tidak apa, itu semua tak ada masalah. Sekurang-kurangnya saya dah sampai di lokasi tugasan.
Pemandangan sekitar pantai di Kampung Genting, Pulau Tioman.Sesiapa yang pernah sampai di sini pasti tahu ketenangan dan kedamaian yang ada di Kampung Genting, Pulau Tioman.Laut lepas yang membiru membuatkan rasa tak nak berkelip sekali pun.
Kalau anda seorang traveller yang baik, anda tidak akan duduk setempat terlalu lama. Pada mulanya saya duduk menunggu di hadapan jeti. Mana lah tahu kemungkinan penganjur akan menghubungi saya semula, jadi boleh saya beritahu kepada beliau yang saya sudah berada di sini.
Tapi tunggu punya tunggu, bulan tak timbul-timbul (macam cerita P.Ramlee) hahaha. Saya ambil keputusan di saat itu untuk berjalan sekeliling Kampung Genting, kot terjumpa penanda program yang diletakkan, tak perlu lah penganjur susah datang mencari saya.
Dari jeti Kampung Genting, saya berjalan lebih kurang dalam 5 minit ke laluan sebelah kiri kampung dan akhirnya! Saya tiba di lokasi program di Damai Tioman Resort. Tak sempat peluh nak keluar dah sampai, hahaha. Saya ingan kampung ni besar, tapi kecil je. Pusing dua tiga kali dah boleh khatam dah.
Jarak diantara satu resort dengan resort yang lain pun sebelah menyebelah. Tak ada istilah anda akan tersesat di Kampung Genting ni melainkan anda memang jenis makan roti cicah semut sampai tak ingat jalan.
Setibanya di Damai Tioman Resort, saya disambut mesra oleh Anwar Anhar atau lebih mesra dengan panggilan Anwar. Beliau merupakan juruvideo dari Radio Television Malaysia dan juga instructor penyelam untuk program SIT yang berlangsung ketika itu. Beliau juga seorang jurugambar bawah air atau underwater photographer. Nanti saya belanja gambar-gambar yang beliau ambil sepanjang masa SIT 2019 ni berlangsung.
Ini adalah Phyllidia Varicosa Lamarck Spesis Nudibranch yang ditangkap sendiri oleh abang Anwar Anhar. Hebatkan?
Dengan beliau lah saya berkenalan dengan krew penganjur, Mazlin Suhardi dari MOTAC Pahang, yang ketika itu sedang makan tengah hari. waktu saya tiba di Kampung Genting lebih kurang dalam pukul 2 petang, jadi itu waktunya untuk makan tengah hari. Jadi, terima kasih Abang Anwar sebab sudi melayan saya waktu itu.
Ads
Program skuba ada kenduri? Ya, ada kenduri
Usai bersalam-salaman dan mendapat kunci bilik, saya berjalan ke bilik penginapan yang disediakan untuk urusan kendiri sementara menunggu aktiviti seterus yang dijadualkan pada sebelah malam iaitu kenduri. Oh, ada kenduri? Ya, ada kenduri bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dilaksanakan semasa SIT 2019 kali ini.
Sebelum menjelang malam waktu kenduri, semua peserta SIT 2019 termasuk penganjur bergotong-royong, sama-sama memasak juadah hidangkan malam nanti dan di sini lah titik tolak yang mana saya lihat satu nilai yang amat saya suka berkenaan dengan SIT, seperti yang saya ceritakan dalam entri Libur sebelum ini.
Encik Mazlin dan Encik Haneff dari MOTAC Negeri Pahang pun sama hulur tangan membantu persiapan kenduri yang akan diadakan.Syed Rizalman (baju putih) pun sama membantu menyiapkan juadah untuk kenduri pada malam nanti.Peserta SIG 2019 sedang menikmati juadah kenduri dan sambutan Hari Raya Aidilfitri semasa program baru-baru ini.Saya boleh puji dengan juadah makanan yang disediakan oleh Damai Tioman Resort. Hats off kepada tukang masak yang masak juadah makanan yang lazat kepada kami. Thank you..
Hubungan yang ada diantara mereka itu seakan dah lama terjalin, penuh mesra dan gelak tawa serta gurau senda sedangkan kedatangan masing-masing ke sini hanyalah untuk menyelam malah, ada diantara mereka yang datang hanya untuk membuat lesen sahaja.
Bagi saya sebagai orang yang baru pertama kali menyertai program tersebut rasa sangat tertarik dengan suasana tersebut. Daripada yang tua hingga yang muda, semuanya saling ringan tulang bergotong-royong untuk memastikan persiapan kenduri di sebelah malam berjalan dengan lancar.
Dalam hati saya berkata, “okey, ini hubungan yang menarik”, sebab mereka tidak kekok untuk bergaul bersama sekalipun ada yang baru pertama kali bersua muka.
Anda mahu rock?! Saya bagi anda rock!
Seusai kenduri pada sebelah malam, satu lagi acara yang menjadi penantian adalah persembahan daripada kumpulan rock terkenal tanah air satu masa dulu – Wings! Baru saya tahu waktu itu bahawa kumpulan Wings adalah duta tetap untuk program SIT sejak penganjuran pertama pada tahun 2010 sehingga sekarang.
Ini sudah menarik! Dalam program skuba, ada lagi aktiviti-aktiviti atas darat yang boleh kita buat. Bukan setakat ‘mati’ dengan aktiviti air sahaja. Jimat duit makan, duit berbelanja dan duit hiburan sekiranya saya menjadi peserta program SIT.
Persembahan kumpulan Wings memeriahkan lagi sambutan pada malam kedua SIG 2019. Ahli kumpulan Wings seperti Black dan Eddie ini adalah duta tetap Start In Tioman sejak siri yang pertama sehingga sekarang.
Sepanjang masa kumpulan Wings itu memainkan lagu-lagu rock yang terkenal sepanjang zaman, kami sekampung beramai-ramai berkumpul di sekeliling dataran di hadapan Damai Tioman Resort. Layannn..
Selesai sudah tugasan hari pertama saya di Kampung Genting. Kalau diikutkan itu merupakan hari kedua program tetapi dek kerana saya terlepas feri pada hari pertama, hari itu menjadi hari pertama liputan saya di sana.
Selepas sarapan pagi, saya dimaklumkan bahawa beberapa peserta program akan dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Ada yang turun menyelam untuk menurunkan tukun-tukun tiruan yang telah dibuat sempena SIT 2019 dan ada yang akan lakukan aktiviti selain skuba – ini acara untuk orang yang tak ada lesen macam saya lahh.
Peserta SIG 2019 yang baru pertama kali mengambil lesen skuba Open Water tekun mendengar taklimat daripada Dive Instructor semasa kelas teori sebelum ke air untuk melakukan aktiviti selaman.Ada beberapa aspek penting yang perlu diambil kira oleh setiap penyelam skuba sebelum memulakan selaman di dalam luat. Ini semua bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak di ingini daripada berlaku.Banyak prosedur yang perlu dititikberatkan sebelum memulakan aktiviti. Semua itu boleh dipelajari sekiranya anda menjadi peserta SIG yang datang untuk membuat lesen skuba. Segala kemahiran teori dan praktikal akan diajar oleh tenaga pengajar yang berpengalaman.
Tukun ketupat, lemang dan pelita bawah laut
Memandangkan SIT 2019 mengambil tema perayaan Hari Raya Aidilfitri, maka tukun tiruan yang dibuat juga bertemakan beberapa elemen penting yang ada sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu tukun pelita, tukun ketupat dan tukun lemang.
Saya berkesempatan untuk menemubual Pengarah MOTAC Pahang, Datuk Haji Idros Yahya, dan menurut beliau, setiap edisi SIT mempunyai tema yang berlainan dan setiap edisi turut mempunyai tukun tersendiri yang akan diletakkan di dasar laut.
Pengarah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Pahang, Datuk Idros Yahya memberikan ucapan penutup sewaktu majlis penutup SIG 2019 tempoh hari.Gambar ini adalah gambar sewaktu acara kemuncak SIG 2019 dimana Datuk Idros menyampaikan duit raya kepada peserta SIG di dalam laut dengan diwakili oleh Black Wings. Kredit gambar: Anwar AnharNinie Ibrahim bergambar bersama tukun ketupat yang diletakkan di dasar laut bersempena dengan SIG 2019 baru-baru ini. Akan ada tukun yang berlainan untuk setiap program SIG yang dijalankan dan tukun pelita, lemang dan ketupat adalah koleksi terbaharu di Pulau Tioman. Kredit gambar: Anwar AnharGambar peserta SIG menyelam di dasar laut. Kredit gambar ditujukan kepada Sukadive, terima kasih.Diantara tukun-tukun yang terdapat dibeberapa lokasi diving sekitar Pulau Tioman. Ini adalah tukun yang diletakkan bersempena dengan Hari Sukan Negara yang lalu. Kredit gambar: Sukadive
Ini sebab nak bagi satu kelainan kepada setiap edisi dan menjadi peringatan kepada peserta yang datang pada setiap program SIT akan datang.
Ads
Kalau anda ikut serta dalam program ini, anda akan ada satu tukun sebagai tanda peringatan yang diletakkan di dasar laut – membuat anda akan ada kenang-kenangan dan berasa dialu-alukan di situ.
Di masa akan datang, apabila anda datang menyelam di Pulai Tioman, tukun itu akan mengingatkan anda bahawa anda pernah berada di sini satu masa dahulu dan memori itu yang cuba untuk dizahirkan menurut Datuk Idros.
Ukhwah lebih dari sekadar skuba
Bagi saya, tindakan pengajur mencipta momen seperti itu sangat menarik kerana program ini bukan hanya touch and go kerana ada sentimental value yang ditinggalkan kepada para peserta dan akan membuatkan mereka ingin kembali lagi di masa akan datang.
Bukan kembali sebagai seorang pelajar yang baru nak ambil lesen lagi, tetapi sebagai seorang penyelam yang mahir tentang selok-belok selam skuba satu hari nanti, Insha-Allah.
Black Wings sedang membuat persiapan dan memeriksa peralatan sebelum turun ke laut untuk menyelam.Sebahagian daripada peserta SIG 209 mendengar taklimat sebelum turun ke menyelam untuk acara kemuncak iaitu penyerahan duit raya oleh Pengarah MOTAC Pahang, Datuk Idros kepada Black Wings di dasar laut.Gambar kenang-kenangan oleh barisan peserta SIG 2019.Selain daripada selaman di waktu siang, selaman di waktu malam juga turut dijalankan sepanjang aktiviti yang direncanakan di SIG 2019.Masing-masing tekun mendengar taklimat menyelam waktu malam. Saya dapat melihat ada peserta yang berdebar untuk melakukan selaman pada waktu malam kerana keadaan gelap di bawah laut memberikan jarak penglihatan yang sangat terhad.Datuk Idros menunjukkan isyarat ‘OK’ kepada dive master untuk memulakan aktiviti selaman pada waktu malam.Peserta SIG yang akan menyelam pada waktu malam sedang berjalan ke lokasi diketuai oleh Datuk Idros Yahya.Kalau di permukaan pun gelap, bagaimanakah keadaan di bawah air? Cuba anda bayangkan mereka yang akan turun menyelam pada ketika ini.
Datuk Idros juga ada menambah bahawa ramai alumni-alumni skuba yang lahir daripada program SIT datang setiap tahun untuk memeriahkan lagi program disamping datang bagi meraikan kedatangan ahli baharu yang ‘lahir’ daripada SIT pada tahun berkenaan.
Jadi terjawab persoalan saya, mengapa program ini begitu unik sekali dan mengapa saya begitu mengesyorkan kepada anda untuk menyertai program ini untuk mendapat lesen skuba yang pertama!
Aktiviti orang tak ada lesen
Keesokkannya, saya di bawa berjalan mengelilingi pulau di ke tempat-tempat menarik yang ada di sekitar Pulai Tioman. Ada banyak tempat-tempat menarik di Pulau Tioman yang boleh anda lawati dan tempat-tempat menarik ini akan saya kongsikan di entri Libur yang akan datang ya.
Program bersiar-siar kami yang tak menyelam dek kerana tak ada lesen ni berterusan sehingga ke petang. Maklumlah, dah tak ada lesen skuba, kita naik bot sajalah jalan-jalan pusing lihat pemandangan kampung orang.
Koleksi Gambar Start In Tioman 2019
1 of 9
Indah pemandangan Pulai Tioman ni. Bukan setakat pemandangan sahaja cantik, gadis-gadis Melayu yang ada di sini pun cantik belaka! Hahahaha sambil menyelam minum air la katakan. Maafkan la saya, saya ni bujang lagi, kalau ada berjumpa jodoh di sini, apa salahnya betul tak?
Pada malam terakhir saya disitu, saya dan beberapa kawan baik yang baharu di bawa oleh abang yang kami panggil Abang Adik atau nama betulnya Syed Mohd Amieryuzi Syed Abu Bakar melihat keadaan kampung pada waktu malam.
Hantu Pulau Tioman
Rupa-rupanya, ada aktiviti mystery walk di kampung ini dan guide yang tukang cakap kepada aktiviti tersebut adalah Abang Adik sendiri! Hahaha.
Banyak lah kisah-kisah misteri berkenaan Pulau Tioman yang dikongsikan oleh Abang Adik kepada kami seperti kisah Gunung Daik Bercabang Tiga, Naga Tasik Chini dan kaitannya dengan Pulau Tioman, jambatan puntianak bertenggek. Macam-macam cerita hantu yang akan saya tuliskan di entri yang lain kepada anda.
Syed Mohd Amieryuzi Syed Abu Bakar yang menjadi jurupandu kami untuk Mystery Walk Kampung Genting, Pulau Tioman
Saya takut, nanti kalau semua tulis panjang-panjang di sini, ada yang akan tertidur. Buku pun boleh bersawang dalam almari tak ada orang baca, ini kan pula cerita saya dalam website, takut orang tekan butang skip! Hahaha
Keesokkan harinya, seawal pukul 8 pagi, berakhirlah program SIT 2019 yang berlangsung selama empat hari di Kampung Genting, Pulau Tioman. Tepat pukul 9 pagi, feri telah tiba dan membawa kami semua balik ke jeti Tanjung Gemuk.
Setelah bersalam surai dengan semua kawan-kawan baharu di jeti Tanjung Gemuk, saya mengambil kereta yang ditinggalkan sebelum ini dan balik semula ke Shah Alam.
Gambar sebahagian peserta SIG 2019 sebelum masing-masing balik semula ke Kuala Lumpur.
Kesimpulan dua perkara paling menarik
Sepanjang saya menulis travelog SIT 2019 ini, ada dua perkara yang saya rasa amat berbaloi untuk saya sampaikan kepada pembaca terutamanya kepada anda yang nak ambil lesen skuba di sini.
Dua perkara ni akan terkait bersekali dengan entri saya yang awal berkenaan mengapa saya kata kan program Start In Tioman adalah satu tempat terbaik untuk anda mulakan perjalanan mengenal dunia skuba.
Yang pertama, adalah kerana kos yang berbaloi untuk anda. Tidak ada hidden cost dikenakan dan segalanya service termasuk sekali dengan harga yang anda bayar. Anda masih tak percaya lagi dengan testimoni yang saya berikan ini, anda boleh tanya sendiri dengan semua alumni SIT sejak tahun 2010 sehingga sekarang.
Saya yakin, pasti semua bersetuju dengan saya berkenaan kos untuk anda mengambil lesen skuba ini.
Keduanya adalah, saya amat tertarik dengan cara bagaimana program ini dianjurkan. Persahabatan dan persaudaraan yang ada itu melebihi daripada aktiviti selam skuba semata-mata. Saya, yang pergi tugasan ini seorang diri tak terasa keseorangan, kerana ada kawan-kawan sempoi sepanjang berada di sini.
Jadi, kalau anda nak ambil lesen skuba dan dalam masa sama nak buat kawan baharu, Start In Tioman adalah satu program yang terbiak untuk anda pertimbangkan. Tapi kena ingat, SIT hanya berlaku setahun sekali. Oleh itu, jumpa anda di SIT 2020 dan saya pasti akan kembali lagi tahun hadapan. Kalau bukan sebagai seorang diver, saya akan datang sebagai seorang kawan untuk berjumpa kawanya di sana..
Jumpa lagi di Start In Tioman! Dive! Dive! Dive!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sudah lama sebenarnya merancang untuk pergi bercuti ke pulau legenda ini. Mendengar saja kehebatan dan keunikan Langkawi membuatkan diri jadi teruja untuk menerokai keindahannya.
Namun kekangan waktu (disebabkan fokud belajar) menyebabkan masa terbatas dan apabila segala urusan selesai, barulah kami merancang semula untuk pergi ke sini.
Maklumlah baru habis exam penting, jadi kata orang inilah masa untuk melepaskan segala tekanan dialami sepanjang mood exam final.
Bak kata seorang teman ‘lupakan seketika score kita dapat, layan je momen percutian ini dengan hati gembira’.
Tidak mahu membuang masa, kami berlima mengambil tiket flight untuk kesana dan kebetulan dapat harga murah yang sukar dilepaskan.
Sepanjang 3 hari 2 malam, banyak aktiviti yang kami manfaat sepanjang berada di sini. Walaupun aktiviti ini biasa bagi orang lain, tetapi beri momen menyeronokkan untuk kami yang pertama kali ke Langkawi.
Mengambil kesempatan hari pertama kami habiskan masa selama 2 jam untuk Island Hoping.
Hati cukup terhibur dalam melihat sendiri helang di Pulau Helang yang bertebangan bebas di ruang angkasa.
Lebih menyeronokkan dapat pergi ke Tasik Dayang Bunting yang cukup popular di kalangan pelancong ke Langkawi.
Hampir 1 jam 3 minit di sini, puas dapat mandi, berkayan dan lakukan aktiviti lain. terasa ketenangan berada di Tasik Dayang Bunting ini yang mana kita kena mendaki seketika sebelum melihan keindahan tasik ini.
Hari kedua pula kami teruskan perjalanan menikmati keseronokan menaiki cable car. Walaupun sedikit gayat, tetapi kuatkan hati untuk melihat kawasan sekitar berdekatan sky bridge.
Turun dari situ kami sempat mengabadikan kenangan di 3d Art Museum dan juga sempat menonton skydome di kawasan berkenaan.
Sebelum berlepas balik, kami tidak lepaskan peluang untuk melepak di Pantai Cenang. Tidak banyak aktiviti di sini cuma lepak santai sambil melihat fire performance yang dijayakan.
Ternyata percutian 4 hari 3 malam bersama rakan-rakan ini boleh dikatakan yang paling best kerana dapat meluangkan masa bersama-sama setelah sebelum ini sama-sama bekerja keras untuk berjaya dalam pengajian di kolej.
Oh ye kami hanya membelanjakan sekitar RM500 untuk semua kos termasuk tiket pergi balik, makan, aktivit bit dan juga keperluan lain.
Cuma sedikit frust kerana tidak dapat membeli sebahagian coklat yang viral dan popular kerana diberitahu stok sudah habis.
Mungkin kami kena datang lagi ke sini kerana Langkawi sememangnya destinasi cukup menyeronokkan untuk dikunjungi berbanding destinasi percutian lain.
Orang Malaysia ni bermacam-macam idea hebat. Salah satu idea ialah modifikasi kenderaan. Bukan cerita horsepower lebih tinggi, tapi ubah van lama jadi campervan.
Semua foto: ourdatsunc20 Torquise buat pakcik rileks
Pergerakan modifikasi campervan di Malaysia semakin agresif. Dengan wujudnya grup Facebook My Campervan Malaysia, dan Peminat Camper Malaysia perkongsian campervan sesama ahli makin rancak. Bergantung kepada idea kreativiti dan bajet seseorang, yang paling penting adalah kepuasan hasil akhir serta perkongsian hobi dan idea bersama rakan-rakan campervan lain. Pujian untuk mereka.
Ape tu campervan?
Waktu awal beli, sebelum disolek jadi artis tambahan
Campervan ialah van untuk perjalanan dekat atau jauh yang juga tersedia tempat tidur, makan, mandi dan bersantai. Ada beberapa individu berjaya mengubah suai van kepada campervan. Semua ini hasil dari minat yang mendalam. Kos? Itu cerita belakang-belakang lah.
Pemilik akaun instagram ourdatsunc20, Kas Hariz membeli Datsun C20 pada harga RM3500 dan mengubah kepada campervan mengikut kreativiti dan bajet sendiri.
Gambar paling epik
Beberapa modifikasi dilakukan bermula September 2016. Van disalut warna torquise (antara warna faveret penulis) dan kemudian sedikit masa selepas itu menggayakan rim sukan baharu berwarna merah. Beberapa bahagian lain dinaik taraf seperti memasang kipas angin kecil (old skool flava) di dashboard, memasang rak laci kayu yang bawa mood macam dalam bilik rumah.
Bukan bilik hotel 5 bintang brooo…campervan!
Epik lagi, rumah orang asli agaknye
Cipta memori dengan famili
Famili bro famili …respek
Dari akaun instagram beliau, Kas Hariz gemarkan pengembaraan serta mencipta memori hebat bersama keluarga pada cara yang ideal dengan bajet yang jimat. Lihat saja foto yang dirakam, berseni!
Kreatif tahap level 368. Leica lovers!
Beberapa destinasi setakat ini telah pun berjaya sampai seperti Air Terjun Serendah, Empangan Kuala Kubu Bharu, Tasik Biru Kundang, Bukit Fraser, Pantai Remis Selangor, Menara Condong Teluk Intan, Teluk Senangin Lumut, Genting Highlands, Sungai Kedondong, Cameron Highlands, Terengganudan lain-lain tempat.
Memori dengan keluarga tu yang paling BEST walau simple² je
Gambar ni epik. Menuju puncak AF
Benda tua, tapi C20 muda banyak
“Kembara jauh pertama dengan campervan tua 34 tahun ini ialah ke Teluk Senangin. Ada sedikit masalah kecil tapi dapat diselesaikan”, ujar Kas.
Boleh menang award gambar campervan terbaik
Dah naik bukit
Travel & berniaga
Berniaga sambil travel, teringat waktu kecik² dulu, beli cikedis dari van vanette mak cik yam
Sambil kembara, Kas Hariz juga berniaga kecil-kecilan menjadikan campervan kepada kedai mini bergerak yang menjual makanan dan minuman ringan. Sambil kembara, sambil berniaga. Mungkin anda boleh merasai secawan kopi panas dan berbual-bual mengenai kembara Kas selepas ini.
Cuti hujung tahun biasanya dimanfaatkan bersama yang tersayang. Ada yang memilih untuk bercuti ke luar negara dan ada juga yang lebih selesa bercuti di dalam negara.
Di samping itu ramai juga yang bercadang untuk staycation di ibu kota saja sambil meraikan sambutan tahun baru yang kebiasaannya memang ‘happening’ di Lembah Klang.
Lagi pun hujung tahun ini banyak pilihan hotel dan juga penginapan yang menawarkan pakej istimewa, jadi rugi kalau tak grab peluang yang ada.
Bagi yang ingin bercuti di Lembah Klang, Hotel AVANTÉ, Bandar Utama, Petaling Jaya antara pilihan untuk anda dan keluarga menginap. Terletak di tengah-tengah Petaling Jaya hotel ini mempunyai akses ke stesen MRT Bandar Utama dan juga Pusat Membeli-belah antara yang terbesar di dunia, 1 Utama.
Dibuka pada 26 November 2021, mempunyai 610 bilik hotel yang mengagumkan. Pilih sahaja bilik Superior, Deluxe atau Suite (termasuk bilik yang dikhaskan untuk orang kurang upaya), semuanya dilengkapi dengan reka bentuk menarik.
Bilik Suite mempunyai dapur kecil, dilengkapi dengan microwave, peti sejuk dan periuk induksi, menjadikannya sangat sesuai untuk pengembara yang tinggal lebih lama. Hotel AVANTÉ juga menyediakan tempat letak kereta berbumbung yang luas, termasuk perkhidmatan valet.
Tawaran istimewa di Hotel AVANTÉ Sempena Krismas & Tahun Baru
Hujung tahun bukan sahaja menandakan tibanya musim cuti sekolah yang panjang, malah musim perayaan Krismas dan juga sambutan tahun baru yang bakal tiba.
Sempena dua sambutan istimewa setiap hujung tahun, Hotel AVANTÉ, menawarkan pakej yang cukup menarik untuk dinikmati oleh anda dan keluarga!
Pakej Penginapan
Bagi yang ingin menginap, Hotel AVANTÉ menawarkan pakej istimewa untuk anda:
STAY & DINE
Penginapan Bilik Superior dengan sarapan untuk 2 orang dan set makan malam. Menghidangkan Soup of the day, hidangan utama dan pencuci mulut.
STAY, SHOP & PLAY
Nikmati diskaun eksklusif apabila anda membeli-belah di 1 Utama. Hanya tunjukkan kad kunci hotel anda dan berbelanja dengan gembira (Sah untuk cawangan peniaga rakan kongsi 1 Utama).
STAYCATION 2H1M DEAL
Nikmati Bilik Deluxe Hotel AVANTÉ yang luas, dengan sarapan pagi dan minum petang untuk 2 orang.
WARMTH & RELAXING STAYCATION
Staycation ini termasuk welcome drink di Poolside Bar dan rawatan Urutan Ritual selama 60 minit untuk 2 orang.
Hidangan Krismas & Tahun Baru di Hotel AVANTÉ
Krismas tanpa hidangan bersama keluarga tentunya tidak meriah dan menyeronokkan. Untuk mengekalkan suasana yang riang gembira ketika sambutan, Hotel AVANTÉ yang terletak di Bandar Utama menyediakan bufet yang anda tunggu-tunggu!
Tak lengkap hidangan tanpa ayam panggang yang dibakar segar dengan bahan premium seperti apricot dan buah berangan sebagai menu utama selain pai enak yang sedap dan hidangan pencuci mulut yang menyelerakan seperti puding Krismas, kek buah serta pai pecan dan labu. Semua hidangan ini hanya ada di Chek’s Coffee House, Hotel AVANTÉ dan ia merupakan hidangan istimewa daripada chef di sana sempena musim perayaan ini!
10% off ONECARD / Maybank cardholders
(adult price)
10% off ONECARD / Maybank cardholders
(adult price)
With Live Entertainment
– Clown with Balloons (Hi-Tea & Brunch Buffet)
– Christmas Caroling & Santa Claus appearance (Brunch Buffet & Buffet Dinners)
With Live Entertainment
– Clown with Balloons (Hi-Tea Buffet)
– Cosplay anime characters’ special appearance* (subject to changes)
Tak lengkap perayaan Krismas tanpa hadiah atau goodies untuk di bawa pulang kan? Hotel AVANTÉ turut menyediakan barangan Krismas untuk keluarga dan rakan-rakan anda. Untuk barangan ini anda boleh membuat pra pesanan dari 23 November 2022 – 2 Januari 2023.
Antara yang menarik ada dalam goodies Krismas yang dipesan termasuklah Yule Log Cake, Panettone, Christmas Brusli cookies, Anise Chrabeli cookies, gingerbread man/girl, Christmas Butter Cake, Santa Claus Chocolate dan banyak lagi.
Dah sampai sini, jangan lupa berbelanja di Gingerbread House di Santa’s Café yang terletak di belakang pokok Krismas biru yang gah di lobi utama hotel. Apa yang menarik Gingerbread House itu sendiri diperbuat daripada ginger bread cookies yang sebenar, unik kan? Nak bawa pulang atau terus nikmati kek dan biskut pilihan anda di Santa’s Café yang terletak bersebelahan Gingerbread House yang menarik itu.
Makan Malam Ambang Tahun Baru di Level 15, Poolside Bar, Hotel AVANTÉ
Inginkan makan malam yang lebih istimewa pada malam tahun baru? Berlatar belakangkan pemandangan kota yang cantik dengan kilauan silhoutte menanti matahari terbenam, nikmatinya di Poolside Bar di tingkat 15 New Year’s Eve Countdown mulai 31 Disember 2022 petang, sehingga jam 1 pagi, pada 1 Januari 2023. Pastinya ia lebih indah bila dapat menyambut bersama yang tersayang!
Poolside Bar, Level 15:
CHRISTMAS 2022
NEW YEAR’S 2023
Christmas Eve Set Dinner
24th December 2022 | 6:30pm – 10:30pm
RM 258 nett / adult
RM 175 nett /childChristmas Specials
24th, 25th December 2022 | 3pm – 5pm
40% off Beer, Liquor, Soft Drinks & Juices
New Year’s Eve Set Dinner
31st December 2022 | 6:30pm – 10:30pm
RM 258 nett / adult
RM 175 nett /child *With a countdown after, till 1am, 1 January 2023 New Year’s Specials
31st December 2022 | 3pm – 5pm
40% off Beer, Liquor, Soft Drinks & Juices
Cheese Platter with One Carafe of Wine | December 2022 – February 2023
RM 175 nettFestive Snack Menu | 24th December 2022 – 1st January 2023
Hawaiian Smoked Duck Pizza 10” – RM 25
Mushroom Burger – RM 28
Beef Nachos – RM 28
Turkish Lamb Wraps – RM 28
10% off ONECARD / Maybank cardholders (excluding “Festive Snack Menu”, “Christmas Specials” and “New Year’s Specials”)
Tak lengkaplah sambutan Krismas tanpa kehadiran Santa dan Santarina, untuk meraikan sambutan Krismas, Hotel AVANTÉ juga bakal mempersembahkan persembahan Christmas Carolling dengan kemunculan khas Santa & Santarina, pada 24 Disember 2022, Sabtu (7 malam – 9 malam) dan 25 Disember 2022, Ahad (12:30 tengah hari – 1:30 tengah hari & 7 malam – 8 malam).
Lebih menarik lagi, bagi Pemegang kad ONECARD atau Maybank anda layak untuk mendapat diskaun sebanyak 10 peratus apabila berbelanja di sini. Untuk kanak-kanak dan warga emas pula mereka turut berpeluang mendapat harga istimewa ketika berbelanja sepanjang promosi berlangsung.
Sambutan Krismas dan tahun baru anda tentu lebih meriah dan penuh kenangan bila dapat disambut bersama dengan yang tersayang dan semestinya di tempat yang istimewa seperti di Hotel AVANTÉ, Bandar Utama.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...